xSAM Chat


ShoutMix chat widget

Wednesday, September 1, 2010

Pemimpin berdakwah



ROME - Dalam lawatannya ke Itali, pemimpin Libya Moammar Gadhafi telah menimbulkan kemarahan parti pembangkang apabila mengatakan Islam harus menjadi agama rasmi di Eropah dan ini akan berlaku apabila Turki dipilih menyertai anggota Kesatuan Eropah (EU). Ghadafi menegaskan demikian dalam satu majlis syarahan kepada sekumpulan 500 belia wanita.

Lawatan pemimpin Libya Moammar Gadhafi ke Rome telah mencetus kontroversi selepas beliau mengatakan bahawa Eropah harus memeluk Islam dan proses ini akan bermula apabila Turki diterima menjadi anggota EU,” lapor akhbar Hürriyet.

Gadhafi, yang mengunjungi Itali sebagai meraikan ulangtahun kedua perjanjian persahabatan antara negaranya dengan negara bekas penjajah itu, dilaporkan membuat ucapan tersebut dalam satu siri syarahan yang dihadiri oleh 500 orang belia wanita.



“Islam hendaklah menjadi agama yang dianuti di Eropah,” kata seorang peserta dalam akbar Itali merujuk kepada ucapan Gadhafi.

Parti Demokrasi dan Parti Nilai Itali mengkritik Perdana Menteri Silvio Berlusconi kerana menerima kunjungan Gadhafi, yang mereka sifatkan sebagai satu usaha berbaik-baik bagi meraih dana dari negara tersebut. Satu lagi rakan pakatan parti itu, Liga Utara pula berkata Ghadafi telah berjaya menjadikan Itali sebagai sarkas media.

“Gadhafi hanya sekadar menceritakan tentang budaya negaranya,” kata Berlusconi.

Liga Utara juga membuat keyataan tentang kaitan Turki dalam ucapan tersebut.

“Apa yang diperkatakan oleh pemimpin Libya itu tentang Turki adalah satu fakta. Turki merupakan ancaman dalam EU,” kata kenyataan itu. “Itulah sebabnya kami tidak menyokong penyertaan Turki dalam EU sehingga ke hari ini.”

Kira-kira 200 orang wanita berhimpun di pusat budaya Libya di Rom Isnin lalu untuk menghadiri syarahan kedua. Salah seorang peserta berkata bahawa Ghadafi ada menyebut tentang “wanita lebih dihormati di Libya berbanding di Barat” dan menawarkan bantuan mencari suami-suami Libya. “Islam adalah agama terakhir dan jika kita perlukan satu kepercayaan maka ianya mestilah dari (Nabi) Mohammed,” katanya, menurut peserta tersebut.

Syarahan tersebut adalah “satu pencerobohan baru keatas kehomatan wanita Itali yang memalukan,” kata penggubal undang-undang parti pembangkang dan bekas Menteri Kesihatan, Rosy Bindi.

Ucapan Gadhafi juga telah menyebabkan ketidakselesaan di kalangan rakan pakatan Berlusconi.

“Perkataan Gadhafi itu menunjukkan projek Islamisasi yang merbahaya di Eropah,” kata Mario Borghezio, seorang ahli Parlimen Eropah mewakili Liga Utara.

Gadhafi, yang memegang tampuk pemerintahan selepas kerajaan monarki digulingkan 41 tahun yang lalu, tiba di Itali Ahad lalu bagi memperingati hari ulangtahun kedua perjanjian persahabatan yang ditandatangani bersama dengan Berlusconi yang menetapkan had antara kedua negara selepas era-koloni yang memeritkan.

Berlusconi dan Gadhafi bertemu secara bersendirian selama 30 minit Isnin lalu, di mana dalam seisi tersebut, Ghadafi mengesahkan polisi Libya untuk membuka pelaburan kepada Itali, kata seorang pegawai staf Berlusconi.

0 comments:

Post a Comment

Linkwith

Related Posts with Thumbnails