xSAM Chat


ShoutMix chat widget

Sunday, November 22, 2009

Google Chrome OS bakal mencabar Microsoft?

image

Antara ‘breaking news’ paling popular dalam web pada hari ini ialah pengumuman dari pihak Google di mana Google akan melancarkan sistem operasi / operating system (OS) sendiri yang dinamakan Chrome OS pada pertengahan tahun 2010.

Google Chrome OS akan diguna pakai di netbooks, dan juga desktop dan laptop computers. Adakah Chrome OS bakal mencabar Microsoft yang akan melancarkan sistem operasi terbaru Windows 7 pada Oktober tahun ini?

Menurut Google, Chrome OS dicipta dengan menegaskan kepada elemen kelajuan, mesra pengguna dan mempunyai kawalan sekuriti yang ketat. Seperti kebanyakan produk2 google yang lain, antaramuka OS ini sangat ringkas dan pengguna juga tidak perlu tentang updates, serangan virus, trojan etc.

Perkara utama yang saya suka mengenai Google ialah semua produk2 mereka yang sangat berkualiti, baik dari segi aplikasi web seperti Google search, blogger.com, Gmail, Google Reader etc. Malah, produk perisian dari Google seperti Google Picasa juga sangat berkualiti. Google juga menghasilkan OS untuk smartphone, iaitu Android yang kini juga semakin popular berbanding OS smartphone lain.

Apa yang menjadi persoalan sekarang ialah; adakah Google Chrome OS ini akan dapat digunakan secara percuma, adakah compatible dengan perisian seperti Photoshop dan Word, bagaimana compatibility dengan hardware, dan banyak lagi.

Edit: Sedikit info mengenai Google Chrome OS;

- Menggunakan kernel linux

- Kemungkinan aplikasi seperti Gmail, Google Docs dll akan dijalankan secara cloud (online) dan mungkin ada sokongan Google Gears untuk fungsi offline

- Jika menggunakan kernel linux, besar kemungkinan perisian2 dalam windows dapat dijalankan di Chrome OS menggunakan Wine

- Mendapat sokongan OEM dari pihak ASUS, ACER dan HP. Lain2 OEM akan diumumkan.

gmail

Oh ya, satu lagi pengumuman dari Google ialah, Google Apps telah keluar dari versi beta. Jika ada buka Gmail, anda tidak akan lihat lagi label beta pada logo Gmail tersebut.

Dah lama sangat Google letak label beta kat Gmail. Ingat lagi kali pertama saya daftar gmail beberapa tahun lepas, masa tu tak buka lagi pendaftaran kepada publik, nak daftar kena ada invitation code dulu. Dan invitation code tu dihantar melalui sms kalau tak silap.

Sekarang, saya sangat2 suka Gmail. Ajax, sokongan pada fungsi themes, widgets, pop3, imap, push dll memang sangat2 kool. Ada gmail lab lagi tu.

0 comments:

Post a Comment

Linkwith

Related Posts with Thumbnails