Gambar di atas menunjukkan bahawa budak sekolah ini menyamar sebagai pengundi pos
Wahai rakyat Malaysia Sekalian!
Sila perhatikan elok-elok wahai rakyat Malaysia, budak sekolah boleh menyamar menjadi petugas SPR dan mengundi sebagai pengundi pos di Sibu. Team undi POS telah dapat mengambil gambar mereka. Fikirkanlah manipulasi ini berlaku.
Walaubagaimana pun mengikut undang-undang undi pos SPR Malaysia, budak sekolah ini dibenar untuk menjadi wakil kepada pengundi pos. Rakyat Malaysia jangan terperanjat. Itulah yang saya katakan undang-undang undi pos terlalu longgar sehingga budak sekolah pun boleh jadi wakil mengundi.
xSAM Chat
Sunday, May 16, 2010
Budak2 sekolah pun boleh mengundi di Sibu
Posted by MeLPenang at 5:11:00 PM 0 comments
Labels: Politik
Lemas Selepas Bersilat
Kejadian berlaku kira-kira pukul 10 pagi ketika mangsa, Norhidayu Mokhtar, 19, (gambar) bersama 13 lagi rakannya sedang membuat latihan di pantai tersebut sebelum menyertai satu pertandingan silat di Selangor hari ini.
Mangsa yang berada di tepi pantai itu dikatakan cuba membantu seorang rakannya yang dikenali sebagai Hanisah yang tiba-tiba tenggelam ketika mandi bersama tujuh lagi rakan mereka.
Bagaimanapun, dia turut lemas bersama seorang lagi rakan dikenali sebagai Adibah yang juga cuba membantu mangsa pertama. Mereka bertiga kemudian berjaya dibawa ke tebing oleh rakan mereka yang lain. Norhidayu bagaimanapun meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Seberang Takir.
Posted by MeLPenang at 7:17:00 AM 0 comments
Labels: Tempatan
Toyota to suspend production in Thai factory
Toyota will suspend production at one of its four vehicle plants in Thailand as part of restructuring efforts to boost efficiency and profitability.
Vehicle production will stop by the end of this month at Thai Auto Works, located in Samrong on the outskirts of Bangkok.
The plant opened in 1988 and is responsible for churning out the Vigo (Hilux to us) and Fortuner to the tune of around 60,000 units per year.
The 960 workers at TAW and production of the two models will be transferred to two other Thai plants that build them.
This development has nothing to do with the current political situation in Thailand, as the decision was made in November last year.
Toyota made 435,000 vehicles in Thailand last year, which is a quarter lower than 2008 figures.
It’s not the only manufacturer faced with the problem of excess capacity due to lower demand from the global economic crisis. However, Toyota may have to readjust a bit more than others after its aggressive expansion plan to build more plants and cars when times were good.
Read More......
Posted by MeLPenang at 7:13:00 AM 0 comments
Labels: Automotif
Saturday, May 15, 2010
Bukan Islam dibenar pohon jadi peguam syarie di KL
Seorang peguam wanita yang bukan beragama Islam, Victoria Jayaseelee Martin, hari ini memperolehi kebenaran Mahkamah Tinggi Sivil Kuala Lumpur bagi mendapatkan semakan kehakiman untuk beliau berkhidmat sebagai peguam di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.
Victoria (atas, kanan) mendapat kelulusannya pada tahun 2004 daripada Universiti Islam Antrabangsa dan berkata beliau ingin menjadi peguam syarie demi kepentingan keadilan.
Di Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, syarat sebelum seseorang boleh menjadi peguam syarie adalah dia mesti merupakan seorang Islam.
Di negeri-negeri lain, bukan Islam dibenarkan menjadi peguam syarie.
Bagaimanapun, Selangor baru-baru menarik balik kekecualian itu dan hanya peguam Islam yang dibenarkan di mahkamah syariah di negeri itu.
Victoria diwakili oleh peguam Ranjit Singh, manakala pendakwa kanan persekutuan, Nadia Hanim Mohd Tajuddin mewakili MAIWP.
Beliau berkata melalui sepucuk surat bertarikh 6 April, 2006, beliau menghantar permohonan tetapi MAIWP memaklumkan beliau bahawa permohonannya sedang diproses.
Selepas lebih tiga tahun, tiada jawapan daripada MAIWP berhubung permohonannya.
