xSAM Chat


ShoutMix chat widget

Thursday, September 17, 2009

Mariam dibawa pulang ke tanah air



"Terima kasih kepada semua pihak yang bersusah-payah membantu menguruskan penghantaran jenazah ibu saya. Bantuan itu amat bermakna kerana sekurang-kurangnya kami dapat melawat pusara ibu pada setiap pagi raya."

Demikian kata Jelani Sonni, 72, anak Mariam Johari, 88, wanita yang meninggal dunia di Korea Selatan selepas 'terkandas' di negara itu selama 64 tahun dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Makam Bendahara Tun Habib di sini pada pukul 6 petang semalam.

Jenazah Allahyarham dikebumikan dalam suasana pilu dan hujan lebat yang dihadiri kira-kira 50 orang termasuk seorang lagi anaknya, Ramlah Sonni, 74, serta adik bongsu Mariam, Iash Johari, 76, dan keluarga terdekat.

0 comments:

Post a Comment

Linkwith

Related Posts with Thumbnails