xSAM Chat


ShoutMix chat widget

Monday, May 10, 2010

Saya Seksi Bila Berkerja Dengan Lelaki - Zoe Saldana

                                               Zoe Saldana memegang watak Aisha dalam filem The Losers.
 
AKTRES dari Hollywood, Zoe Saldana berkata, dia berasa 'seksi' apabila berkerja dengan lelaki.

"Saya suka berkerja dengan lelaki, dan barangkali berkerja dengan mereka lebih daripada aktres lain.


"Saya perlu berbuat demikian dalam filem Star Trek, Pirates of the Caribbean dan sekarang 'The Losers'," katanya kepada media.

Saldana berkata, dia suka berlakon dalam filem padat dengan aksi serta sains fiksyen kerana semua krunya adalah lelaki.

Bagaimanapun katanya, ini tidak bermakna dia menolak berlakon bersama wanita.

"Sebagai wanita, saya suka memegang watak yang lebih bersifat kasar kerana ia memberikan kebebasan serta serba guna.

"Saya suka pegang senjata dan menjadi wirawati kerana saya fikir ia adalah seksi," ujarnya.

0 comments:

Post a Comment

Linkwith

Related Posts with Thumbnails