Katanya melalui sepucuk surat bertarikh 4 Ogos, 2009 beliau memohon semula sebagai peguam syarie tetapi MAIWP melalui jawatankuasa peguam syarie melalui sepucuk surat bertarikh 9 Sept, 2009 menolak permohonannya atas alasan bahawa beliau bukan Islam.
Beliau kemudian memfailkan permohonan kebenaran pada 23 Oktober tahun lalu yang antara lain untuk satu perintah certiorari untuk membatalkan keputusan MAIWP kerana menolak permohonannya untuk diterima sebagai peguam syarie di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.
Victoria juga mahukan satu pengisytiharan bahawa Kaedah 10 daripada Rukun Peguam Syarie 1993, yang memberi mandat bahawa orang Islam sahaja boleh diterima sebagai peguam syarie adalah ultra vires kepada Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah Persekutuan) 1993.
Beliau juga menuntut satu pengisytiharan bahawa di bawah kaedah yang sama, yang memberi mandat bahawa hanya orang Islam diterima sebagai peguam syarie, adalah bertentangan dengan Artikel 8(1), 8(2), 5 dan 10(1) Perlembagaan Persekutuan.
Peguamnya, Ranjit Singh memberitahu pemberita bahawa hakim menolak hujahan MAIWP bahawa hanya Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa bagi mendengar permohonan anak guamnya berhubung permohonan menjadi peguam syarie.
Katanya beliau memaklumkan hakim bahawa mahkamah sivil mempunyai bidang kuasa untuk menangani perkara itu.
Ranjit berkata hakim juga menolak hujahan MAIWP bahawa jika Victoria tidak berpuas hati dengan keputusan Jawatankuasa Majlis Agama, beliau boleh membuat rayuan dengan majlis itu.
Read More......
Posted by MeLPenang at 9:31:00 AM 0 comments
Labels: Tempatan
Enggan Bogel Untuk Playboy
Posted by MeLPenang at 9:11:00 AM 0 comments
Labels: Hiburan
80% Umat Islam di Malaysia Tidak Solat
"“Sejumlah 80 peratus umat Islam di Malaysia masih tidak menunaikan solat lima waktu dalam sehari”. Anda mungkin terkejut dengan data ini tetapi itulah hakikatnya. Dalam satu kajian yang telah dilakukan oleh tokoh motivasi terkenal di Malaysia, Dato’ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah, bahawa sejumlah 80 peratus umat Islam di Malaysia masih tidak menyempurnakan solat lima waktu dalam sehari.
Peratusan angka ini diperoleh melalui tinjauan beliau menerusi program-program ceramah dan motivasi, yang dijalankan di seluruh negara serta pemerhatian terhadap gaya hidup masa kini.
Menurut Dato’ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah antara golongan yang kerap meninggalkan ibadah solat ini ialah golongan para pelajar sekolah, golongan belia, pekerja kilang, anggota pasukan seragam dan juga para peniaga (Utusan Malaysia 2008, 23 Jun).
Menurut kajian itu lagi hanya sekitar 17 hingga 20 peratus yang menunaikan solat fardu cukup lima waktu dalam sehari, sementara bagi pelajar -pelajar sekolah menengah, iaitu hanya 15 peratus sahaja mengakui bersembahyang lima kali sehari. dan fakta ini ternyata menyamai dapatan kajian yang menunjukkan bahawa sejumlah 86.2% responden mengakui kerap meninggalkan solat dan sejumlah kecil responden yang melaksanakan solat dengan secukupnya.
Selain dari itu kadar pelaksanaan yang rendah dalam ibadah solat di kalangan responden dalam kajian ini juga mungkin dapat dikaitkan dengan tahap pengetahuan dan kemahiran responden dalam menunaikan ibadat tersebut. Apakah faktor yang menyebabkan jumlah besar responden tidak menunaikan solat dalam kehidupan mereka? Persoalan ini mungkin tidak dapat diselesaikan dengan menjaga fakta-fakta atau cara melaksanakan solat. Sesungguhnya ia melibatkan banyak faktor lain termasuk motivasi pelaksanaan solat dan ibadat. Menurut al-Kumayi (2009) terdapat tiga halangan dalam melaksanakan ibadah iaitu:
Malas (kasal) mengerjakan ibadat kepada Allah, sedang setiap insan sanggup dan berupaya melakukan ibadah. Lemah fikiran (futur) atau tidak memiliki tekad yang kuat kerana terpengaruh dengan kehidupan dunia. Bosan (malal) atau cepat berasa bosan melakukan ibadah sedangkan tujuan belum tercapai.
Sesungguhnya amalan atau perbuatan meninggalkan solat ini merupakan masalah yang serius atau cukup barat, kerana baik buruknya perlakuan seseorang itu sangat dipengaruhi oleh solatnya. Jika ibadah solatnya baik, dilakukan dengan peluh kesempurnaan yang merangkumi aspek rukun, syarat dan penuh khusyuk ia akan dapat mencegah seseorang dari perbuatan keji dan mungkar. Aspek ini menjadi jawapan kepada pelbagai masalah yang timbul dalam organisasi atau pun yang melakukan tindakan-tindakan yang bertentangan dengan syarak.
Read More......
Posted by MeLPenang at 9:07:00 AM 0 comments
Labels: Tempatan
APA JADI BILA JUDI DIHALALKAN, PERHIMPUNAN MEMBANTAH JUDI DIHARAMKAN
Kekecohan berlaku apabila pihak polis cuba menghentikan ucapan pemimpin Pemuda Pakatan Rakyat dan NGO yang membantah tindakan kerajaan mengeluarkan lesen judi pertaruhan bolasepak Piala dunia dan penganjuran konsert 12 jam yang membabitkan artis luar negara, Pitbull.
Ia berlangsung di atas sebuah pentas dalam kawasan masjid tersebut.
Kejadian itu disaksikan oleh kira-kira 500 orang yang berada di situ, termasuk mereka yang sedang beredar selepas selesai solat Jumaat.
Mereka yang hadir di pentas tersebut ialah pemangku ketua PAS Wilayah Persekutuan (WP) Herman Shamsudeen dan setiausaha Pemuda PAS pusat, Kamaruzzaman Mohamad.
Yang lainnya ialah ketua Angkatan Muda (AMK) Selangor Khairul Annuar Ahmad Zainuddin, wakil Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Zambry Mat Isa, wakil Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Kelab Penyokong PAS dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).
Selepas itu, tiba giliran Khairul Annuar pula berucap. Ketika beliau sedang berucap, anggota polis naik ke pentas untuk merampas pembesar suara.
Khairul Annuar bagaimanapun meneruskan ucapannya tanpa pembesar suara.
Pada masa yang sama, kelihatan Kamaruzzaman berunding dengan pegawai polis di belakang pentas.
K
Bagaimanapun, katanya, pihak polis hanya membenarkan mereka meneruskannya selama lima minit sahaja.
Pihak polis juga kemudiannya memulangkan pembesar suara yang dirampas sebelum ini.
Bagaimanapun, tidak sampai dua minit penceramah berikutnya berucap, anggota polis naik semula ke pentas untuk merampas pembesar suara tersebut.
Ketika itu berlaku insiden tolak menolak dan tarik menarik sehingga ada yang terjatuh dari pentas.
E
Bagaimanapun, katanya, pihak polis mengarahkan beliau supaya meminta orang ramai beredar dari situ.
Ekoran itu, katanya, beliau terus meminta orang ramai beredar.
Difahamkan seorang pemuda ditahan ketika kekecohan berlaku di pentas tetapi kemudiannya dilepaskan.
Read More......
Posted by MeLPenang at 9:04:00 AM 0 comments
Labels: Tempatan
Friday, May 14, 2010
Kekasih Berkenalan Ketika Hendak Bunuh Diri
Seorang pemuda yang patah hati telah merancang untuk terjun daripada sebuah jambatan tetapi telah menemui 'cinta' sebenarnya — dengan seorang gadis yang juga ingin membunuh diri di tempat yang sama.
Andriej Ivanov, 26, hendak mengakhiri hayatnya apabila tunangnya mati dalam satu kemalangan kereta sehari sebelum mereka dijangkakan untuk berkahwin.
Tetapi apabila sebaik tiba di jambatan di Ufa, di tengah Rusia — dia mendapati Maria Petrova sedang memanjat pagar jambatan.
Maria, 21, telah dihalau keluar oleh ibu bapanya kerana telah mengandung. Dia hanya sesaat lagi akan terjun daripada ketinggian 100 kaki ke dalam sungai Belaya yang sejuk ketika Andriej datangmenyelamatkannya.
