Inilah ular tedung berbahaya yang ditemui oleh pekerja ketika sedang menjalar di dalam sebuah longkang di stadium tenis baru di Dehli ketika hanya tinggal beberapa hari lagi sebelum Sukan Komanwel bermula.
Reptilia berukuran 4 kaki panjang itu telah ditangkap oleh seorang pakar dari organisasi penyelamatan binatang Wildlife SOS ketika pekerja-pekerja yang lain dikerahkan untuk menyelesaikan kerja-kerja persediaan untuk majlis perasmian Ahad ini.
Ini adalah ular kedua yang ditemui berhampiran kemudahan Sukan Komanwel selepas seekor ular tedung ditemui di dalam bilik seorang atlet Afrika Selatan semalam.
xSAM Chat
Friday, October 1, 2010
Lagi Ular Ditemui Sebelum Sukan Komanwel Bermula
Posted by MeLPenang at 11:08:00 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment