xSAM Chat


ShoutMix chat widget

Tuesday, August 10, 2010

Spesimen Air Kencing Ameng Positif Dadah

http://mybloghub.my/wp-content/uploads/ameng.jpgKUALA UMPUR: Ujian yang dilakukan terhadap spesimen air kencing yang diperoleh daripada penyanyi kumpulan Spring, Ameng menunjukkan keputusan positif dadah.

Perkara itu dimaklumkan oleh Penolong Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, di sini, Sarjan Halimi Jarkasi pada perbicaraan di Mahkamah Majistret di sini pada Isnin.

Halimi, 47, yang dipanggil selaku saksi pendakwaan pertama memberitahu, keputusan itu diperoleh selepas spesimen yang diambil pada 6 April lalu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Botol yang berisi specimen air kencing tersebut mengandungi label nama dan nombor kad pengenalan tertuduh, tarikh diambil serta ditandatangani oleh tertuduh. Botol juga dimateri,” katanya.

Tambahnya, spesimen dihantar ke HKL pada 7 April lalu. Sebelum itu, spesimen tersebut disimpan di dalam lokar besi berkunci.

Beliau menambah, selepas keputusan ujian diperoleh, beliau telah menghubungi tertuduh untuk memintanya datang ke balai dan menyerahkan sesalinan keputusan ujian sebelum mengarahkan Ameng untuk hadir ke mahkamah.

Majistret Zaki Asyraf Zubir menetapkan perbicaraan terhadap Ameng atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail, 42, bersambung Selasa.

Perbicaraan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Alias manakala Ameng diwakili peguam Kamarul Zaman Abdul Rahman.

Penyanyi yang popular dengan lagu Sampai Hati dan Bougenvilla itu sedang dibicarakan atas pertuduhan memasukkan dadah jenis kanabis ke dalam badannya pada pukul 3.45 pagi, 2 April lalu di IPD Sentul.

Ameng dihadapkan ke mahkamah kali pertama pada 12 Mei lalu, di mana dia mengaku tidak bersalah.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum denda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun seperti yang diperuntukkan oleh Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Read More......

Bayi Punyai Payudara

Bayi-bayi perempuan di China mengalami tumbesaran payu dara seperti wanita dewasa setelah mereka diberi minum susu tepung yang dicemari hormon, lapor sebuah akhbar semalam.

Senario menakutkan itu membangkitkan kemarahan ramai ibu bapa di tengah China yang bimbang tumbesaran pramatang tersebut berpunca daripada sejenis susu formula yang mereka beli.


Sebelum ini, seorang pegawai perubatan di Hospital Bersalin dan Kanak-Kanak Hubei, Yang Qin memberi amaran supaya orang ramai tidak membeli susu tepung keluaran sebuah syarikat tempatan, Synutra.

Amaran tersebut dikeluarkan setelah ujian perubatan terhadap tiga bayi perempuan yang meminum susu formula tersebut menunjukkan kandungan hormon dalam badan mereka jauh lebih tinggi berbanding wanita dewasa. 

Sumber: Agensi

Read More......

Laporan 27 Peniaga Melayu Dihalang Berniaga di KOMTAR Adalah PALSU

http://thestar.com.my/archives/2009/9/6/nation/n_18traders.jpgKENYATAAN PENANG DEVELOPMENT CORPORATION(PDC) PADA 9 OGOS 2010 KE ATAS LAPORAN PALSU UTUSAN MALAYSIA BERKENAAN 27 PENIAGA BAZAAR RAMADAN DIHALANG BERNIAGA DI BAZAR RAMADAN, KOMTAR.

Sekiranya Komtar Merchant Association(KMA) Tidak Bayar Sewa Yang Dikutip Daripada 27 Peniaga Melayu Kepada PDC Dan Mematuhi Peraturan Yang Ditetapkan Maka PDC Akan Berurusan Terus Dengan Peniaga Secara Individu.

Merujuk kepada kenyataan akhbar seperti di atas, pihak PDC ingin memaklumkan bahawa kenyataan yang dilaporkan bahawa 27 peniaga Melayu dihalang berniaga di Bazar Ramada di Komtar adalah tidak benar. Adalah tidak bertanggungjawab untuk memainkan sentimen perkauman bahawa ada penindasan peniaga Melayu hanya untuk menutup kegagalan Komtar Merchant Association(KMA) membayar sewa kepada PDC dan kegagalan menguruskan Bazar Ramadan mengikut peraturan yang telahpun ditetapkan.

Sebenarnya permohonan KOMTAR Merchant Association (KMA) untuk menganjurkan Bazaar Ramadhan di ruang legar, konkos paras 3, KOMTAR untuk 27 peniaga telah dibincang di dalam Jawatankuasa Induk Pemulihan KOMTAR pada 5 Ogos 2010 bersama-sama dengan wakil KMA. Pada mesyuarat itu, telahpun dibangkitkan perlunya menghadkan jumlah bilangan peniaga Ramadan demi mengatasi masalah kesesakan ekoran terlalu banyak gerai ditempatkan di pusat pentadbiran kerajaan negeri. Masalah kesesakan ini tahun lepas telahpun menyebabkan kesesakan dan kesulitan orang ramai keluar masuk ke Pusat Pentadbiran Negeri Konkos Paras 3.

Mengambil kira kewujudan 20 gerai yang sedia ada di kawasan yang dipohon dan untuk mengelakkan daripada kesesakan di kawasan tersebut yang merupakan juga pintu masuk utama ke Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri di KOMTAR, maka PDC telah memutuskan untuk hanya membenarkan penyewaan bagi 10 gerai sahaja beroperasi di situ dengan pengenaan sewaan RM50.00 sehari untuk setiap gerai, iaitu harga sama yang dibayar oleh 20 gerai sedia ada. Surat kelulusan tentang penyewaan ini dikeluarkan oleh PDC pada petang 6 Ogos 2010 kepada KMA.

KMA telah pun mendirikan gerai di kawasan tersebut sebelum sebarang kelulusan diterima daripada PDC dan tanpa membayar sewa. Di samping itu didapti bukan sahaja KMA mendirikan 10 gerai seperti yang diluluskan tetapi telah mendirikan 27 gerai.
Daripada penjelasan di atas dapat dilihat bahawa PDC bukannya menghalang tetapi hanya ingin mempastikan penggunaan ruang di ruang legar konkos , paras 3, KOMTAR dibayar sewa oleh KMA dan dibuat mengikut prosidur dan syarat yang dikenakan oleh PDC bagi menjamin suasana dan keselesaan di kawasan tersebut. Adalah tidak patut PDC dipersalahkan bila KMA mengutip sewa daripada 27 peniaga tetapi tidak pun diberikan kepada PDC.

PDC juga ingin memaklumkan bahawa KMA telah bertindak tanpa pengetahuan PDC dengan berurusan terus dengan 27 peniaga terlibat dan mengutip wang sewaan . Sepatutnya KMA hanya boleh berbuat demikian apabila memperolehi kelulusan dan persetujuan PDC berkenaan penyewaan ruang legar tersebut. Tindakan KMA ini telah menjadikan 27 peniaga tersebut sebagai mangsa yang kemudiannya menuduh PDC sebagai pihak yang bersalah dalam hal ini. Adalah tidak adil PDC dipersalahkan untuk kesalahan yang dilakukan oleh KMA.

Dengan surat kelulusan yang PDC keluarkan bertarikh 6 Ogos 2010, pihak KMA boleh meneruskan dengan pemasangan kemudahan gerai yang dirancang tertakluk kepada syarat tidak melebihi 10 gerai dan membayar sewa yang dikutip daripada peniaga. Disamping itu KMA juga perlu memenuhi syarat-syarat yang PDC telah letakkan di dalam surat kelulusan tersebut.