"Dalam hati saya berkata dan saya tidak boleh membiarkan dia melakukannya walaupun pada masa yang sama hati saya sendiri sedang begitu kecewa.
"Saya menjerit, 'BERHENTI !' dan berlari kepadanya. Dia jatuh pada lengan saya sambil terisak-isak dan saya juga turut menangis. "Kami menahan niat antara satu sama lain lalu bercakap, bercakap dan bercakap. Malam itu telah menyelamatkan hidup saya - dan hidupnya."
Pasangan itu terus berbual sehingga ke malam dan bersetuju untuk membantu satu sama lain mengubati hati mereka yang terluka.
Kini mereka merancang untuk berkahwin setelah memberitahu keluarga masing-masing tentang bagaimana kisah pertemuan mereka.
Maria berkata: "Dia adalah kesatria saya dan penyelamat saya.
"Semua kesakitan dan kepediham itu berbaloi kerana ia membawa saya untuk bertemu Andriej saya."
Read More......
Posted by MeLPenang at 10:44:00 AM 0 comments
Labels: Dunia
Pengantin UK Kahwin Guna Tema Shrek
Tracy Hughes seorang warga British, 53, dan pasangan pengantin perempuan yang berusia 33 tahun Vivian Williams, diselaputi dengan cat hijau, kostum dan wig semasa upacara perkahwinan mereka.
Mereka adalah peminat fanatik filem animasi "Shrek".
Semasa janji temu pertama mereka telah menonton filem itu lalu memutuskan untuk menggunakan tema "Shrek" untuk perkahwinan mereka.
Mereka berkahwin di hadapan saudara-mara dan rakan-rakan mereka yang juga berpakaian sebagai watak-watak kartun dalam filem itu.
Read More......
Posted by MeLPenang at 10:41:00 AM 0 comments
Labels: Dunia
Sekitar Pengkebumian Ashaari Muhammad Bekas Pemimpin Al-Arqam

REMBAU, 13 Mei -- Ahli keluarga bekas pemimpin kumpulan Al -Arqam, Allahyarham Ashaari Muhammad menatap wajah Allahyarham buat kali terakhir sebelum dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Pilin dekat sini, kira-kira pukul 10 malam tadi. Kira-kira 1,000 orang hadir pada majlis pengebumian.



Jenazah kemudian ditempatkan di surau kampung itu bagi membolehkan sanak saudara dan orang ramai memberi penghormatan terakhir.
Kira-kira 1,000 orang hadir pada majlis pengkebumian.
Posted by MeLPenang at 10:38:00 AM 0 comments
Labels: Tempatan
Kereta Sport Jadi Teksi

Posted by MeLPenang at 10:36:00 AM 0 comments
Labels: Automotif
Kehidupan Robot
Selama ini jika kita menganggap bahawa robot menjalani kehidupan yang membosankan sebarnya kita salah. Robot juga macam kita..tak caya tengok kat bawah ni:

melakukan janayah (macam manusia)

berehat dan bersantai (macam manusia)

berbaris ikut giliran (macam manusia)

berhibur (macam manusia)

shopping (macam manusia)

buat dosa (macam manusia)
Posted by MeLPenang at 10:34:00 AM 0 comments
Labels: Rileks
Thursday, May 13, 2010
TV Series - V Season 1 Episode 10 & 11
Season 1 Episode 11 - After a violent attack on someone very close to Anna, she delivers a message that the Vs don’t feel safe and will be leaving; and Anna also gives a list of possible Fifth Column members to Chad, hoping he’ll investigate to help in finding them. Meanwhile, Erica and the team try to track down a scientist who may have created a weapon that the Visitors are afraid of
Watch Season 1 Episode 10
Watch Season 1 Episode 11
Read More......
Posted by MeLPenang at 11:21:00 PM 0 comments
Labels: TV Series
TV Series - Lost Season 6 Episode 15
Posted by MeLPenang at 11:12:00 PM 0 comments
Labels: TV Series
Angelina Tewas Seksi Daripada Marilyn
DUA aktres Hollywood iaitu Angelina Jolie dan Marilyn Monroe, sama-sama seksi. Namun siapa antara mereka yang lebih seksi? Ternyata Marilyn yang mati pada usia 48 tahun lebih 'panas' berbanding Jolie.
