xSAM Chat


ShoutMix chat widget

Monday, August 31, 2009

MJ: Berita Terkini

Hanya tiga orang detektif yang menyiasat kes kematian MJ
Siasatan ke atas kes kematian Michael Jackson memakan masa yang lama adlah kerana hanya tiga orang detektif sahaja yang ditugaskan untuk menyiasat punca kematian Michael. - foto AP

PUNCA mengapa siasatan ke atas kes Michael Jackson mengambil masa yang lamauntuk selesai adalah kerana kes ini hanya disiasat oleh tiga orang detektif sahaja," lapor satu sumber.

"Hanya tiga orang detektif dari bahagian siasatan pembunuhan LAPD ditugaskan untuk menyiasat kes ini," jelas sumber tersebut.

Manakala ada sumber lain yang berkata: Ini adalah puncanya mengapa siasatan ke atas kes ini memakan masa yang panjang."

Cerita sebenar disebalik kerja keras pihak polis itu sebenarnya mreka masih belum menyoal siasat pegawai keselamatan, Alberto Alvarez, yang telah membuat panggilan kecemasan pada hari Michael ditemui mati.

Malah ketua kakitangan pekerja Michael, Michael Amir juga masih belum disoal siasat.

Peguam Carl Douglas, yang mewakili kedua-dua saksi tersebut berkata: "Kami telah menyusun jadual bagi memastikan pegawai penyiasat tersebut dapat berjumpa dengan anak guam saya.

"Perjumpaan pada kali pertama sedang dijadualkan semula. Perjumpaan kali kedua saya terpaksa menelefon mereka dan memberitahu bahawa detektif tersebut tidak hadir," katanya.

Marijuana ditemui dirumah Michael Jackson
Selepas propofol kini Marijuana pula ditemui di bekas rumah sewa Michael Jackson. foto-AFP

MARIJUANA dan beberapa botol yang mengandungi ubat jenis dadah dijumpai di rumah Michael Jackson beberapa hari selepas kematianya, menurut satu waran yang telah dikeluarkan.

Antara ubat jenis dadah yang ditemui termasuklah dua bakul marijuana, sebotol temazepam sejenis ubat untuk masalah sukar tidur) dan botol kosong ubat penenang lain lorzaepam dan diazepam, lapor sebuah majalah.

Pasukan penyiasat percaya Michael telah diberikan 'beberapa jenis suntikan yang tidak diketahui atas sebab apa, dan secara langsung menyebabkan kematiannya'.

Dalam perkara lain dokumen tersebut turut menyatakan doktor peribadi Michael Jackson, Conrad Murray, ada memberikanya anestatik propofol.

Waran itu dikeluarkan empat hari selepas kematian Michael. Dr Conrad juga dikatakan gagal dihubungi beberapa hari selepas kejadian itu.

Propofol ibarat 'susu' kepada Michael Jackson
Michael Jackson dikatakan ketagih terhadap ubat penenang Propofol untuk membantunya tidur. foto-AFP

PEGAWAI yang menyiasat kes kematian Michael Jackson mendedahkan penyanyi terkenal itu menyamakan propofol yang diketagihinya tidak ubah seperti 'susu'.

Bekas doktor peribadi Michael, Conrad Murray kini menjadi suspek utama siasatan kerana dituduh memberikan ubat penenang tersebut kepada Michael, lapor sebuah akhbar.

"Keluarga Jackson tahu mengenai perkara itu dan mereka menganggap ia adalah 'susu' kepada Michael," kata seorang pegawai polis di Los Angles dalam affidavitnya.

Penyanyi yang terkenal dengan lagi 'Thriller' itu menghidapi masalah insomnia, menyebabkan dia seringkali mengambil pelbagai jenis ubat penenang dadah untuk membantunya tidur.

Menurut Affidafit itu lagi, Dr. Conrad dilaporkan mengaku kepada pihak polis bahawa dia memberikan 50 miligram titisan intravena propofol kepada Michael setiap malam untuk membantunya tidur.

Affidavit pegawai polis itu turut menjelaskan, pada pagi sebelum kematian Michael, Dr. Conrad telah memberikan 25 miligram propofol lagi kepada Michael selepas semua ubat lain gagal membantu beliau tidur.

Michael dikatakan berkali-kali meminta supaya diberikan lagi propofol tersebut.

Read More......

Merdeka: Apa kata Artis kita...

SETIAP kali kita meraikan Hari Kemerdekaan, pasti ramai yang meraikannya dengan cara yang berlainan.

Ada yang mengibarkan Jalur Gemilang, ada yang hadir ke Dataran Merdeka untuk melihat sambutan merdeka dengan lebih dekat dan tidak kurang juga yang hanya menonton program merdeka di televisyen bersama keluarga di rumah.

Begitu juga dengan artis dan selebriti tempatan yang berbilang kaum iaitu Tomok, Stacy, Belinda Chee dan Indi Nadarajah yang sempat berkongsi tentang pengalaman mereka menyambut Hari Kemerdekaan sempena sambutan merdeka yang ke-52 pada tahun ini.

Penyanyi Tomok

Tomok menyanyikan lagu Allahyarham Sudirman Haji Arshad iaitu "Tanggal 31" pada Hari Kemerdekaan.

"Erti kemerdekaan bagi Tomok ialah kita perlu bebas bukan sahaja daripada penjajahan fikiran, unsur budaya yang kurang sihat.

"Dari segi muzik, kita perlu mencapai tahap yang lebih tinggi dari sekarang.. agar kita boleh bersaing di persada antarabangsa.

"Kita tidak boleh berbangga dengan apa yang kita ada. Kita perlu majukan diri kita.

"Tahun lalu, Tomok akan terlibat dengan pertunjukan pada Hari Kebangsaan. Tomok sentiasa menantikan lagu Allahyarham Sudirman Haji Arshad iaitu "Tanggal 31".

"Untuk tahun ini, Tomok menghabiskan masa bersama keluarga di rumah kerana menghormati bulan Ramadan," katanya yang merupakan juara One In A Million (OIAM) musim ketiga.

Penyanyi Stacy

Stacy berharap rakyat negara ini menghayati perpaduan yang dikecapi kini.

"Kemerdekaan negara menandakan kita telah bebas daripada ancaman peperangan dan anasir-anasir subversif. Jadi tarikh ini cukup signifikan kepada rakyat jelata negara ini.

"Walaupun negara kita telah aman damai, kita perlu menghayati erti kemerdekaan negara sebaik-baiknya.

"Kita perlu menambahkan darjah perpaduan rakyat berbilang kaum dan agama.

"Untuk merayakan kemerdekaan negara, Stacy akan tampal pelekat Jalur Gemilang di kereta.

“Tahun-tahun lepas, Stacy dan kawan-kawan akan pergi melihat pertunjukan bunga api. Saat itu, Stacy terharu melihat nikmat kemerdekaan yang dikecapi pada hari ini,” katanya yang merupakan juara Akademi Fantasia yang keenam (AF6).

Hos ‘Quickie’ 8tv, Belinda Chee

Belinda biasa meraikan Hari Kemerdekaan ini di studio.

“Setiap tahun biasanya saya akan menyambut Hari Kemerdekaan di rumah tetapi sejak saya bergelar hos rancangan ‘Quickie’ dua tahun lalu, saya selalu meraikannya di studio 8tv untuk mengendalikan program merdeka secara langsung bersama hos Quickie yang lain.

“Pada 2007, buat pertama kalinya saya juga merasai sambutan malam merdeka di Dataran Merdeka. Saya tertarik dengan persembahan bunga api serta lampu-lampu yang cantik di bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

“Saya berasa begitu bersemangat sekali untuk meraikan Hari Kebangsaan,” katanya yang buat mengacarakan ‘countdown’ merdeka secara langsung di studio 8tv bersama Henry, Sam, Zher dan Hunny Madu.

Pelakon Indi Nadarajah

Indi berlakon dalam filem Setem.

"Hari kemerdekaan adalah hari simbolik negara kita telah berjaya dari segenap segi seperti ekonomi dan rakyat berbilang kaum dan agama dapat hidup bersatu-padu di negara ini.

"Hari ini juga menandakan negara kita boleh dijadikan contoh oleh negara-negara lain.

"Pada hari kemerdekaan, saya akan mengibarkan Jalur Gemilang untuk menzahirkan patriotisme saya,” ujarnya yang pernah berlakon filem ‘Setem’.

Read More......

Kontrak keluar Islam



Jika ingin keluar daripada kumpulan, pengikut dikehendaki mengisi borang dan menandatangani kontrak yang antara kandungannya menyebut:

“...saya tidak sanggup lagi untuk berpegang kepada al-Quran dan sunnah seperti mana yang disyariatkan ke atas saya...”

Itulah taktik halus atau perangkap yang digunakan satu pergerakan yang dipercayai mengamalkan ajaran sesat bagi mengelak pengikutnya meninggalkan kumpulan itu.

Ini kerana pemimpin kumpulan itu mendakwa hanya ajaran Islam yang diamalkan mereka adalah tulen. Oleh itu jika pengikut ingin meninggalkan kumpulan itu, mereka dianggap ‘murtad’.

Sebab itu mereka dikehendaki mengisi borang atau menandatangani kontrak yang memperakui kesediaan untuk tidak lagi berpegang kepada ajaran al-Quran dan sunnah.


“Anehnya, mereka tidak kisah jika ada pengikut mahu ‘murtad’. Yang penting, siapa saja yang nak tinggalkan kumpulan perlu isi borang dan tandatangani kontrak keluar Islam.

“Jika berbuat demikian mereka tidak akan ganggu lagi tapi jika tak tandatangani kontrak, mereka akan terus mencari kita dan menuntut bayaran tertentu yang wajib dibayar oleh ahli,” kata seorang bekas pengikut kumpulan itu yang hanya mahu dikenali sebagai Mahmood, 23.

Menurutnya, pengikut yang mahu ‘murtad’ daripada kumpulan ajaran sesat terbabit diminta menghadap Ahlul Bait atau penyelia sebelum menurunkan tanda tangan di atas sekeping kertas fotostat bersaiz A4.

Selepas itu baru bekas pengikut berkenaan bebas untuk mengikut semula ajaran Islam sedia ada yang mereka gelar ‘Islam seleweng’.

“Pendekatan itu menunjukkan seolah-olah akidah seseorang dihitung atau digambarkan hanya melalui tandatangan dalam dokumen fotostat kontrak yang berharga hanya tiga sen,” katanya yang juga bekas penuntut institusi pengajian tinggi (IPT).

Mahmood yang berpengalaman menjadi pengikut kumpulan itu kira-kira dua tahun berkata, borang Kontrak Keluar Islam akan dicetak pada bila-bila masa apabila ada pengikut mahu keluar daripada kumpulan terbabit.

