xSAM Chat


ShoutMix chat widget

Monday, September 14, 2009

Dilarang kahwin kerana kurang bijak



Seorang remaja perempuan Scotland, Kerry Robertson, 17, dilarang oleh pekerja kebajikan daripada meneruskan perkahwinan dengan tunangnya, Mark McDougall, 25, atas alasan tidak mengetahui selok belok institusi perkahwinan, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Kerry yang sedang mengandung lima bulan dihalang berkahwin kira-kira 48 jam sebelum majlis perkahwinan bermula walaupun 20 tetamu sudah dijemput untuk menghadirinya pada Sabtu lalu.

Wanita itu dari Dunfermline dekat sini yang telah menempah gaun pengantin didatangi dua pekerja sosial yang pergi ke flat tempat mereka tinggal di Fife pada Khamis lalu.

"Sejurus pintu dibuka, dua pekerja kebajikan itu memberitahu perkahwinan kami tidak sah kerana Kerry menghadapi masalah pembelajaran dan tiada keupayaan untuk membuat keputusan. Kerry kemudian menangis," kata Mark.

Alasan yang dikemukakan oleh petugas kebajikan itu ialah Kerry tidak memahami kesan daripada perkahwinan.

Dalam satu langkah yang belum pernah dilakukan, pendaftar di pejabat bandar Dunfermline menolak untuk memberi kebenaran perkahwinan kepada mereka selepas Majlis Daerah Fife menulis surat bantahan bagi menyekat pasangan itu daripada berkahwin.

Kerry kini akan menjalani satu penilaian psikologi bagi menentukan sama ada dia seorang yang terlalu bodoh untuk mengetahui tentang institusi perkahwinan.

Berdasarkan undang-undang Scotland, seorang pendaftar pertubuhan boleh menolak untuk mendaftarkan perkahwinan jika dia mendapati salah seorang bakal pengantin tersebut tidak memahami institusi perkahwinan.

0 comments:

Post a Comment

Linkwith

Related Posts with Thumbnails