xSAM Chat


ShoutMix chat widget

Sunday, November 1, 2009

Sawah bertukar jadi lombong emas

Beberapa bulan yang lalu kerajaan Kedah telah memajak tanah yang luas di Timor Leste bagi menanam padi. Tanah yang dipajak ini akan dijadikan tapak baru aktiviti penanaman padi yang kosnya jauh lebih murah berbanding di negara kita. Hasil padi ini dijangka akan dipasarkan dipasaran tempatan dan juga untuk eksport ke negara yang memerlukan.

Pemajakan tanah yang luas ini merupakan insetif kerajaan negeri bagi menangani kekurangan beras yang kerap berlaku di negeri ini dan negeri lain di Malaysia. ia juga sebagai persiapan menghadapi keberangkalian permasalahan ekonomi yang akan menghimpit negara membangun seperti Malaysia.

Kerja-kerja awal dijalankan di kawasan di Timor Leste ini. Namun ada satu perkara yang menakjubkan ialah penemuan emas yang begitu banyak sekali di kawasan yang menjadi milik kerajaan Kedah sekarang. Menurut perjanjian dengan kerajaan Timor Leste, setiap apa yang terkandung di tanah yang dipajak tersebut menjadi milik Kedah. Maka penemuan emas yang bernilai besar ini menjadi satu rezeki baru yang tidak disangka-sangka.

Begitu juga dengan penemuan terbaru bijih timah yang besar jumlahnya di Bukit Kinci, Sintok berhampiran UUM. Oleh itu kerajaan Kedah dikatakan akan memulakan operasi pelombongan emas dan bijih timah di kawasan tersebut tidak lama lagi.

0 comments:

Post a Comment

Linkwith

Related Posts with Thumbnails