Baru sahaja beberapa hari lepas ada kisah sensasi melanda bekas isteri beliau, hari ini Nash di’beritakan sudah ada kekasih baru.
Pasangan ini kelihatan mesra ketika menghadiri majlis perkahwinan anak saudara pelawak dan pelakon Zaibo di Bukit Damansara kelmarin.
Hadirin pada majlis yang sama dapat menyaksikan betapa romantis pasangan ini yang di’katakan sudah mula bercinta ketika dalam Persatuan Karyawan lagi.
Pada malam yang sama, Nash menyanyikan ‘Doa Buat Kekasih’ & Betty Benafe naik ke atas pentas menghadiahkan dua kuntum mawar putih kepada Nash.
Nash & Betty Benafe masih malu-malu ingin mengakui yang mereka bercinta tetapi tidak menafikan ada sesuatu yang istimewa antara mereka.
“Tak payah cakap berlapik-lapik. Eloklah tu, kalau dah suka sama suka. Aku anytime boleh jadi MC majlis kau berdua,” kata Zaibo di’hadapan para hadirin.
Kali ini, untuk Nash & Betty Benafe, tolong jangan keluar ayat klise ‘teman tapi mesra’, sudah bosan.
0 comments:
Post a Comment