xSAM Chat
Tuesday, September 7, 2010
UCAPAN SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI DAN, MAAF ZAHIR BATIN
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Sempena hari dan bulan yang mulia ini, saya mewakili Facebook Page xSAM Memories, Blog xSAM Memories & Yahoo xSAM Group ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir & Batin kepada semua xSAM - Bekas Pelajar Sekolah Abdullah Munshi.
Kepada semua rakan-rakan yang pulang berhari raya atau bercuti di kampung, berhati-hatilah ketika memandu dan semoga selamat sampai ke destinasi masing-masing. Pandulah dengan cermat, biar lambat asalkan selamat.
Sebelum pulang berhari raya, pastikan anda telah mengambil langkah-langkah keselamatan supaya dapat mengelak daripada berlakunya perkara yang tidak diingini. Rumah hendaklah dikunci dengan baik supaya tidak senang dicerobohi. Pasang lampu di halaman supaya tidak gelap. Beritahulah jiran-jiran yang ada supaya mereka dapat menolong menjaga keselamatan rumah semasa ketiadaan anda. Simpanlah barang-barang berharga di tempat yang selamat.
Semoga cuti yang panjang ini dapat digunakan dengan sebaiknya oleh semua rakan-rakan untuk saling menziarahi dan mengeratkan hubungan silaturrahim dengan sanak saudara, sahabat handai dan keluarga tersayang.
Salam Hormat dan Salam Aidilfitri.
Posted by MeLPenang at 11:35:00 AM
Labels: Pesanan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment