JEDDAH: Hujan lebat, sesuatu yang jarang berlaku di sini, mengakibatkan banjir kilat dan satu lorong jalan utama ke Makkah ditutup kerana banjir, menyebabkan hanya tinggal satu jalan, kata Amer al-Amer, jurucakap Kementerian Dalam Negeri.
Hujan juga menyebabkan kesesakan lalu lintas terutama apabila jemaah mula bergerak ke Mina, Arafah dan Muzdalifah.
Hujan renyai-renyai memang perkara biasa di Makkah dan sekitarnya tetapi tiada hujan lebat beberapa tahun ketika musim haji. Jurucakap Pertahanan Awam, Major Abdullah al-Harthi berkata pertubuhannya bersiap sedia dengan pelan kecemasan, jika keadaan memerlukan.
Katanya, setakat ini tiada jemaah dilaporkan cedera, lapor agensi berita rasmi Arab Saudi. - Agensi
0 comments:
Post a Comment