xSAM Chat


ShoutMix chat widget

Wednesday, September 9, 2009

Lelaki dibelasah curi baju wanita di Bazar Ramadan



Ruang pekarangan Bazar Ramadan dekat Masjid Sultan Ahmad Shah 1 di sini kecoh apabila seorang lelaki dibelasah oleh orang ramai kerana dipercayai mencuri sehelai baju wanita di sebuah gerai menjual pakaian semalam.

Dalam kejadian pada pukul 6.40 petang itu, lelaki yang berusia 30-an itu cuba melarikan sehelai baju wanita dan perbuatannya dilihat oleh seorang lelaki lain berhampiran tempat kejadian.

Ia menyebabkan saksi tersebut menjerit dan orang ramai yang berada di bazar berkenaan terus meluru ke tempat kejadian dan berjaya menahan lelaki itu.

Pemilik gerai, Safinah Bulat, 59, berkata, orang ramai kemudian bertindak membelasah lelaki itu sehingga menyebabkan dia cedera di dahi.

"Saya tidak sedar kehadiran lelaki itu kerana sibuk melayan pelanggan," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

0 comments:

Post a Comment

Linkwith

Related Posts with Thumbnails