Bagaimanapun, ada syarat perlu dipatuhi jika mahu menurunkan tandatangan iaitu melakukannya di depan Ahlul Bait dan jika keluar tanpa melakukan kewajipan itu mereka belum dianggap ‘murtad’ lagi.

“Bagi saya, Kontrak Keluar Islam itu diwujudkan kerana mereka mahu menakut-nakutkan ahli supaya tidak meninggalkan kumpulan itu, selain menegaskan hanya Islam mereka yang betul.

“Yang menjadi masalah, apabila tidak melakukannya, nama kita akan ‘naik’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti seperti menghadiri ceramah yang memerlukan kita membayar sejumlah wang yang ada kalanya mencecah RM1,000 sebulan,” kata Mahmood.

Akibatnya, pengikut yang tidak mahu lagi terbabit dengan kumpulan itu akan ‘diburu’ untuk mendapatkan bayaran atau lebih dikenali sebagai infak bagi setiap aktiviti atau keperluan dinyatakan pemimpin tertinggi atau seseorang Ahlul Bait.

Menurut Mahmood yang kini bertaubat nasuha dan kembali mengikuti ajaran Islam sebenar, dia tidak menandatangani kontrak terbabit, sebaliknya keluar tanpa memaklumkan ketua.

“Saya keluar begitu saja kerana yakin apa yang mereka amalkan terpesong daripada Islam tulen. Pernah saya bertanya masalah asas seperti kewajipan bersolat, namun mereka gagal memberi jawapan. Kerana itu saya tidak mahu lagi bersama mereka.

“Bagaimanapun saya dimaklumkan, beberapa rakan menandatangani Kontrak Keluar Islam itu kerana tidak mahu menjadi buruan bagi melunaskan pelbagai bayaran tidak masuk akal,” katanya.

Read More......

Sunday, August 30, 2009

Panduan praktikal daripada Pakar Penjimat Petrol

Semasa hidupkan enjin
Elakkan menekan minyak dengan kuat, tambahkan kelajuan secara perlahan-lahan Berbanding menambahkan kelajuan secara perlahan-lahan, menekan minyak dengan kuat akan menyebabkan penggunaan petrol bertambah sebanyak 2 hingga 3 kali ganda. Tabiat pemandu yang kasar, contohnya menekan minyak dengan kuat atau tiba-tiba menekan brek, boleh menyebabkan penggunaan petrol bertambah sebanyak 30%. Jadi, pandulah dengan cermat untuk memastikan perjalanan yang lebih lancar dan menyenangkan sepanjang hari.

Memandu sambil memanaskan kereta
Kebanyakan kereta pada masa sekarang tidak lagi menggunakan karburetor, jadi enjin kereta tidak perlu dipanaskan sebelum berjalan. Tarikkan injap sambil membawa kereta dapat memanaskan enjin secara perlahan-lahan. Pandulah kereta dengan kelajuan yang biasa sambil memanaskan kereta anda. Selepas 1 – 2 km, enjin kereta anda akan mencapai suhu yang sesuai.

Semasa isikan minyak
Jangan bertindak keterlaluan. Apabila pam minyak berhenti secara automatik, bermakna tangki minyak telah penuh dan harus alihkan muncung bagi mengelakkan lebihan pengisian. Keadaan ini samalah seperti anda dipaksa makan bila perut sudah kenyang. Minyak berlebihan akan menumpah keluar jika kereta anda berjalan di atas jalan raya yang tidak rata. Keadaan ini bukan sahaja membazirkan, malah tidak mesra alam.

Dalam perjalanan
Kekalkan jarak yang selamat dan elakkan menekan brek secara mengejut
Kelajuan kereta akan berkurangan atau berhenti jika brek ditekan, jadi enjin perlukan petrol yang lebih untuk menggerakkan semula kereta daripada gear rendah atau daripada keadaan statik.

Elakkan memecut!
Semasa di lebuh raya, anda barangkali akan menambahkan kelajuan tanpa disedari sambil menikmati keseronokan memecut yang tak terpada. Memecut bukan sahaja akan meningkatkan penggunaan petrol, malah juga akan meningkatkan risiko ditimpa kemalangan jalan raya.

Perintang
Ramai yang suka pasangkan bendera kecil atau aksesori dan kelengkapan lain pada bumbung kereta. Benda-benda seperti itu sebenarnya merupakan perintang yang akan membebankan kereta anda dan memperlambatkan kelajuan kereta anda, seterusnya menambahkan penggunaan petrol.

Elakkan kerap menekan brek
Asyik merehatkan kaki kanan anda pada brek dan menekan brek bukan sahaja menambahkan penggunaan perol, bahkan juga akan memendekkan hayat brek kereta. Keadaan ini juga akan membahayakan pemandu yang mengikut di belakang kereta anda.

Tayar lebar dan rendah lebih stabil tetapi lebih tinggi penggunaan petrol
Sesetengah pemandu suka menukar tayar lebar dan rendah yang lebih luas permukaannya demi menikmati pemanduan yang lebih stabil semasa memecut. Oleh kerana permukaan tayar yang bersentuhan dengan jalan adalah lebih luas dan menyebabkan geseran yang lebih kuat, jadi ia perlukan kuasa enjin yang lebih. Keadaan ini akan meningkatkan penggunaan petrol, khususnya bermula daripada keadaan statik.

Pengetahuan Am


Letakkan kereta di tempat berteduh
Elakkan daripada meletakkan kereta di tempat tidak berteduh. Suhu dalam kereta akan naik jika kereta terdedah di bawah bahangan matahari dalam tempoh masa yang panjang. Apabila kereta dibawa, sistem penghawa dingin mengambil masa yang lebih panjang untuk menyejukkan keadaan dalam kereta, akibatnya penggunaan petrol turut bertambah.

Jangan melengahkan penyenggaraan berkala
Penyenggaraan adalah wajar bagi setiap 5,000 atau 10,000 km, untuk memeriksa penapis minyak, bendalir, angin, bateri, penyambung CV dan sebagainya bagi membolehkan kereta anda berkeadaan optimum dan lebih menjimatkan petrol. Tekanan tayar juga mesti diperiksa supaya berkeadaan normal. Tekanan angin yang sesuai dapat menambahkan 3.3% jarak yang dijalani. Kekurangan tekanan tayar menghabiskan petrol yang banyak iaitu penggunaan petrol akan bertambah 0.4 sen bagi setiap pengurangan 1 paun tekanan angin. Lebih teruk lagi tayar mungkin akan pancit kerana terlampau panas. Jadi pemeriksaan tekanan tayar dengan kerap bukan sahaja menjimatkan wang, malah juga dapat melindungi keselamatan anda. Tayar akan menggoncang jika tekanan tayar terlampau tinggi, ia juga akan mengakibatkan pancit dan membahayakan.

Bersihkan plag pencucuh
Karbon mungkin terkumpul pada bahagian enjin dan di sekeliling plag pencucuh jika kereta anda selalu terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Penimbunan karbon ini akan melemahkan proses pembakaran dan menghabiskan petrol yang lebih banyak. Jadi, plag pencucuh yang bersih boleh membantu pembakaran yang sempurna dan menjimatkan petrol.

Kurangkan alat elektrik
Tenaga elektrik dalam kereta dihasilkan oleh generator. Semua alat elektrik dalam kereta seperti penghawa dingin, lampu, sistem penggera, stroboskop dan sebagainya, hanya akan membebankan generator. Semakin banyak tenaga elektrik diperlukan, generator perlu mengeluarkan tekanan yang lebih pada timing belt untuk menghasilkan lebih banyak tenaga elektrik. Keadaan ini sudah pasti akan menambahkan penggunaan petrol.

Kurangkan bebanan
Ramai pemandu jarang mengemaskan dan membersihkan benda-benda yang tertimbun dalam keretanya, kadang-kala mencapai 40-50kg! Lebihan berat ini bersamaan dengan membawa lebih seorang penumpang, penggunaan petrol juga akan bertambah 1-2%.

• Pengubahsuaian sembarangan membazirkan petrol dan wang
Sesetengah kedai pengubahsuaian kenderaan akan menasihatkan pemilik kereta supaya menukarkan konverter katalisator. Pada halnya, pengubahsuaian sebegini hanya akan menekan ekzos lalu membebaskan lebih banyak tenaga dan menghabiskan petrol yang lebih.

Read More......

Siti Nordiana Fail Cerai ke atas Pelakon terkenal?



TIADA angin, tiada ribut tiba-tiba sahaja tersebar kencang gosip mengenai penyanyi Siti Nordiana Alias atau mesra dengan panggilan Nana telah memfailkan penceraian ke atas suaminya, aktor Mohd Faizal Yusup, 31.

Nana, 25, yang sedang sibuk untuk berpindah rumah dari Seremban ke Petaling Jaya pada hari ini bagaimanapun enggan memberikan komen mengenai dakwaan itu.

“Saya tak nak komen sekarang sebab perkara itu belum ditentukan..saya tak boleh cakap apa-apa sebab belum ‘confirm’,” jawab Nana dalam keadaan tergesa-gesa.

Ditanya adakah suaminya turut berada di situ untuk sama-sama bergotong-royong memindah barang, Nana berkata Faizal tiada bersamanya.

Lalu, terdetik soalan sudah berapa lama Faizal tidak pulang ke rumah, Nana terus enggan memberikan sebarang komen dengan hanya menjawab ‘no komen’.

Penyanyi lagu 'Cinta Yang Bersinar' ini juga memberitahu yang dia akan menyambut Hari Raya Puasa di rumah keluarganya di Senayan. Negeri Sembilan pada tahun ini.

Disoal pula bagaimana dengan rumah keluarga mertua, Nana hanya menjawab:

“Saya tidak akan beraya di rumah keluarga sebelah suami kerana ...tak tau la, susah nak cakap.

“Lagipun, biasanya kami akan beraya mengikut giliran dan tahun lepas saya dah biasa pulang ke kampung suami.”

Pasangan yang bernikah pada 28 April 2006 di Masjid Kariah Sendayan, Seremban ini dikurniakan seorang anak lelaki, Mohamad Rayyan Nakhaie, 1 tahun 5 bulan selepas setahun berkahwin.




Masih menyanyi

Menyentuh tentang karier seninya, Nana yang semakin sepi dari industri muzik ini berkata dia masih menyanyi dan hanya menumpukan ‘show’ pada hujung minggu sahaja.

“Sekarang, saya bekerja sebagai ‘education counselor’ di Kolej Antarabangsa Unity kira-kira tujuh bulan lalu secara sepenuh masa. Jadi, saya hanya akan menyanyi pada hujung minggu apabila ada jemputan.

“Setakat ini, saya belum ada perancangan untuk menerbitkan album terbaru memandangkan label saya, Fantasia Music City (FMC) belum mengeluarkan surat hitam putih tentang album.

“Walaupun sibuk dengan kerja lain, saya masih membahagikan karier secara sama rata kerana kalau ada ‘show’ saya tak akan tolak.

“Kalau ikutkan nak tunggu duit kerja bukannya cukup..,” ujarnya yang akan menghadiri majlis berbuka puasa anjuran FMC pada 9 September ini.

Nana pernah popular sebagai pasangan duet penyanyi Achik dari kumpulan Spin menerusi lagu 'Gurauan Berkasih' dan 'Paling Comel'

Read More......

Beyonce Knowles sewa kediaman 5 juta pound di Singapura



PENYANYI dan aktress Hollywood Beyonce Knowles akan menyewa sebuah kediaman mewah di Singapura bernilai 5 juta pound.

Penanyi yang terkenal dengan lagu 'Crazy in Love' itu akan membuat persembahan sempena pembukaan litar Formula 1 di Singapura bulan depan.

Beyonce dan suaminya Jay-z dikatakan mahu tinggal di sebuah pangsupuri mewah.

Kedua pasangan tersebut dikatakan akan tinggal di sebuah pangsapuri mewah di bandaraya Marina Bay kerana kediaman itu membolehkan mereka melihat 360 darjah bandar singapura dan lautan.

"Beyonce dan Jay-z sangat suka datang ke Singapura dan mereka tidak mahu tinggal di hotel ketika berada disana. Antara tempat-tempat kediaman yang mereka sudah lihat semua hebat tetapi mereka memilih untuk tinggal di sebuah pangsapuri mewah yang mempunyai pemandangan yang sangat indah," kata sumber.

Antara selebriti terkenal lain yang akan membuat persembahan termasuklah Black Eyed Peas, N.E.R.D, Jacky Cheung dan termasuklah kumpulan hip hop dari Taiwan, Da Mouth dan juga kumpulan Sodagreen.

Persembahan tersebut akan berlangsung selama tiga hari bermula pada 24 hingga 26 September.

Perlumbaan julung kali Formula 1 di Singapura akan bermula pada 27 September.

Read More......

90,000 solat di Masjid Al-Aqsa



Kira-kira 90,000 orang membanjiri pekarangan Masjid Al-Aqsa di sini untuk solat Jumaat yang pertama pada bulan Ramadan.

Polis Israel melaporkan tiada sebarang insiden besar berlaku selepas penduduk lelaki Palestin berusia 50 tahun ke atas manakala wanita yang berumur lebih 45 tahun dibenarkan memasuki pekarangan masjid itu.

Sebelum ini, penduduk Palestin dari Tebing Barat dan Genting Gaza dilarang memasuki Baitulmaqdis yang ditakluk rejim Zionis selepas Perang Enam Hari pada 1967.

Di pos pemeriksaan Qalandia iaitu pintu masuk ke Baitulmaqdis, orang ramai berbaris panjang sejak awal pagi untuk bersolat di masjid itu.

Read More......

Lelaki Berjalan atas wayar di kawasan tinggi



Bukan semua orang meminati pendakian ekstrem tetapi sukan itu sudah sebati dengan jiwa seorang warga Austria, Heinz Zak, lapor sebuah akhbar semalam.

Sejak lapan tahun lalu, lelaki berusia 51 tahun itu sudah mengunjungi beberapa negara bagi mencari lokasi tebing tinggi yang sesuai untuk melakukan aktiviti berjalan di atas wayar.

Minatnya terhadap aktiviti itu bermula pada tahun 1980-an apabila hatinya terdetik untuk berjalan di atas wayar sejauh 173 meter yang menghubungi dua buah tebing ketika melawat Taman Negara Yosemite di Amerika Syarikat (AS).

Sejak itu, dia sudah mengunjungi banyak negara termasuk Austria, Jerman, AS, Itali dan Republik Czech untuk mencari kepuasan dengan melakukan aktiviti bahaya itu.

"Anda harus memberi tumpuan penuh (ketika melakukan aktiviti tersebut). Kecuaian akan mengundang maut," katanya.

Read More......

Saturday, August 29, 2009

Muat Turun Lagu Raya


1.Raihan & Manbai - Harapan Ramadhan........(Download)
2. A To Z -Iyo Ko..Esok Rayo..............................(Download)
3. 2By2 - Sederhana Di Hari Raya......................(Download)
4. 2By2 & L.Hanim - Berbaju Merah Jambu.....(Download)
5. 4U2C - Bergema Takbir Di Pagi Raya............(Download)
6. Ae-Man - Hari Ini Hari Raya..........................(Download)
7. Ae-Man - Ramadhan Bulan Puasa.................(Download)
8. Ae-Man - Selamat Hari Raya..........................(Download)
9. A Romzi - Takbir Hari Raya............................(Download)
10. Ahmad Jais - Satu Syawal.............................(Download)
11. Faizal Feat Ray - Raya Yang Sempurna.......(Download)
12. Faizal Tahir - Kepulangan Yang Dinanti......(Download)
13. Opick - Ramadhan Tiba.................................(Download)
14. Fotograf - Pertama Ramadhan Ini...............(Download)
15. Ahmad Jais - Selamat Hari Raya..................(Download)
16. Ahmadi Hassan - Aidilfitri..............................(Download)
17. 2D - Di Pinggiran Aidilfitri.............................(Download)
18. Aishah - Pulanglah.........................................(Download)
19. A Ramlie - Suara Takbir.................................(Download)
20. Ajai - Rindu Di Aidilfitri.................................(Download)
21. Al Mizan - Selamat Berhari Raya.................(Download)
22. Aman Syah - Kepulangan Yang Dinanti......(Download)
23. Amy Mastura - Bersama Di Hari Raya........(Download)
24. Anuar & Ellina - Suasana di Hari Raya.......(Download)
25. Awie & Ziana Zain - Sensasi Hari Raya........(Download)
26. Azlina Aziz - Indahnya Beraya Di Desa........(Download)
27. Black Dog Bone - Cahaya Aidilfitri...............(Download)
28. Black Dog Bone - Cahaya Di Hari Raya.......(Download)
29. DJ Dave - Menjelang Hari Raya...................(Download)
30. Faridah - Hari Raya Hari Mulia...................(Download)
31. Fazidah Joned - Selamat Hari Raya..............(Download)
32. Hail Amir & Uji Rashid - Seloka Hari Raya..(Download)
33. Hijjaz,ITeam,Unic,Mestica - Sndg Aidilfitri..(Download)
34. Imad - Salam Aidilfitri...................................(Download)
35. Jamal Abdillah - Salam Aidilfitri....................(Download)
36. J.Abdillah - Smpaikn Slmku Di Hari Raya....(Download)
37. Jay Jay - Hari Raya Bahagia.........................(Download)
38. Junainah - Suasana Riang Di Hari Raya......(Download)
39. Rafeah Buang - Bila Takbir Bergema............(Download)
40. Rafeah Buang - Selamat Hari Raya..............(Download)
41. Raihan - Gema Takbir....................................(Download)
42. Raihan,Nwshrt,Rem & Ajai - Lebaran Ini....(Download)
43. Saloma - Selamat Hari Raya.........................(Download)
44. Sanisah Huri - Aidilfitri..................................(Download)
45. Sanisah Huri - Bersabarlah Sayang..............(Download)
46. Senario - Seminggu Berhari Raya.................(Download)
47. Sharifah Aini - Minal Aidil Wal Faizin..........(Download)
48. Sharifah Aini - Suasana Hari Raya...............(Download)
49. Sudirman - Balik Kampung..........................(Download)
50. Takbir Raya....................................................(Download)

Read More......

Inilah realiti undang-undang di Malaysia

Mari kita bandingkan dua kisah benar dibawah....... Kartika Sari, ditahan ketika minum arak disebuah kelab, telah di bicarakan dan dijatuhi hukuman oleh seorang Hakim Mahkamah Tinggi Syariah di Pahang. Beliau telah dijatuhi hukuman denda RM5,000.00 dan enam kali sebatan rotan, yang akan dilaksanakan mengikut kaedah dan teknik dalam perundangan Islam.

Wanita berani ini telah membayar denda dan bersedia menjalani hukuman rotan tersebut. Kartika BELUM lagi menjalani hukuman rotan tersebut. Ketika ini, media-media perdana memberi publisiti yang meluas dan memberi gambaran yang Kartika sebagai seorang yang menjadi mangsa kekejaman undang-undang syariah. Pemimpin tertinggi kerajaan termasuk PM sendiri tanpa segan silu menunjukkan simpati dengan"memujuk' Kartika supaya "jangan menerima keputusan mahkamah dengan redha".Maknanya Kartika di minta supaya merayu pada mahkamah agar meringankan hukuman tersebut.Bila pemimpin bersuara, Mahkamah kemudian menangguhkan hukuman sehingga selesai bulan Ramadhan.

Dimanakah kredibeliti Mahkamah Syariah?


Tahanan ISA, Mat Sah Satray telah ditahan oleh pihak berkuasa sejak 18 April 2002, tetapi tidak pernah sekalipun dibawa ke Mahkamah untuk dibicarakan. Walaupun kes beliau tidak pernah di dengar oleh mana-mana hakim dan beliau tidak pernah dijatuhi hukuman oleh mana-mana hakim mahkamah, beliau telah didenda menjalani kehidupan seperti banduan lebih 7 tahun lamanya.Tahanan ISA terpaksa redha dengan hukuman tanpa perbicaraan itu.

Tiada seorang pun pemimpin mahupun media perdana bersimpati pada tahanan yang telah dipisahkan dari anak isteri bertahun-tahun lamanya. Simpati itu mungkin boleh ditunjukkan dengan memberi peluang mereka dibicarakan di mana-mana mahkamah terbuka, sepertimana hak yang telah diberikan pada Kartika yang memang jelas menlanggar undang-undang Islam.Yang jelas, semua pemimpin dan semua rakyat Malaysia tetap meyalahkan dan memberi tanggapan buruk pada tahanan ISA, yang sepanjang hayat akan membawa tanda nama "mengancam keselamatan" negara.

Dimanakah keadilan?

Read More......

Friday, August 28, 2009

Kartika: kenyataan media Persatuan Peguam Syarie Malaysia

Rentetan kekecohan yang berlaku dalam isu sebatan Kartika Sari Dewi Shukarno, Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) memandang serius perkara tersebut kerana ia telah menjejaskan reputasi Mahkamah Syariah, Jabatan Agama Islam dan pihak-pihak berkaitan.

PGSM dengan ini menyatakan pendirian dan mengeluarkan kenyataan seperti berikut :

PGSM kesal dengan apa yang berlaku kerana akhir-akhir ini menampakkan unsur campur tangan pihak kerajaan dalam proses kehakiman di negara ini terutama kehakiman syariah semakin menjadi-jadi.

Bermula dengan unsur campur tangan kabinet dalam menentukan agama anak pasangan yang memeluk Islam dan terbaru dalam isu sebatan Kartika Sari. Perkara ini tidak sepatutnya berlaku dalam era 1Malaysia, Pencapaian Didahulukan, Rakyat Diutamakan.

Campur tangan kerajaan dalam sistem pentadbiran kehakiman syariah perlu ditamatkan segera. Persoalan timbul, mengapa menteri-menteri kerajaan terlalu gemar memberikan komen terhadap kes-kes di Mahkamah Syariah sedangkan terdapat kes-kes di Mahkamah Sivil yang lagi teruk dan dangkal.

Sebelum ini terdapat kes di Mahkamah Sivil ada seorang hakim yang memutuskan bahawa dia sendiri yang akan menghukum pesalah, tetapi kes tersebut tidak pula dipolemikkan, dan tidak ada pula menteri yang memberikan komen.

Pihak kerajaan termasuk menteri-menteri wanita Islam tidak sepatutnya memberikan komen terhadap hukuman yang telah dijatuhkan oleh hakim Mahkamah Syariah.

Ia suatu tindakan biadap mencabar, mempertikaikan dan menghina keputusan yang telah dibuat oleh mahkamah. Sebarang ketidakpuasan hati dengan keputusan Mahkamah hendaklah dibuat melalui tatacara dan prosedur yang telah ditetapkan oleh undang-undang.

Penghakiman yang dibuat oleh Hakim Abdul Rahman Yunus adalah atas dasar menjalankan tugasnya berdasarkan undang-undang sedia ada, dan atas dasar melaksanakan undang-undang yang telah diluluskan oleh kerajaan.

Menurut peruntukan Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan dibaca bersama Seksyen 4 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Pindaan) 1987, mahkamah mempunyai bidang kuasa menjatuhkan hukuman ke atas pesalah yang melakukan kesalahan meminum minuman yang memabukkan, iaitu dengan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak lebih 3 tahun dan disebat tidak melebihi 6 sebatan.

Kerajaan sepatutnya memberi perhatian dan menumpukan usaha ke arah memperbaiki infrastruktur, pentadbiran dan proses pelaksanaan Penghakiman Mahkamah Syariah, seperti ketiadaan tukang sebat Syariah, ketiadaan penjara khusus untuk menempatkan pesalah Syariah, ketiadaan panel rayuan di beberapa buah negeri dan sebagainya.

Telah 52 tahun negara merdeka dan telah 52 tahun Perlembagaan Persekutuan wujud, namun perkara-perkara ini tidak diberi perhatian oleh kerajaan.

Mahkamah Syariah dianaktirikan sedangkan Mahkamah Syariah adalah tempat di mana orang Islam yang sebahagiannya mengundi kerajaan semasa pilihanraya, berurusan dan mengadu masalah rumahtanga, harta dan lain-lain.

Masalah ketiadaan tukang sebat bukanlah suatu isu yang besar kerana kerajaan boleh melatih tukang sebat sivil untuk melaksanakan sebat menurut syariah.

Kartika Sari adalah sebahagian masyarakat Islam yang menjadi mangsa akibat sikap anak tiri dan sikap kerajaan yang tidak sensitif dan tidak boleh dijangka terhadap kehendak dan keperluan masyarakat Islam di negara ini.

Kerajaan perlu mengambil tindakan drastik dan segera, dengan memberi penjelasan kepada masyakarat bahawa :

Hukuman yang dijatuhkan ini adalah masih rendah berbanding hukuman sebenarnya menurut Hukum Syarak yang mana pesalah boleh dijatuhkan hukuman sehingga 40 sebatan hingga 80 sebatan sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW dan sahabat-sahabat.

Dalam Islam tidak ada beza antara pesalah lelaki dan wanita. Hak dan tanggungan mereka apabila melakukan kesalahan Syarak adalah sama di sisi Hukum Syarak dan di sisi Tuhan.

Golongan aktivitis wanita lantang memperjuangkan hak dan keistimewaan wanita dan kesamarataan taraf antara lelaki dan wanita. Mengapa dalam isu ini hendak dibezakan pula taraf antara lelaki dan wanita dari segi pelaksanaan hukuman jenayah?

Pelaksanaan hukuman sebat menurut undang-undang Syariah amat berbeza dengan pelaksanaan hukuman sebat menurut undang-undang Sivil.

Enam kali sebatan menurut syariah tidak sama dengan hatta satu sebatan menurut undang-undang sivil. Alat sebatan yang digunakan untuk kes syariah hendaklah diperbuat dari rotan atau ranting kecil yang tiada ruas atau buku dan panjangnya tidak melebihi 1.22 meter dan tebalnya tidak melebihi 1.25 sentimeter.

Kalau pesalah itu hamil, hukuman itu hendaklah dilaksanakan selepas dua bulan dia melahirkan anaknya. Pesalah hendaklah diperiksa tahap kesihatannya oleh pegawai kesihatan kerajaan. Hukuman sebat itu hendaklah dengan kehadiran pegawai perubatan kerajaan.

Sebatan tidak boleh kena muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit. Pesalah lelaki disebat berdiri, manakala perempuan dalam keadaan duduk. Sebatan hendaklah dijalankan dengan kekuatan sederhana iaitu tukang sebat itu tanpa mengangkat tangannya melebihi kepala supaya tidak melukakan kulit pesalah.

Pegawai perubatan kerajaan akan memperakukan sama ada pesalah itu masih boleh menerima sebatan atau ditangguhkan untuk baki sebatan.

Artikel ini diterbitkan daripada kenyataan media Musa Awang, timbalan presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM)

Read More......

Thursday, August 27, 2009

Senator, profesor OKU terhebat meninggal dunia

Pakar ekonomi Senator Prof Datuk Dr Ismail Md Salleh meninggal dunia akibat serangan jantung semasa dalam penerbangan dari China ke Singapura awal hari ini, kata isteri allahyarham Hasnah Wahab.

NONEHasnah yang turut berada dalam penerbangan itu menemani suaminya mendapati Ismail yang sedang tidur di kerusi sebelahnya tiba-tiba terlentuk kepalanya ke atas bahunya.

"Saya dapati suami saya sudah tidak bernyawa dan bila saya pegang, tangannya sudah sejuk," katanya kepada Bernama semasa ditemui di Masjid Ba'alwie di Jalan Lewis, Singapura sementara menunggu jenazah Ismail diuruskan.

Hasnah berkata suaminya meninggal dunia dalam kapal terbang kira-kira 2.30 pagi iaitu kira-kira sejam suku sebelum pesawat itu dijadual tiba di Lapangan Terbang Changi.

Menurutnya, Ismail, 61, ke China kerana menghadiri satu mesyuarat mengenai urusan universitinya, International University College of Technology Twintech.

Mereka bertolak 25 Ogos dan pulang malam keesokannya dan dijadual tiba di Singapura pada 3.45 pagi ini.

Sebaik tiba di sini, jenazah Ismail dibawa ke Hospital Besar Singapura kira-kira 8 pagi untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca kematian.

Jenazah Ismail kemudian dibawa ke Masjid Ba'alwie untuk dimandi dan dikafankan.

Kakitangan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura yang diketuai oleh Timbalan Pesuruhjaya Tinggi, Datuk Ahmad Anuar Adnan membantu menguruskan jenazah Ismail.

Jenazah Ismail kemudian disembahyangkan oleh imam Hasan Al-Attas bersama para pegawai kedutaan dan jemaah masjid.

Jenazah kemudian dimasukkan ke dalam van jenazah untuk dibawa ke Lapangan Terbang Senai, Johor untuk diterbangkan oleh pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia ke Lapangan Terbang Subang.

Hasnah berkata jenazah suaminya akan dibawa ke rumah mereka di no. 7140, Jalan Melati 2, Sungai Kantan, Fasa 2, Kajang. Beliau berkahwin dengan Ismail selama 27 tahun dan pasangan itu dikurniakan enam anak.

Beliau terkilan kerana arwah suaminya tidak dapat menghadiri majlis perkahwinan pertama anak mereka pada hujung tahun ini.

"Suami saya beria-ia sangat hendak menghadiri perkahwinan pertama anak kami," kata Hasnah sambil menambah tiga anaknya masih bujang dan tiga lagi masih bersekolah.

Ismail mencipta sejarah sebagai Senator pertama yang dilantik daripada kalangan Orang Kurang Upaya dan cacat penglihatan di Malaysia.

Allahyarham juga ialah bekas timbalan ketua pengarah Institut Kajian Strategik Antarabangsa (ISIS), ketua pegawai eksekutif Twintech Holdings dan naib canselor Universiti Kolej Antarabangsa Teknologi Twintech.

Allahyarham Ismail dilahirkan di Pasir Mas, Kelantan pada 2 Sept, 1947 dan pernah mendapat pelbagai anugerah atas kecemerlangannya termasuk anugerah Guinness Book of Records sebagai orang cacat penglihatan pertama di dunia mendapat ijazah doktor falsafah.

Sementara itu di Kajang, abang allahyarham Zakaria Salleh, 64, berkata jenazah adiknya dijangka tiba di rumah allahyarham kira-kira 6.30 petang dan akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Sungai Kantan.

Katanya, adiknya tidak menunjukkan sebarang tanda sakit sebelum berlepas ke Beijing.

Bagaimanapun, Isnin lepas, Ismail yang menghadapi masalah buah pinggang, telah menjalani rawatan dialisis di Kuala Lumpur.

Zakaria bertindak sebagai "mata", penjaga, pembantu peribadi dan pemandu kepada Ismail sejak kecil.

"Saya telah berjanji dengan arwah mak saya, saya akan jaga dia selama-lamanya," kata beliau. (Bernama)

Read More......

Cengkerang ganti tulang manusia

Cengkerang kerang kini bukan lagi bahan terbuang malah ia boleh dimanfaatkan sebagai bahan pengganti tulang.

Ia dibuktikan oleh Jabatan Sains Praklinikal Veterinar Universiti Putra Malaysia (UPM) yang telah berjaya menghasilkan bahan pengganti tulang daripada cengkerang kerang iaitu perencah bioseramik 3-D berliang yang pertama seumpamanya di dunia.

Ketua jabatan itu Profesor Madya Dr Md Zuki Abu Bakar berkata produk itu berfungsi untuk mengganti dan membaikpulih kecacatan tulang haiwan dan manusia akibat kemalangan atau penyakit seperti kanser serta boleh diaplikasikan dalam pembedahan kosmetik.

"Ia tidak toksik, boleh mereput semula jadi (biodegradable) dan boleh diacu dalam pelbagai bentuk dan saiz mengikut keperluan pesakit," katanya dalam sidang media di Serdang hari ini.

Beliau berkata kajian yang dijalankan sejak 2007 itu menggunakan cengkerang kerang sebagai bahan utama di samping bahan-bahan lain seperti gelatin dan air.

Dr Md Zuki menerangkan bahawa formula itu perlu disemai dan dieram dengan sel osteoblas yang didapati daripada sum sum tulang pesakit dan dicambah dalam makmal kultur tisu, sebelum ditanam ke dalam tulang yang ingin dibaikpulih.

"Berdasarkan eksperimen yang dijalankan terhadap tulang arnab, perencah ini berupaya membentuk tulang dengan cepat iaitu dalam masa tiga minggu sahaja.

"Ini suatu pencapaian yang membanggakan kerana berbanding kajian-kajian yang dijalankan sebelum ini dengan menggunakan bahan lain, seperti batu karang, masa yang diambil ialah dua hingga empat bulan," katanya.

Dr Md Zuki turut yakin bahawa perencah tersebut berpotensi untuk dipasarkan dalam industri perubatan kerana ia menggunakan bahan yang murah iaitu cengkerang kerang.

"Mengikut kajian kami, bagi rawatan tulang berukuran lima hingga enam sentimeter, harga bahan hanya RM 40 hingga RM 60 sahaja tidak termasuk kos pembedahan," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata produk itu perlu menjalani ujian pra-klinikal iaitu diuji terhadap manusia.

"Kita masih belum dapat jalankan ujian klinikal kerana tidak mempunyai dana yang mencukupi, jadi saya berharap ada pihak industri yang berminat untuk melabur dalam kajian ini," katanya.

Dr Md Zuki berkata produk itu telah dipatenkan di Malaysia dan kini dalam proses mendapatkan paten di peringkat antarabangsa. BERNAMA

Read More......

US & ISRAEL DISEBALIK H1N1




Seperti yang telah kami teorikan sebelum ini di dalam dua artikel, kini siaran televisyen Russia Today telah mendedahkan bukti bahawa selsema babi adalah ciptaan pihak-pihak tertentu untuk mewujudkan ‘panic situation’. Pada 25 Jun 2009 lepas, Russia Today telah menemuramah seorang penyiasat konspirasi dari Amerika secara langsung berkaitan usaha pihak Amerika membangunkan virus Swine Flu.

Menurut maklumat di dalam temuramah itu (lihat video di bawah), penyiasat konspirasi berkenaan mengesyaki bahawa virus tersebut telah dibangunkan dari dua buah universiti di Amerika dan Kanada. Daripada temuramah di dalam video di bawah, ada dua maklumat yang boleh kita kemukakan.

Pertamanya, bukti bahawa Amerika sebagai dalang penciptaan virus selsema babi adalah hampir jelas. Persoalan kedua, mengapa stesen TV Russia yang beriya-iya mendedahkannya? Jawapan ini telah pun kami jawab dalam teori kami pada artikel Bahagian 3. Di dalam artikel ke-3 ini telah kami kemukakan bagaimana kerajaan Rusia telah menghidu lebih awal projek-projek senjata biologi Israel yang bakal dibangunkan dan salah satunya adalah virus selsema babi.

Konspirasi Wabak Selsema Babi (Bahagian 1) May 1st, 2009 · Penyakit berbahaya ini mula menjadi popular apabila dilaporkan lebih 80 orang telah mati di Veracruz, Mexico akhir April 2009. Kemudian ia terus menyerang dengan pantas dan beberapa kematian lagi dilaporkan di New York, Kanada, New Orleans dan Israel. Swine Flu atau selsema babi bukanlah penyakit baru, ianya telah pun dijumpai pada lewat 1918 di Sepanyol dahulu.Tetapi pada ketika itu, jangkitan hanya merebak dikalangan individu-individu yang terlibat dengan perusahaan khinzir sahaja hanya sedikit terkena kepada orang awam.

Sejak kes di Mexico, laporan berita TV khususnya di Malaysia masih melaporkan kegilaan penyakit ini. Malaysia antara negara yang bernasib baik kerana pantas mengambil langkah kawalan di lapangan-lapangan terbang, stesen keretapi dan pelabuhan. Namun, penyebaran penyakit Swine Flu selepas tamatnya konflik Gaza perlu diambil perhatian dari beberapa aspek. Ia mungkin dilihat seperti “kejadian alam” tetapi ia sebenarnya juga boleh dirancang.

Permulaan Konspirasi Selsema Babi Tidak ramai mahu melihat isu Swine Flu dari sudut konspirasi melainkan seseorang itu sememangnya fanatik fakta konspirasi. Maka teori yang kami bentangkan ini, dikira sebagai agenda permulaan untuk menarik perhatian masyarakat tentang sebarang isu dunia. Semua laporan Swine Flu di akhbar dan TV adalah tepat dan amat meyakinkan dan tiada apa yang perlu dicurigakan. Cuma ada beberapa perkara yang tidak diberi perhatian.


Perkara itu ialah … Empat hari sebelum terjumpanya kes Selsema Babi di Mexico, Pengarah Makmal Univerisiti Rockefeller iaitu Dr.Ralph Steinman telah diberi Anugerah Perubatan Albine. Anugerah tersebut diberi beserta saguhati USD500,000. (Gambar) Dr. Ralph Steinman (Kiri) University of Rockefeller Steimen terpilih kerana sumbangannya dalam penerokaan dendretic cells malah seorang yang pakar dalam penyelidikan imunilogi dan Fisiologi Selular.

Imunilogi adalah penyelidikan khusus dalam imunisasi (pencegahan penyakit) dalam bidang bio-perubatan. Kemungkinan Steimen dan rakan-rakannya akan diberi tanggungjawab palsu utk menangani gejala swine flu.Mengapa Perlu Mencurigai Dr. Ralph Steinman? Kita perlu mencurigainya kerana beliau merupakan tenaga atasan di Universiti Rockefeller, New York sedangkan kita sendiri sedia mengetahui David Rockefeller adalah antara penaja utama Perang Dunia Kedua.

Tambahan pula, Rockefeller adalah antara individu yang dijangka akan hadir pada mesyuarat Kelab Bilderberg yang bakal berlangsung pada 14 Mei 2009 di Athens. Selain bertugas di Universiti Rockefeller, Steinman juga memegang jawatan sebagai Ketua Pengarah Institut Trudeau. Institut ini merupakan institut yang dilantik khusus oleh kerajaan Amerika dalam penyelidikan vaksin bersama Kementerian Pertahanan Amerika.

Pada 1 Oktober 2008, Presiden Bush telah mengeluarkan suatu dana yang amat besar iaitu USD1.6 juta, khusus untuk menampung kos penyelidikan pemvaksinan. Dengan wang sebanyak itu, Institut Trudeau dan saintis-saintis US Navy telah diarahkan bekerjasama oleh kerajaan Amerika untuk membangunkan satu vaksin jenis Pandemic Influenza. Vaksin ini khusus dalam pencegahan kepada sebarang bentuk selsema yang dibawa oleh binatang.

Usahasama antara Institut Trudeau dan US Navy ini dilaporkan sendiri di dalam buletin Institut Trudeau pada Oktober 2008. Amerika Dalang Wabak Selsema Babi Seperkara yang perlu kita teliti, sekiranya suatu vaksin yang berkaitan selsema telah dibangunkan pada 1 Oktober 2008, apakah ada kemungkinan kerajaan Amerika telah pun mengetahui bahawa Selsema Babi akan berlaku? atau mereka sendiri yang meranang sebaran wabak itu? Kerajaan Amerika amat disyaki sebagai dalang bagi penyebaran wabak ini. Jika tidak masakan Presiden Institute Trudaeu, Dr. David Woodland boleh mengeluarkan kenyataan di bawah pada suatu sidang akhbar sempena Hari Anugerah Perubatan pada 1 Oktober 2008; “Clearly we have a consensus that there is significant concern regarding the possibility of another pandemic occurring,” Jika sekiranya ada di antara rakyat Amerika sendiri yang telah mati kerana Selsema Babi, apakah pula faedahnya bagi kerajaan Amerika menyebarkan Selsema Babi ini?

Pada 1 Oktober 2008 lepas, Dr. David Woodland dengan secara tidak sengaja telah memberitahu dia menjangkakan bahawa sejenis wabak selsema kemungkinan akan menyerang masyarakat dunia. Kenyataan itu tidak popular ketika itu kerana dunia sudah lupa dengan isu selsema burung. Namun, kenyataan itu berjaya dihidu sebagai “agenda tersembunyi” oleh seorang penyiasat konspirasi terkenal dari barat iaitu David Icke.

Beliau percaya kenyataan Woodland ada agenda tersembunyi yang boleh membangkitkan kesangsian pada masa depan. Melalui forum konspirasinya itu, Icke cuba mempertikaikan mengapa kerajaan Amerika beria-ia menyumbang dana yang begitu besar dalam penyelidikan wabak selsema. Pembinaan Senjata Biologi Jika seseorang individu boleh mencipta vaksin bagi sesuatu virus, sudah pastilah individu tersebut tahu segala selok-belok pembiakan virus tersebut.

Maka kerja-kerja untuk menyebarkan virus selsema adalah lebih mudah dari membina vaksin. Indvidu seperti Dr. Ralph Steinman disyaki sebagai salah seorang yang terlibat secara aktif dalam agenda tersembunyi ini iaitu penyelidikan dan pembinaan senjata biologi ini. Ralph Steinman disyaki kerana kerja-kerja beliau dibantu oleh saintis-saintis dari pasukan US Navy. Steinman mempunyai ramai pakar-pakar di makmal Universiti Rockefeller tetapi arahan dari Bush untuk bekerjasama dengan saintis-saintis tentera amat meragukan.

Tambahan pula makmal Institute Trudeau berada di lokasi yang sama dengan makmal US Navy iaitu di Saranac Lake, New York. Amerika adalah antara negara yang paling berminat dalam pembinaan senjata biologi sejak 1918 lagi. Keinginan Amerika dalam pembinaan senjata biologi ini menyebabkan kerajaan Amerika menghabiskan lebih USD700 juta sejak zaman Presiden Franklin D. Roosevelt. (Kiri) Franklin Roosevelt, Presiden Amerika 1933-1945 (Tengah) David Icke, Penyiasat Konspirasi. (Kanan) Richard Nixon, Presiden Amerika 1969-1974.


Pembinaan bioweapons dilihat sebagai satu-satunya cara bagi menghadapi kekuatan negara-negara luar khususnya negara Islam. Senjata biologi tidak memerlukan peperangan, ia hanya memerlukan seorang atau dua orang meletakkan sebaran tersebut di tengah-tengah orang ramai. Walaupun Presiden Amerika, Richard Nixon telah mengumumkan penamatan sebarang projek penyelidikan pembinaan senjata biologi pada 1969, itu semua merupakan helah semata-mata.

Tindakan Nixon dilihat seperti seorang pencinta alam. Kita perlu sedar bahawa pengumuman yang dibuat pada 25 November 1969 itu adalah satu helah. Ini kerana pembatalan projek yang sudah menelan lebih USD700 juta secara mengejut amat menghairankan banyak pihak.Analisis kebanyakan penganalisis politik bahawa Amerika akur dengan Protokol Geneva tidak boleh diterima pakai.

Memang Amerika menandatangani tetapi, membatalkannya secara mengejut menimbulkannya tanda-tanya. Pandangan kami ialah, pembatalan program bio weapons pada 1969 adalah helah untuk pembinaan senjata biologi pada masa depan. Ini kerana, National Security Advisor bagi Presiden Richard Nixon ketika itu ialah bapak peperangan Yahudi, Dr. Henry Alfred Kissengger.

Pembukaan Semula Program Senjata Biologi Semenjak berlakunya kejadian 11 September 2001, Amerika mempromosi sepenuhnya istilah “terrorism”. Bagi kes senjata biologi, istilah ini digunakan dimanipulasi oleh pentadbiran George Bush bagi mendesak US Senate membenarkan pembukaan semula Biological Weapons Programme (BWP) yang ditutup oleh Ricahrd Nixon.

Senat bersetuju dengan usul pentadbiran Bush atas alasan kemungkinan pengganas menggunakan senjata biologi dalam serangan-serangan gerila. Kes sebaran Antrax, Selsema Burung dan kini Selsema Babi sentiasa digembar-gemburkan dengan pengganas walaupun ia direka-reka. Amerika sehingga hari ini bertindak seperti biasa untuk mencari alasan membuka Program Senjata Biologi mereka.

Kaedah yang digunakan adalah sama iaitu menyebarkan wabak, mengorbankan beberapa nyawa di Amerika, kemudian membuat teori kemampuan pengganas menggunakan senjata biologi. Dan teori itu dipopularkan sepenuhnya melalui artikel-artikel dan forum-forum di televisyen dan akhbar.

Kesimpulan Walaupun selsema babi itu kelihatan seperti serangan alam, tetapi ia tidak mustahil boleh dimanipulasikan bagi kepentingan pihak tertentu. Amerika adalah antara negara yang paling cepat bertindak dalam sebarang kes selsema di dunia. Amerika adalah negara yang paling cepat mendapat vaksin bagi kes-kes selsema sebelum ini. Amerika juga adalah antara negara pelik.

Setiap kali berlaku isu selsema di dunia, maka setiap itulah pasukan tenteranya menerima peruntukan tambahan. Kes Anthrax dan Selsema Burung sahaja telah menyebabkan ;

Biodefense Medical Research and Development menerima peruntukan USD1.6 juta setahun sejak 2003 Program baru National Biodefense Analysis and Countermeasure Center dibentuk. 600,000 orang tentera Amerika diberi imunisasi bagi menahan serangan wabak selsema tetapi rakyat Amerika tidak diberi. Isu selsema babi amat sesuai dengan kenyataan White House sendiri pada 28 April 2008 yang menyebut; “Bioterrorism is a real threat to our country. It’s a threat to every nation that loves freedom. Terrorist groups seek biological weapons; we know some rogue states already have them…. It’s important that we confront these real threats to our country and prepare for future emergencies.”

Kita telah pun meneliti akan teori-teori dan fakta yang boleh membawa kita memahami siapakah dalang-dalang di sebalik penyebaran wabak selsema babi. Kita juga mungkin boleh meramalkan adakah wabak ini merebak dengan sendirinya atau ianya direbakkan oleh pihak tertentu? Namun demikian, ada satu pihak lain yang lebih mencurigakan secara tidak sengaja telah membongkar dalang di sebalik merebaknya wabak selsema babi.


(Kiri) Giora Eiland (Kanan) Uzi Arad

Kemungkinan Israel dalang sebenar wabak Selsema Pada 26 April 2009, kenyataan bekas Pengarah Strategik Israel National Security Council (INSC) iaitu Giora Eiland telah mengejutkan banyak pihak khususnya penyiasat-penyiasat konspirasi.

Beliau berkata dengan penuh yakin; “I will say that Israel has the best solution to this threat in the world,” Menurut akhbar Jerusalem Post lagi, Eiland juga memberi isyarat bahawa Israel amat serius dalam program Bio-defense atau Senjata Biologi. Eiland menambah dengan mengatakan; “I can say with certainty that Israel has prepared a series of steps designed to deal with biological warfare.”

Kenyataan Eiland itu boleh menimbulkan pelbagai spekulasi dan teori kerana ia dibuat dalam suasana masyarakat dunia baru sahaja berhadapan dengan kes Selsema Babi. Sedangkan kenyataan yang Eiland keluarkan seolah-olah mereka sudah pun mengetahui bahawa wabak selsema itu akan merebak. (Kiri) Giora Eiland (Kanan) Uzi Arad Bukan sahaja kenyataan Eiland yang menimbulkan tanda tanya, tetapi statusnyanya sekarang sebagai bekas pengarah amat diragui.

Sepatutnya kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pengarah sekarang iaitu Prof. Uzi Arad yang juga bekas perisik Mossad. Giora Eiland merupakan pengarah pada tahun 2005-2006, sekiranya kenyataan Eiland mendahului kenyataan Arad, maka tidak syak lagi pembinaan vaksin untuk wabak ini telah pun berlangsung pada zaman beliau menjadi pengarah INSC. Siapa sebenarnya Giora Eiland? Jeneral Mejar Giora Eiland merupakan warganegara Israel yang telah berkhidmat dengan Israel Defense Forces (IDF) lebih 34 tahun.

Pada 1999, beliau secara rasminya telah dinaikkan pangkat ke status Jeneral Mejar dan diamanahkan sebagai Pengarah Operasi IDF. Giora Eiland adalah antara individu yang amat berpengaruh di dalam setiap perencanaan dasar peperangan Israel dan Palestin selain Ehud Barak. Beliau juga merupakan antara orang yang bertanggungjawab dalam program pembinaan Senjata Biologi di Israel.

Pada 4 Mei 2009 (Isnin) baru-baru ini, akhbar Los Angeles Times melaporkan hakim mahkamah tinggi Sepanyol iaitu Fernando Andreu telah mengeluarkan kenyataan bahawa mahkamah tinggi Sepanyol akan meneruskan siasatan terhadap jenayah kemanusiaan yang dilakukan oleh 7 orang pegawai tentera Israel berkenaan pengeboman orang awam di Gaza. Program Pembinaan Senjata Biologi Israel Program senjata biologi Israel bukan satu program baru dan ianya langsung tidak berpaksikan alasan kejadian 11 September 2001 di New York. Tarikh itu adalah kepunyaan Amerika sebagai modal menjaja akta-akta keselamatan negara khususnya dalam mendapatkan peruntukan membina senjata biologi. Dalam permulaan pembinaan senjata biologi, Israel menggunakan alasan berbeza daripada Amerika. Alasan yang digembar-gemburkan di media-media antarabangsa ialah peristiwa Holocaust. Istilah “holocaust” bukan sahaja dibina untuk memalsukan sejarah Israel tetapi ia berfungsi untuk menjadi modal kertas-kertas kerja kementerian pertahan Israel dalam meyakinkan masyarakat Israel sendiri terhadap sebarang persediaan perang. Pada 1948, Perdana Menteri pertama Israel, David Ben Gurion telah melancarkan satu program pertahanan jangka panjang iaitu program pembinaan senjatan biologi. Program itu dibina atas dasar memastikan peristiwa Holocaust tidak berlaku lagi kepada masyarakat Yahudi dan ia juga dijadikan alasan sebagai melindungi Israel dari ancaman pengganas.
(Gambar) David Ben Gurion Langsungan dari propaganda itu, Ben Gurion telah menubuhkan Israel Institute for Biological Research (IIBR) pada 1952. Individu pertama yang diberi tanggungjawab mengendalikan penyelidikan-penyelidikan di IIBR ialah Prof. Ernest Bregmann.

Read More......

MARA tawar insentif atau diskaun 30 peratus bayaran balik pinjaman

KUALA LUMPUR: Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan menawarkan pemberian insentif atau diskaun 30 peratus bayaran balik pinjaman berkuatkuasa mulai 1 September hingga 31 Disember 2009.

Pengerusi MARA, Dato' Seri Idris Jusoh berkata, pemberian insentif atau diskaun 30 peratus bayaran balik pinjaman MARA itu meliputi Pinjaman Perniagaan atau Pembiayaan (tidak termasuk pinjaman atau pembiayaan kontrak; Bekas Penyewa Premis Perniagaan atau Perusahaan; Pinjaman Mikrokomputer Pelajar; Pendahuluan Pinjaman Pelajaran; Pinjaman Pelajaran MARA yang Tidak Layak Mendapat Pengurangan Pinjaman Pelajaran MARA; Bekas Pelatih Institusi Pendidikan MARA dan Pinjaman Bekas Anggota MARA.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Sambutan Kemerdekaan Kali ke-52 Peringkat Ibu Pejabat MARA di Bangunan Ibu Pejabat MARA, Kuala Lumpur di sini, Rabu.

Pemberian insentif (diskaun) sebanyak 30 peratus daripada baki semasa pinjaman/sewa/hutan diberikan kepada peminjam/bekas penyewa/penghutang yang membuat bayaran balik sekali gus, kecuali mereka yang telah atau sedang diambil tindakan undang-undang atau penguatkuasan oleh MARA atau diisytiharkan muflis oleh mana-mana pihak.

Pemberian insentif (diskaun) ini tidak termasuk kos guaman dan kos iklan nama penghutang yang disiarkan dalam akhbar.

Pemberian insentif ini kata Idris bertujuan bagi membolehkan MARA mengumpul dana lebih awal untuk membiayai program pinjaman perniagaan, pinjaman pelajaran serta perbelanjaan operasi premis perniagaan akan datang.

Tambah beliau, pada masa kini, peminjam yang ditawarkan di bawah Skim Pinjaman Boleh Ubah diberi kemudahan Pengurangan Pinjaman Pelajaran MARA berdasarkan keputusan Majlis MARA Bil. 66/2002 bertarikh 22 Ogos 2002 dan Bil. 86/2002 bertarikh 29 Oktober 2002 (Pindaan).

Bagaimanapun, katanya, terdapat peminjam pelajaran yang tidak layak diberi pengurangan pinjaman mengikut dasar tersebut dan pemberian insentif diperluaskan kepada peminjam seperti peminjam pelajaran di bawah bantuan pinjaman tidak boleh ubah yang ditawarkan sebelum 1 Januari 1985 dan peminjam pelajaran di peringkat Sarjana dan Ph.D yang ditawarkan mulai 1 Januari 1998 di bawah Skim Pinjaman Terbuka.

Bagaimanapun beliau menjelaskan, peminjam pelajaran yang ditawarkan di peringkat persijilan, perlesenan, profesional dan separa profesional seperti peminjam pelajaran di bawah tajaan tahun akhir di luar negara, peminjam pelajaran di bawah tindakan MARA yang pecah kontrak dan peminjam pelajaran yang gagal dalam pengajian juga tidak akan diberi tawaran insentif tersebut.

Manakala bekas pelatih IPMa yang gagal dalam pengajian dan berhenti serta bekas anggota MARA (tidak termasuk pesara wajib atau pilihan) iaitu bagi Pinjaman atau Pembiayaan Perumahan, Pinjaman atau Pembiayaan Kenderaan dan Pinjaman atau Pembiayaan Mikrokomputer masih layak untuk menerima insentif ini.

Beliau menambah, pengesahan baki pinjaman, sewa dan hutang hendaklah dibuat sebelum penerimaan bayaran sekali gus daripada peminjam, bekas penyewa dan penghutang berkenaan.

Katanya lagi, peminjam, bekas penyewa dan penghutang boleh membuat permohonan dengan mengisi Borang Permohonan Pemberian Insentif (Diskaun) 30 peratus (BKK01) bagi Pinjaman, Pembiayaan Perniagaan dan Bekas Penyewa.

Borang BKK01 boleh diperolehi daripada Pejabat MARA Daerah, Pejabat MARA Negeri, Bahagian Kawalan Kredit (Ibu Pejabat MARA) dan Laman Web MARA.

Selain itu pemohon boleh juga mengisi Borang Permohonan Pemberian Insentif (Diskaun) 30 peratus (BKK02) bagi Pinjaman Mikrokomputer Pelajar, Pendahuluan Pinjaman Pelajaran, Pinjaman Pelajaran, Bekas Pelatih IPMa, Pinjaman Bekas Anggota MARA iaitu Pinjaman atau Pembiayaan Perumahan, Kenderaan dan Mikrokomputer.

Borang BKK02 boleh diperolehi daripada Pejabat MARA Daerah, Pejabat MARA Negeri, Bahagian Kawalan Kredit, Bahagian Unadng-Undang (Ibu Pejabat MARA) dan Laman Web MARA.

Bayaran balik sekali gus oleh peminjam, bekas penyewa dan penghutang hendaklah dibuat secara tunai atau cek bank (bankers cheque) dan deraf bank (bank draft) sahaja di kaunter bayaran Pejabat MARA Daerah, Pejabat MARA Negeri dan Bahagian Kawalan Kredit, Ibu Pejabat MARA.

Read More......

Tazkirah Ramadhan : Adab Adab Berbuka Puasa


Yang penting di dalam bulan Ramadan ini adalah adab-adab yang kita kaitkan dengan ibadah puasa mestilah mempunyai asas yang boleh dipegang, iaitu al-Quran atau sunah. Antara adab-adab berbuka puasa yang dinyatakan di dalam hadis:

  1. Menyegerakan berbuka apabila masuknya waktu atau disebut ta’jil al-Iftar. Ini berdasarkan hadis-hadis yang menyebut perkara ini, antaranya: Daripada Sahl bin Sa`ad bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

    “Manusia sentiasa dalam kebaikan selagi mereka menyegerakan berbuka puasa.”

    (Riwayat Bukhari dan Muslim).

    Hadis ini menerangkan punca kebaikan di dalam agama ialah mengikut sunah Nabi s.a.w., iaitu Baginda menyegerakan berbuka puasa. Ini menolak dakwaan ajaran-ajaran karut yang kononnya melewatkan berbuka menambah pahala. Kata at-Tibi (meninggal 743H):

    “Barangkali sebab Allah menyukai mereka yang bersegera membuka puasa, ialah kerana apabila seseorang berbuka puasa sebelum solat, membolehkannya menunaikan solat dengan dihadirkan hati. Juga ia menyanggahi ahli bidaah yang berpendapat wajib melewatkannya.”

    (at-Tibi, Syarh Miskhat al-Masabih, 4/183, cetakan Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, Berut).

  2. Berbuka puasa dengan rutab, atau tamar atau air. Rutab ialah buah kurma yang telah masak sebelum menjadi tamar kering, ia lembut dan manis. Adapun tamar ialah buah kurma yang sudah kering. (lihat: al-Mu’jam al-Wasit 1/88). Sekarang di negara kita rutab sudah mula dikenali. Ia kurma yang masak dan masih lagi belum kering dan mengecut. Apabila ia mengecut dipanggil tamar. Di dalam hadis daripada Anas katanya:

    “Bahawa Rasulullah s.a.w. berbuka puasa dengan beberapa biji rutab sebelum bersolat. Sekiranya tiada rutab, maka dengan beberapa biji tamar, dan sekiranya tiada tamar, maka Baginda minum beberapa teguk air.”

    (Riwayat Imam Ahamd dan Tirmizi, katanya hadis ini hasan) Al-Diya al-Maqdisi (meninggal 643H) telah mensahihkan hadis ini. (lihat: al-Ahadith al-Mukhtarah, 4/411 cetakan: Maktabah al-Nahdah al-Hadithah, Mekah).

    Inilah tertib yang dilakukan oleh Baginda, pilihan pertama ialah rutab, jika tiada tamar dan jika tiada air. Kata al-Mubarakfuri (meninggal 1353H):

    “Hadis ini menjadi dalil disunatkan berbuka puasa dengan rutab, sekiranya tiada, maka dengan tamar, dan sekiranya tiada, maka dengan air. Adapun pendapat yang menyatakan di Mekah disunatkan didahulukan air zam-zam sebelum tamar, atau mencampurkan tamar dengan air zam-zam adalah ditolak. Ini kerana ia menyanggahi sunah. Adapun Nabi telah berpuasa (di Mekah) banyak hari pada tahun pembukaan kota Mekah, namun tidak pernah diriwayatkan baginda menyalahi adat kebiasaannya mendahulukan tamar sebelum air.”

    (al-Mubarakfuri, Tuhfah al-Ahwazi, 3/311, cetakan Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, Beirut). Di samping itu, dakwaan jika tiada tamar, maka dengan buah-buahan yang lain juga tiada sebarang dalil daripada sunah Nabi s.a.w.

  3. Menyegerakan solat Maghrib selepas berbuka dengan tamar atau air, sekiranya makanan belum dihidangkan. Hadis yang kita nyatakan di atas menunjukkan Baginda Nabi s.a.w. berbuka dengan rutab atau tamar atau air sebelum bersolat Maghrib. Maka kita disunatkan juga mengikuti langkah tersebut, iaitu selepas berbuka dengan perkara-perkara tadi, lantas terus menunaikan solat. Ini sekiranya makanan belum dihidangkan. Adapun sekiranya makanan telah dihidangkan di depan mata, maka dimakruhkan meninggalkan makanan untuk menunaikan solat. Ini berdasarkan apa yang dinyatakan dalam hadis-hadis baginda Nabi s.a.w. antaranya: Daripada Anas bin Malik r.a.: Bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

    “Apabila telah dihidangkan makan malam, maka mulakanlah ia sebelum kamu menunaikan solat Maghrib, dan jangan kamu tergopoh-gapah ketika makan malam kamu.”

    (Riwayat Bukhari dan Muslim).

    Dalam hadis yang lain daripada Abdullah bin Umar, Baginda s.a.w. bersabda:

    “Apabila dihidangkan makan malam seseorang kamu, sedangkan solat (jamaah) telah didirikan, maka mulailah dengan makan malam. Janganlah dia tergopoh-gapah sehinggalah dia selesa.”

    (Riwayat Bukhari dan Muslim).

    Riwayat di atas juga menambah:

    Bahawa Ibn Umar r.a. apabila dihidangkan untuknya makanan, manakala solat pula sedang didirikan, maka beliau tidak mendatangi solat melainkan hingga beliau selesai makan, sedangkan beliau mendengar bacaan imam. Ini kerana meninggalkan makanan dalam keadaan keinginan yang kuat untuk menjamahnya atau dalam perasaan lapar, boleh menghilangkan khusyuk di dalam solat, disebabkan ingatan terhadap makanan tersebut. Dengan itu para ulama menyatakan dimakruhkan solat setelah makanan terhidang di hadapan mata. Kata an-Nawawi (meninggal 676H): Di dalam hadis-hadis tersebut dimakruhkan solat apabila terhidangnya makanan yang hendak dimakan kerana ia boleh mengganggu hati dan menghilangkan kesempurnaan khusyuk.

    (An-Nawawi, Syarh Sahih Muslim, 4/208, cetakan: Dar al-Khair, Beirut).

    Sebenarnya bukan pada makan malam atau solat Maghrib sahaja kita disunatkan mendahulukan makanan yang dihidang sebelum solat, bahkan sunah ini meliputi semua solat dan waktu makan kerana dibimbangi menghilangkan khusyuk. Ini sekiranya makanan telah terhidang di depan mata. Al-Munawi (meninggal 1031H) pula menyebut:

    “Hadis tersebut menyatakan hendaklah didahulukan makan malam sebelum solat Maghrib. Namun ia juga dipraktikkan juga pada solat-solat yang lain. Ini kerana punca arahan ini ialah bimbang hilangnya khusyuk.”

    (al-Munawi, Faidh al-Qadir, 1/295, cetakan: al-Maktabah al-Tijariyyah al-Kubra, Mesir).

    Malangnya ada di kalangan yang kurang faham, lalu mereka menyatakan bahawa kalau azan sudah berkumandang, hidangan dan makanan hendaklah ditinggalkan demi mengutamakan solat jemaah. Inilah kedangkalan meneliti hadis-hadis Nabi s.a.w., lalu mengandaikan agama dengan emosi sendiri.

    Adapun sekiranya makanan belum terhidang atau perasaan keinginan terhadap makanan tiada, maka tidaklah dimakruhkan untuk terus solat. Ini bukanlah bererti kita disuruh mementingkan makanan melebihi solat, sebaliknya tujuan arahan Nabi s.a.w. ini ialah untuk memastikan kesempurnaan solat. Al-Imam Ibn Hajar al-`Asqalani (meninggal 852H) memetik ungkapan Ibn Jauzi (meninggal 597H):

    “Ada orang menyangka bahawa mendahulukan makanan sebelum solat adalah bab mendahulukan hak hamba ke atas hak Tuhan. Sebenarnya bukan demikian, tetapi ini adalah menjaga hak Allah agar makhluk masuk ke dalam ibadahnya dengan penuh tumpuan. Sesungguhnya makanan mereka (para sahabat) adalah sedikit dan tidak memutuskan mereka daripada mengikuti solat jemaah.”

    (Ibn Hajar al-`Asqalani, Fath al-Bari, 2/385, cetakan: dar al-Fikr, Beirut).

  4. Makan dengan kadar yang tidak berlebihan ketika berbuka. Ini bertepatan dengan firman Allah s.w.t. maksudnya:

    Dan makan dan minumlah kamu, dan jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Dia tidak suka orang yang berlebih-lebihan.

    (Surah al-`Araf:31).

    Di dalam hadis Baginda s.a.w. menyebut:

    “Anak Adam itu tidak memenuhi suatu bekas yang lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah bagi anak Adam itu beberapa suap yang dapat meluruskan tulang belakangnya (memberikan kekuatan kepadanya). Sekiranya tidak dapat, maka satu pertiga untuk makanan, satu pertiga untuk minuman dan satu pertiga untuk pernafasan.”

    (Riwayat Tirmizi, katanya: hadis ini hasan sahih. Al-Hafiz Ibn Hajar al-`Asqalani dalam Fath al-Bari menyatakan hadis ini hasan).

    Hadis ini salah difahami oleh sesetengah pihak, lalu mereka menyangka Nabi s.a.w. menyuruh umatnya jika makan, hendaklah satu pertiga untuk makanan, satu pertiga untuk minuman dan satu pertiga untuk pernafasan. Sebenarnya jika kita teliti hadis ini bukan demikian, pembahagian tersebut ialah had maksimum. Kalau boleh kurang daripada itu. Sebab itu Baginda menyebut jika tidak dapat, maka tidak melebihi pembahagian tadi. Namun yang lebih utama digalakkan sekadar yang dapat memberi tenaga.

  5. Berdoa ketika berbuka. Ini berdasarkan hadis Nabi s.a.w.:

    “Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu, doa yang tidak ditolak ketika dia berbuka.”

    (Riwayat Ibn Majah, sanadnya pada nilaian hasan dan ke atas. Ishaq bin ‘Abd Allah al-Madani dithiqahkan oleh Abu Zur’ah dan disebut saduq oleh al-Zahabi dalam al-Kasyif ).

    Maka kita boleh berdoa dengan apa sahaja doa yang kita hajati. Doa orang berpuasa makbul disebabkan jiwa yang telah dibersihkan daripada kotoran dosa dan syahwat. Justeru itu al-Munawi menyebut:

    ”Hadis di atas hanya untuk sesiapa yang telah menunaikan tanggungjawab puasa dengan menjaga lidah, hati dan anggota.”

    (Faidh al-Qadir, 2/500).

    Di sana ada doa yang ditunjukkan oleh Nabi s.a.w. ketika berbuka dan disunatkan kita membacanya:

    “Adalah Rasulullah s.a.w. apabila berbuka, Baginda bersabda: Telah hilanglah dahaga, telah basahlah peluh (hilang kekeringan) dan telah tetaplah pahala, insya-Allah.”

    (Riwayat Abu Daud, sanadnya hasan)

    Namun setiap orang yang menunaikan puasa dengan sepenuhnya, hendaklah merebut peluang doa yang makbul ketika dia berbuka.

  6. Berdoa kepada sesiapa yang menjamu kita berbuka, kata Anas r.a.:

    “Baginda s.a.w. pernah datang kepada (rumah) Saad bin Ubadah. Dia menghidangkan roti dan minyak. Baginda pun makan dan bersabda: Telah berbuka puasa di sisi kamu mereka yang berpuasa, telah makan makanan kamu mereka yang baik dan telah berselawat ke atas kamu para malaikat.”

    (Riwayat Abu Daud, Diya al-Maqdisi dalam Al-Ahadith al-Mukhtarah menyatakan ia sahih 5/158). Maka berdoalah kepada mereka yang menjamu kita berbuka puasa. Ini adab yang sangat baik.

Demikian senarai adab-adab yang terkandung di dalam sunah Nabi s.a.w. ketika berpuasa. Semoga pengamalan adab-adab ini menambahkan lagi pahala puasa kita.

Read More......

Sedutan dari Kartun Zunar Yang di rampas



Read More......

Thailand: Elephant Treatment










Read More......

10 Most Poisonous Animals in the World

1. Box Jellyfish

http://www.auburn.edu/academic/classes/biol/1030/rajamani/box-jellyfish.jpg


The top prize for The World Most Venomous Animal,would go to the Box Jellyfish. It has caused at least 5,567 recorded deaths since 1954. Their venom is among the most deadly in the world. Its toxins attack the heart, nervous system, and skin cells. And the worst part of it is that jelly box venom is so overpoweringly painful, that human victims go in shock, drown or die of heart failure before even reaching shore. Survivors experience pain weeks after the contact with box jellies..You have virtually no chance to survive the venomous sting, unless treated immediately. After a sting, vinegar should be applied for a minimum of 30 seconds. Vinegar has acetic acid, which disables the box jellys nematocysts that have not yet discharged into the bloodstream (though it will not alleviate the pain). Wearing panty hose while swimming is also a good prevention measure since it can prevent jellies from being able to harm your legs. Jelly box can be found in the waters around Asia and Australia .

2.. King Cobra

http://parisaramahiti.kar.nic.in/Gallery%20new/Photo%20Gallery/Albums/Album1/Large/King_Cobra.jpg

The King Cobra (Ophiophagus hannah) is the worlds longest venomous snake - growing up to 5.6 m (18.5 ft) in length. Ophiophagus, literally means snake-eater as it eats other snakes.. One single bite of this deadly snake can easily kill a human.. This snake is even capable of killing a full-grown Asian Elephant within 3 hours if the larger animal is bitten in a vulnerable area such as the trunk. Its venom is not as toxic as other venomous snakes, but King Cobra is capable of injecting 5 times more venom than black mamba and can result in mortality up to 5 times faster than that of the black mamba. It is quite widespread, ranging across South and South-east Asia , living in dense highland forests.

3. Marbled Cone Snail

http://mahank.files.wordpress.com/2009/02/e052671b7a2.jpg

This little beautiful looking Marbled Cone snail can be as deadly as any other animal on this list. One drop of its venom is so powerful that it can kill more than 20 humans. If you ever happen to be in warm salt water environment (where these snails are often found) and see it, dont even think of picking it up. Of course, the true purpose of its venom is to catch its prey. Symptoms of a cone snail sting can start immediately or can be delayed in onset for days. It results in intense pain, swelling, numbness and tingling.. Severe cases involve muscle paralysis, vision changes and breathing failure. There is no antivenom. However, only about 30 human deaths have been recorded from cone snail envenomation.

4. Blue-Ringed Octopus

http://diveshoppe2003.files.wordpress.com/2007/08/blueringedoctppus.jpg

The Blue-Ringed Octopus is very small, only the size of a golf ball, but its venom is so powerful that can kill a human. Actually it carries enough poison to kill 26 adult humans within minutes, and there is no antidote. They are currently recognized as one of the worlds most venomous animals. Its painless bite may seem harmless, but the deadly neurotoxins begin working immediately resulting in muscular weakness, numbness, followed by a cessation and breathing and ultimately death. They can be found in tide pools in the Pacific Ocean, from Japan to Australia .

5. Death Stalker Scorpion

http://www.neareast.org/main/news/upload/up480(2).jpg

Contrarily to the popular belief most of the scorpions are relatively harmless to humans as stings produce only local effects (pain, numbness or swelling). However, the Death Starker Scorpion is highly dangerous species because its venom is a powerful cocktail of neurotoxins which causes an intense and unbearable pain, then fever, followed by coma, convulsions, paralysis and death. Fortunately, while a sting from this scorpion is extremely painful, it would be unlikely to kill a healthy, adult human. Young children, the old, or infirm (with a heart condition) are at the biggest risk. Death stalker scorpions are spread in North Africa and Middle East .

6. Stonefish

http://www.itsnature.org/wp-content/uploads/2008/08/w_stonefish.jpg

Maybe Stonefish would never win a beauty contest, but it would definitely win the top prize for being The World Most Venomous Fish. Its venom causes such a severe pain that the victims of its sting want the affected limb to be amputated. It is described as the worst pain known to man. It is accompanied with possible shock, paralysis, and tissue death. If not given medical attention within a couple of hours It can be fatal to humans. Stonefish stores its toxins in gruesome-looking spines that are designed to hurt would-be predators. Stonefish mostly live above the tropic of Capricorn, often found in the shallow tropical marine waters of the Pacific and Indian oceans, ranging from the Red Sea to the QueeThe Brazilian wandering spider Island Great Barrier Reef.

7. The Brazilian wandering spider

http://farm2.static.flickr.com/1210/1487081776_ea033bc047.jpg

The Brazilian Wandering Spider (Phoneutria) or banana spider appears in the Guinness Book of World Records 2007 for the most venomous spider and is the spider responsible for most human deaths. This spider is believed to have the most potent neurotoxic venom of any living spider. Only 0..006mg (0.00000021oz) is sufficient to kill a mouse. They are also so dangerous because of their wandering nature. They often hide during daytime in highly populated areas inside houses, clothes, boots, and cars. Its venomous bite causes not only intense pain, the venom of the spider can also cause priapism - uncomfortable erections lasting for many hours that lead to impotence..

8.. Inland Taipan

http://www.virginmedia.com/images/inland-taipan-430.jpg

The prize for The Worlds Most Venomous Snake goes to the Inland Taipan of Australia . Just a single bite from this snake contains enough venom to kill 100 human adults or an army of 250,000 mice. Its venom is at least 200 - 400 times more toxic than a common cobra. The Inland Taiwans extremely neurotoxic venom can kill an adult human in as little as 45 minutes. Fortunately this snake is very shy and there have been no documented human fatalities (all known bites were treated with antivenin).

9. Poison Dart Frog

http://animals.nationalgeographic.com/staticfiles/NGS/Shared/StaticFiles/animals/images/800/blue-poison-dart-frog-two.jpg

If you ever happen to be running through the rain forests somewhere in Central or South America , do not ever pick up beautiful and colorful frogs - it can be the Poison Dart Frog. This frog is probably the most poisonous animal on earth.. The 2 inch long (5cm) golden poison dart frog has enough venom to kill 10 adult humans or 20,000 mice. Only 2 micrograms of this lethal toxin (the amount that fits on the head of a pin) is capable of killing a human or other large mammal.. They are called dart frogs because indigenous Amerindians use of their toxic secretions to poison the tips of their blow-darts.. Poison dart frogs keep their poison in their skins and will sicken or kill anybody who touches or eats it.

10. Puffer Fish

http://animals.nationalgeographic.com/staticfiles/NGS/Shared/StaticFiles/animals/images/primary/puffer-fish-puffed.jpg

Puffer Fish are the second most poisonous vertebrate on earth (the first one is golden dart Frog). The meat of some species is a delicacy in both Japan (as fugu) and Korea (as bok-uh) but the problem is that the skin and certain organs of many puffer fish are very poisonous to humans. This puffy fish produce rapid and violent death..Puffers poisoning causes deadening of the tongue and lips, dizziness, vomiting, rapid heart rate, difficulty breathing, and muscle paralysis. Victims die from suffocation as diaphragm muscles are paralyzed. Most of the victims die after four to 24 hours. There is no known antidote, Most deaths from fugu happen when untrained people catch and prepare the fish. Statistics show that there were 20 to 44 incidents of fugu poisoning per year between 1996 and 2006 in all of Japan and up to six incidents per year led to death. Since Fugus poison can cause near instantaneous death, only licensed chefs are allowed to prepare it.

Read More......

Linkwith

Related Posts with Thumbnails