Ini kerana hasil undian dari laman web Fox411, aktres Hollywood dari usia emas sehingga yang muda mendapat pencalonan bagi kategori artis Hollywood paling seksi.
Terdapat 25 aktres yang dicalonkan. Mereka ini dipilih bukan sahaja kerana seksi malah turut dinilai dari segi bakat, kecantikan dan kekuatan masing-masing.
Menurut Foxnews semalam, Marilyn menduduki tempat pertama undian tersebut dengan undian 60,000 responden. Undian tersebut berjalan selama seminggu.
Sedangkan Jolie berada pada kedudukan kedua dengan mengutip 9,000 undian. Meskipun begitu, kekasih Brad Pitt itu menjadi satu-satunya aktres masa kini yang tersenarai dalam lima teratas. Selepas Jolie adalah Sophia Loren, Raquel Welch dan Elizabeth Taylor.
Read More......
Posted by MeLPenang at 11:07:00 PM 0 comments
Labels: Hiburan
Bintang 'Twilight' Popular Di Kalangan Nama Bayi
FILEM kisah cinta antara pontianak dan manusia, Twilight khabarnya meninggalkan kesan di hati para penonton sehingga nama karakter dalam filem itu popular di kalangan nama bayi 2010.
Data mengenai nama bayi paling popular itu diperolehi daripada Badan Keamanan Sosial Amerika yang dikeluarkan pada setiap tahun.
Menurut MTV semalam, dua nama bayi paling popular pada 2010 adalah Jacob dan Isabella iaitu menggambil sempena nama dua karakter dalam filem Twilight iaitu Jacob Black dan Bella Swan.
Diikutkan, sejak 11 tahun terakhir, kedua nama itu sudah selalu didaftarkan sebagai nama bayi paling popular. Disebabkan populariti filem itu, nama tersebut melonjak naik di kalangan peminatnya.
Berikut merupakan 10 nama bayi paling popular yang didaftarkan sepanjang 2010:
Bayi perempuan- Isabella, Emma, Olivia, sophia, Ava, Emily, Madison, Abigail, Chloe dan Mia.
Bayi lelaki- Jacob, Ethan, Michael, Alexander, William, Joshua, Daniel, Jayden, Noah dan Anthony.
Read More......
Posted by MeLPenang at 11:06:00 PM 0 comments
Labels: Hiburan
Gambar Seksi Finalis Miss USA Bikin Kontroversi
PERTANDINGAN Miss USA 2010 menimbulkan kritikan bilamana para finalis pada tahun ini mengambil gambar dengan hanya memakai pakaian dalam untuk mempromosikan program tersebut. Malah terdapat dua finalis yang melakukan pose separuh bogel.
Aksi mereka itu sungguh bertentangan kerana gara-gara gambar separuh bogel pada 2009, finalis Miss USA Carrie Prejean disingkirkan. Tingkahlaku Prejean itu dianggap mencemarkan Miss USA.
Namun aksi gambar seksi dengan pakaian dalam oleh para finalis Miss USA kali ini mendapat pembelaan daripada Donald Trump, pemilik organisasi Miss Universe.
"Mereka memang seksi sedikit tetapi semua orang mahu melihatnya, jadi tiada masalah," ujar Trump kepada US Magazine semalam.
Menurut Trump lagi, gambar itu tidak lucah dan tidak sama dengan aksi separuh bogel yang dilakukan oleh Prejean.
"Foto itu sangat artistik dan indah," tuturnya.
Posted by MeLPenang at 11:04:00 PM 0 comments
Labels: Dunia
Kate Winslet Tolak Pembedahan Plastik
AKTRES berasal dari Britain, Kate Winslet sudah puas dengan bentuk badannya namun menolak untuk melakukan pembedahan plastik sehingga sekarang.
Menurut Showbiz Spy semalam, Kate juga tidak berminat untuk membaiki mukanya yang mulai berkedut sedikit. Wanita yang kini berusia 34 tahun itu memang ingin berpenampilan sesuai dengan usianya.
"Saya ingin kelihatan seperti Susan Sarandon dan Meryl Streep yang tetap cantik pada usianya yang sudah tidak muda lagi," kata bekas isteri sutradara Sam Mendes itu.
Selain itu, Kate juga takut dengan kesan sampingan daripada pembedahan plastik dan Botox. Bintang The Reader itu yakin pembedahan plastik dan Botox cukup merbahaya bagi wanita yang melakukannya.
