xSAM Chat


ShoutMix chat widget

Wednesday, July 15, 2009

Akhil Hayy Dan Maizawati sah bercerai

Gambar Akhil Hayy Dan Maizawati sah bercerai talak


Penyanyi nasyid dan pendakwah bebas, Akhil Hayy sah menceraikan isterinya, Maizawati Zainal dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah di sini, pukul 11.55 pagi tadi.


Akhil, 40, menceraikan Maizawati,33 dalam nada tenang selepas bersalaman memohon maaf.

"Bahawa saya, Akhil dengan ini menceraikan isteri saya, Maizawati Zainal dengan talak satu," kata Akhil di hadapan Hakim Syarie Mohd Ridhuan Yusof.

Kemelut rumahtangga Akhil-Maizawati pernah menjadi perbualan hangat apabila Maizawati setuju membuat pendedahan keretakan rumahtangganya di dalam program 'Nasi Lemak Kopi O' dan Wanita Hari Ini (WHI) di TV3.


Dalam kedua-dua program itu, Maizawati mengaku suaminya memang mempunyai hubungan dengan penyanyi Waheeda.

Pada 2 Jun lalu, Hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah Ipoh, Mohd Ridzuan Mohd Yusof, membenarkan penangguhan kes tuntutan perceraian Maizawati dengan Akhil selepas kedua-dua pihak bersetuju berunding dan menyelesaikan kes itu secara baik sehingga 15 Julai, hari ini.

0 comments:

Post a Comment

Linkwith

Related Posts with Thumbnails