xSAM Chat


ShoutMix chat widget

Sunday, February 6, 2011

Rayuan Syaitan Semasa Bercouple

 
Gambar hiasan kerana artikel berkaitan dengan lagu Sohaimi Mior Hassan, Anna Rafali dan AltimetKalau Berpacaran.

Rayuan Syaitan Semasa Bercouple

Para pembaca yang budiman, ketika seseorang itu mula dewasa, muncullah benih di dalam jiwa untuk mencintai lawan jenisnya. Ini merupakan fitrah yang diberikan oleh Allah kepada manusia. Allah Taala berfirman yang ertinya, “Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan terhadap perkara yang dinginkannya berupa wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenagan hidup di dunia. Dan di sisi Allahlah tempat kembali yang baik. “(Al-Imran: 14)

Etika Bergaul Antara Lawan Jenis

Islam adalah agama yang sempurna, di dalamnya telah ditetapkan selok-belok kehidupan manusia, bagaimana pergaulan antara lawan jenis. Di antara adab bergaul antara lawan jenis sebagaimana yang telah diajarkan oleh agama kita adalah:


1. Menundukkan pandangan terhadap lawan jenis

Allah berfirman yang bermaksud, “Katakanlah kepada lelaki beriman: Hendahlah mereka menundukkan pandangannya dan memelihara kemaluannya.” (An-Nur: 30). Allah juga berfirman yang bermaksud, “Dan katakanlah kepada wanita beriman: Hendaklah mereka menundukkan pandangannya dan memelihara kemaluannya.” (An-Nur: 31)

2. Tidak berdua-duaan

Rasulullah SAW bersabda, “Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya.” (HR. Bukhari & Muslim)

3. Tidak menyentuh lawan jenis

Di dalam sebuah hadis, Aisyah RA berkata, “Demi Allah, tangan Rasulullah tidak pernah menyentuh tangan wanita sama sekali meskipun semasa membaiat (janji setia kepada pemimpin).”
(HR. Bukhari).

Hal ini kerana menyentuh lawan jenis yang bukan mahramnya merupakan salah satu perkara yang diharamkan di dalam Islam. Rasulullah SAW bersabda, “Seandainya kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi, (itu) masih lebih baik daripada menyentuh wanita yang tidak halal baginya.”
(HR. Thabrani dengan sanad hasan)

Jika memandang saja dilarang, tentu bersentuhan lebih terlarang kerana godaannya tentu jauh lebih besar.

Tersesat Semasa Bercinta

Tatkala adab-adab bergaul antara lawan jenis mulai pudar, luapan cinta yang bergolak dalam hati manusia pun menjadi tidak terkawal lagi. Akhirnya, syaitan berjaya menjerat para remaja dalam ikatan maut yang dikenali dengan istilah “bercinta“.

Allah telah mengharamkan pelbagai aktiviti yang boleh membawa ke dalam perzinaan. Sebagaimana Allah berfirman yang bermaksud,

“Dan janganlah kamu mendekati zina, sesugguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.” (Al-Israk: 32). Lalu pintu apakah yang paling lebar dan paling dekat dengan ruang perzinaan melebihi pintu bercinta ?!!

Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah menetapkan untuk anak adam bahagiannya dari zina, yang pasti akan mengenainya. Zina mata adalah dengan memandang, zina lisan adalah dengan berbicara, sedangkan jiwa berkeinginan dan berangan-angan, lalu farji (kemaluan) yang akan membenarkan atau mendustakannya. “(HR. Bukhari & Muslim).

Kalaulah kita ibaratkan zina adalah sebuah bilik yang mempunyai banyak pintu yang berlapis-lapis, maka orang yang bercinta adalah orang yang telah memiliki semua kuncinya. Bila-bila masa saja dia boleh masuk.

Bukankah semasa bercinta ia tidak lepas dari zina mata dengan tidak memandang?
Bukankah dengan pacaran ia sering melembut-lembutkan suara di hadapan kekasihnya?
Bukankah orang yang bercinta sentiasa memikirkan dan membayangkan keadaan kekasihnya?
Maka farjinya pun akan akan mengikutinya.Hujan gerimis, insan menangis…
Akhirnya penyesalan tinggallah penyesalan.

Masa tidaklah boleh dirayu untuk kembali sehingga dirinya menjadi tubuh yang masih suci dan belum ternodai semula. Syaitan pun bergembira atas kejayaan usahanya ….

Iblis, Penyesat Yang Ulung

Tentunya akan sukar bagi Iblis dan bala tenteranya untuk menggelincirkan sebahagian orang sehingga terjatuh ke dalam jurang bercinta.

Akan tetapi yang perlu kita ingat, bahawa Iblis telah bersumpah di hadapan Allah untuk menyesatkan semua manusia. Iblis berkata, “Demi kekuasaanMu, aku akan menyesatkan mereka semuanya.” (Shaad: 82).

Termasuk di antara alat yang digunakan Iblis untuk menyesatkan manusia adalah wanita. Rasulullah SAW bersabda,

“Tidaklah aku tinggalkan setelahku fitnah (ujian) yang lebih berbahaya bagi lelaki daripada wanita.” (HR. Bukhari & Muslim).

Kalaulah Iblis tidak berjaya merosakkan agama seseorang dengan menjerumuskan mereka ke dalam gaya percintaan, mungkin cukuplah bagi Iblis untuk dapat ketawa dengan membuat mereka bercinta melalui telefon, SMS, Facebook, chatting dan sebagainya.

Yang cukup menyedihkan, kadang-kadang gaya percintaan seperti ini ditopeng dengan agama seperti dengan pura-pura bertanya tentang masalah agama kepada lawan jenisnya, miss call atau SMS kekasihnya untuk bangun solat tahajud dan lain-lain.

Ringkasnya bersms dengan lawan jenis, bukan saudara dan bukan kerana keperluan mendesak adalah membawa kepada haram dengan beberapa alasan:

(a) Ini adalah semi berdua-duaan
(b) Membazir masa dan wang
(c) Jalan menuju perkara yang haram .

Mudah-mudahan Allah memudahkan kita semua untuk menjalankan perintahNya serta menjauhi laranganNya.

0 comments:

Post a Comment

Linkwith

Related Posts with Thumbnails