"Saya merasa semua itu sangat menakutkan," ujarnya.
Posted by MeLPenang at 11:02:00 PM 0 comments
Labels: Hiburan
Kim Kardashian Sedia Jadi Isteri Lagi
SELEBRITI Hollywood Kim Kardashian tidak mahu lama-lama menyandang status janda. Wanita yang khabarnya mempunyai hubungan dengan pemain bola sepak Cristiano Ronaldo itu bersedia untuk bergelar isteri.
Menurut Showbiz Spy semalam, Kim yang kini berusia 29 tahun sedang mencari pasangan hidup dan berharap dapat bertemu dengan lelaki yang tepat sebagai calon suaminya.
"Saya yakin lelaki selepas ini akan menjadi suami saya," ujarnya.
Kim mengaku baru kali ini dirinya menjanda dalam waktu yang cukup lama. Sebelum ini, Kim pernah berkahwin dengan produser muzik Damon Thomas pada 2000 sebelum bercerai empat tahun kemudian.
Pada 2007 lalu, Kim juga pernah bercinta dengan penyanyi R&B, Ray J. Hubungan Kim dan Ray putus setelah video seks mereka tersebar di Internet.
Read More......
Posted by MeLPenang at 11:01:00 PM 0 comments
Labels: Hiburan
Rossa: Belum Sedia Perkenal Lelaki Baru
BERSESUAIAN dengan pepatah Melayu, 'Patah tumbuh, hilang berganti', penyanyi popular Indonesia Sri Rossa Roslaina Handiyani atau Rossa yang pernah kehilangan cinta lelaki sebelum ini ekoran keruntuhan mahligai rumahtangganya, kini mengakui sudah punya pengganti.
Cahaya kebahagiaan yang terpancar di wajah penyanyi kecil molek itu seakan tidak mampu disembunyikan tatkala diusik oleh teman-teman media dalam pertemuan baru-baru ini.
Walaupun pada awalnya, Rossa agak keberatan untuk berbicara lanjut tentang lelaki baru itu, namun asakan mesra teman media memaksa ibu kepada Rizky Langit Ramadhan, 3, akur untuk berkongsi cinta barunya itu.
"Ya, memang benar saya sedang berkawan dengan seorang usahawan dan dia bukan daripada kalangan orang seni.
"Sebenarnya, saya sudah mengenali dia sejak empat tahun lalu, cuma kami bertambah rapat beberapa bulan kebelakangan ini," katanya.
Justeru, untuk waktu ini Rossa lebih senang berkawan seperti biasa. Malah, penyanyi lagu Pudar itu turut berkata, baik anak mahupun orang tuanya belum diperkenalkan secara rasmi dengan teman baru itu.
"Memang dia (teman baru) dan anak sudah saling mengenali, malah sudah bertemu beberapa kali. Namun, anak saya masih tidak tahu secara rasmi mengenai hubungan yang baru bercambah ini.
"Bagi saya, ia masih terlalu awal untuk mengumumkan secara rasmi. Biarlah kami berkawan seperti biasa buat masa ini dan lebih mengenali dan mencari keserasian antara kami," jelasnya yang tidak putus-putus ketawa sepanjang perbualan berlangsung.
Namun, ujar Rossa persahabatan yang semakin intim sejak beberapa bulan lalu itu disifatkannya masih berada di peringkat awal. Bahkan, keutaaman pada karier dan keluarga yang harus didahulukan ketika ini.
"Biarlah hubungan ini berjalan secara sendirinya. Jika ada jodoh, takkan ke mana. Buat masa ini, fokus saya adalah karier dan konsert yang di Malaysia yang bakal menjelang ini," akui Rossa yang tidak berasa sunyi kerana memiliki anak dan keluarga yang rapat dengannya.
Atas rasa saling memahami dan enggan mendesak lagi perbualan kami bersama bintang itu berakhir dengan satu keputusan, biar empunya badan memutuskan sendiri waktu terbaik untuk menghebahkan berita baik itu secara rasmi di kemudian hari.
Yang pasti, ruang hati Rossa yang kembali berpenghuni itu belum bersedia untuk melangkah ke fasa yang lebih serius, sekurang-kurangnya bukan dalam waktu terdekat.
Read More......
Posted by MeLPenang at 10:59:00 PM 0 comments
Labels: Hiburan
