SCARLETT Johansson suka bereksperimen dengan wajahnya terutama warna dan gaya rambutnya.
"Saya mempunyai pelbagai warna rambut dan memakai banyak rambut palsu. Bagi saya, itu adalah keseronokan menjadi seorang wanita - mengubah rupa dan mencari pelbagai identiti untuk diri anda. Saya selalu suka berbuat demikian," katanya kepada media.
Aktres dan penyanyi berusia 25 tahun itu mengaku dia suka berpakaian anggun seperti wanita lain.
"Saya seorang wanita - semestinya saya suka berpakaian cantik. Saya seorang wanita yang feminin. Saya suka akan pakaian, fesyen dan barang berkaitan," ujarnya.
0 comments:
Post a Comment