Falsafah ke falsampah ni?
1. Mark Twain,Penulis :Saya tidak suka dengan pergaduhan. Bila ada memiliki musuh, saya akan memaafkannya, mengajaknya ke tempat yang tenang, baru menyelesaikannya di sana.
2. Ann Landers,Kolumnis :Satu dari empat orang di dunia ini mengalami gangguan jiwa. Bila tiga orang yang anda kenal baik-baik, bererti andalah yang mengalaminya.
3. Zsa Zsa Gabor, Aktress :Saya adalah penjaga rumah yang hebat. Setiap kali saya meninggalkan seorang lelaki, saya selalu dapat memiliki rumahnya.
4. Henry Ford,Ford Motor :Berfikir adalah pekerjaan terberat, kerana itulah sedikit sekali orang yang hendak menggunakan otaknya.
5. Alexander Dumas the Younger, Usahawan :Bisnes ? Caranya mudah sekali: gunakan saja wang orang lain.
6. Angie Dickinson, Aktress :Saya berpakaian agar dilihat wanita, dan menanggalkan pakaian agar dilihat lelaki.
7. Samuel Goldwyn, Produser Film :Saya tidak mau dikelilingi orang yang bersifat ‘yes-man’. Saya mahu orang yang mengatakan kebenaran meskipun setelah itu saya akan memecatnya.Kita membayar gajinya terlalu besar, malangnya lagi dia pantas menerimanya.
8. Roberto Goizueta, Coca Cola :Musuh-musuh kita adalah kopi, susu, teh dan air putih.
9. John Paul Getty, jutawan :Bila Anda berhutang 100 Dollar, andalah yang pening. Tapi bila anda berhutang 100 juta Dollar, bank yang akan pening.
10. Herbert Hoover, Presiden AS ke -31 :Berbahagialah generasi muda, keranaa merekalah yang akan mewarisi hutang bangsa.
11. AnatoleFrance, Penulis :Buku sejarah yang tidak mengandung kebohongan pastilah sangat membosankan.
12. T.S. Eliot,Penulis enulis yang masih muda, meniru. Penulis yang sudah berpengalaman, mencuri idea.
13. Agatha Christie, Novelis Cerita Misteri emgumpul barang antik adalah suami yang paling baik, kerana semakin tua isterinya, semakin ia mencintainya.
14. Alfred Hitchcock, Pengarah Filem Misteri :Saya tidak pernah kata bahawa para aktor adalah lembu. Saya hanya kata mereka harus diperlakukan seperti lembu.
15. Voltaire,ahli falsafah :Apabila kita bicara pasal wang, maka semua orang sama agamanya.
16. D.H. Lawrence,Penyair :Hasil dari kerja adalah wang. Hasil dari wang adalah lebih banyak wang. Hasil dari lebih banyak wang adalah persaingan yang ganas. Hasil dari persaingan yang ganas adalah dunia yang kita diami ini.
17. Lyndon B. Johnson, Presiden AS ke-36 :Apabila dua orang selalu sepakat dalam segala hal, itu bererti cuma seorang yang berfikir.
18. Charles de Gaulle, Presiden Perancis Pertama :Ahli politik tidak pernah percaya akan ucapan mereka sendiri, kerana itulah mereka sangat terkejut bila rakyat mempercayainya.
19. Thomas Alva Edison, saintis :Ramai orang yang percaya bahawa suatu hari kala mereka bangun dari tidur, mereka sudah menjadi kaya. Sesungguhnya mereka sudah separuh benar kerana mereka memang telah bangun dari tidur.
20. James Baldwin,Penulis, Pelakon :Semua orang memuji-muji syurga, tapi tidak ada yang mahu pergi ke sana sekarang juga.
21. Benjamin Franklin, Negarawan :Orang yang suka meminta maaf, jarang sekali pandai melakukan hal-hal lain.
22. Joseph Stalin, Pemimpin Politik :Kematian satu orang adalah tragedi, kematian jutaan orang adalah statistik.
23. Will Rogers,Pelawak: Politik itu mahal, bahkan untuk kalahpun kita harus mengeluarkan banyak wang.
24. Adolf Hitler,Pemimpin Nazi :Alangkah beruntungnya kerajaan bila rakyatnya tidak boleh berfikir.Aku tidak perlu berfikir kerana aku adalah pegawai pemerintah.
25. Clement Attlee, Perdana Menteri Inggeris : Demokrasi adalah pemerintahan yang diisi dengan banyak diskusi, namun demokrasi hanya efektif bila engkau mampu membuat orang lain tutup mulut.
xSAM Chat
Tuesday, May 25, 2010
Falsafah aneh dari orang terkenal
Posted by MeLPenang at 11:00:00 AM
Labels: Pesanan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment