xSAM Chat


ShoutMix chat widget

Thursday, January 21, 2010

Remy Makin Rapat Dengan Tiz Zaqyah


KUALA LUMPUR, 20 JANUARI 2010: Selepas lakonan mantap dalam drama bersiri Nur Kasih, Remy Ishak, 27, terus mendapat perhatian ramai. Kemudian Remy diburu pula oleh pihak media gara-gara kes pergaduhannya bersama bekas kekasih, Ummi Nazeera, 19, yang turut sama berlakon dalam drama arahan Kabir Bhatia itu.

Mengimbas kembali konflik itu, Remy dan Ummi dilaporkan bergaduh berhampiran apartment Ummi tidak lama lalu sehingga dikatakan menyebabkan kecederaan Ummi. Dakwa Remy dia cuba mempertahankan diri daripada diserang bertubi-tubi oleh Ummi tetapi ada pula saksi iaitu pembantu rumah Ummi melihat Remy sebenarnya melibas tangan ke muka Ummi.

Dipercayai daripada pergaduhan itu, Remy pula menjadi mangsa pukul sekumpulan lelaki yang telah menceroboh istana Budaya (IB) ketika pementasan Natrah lakonan Remy dan Maya Karin sedang berlangsung.

Ketika ditemui dilokasi penggambaran filem terbaru terbitan Tayangan Unggul Sdn Bhd, Cun di Studio 1, Astro Bukit Jalil, petang semalam, Remy yang sekali lagi berlakon dengan Maya dan Ning Baizura, hanya mahu bersikap kunci mulut apabila ditanya soalan tentang kes dia dan Ummi itu.

"Saya tak mahu komen apa-apa lagi tentang Ummi. Hal lepas itu, biarkanlah berlalu. Tahun baru, biarlah buka cerita yang baru," ujarnya ringkas.

Remy menegaskan dia tidak mahu lagi bercerita soal peribadi dan hanya mahu fokus kepada kerjaya saja. Namun katanya, insiden itu tidak menjejaskan periuk nasinya sebagai pelakon.

"Terus-terang, saya tidak lagi berhubung dengan Ummi. Saya tidak ambil tahu lagi tentang mahupun keluarganya. Buat masa sekarang ni, saya tiada hubungan rapat dengan mana-mana wanita lain. Tapi saya semakin rapat dengan Tiz Zaqyah dan selalu lepak dengan dia dan kawan-kawan lain," jelasnya.

Apakah sesuatu yang menarik sedang berlaku antara Remy dan Tiz yang sememangnya sangat cocok apabila berlakon dalam Nur Kasih?

Sementara itu, Remy memberitahu bahawa wataknya dalam filem Cun arahan Osman Ali berlainan daripada lakonan sebelum ini. Remy gembira kerana dapat berlakon lagi dengan Maya selain Ning Baizura, Marsha Milan Londoh, Jehan Miskin dan Kartina Aziz.

0 comments:

Post a Comment

Linkwith

Related Posts with Thumbnails