skip to main |
skip to sidebar
Apabila mahu membeli kereta terpakai melalui iklan yang disiarkan di akhbar, atau di mana-mana, kita sewajarnya menentukan penjual kereta terpakai itu tulen atau sebaliknya kerana ada penjual kereta terpakai menyiarkan iklan seolah-olah merekalah pemilik sebenar kereta terpakai berkenaan bagi menambah keyakinan pembeli bahawa mereka sebenarnya berurusan langsung dengan pemilik.
Ketika membuat panggilan telefon untuk bertanya mengenai kereta terpakai yang diiklankan itu, kita harus bijak supaya tidak terpedaya dengan orang yang menjawab panggilan.
Seboleh-bolehnya tegas tetapi bukan kasar ketika bercakap. Jika berasa sangsi, mungkin kerana pelbagai helah diberi, sebaiknya hentikan urus niaga itu, jangan membuang masa. Antara tips membeli kereta adalah:
1. Jangan beli keta yg sudah modified termasuk
- lowered
- sport rim yg terlalu besar dan bukan original
- dashboard yg berlubang2 akibat pasang meter aksesori atau speaker
- tinted terlalu gelap
- warna asal sudah ditukar
- enjin asal sudah ditukar termasuk turbo
2. Jangan beli keta yg terlalu banyak pemilik dalam tempoh terntentu. sebuah keta 10 tahun mungkin ada 2 atau 3 owner tetapi kiranya ada 4 owner dalam 6 tahun, tinggalkan.
3. Do your homework – check harga purata pasaran dan pastikan dealer dapat menandingi harga tersebut termasuk memberi diskaun berpatutan. jika dealer tidak mahu menurunkan harga, walk away. cari dealer yg lain.
4. Start enjin ketika enjin sejuk. jika enjin sudah panas, datang semula esok hari dan pastikan enjin tu tetap sejuk. enjin boleh memberi 2 jenis reaksi berbeza ketika dihidupkan sejuk atau panas.
Lihat bawah enjin, jika basah dgn minyak – tanda maintenance tidak bagus. melainkan dealer sanggup baiki FOC, tinggalkan kereta terpakai itu.
6. Lihat ekzos ketika enjin panas. jika ada asap putih kebiruan, jangan beli
7. Cuba enjut keta di semua bucu. jika melantun lebih 2 kali, tinggalkan.
8. Start enjin dan on aircond. jika aircond terasa sejuk di, ok. kalau lambat nak sejuk. tinggalkan.
9. Walaupun warna keta adalah cat asal, tetapi sekiranya baru di spray ada petanda yang tidak menyenangkan. bayangkan keta sudah 7 tahun tapi cat macam baru. accident? susah nak cakap. dealaer boleh kata apa saja – jangan percaya.
10. Semak bacaan kilometer pada meter kereta terpakai. Biasanya sesebuah kereta terpakai mencatatkan purata 20,000 kilometer setahun. Jika kereta terpakai yang hendak dibeli itu berusia dua tahun, tetapi sudah mencatatkan 100,000 kilometer atau lebih km, anda dinasihatkan mencari kereta terpakai lain
0 comments:
Post a Comment