xSAM Chat


ShoutMix chat widget

Monday, August 31, 2009

MJ: Berita Terkini

Hanya tiga orang detektif yang menyiasat kes kematian MJ
Siasatan ke atas kes kematian Michael Jackson memakan masa yang lama adlah kerana hanya tiga orang detektif sahaja yang ditugaskan untuk menyiasat punca kematian Michael. - foto AP

PUNCA mengapa siasatan ke atas kes Michael Jackson mengambil masa yang lamauntuk selesai adalah kerana kes ini hanya disiasat oleh tiga orang detektif sahaja," lapor satu sumber.

"Hanya tiga orang detektif dari bahagian siasatan pembunuhan LAPD ditugaskan untuk menyiasat kes ini," jelas sumber tersebut.

Manakala ada sumber lain yang berkata: Ini adalah puncanya mengapa siasatan ke atas kes ini memakan masa yang panjang."

Cerita sebenar disebalik kerja keras pihak polis itu sebenarnya mreka masih belum menyoal siasat pegawai keselamatan, Alberto Alvarez, yang telah membuat panggilan kecemasan pada hari Michael ditemui mati.

Malah ketua kakitangan pekerja Michael, Michael Amir juga masih belum disoal siasat.

Peguam Carl Douglas, yang mewakili kedua-dua saksi tersebut berkata: "Kami telah menyusun jadual bagi memastikan pegawai penyiasat tersebut dapat berjumpa dengan anak guam saya.

"Perjumpaan pada kali pertama sedang dijadualkan semula. Perjumpaan kali kedua saya terpaksa menelefon mereka dan memberitahu bahawa detektif tersebut tidak hadir," katanya.

Marijuana ditemui dirumah Michael Jackson
Selepas propofol kini Marijuana pula ditemui di bekas rumah sewa Michael Jackson. foto-AFP

MARIJUANA dan beberapa botol yang mengandungi ubat jenis dadah dijumpai di rumah Michael Jackson beberapa hari selepas kematianya, menurut satu waran yang telah dikeluarkan.

Antara ubat jenis dadah yang ditemui termasuklah dua bakul marijuana, sebotol temazepam sejenis ubat untuk masalah sukar tidur) dan botol kosong ubat penenang lain lorzaepam dan diazepam, lapor sebuah majalah.

Pasukan penyiasat percaya Michael telah diberikan 'beberapa jenis suntikan yang tidak diketahui atas sebab apa, dan secara langsung menyebabkan kematiannya'.

Dalam perkara lain dokumen tersebut turut menyatakan doktor peribadi Michael Jackson, Conrad Murray, ada memberikanya anestatik propofol.

Waran itu dikeluarkan empat hari selepas kematian Michael. Dr Conrad juga dikatakan gagal dihubungi beberapa hari selepas kejadian itu.

Propofol ibarat 'susu' kepada Michael Jackson
Michael Jackson dikatakan ketagih terhadap ubat penenang Propofol untuk membantunya tidur. foto-AFP

PEGAWAI yang menyiasat kes kematian Michael Jackson mendedahkan penyanyi terkenal itu menyamakan propofol yang diketagihinya tidak ubah seperti 'susu'.

Bekas doktor peribadi Michael, Conrad Murray kini menjadi suspek utama siasatan kerana dituduh memberikan ubat penenang tersebut kepada Michael, lapor sebuah akhbar.

"Keluarga Jackson tahu mengenai perkara itu dan mereka menganggap ia adalah 'susu' kepada Michael," kata seorang pegawai polis di Los Angles dalam affidavitnya.

Penyanyi yang terkenal dengan lagi 'Thriller' itu menghidapi masalah insomnia, menyebabkan dia seringkali mengambil pelbagai jenis ubat penenang dadah untuk membantunya tidur.

Menurut Affidafit itu lagi, Dr. Conrad dilaporkan mengaku kepada pihak polis bahawa dia memberikan 50 miligram titisan intravena propofol kepada Michael setiap malam untuk membantunya tidur.

Affidavit pegawai polis itu turut menjelaskan, pada pagi sebelum kematian Michael, Dr. Conrad telah memberikan 25 miligram propofol lagi kepada Michael selepas semua ubat lain gagal membantu beliau tidur.

Michael dikatakan berkali-kali meminta supaya diberikan lagi propofol tersebut.

0 comments:

Post a Comment

Linkwith

Related Posts with Thumbnails