xSAM Chat


ShoutMix chat widget

Friday, September 11, 2009

Siti Nordiana diceraikan melalui Telefon.



Setelah lebih seminggu berdiam diri, penyanyi popular, Siti Nordiana Alias, 25, yang dikenali dengan nama Nana akhirnya mengaku sudah berpisah dengan suaminya yang juga pelakon, Faizal Yusof pada 26 Ogos lalu dengan talak dua melalui telefon.

Faizal yang mendirikan rumah tangga dengan Siti Nordiana pada 29 April 2006 sebelum ini pernah melafazkan talak satu ke atas bekas isterinya itu awal Ogos lalu juga menerusi telefon.

Menurut Siti Nordiana, penceraian yang berlaku bukan disebabkan kehadiran orang ketiga seperti yang diuar-uarkan masyarakat sebelum ini.

"Kami berpisah kerana masing-masing tidak ada persefahaman dan sering berbeza pendapat sejak awal perkahwinan lagi," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Masyhur 1Malaysia di Hotel D'Palma di sini semalam.

0 comments:

Post a Comment

Linkwith

Related Posts with Thumbnails