Kini perkara ini telah menjadi satu isu. Sebagai jalan penyelesaian, Pengurus Besar PDC Dato Rosli bersetuju untuk ruang legar konkos paras 3, KOMTAR akan ditambah daripada 10 gerai kepada 17 gerai dengan penggenaan sewaan RM50.00 sehari bagi setiap gerai. Ini adalah untuk mengelak kesesakan, ketidak keselesaan pengunjung serta keselamatan di kawasan tersebut. Sebagai alternatif, baki 10 peniaga lagi dibenarkan untuk ditempatkan di konkos Paras 4, KOMTAR Untuk membantu pihak KMA, 10 peniaga terlibat hanya akan dikenakan sewaan RM25.00 sehari untuk setiap gerai (iaitu selepas diskaun sebanyak 50%).

Surat kelulusan yang baru berkenaan perkara di atas telahpun dikeluarkan oleh PDC pada 9 Ogos 2010. Sekiranya setelah usaha penyelesaian ini dibuat dan KMA gagal mematuhinya, maka PDC dengan kerjasama agensi penguatkuasa yang berkaitan akan mengambil tindakan yang sewajarnya.

Pengurus Besar PDC Dato Rosli Jafar telahpun mengarahkan sekiranya KMA tidak mahu membayar sewa yang dikutip daripada peniaga kepada PDC dan mematuhi peraturan yang ditetapkan maka PDC akan terus berurusan dengan 27 peniaga secara individu.


Adalah jelas di sini bahawa PDC tidak pernah sekali-kali menghalang peniaga untuk berniaga di situ tetapi apa yang perlu ialah segala urusan hendaklah dibuat dengan mengikut prosidur, pembayaran sewa dan syarat-syarat yang telah ditetapkan demi menjamin keselesaan, keselamatan para peniaga dan para pengunjung kelak.


MOHD BAZID ABDUL KAHAR
PENGURUS KANAN HARTANAH PDC

Read More......

Adab menyambut Ramadhan

Insya Allah kita akan memasuki bulan suci Ramadan mulai esok hari.

Dalam menyambut bulan suci ini, dalam upaya meningkatkan keimanan dan ketakwaan kita, ada baiknya diamalkan adab menyambut Ramadan di bawah ini yang antara lain adalah:

1.Berdoalah agar Allah swt. memberikan kesempatan kepada kita untuk bertemu dengan bulan Ramadan dalam keadaan sehat wal afiat.

2.Bersyukurlah dan puji Allah atas kedatangan Bulan Ramadan yang kembali diberikan kepada kita.

3.Bergembiralah dengan kedatangan bulan Ramadan.

4.Rancanglah agenda kegiatan untuk mendapatkan manfaat sebesar mungkin dari bulan Ramadan.

5.Bertekadlah mengisi waktu-waktu Ramadan dengan ketaatan.

6.Pelajarilah hukum-hukum semua amalan ibadah di bulan Ramadan.

7.Sambut Ramadan dengan tekad meninggalkan dosa dan kebiasaan buruk.

8.Siapkan jiwa dan ruhiyah kita dengan bacaan yang mendukung proses tadzkiyatun-nafs.

9.Siapkan diri untuk berdakwah di bulan Ramadhan.

10.Sambutlah Ramadan dengan membuka lembaran baru yang bersih.

Read More......

18sx: Gambar Awek Suntik Dadah Di Bahagian Kemaluan


Read More......

Suzuki Alto launched – 3 variants, RM44,888 to RM54,888


Suzuki Malaysia Automobile (SMA) has added a new model to its local range – the Alto, which is an A-segment rival to the Perodua Viva and Hyundai i10. This subcompact is imported CBU from Maruti Suzuki in India, which is the global production hub for this model.

Powered by a 996cc three-cylinder engine, the lightweight Alto (880 kg for the manual, 915 kg for the auto) is pushed on by 67 bhp and 90 Nm of torque. For comparison, the Viva EZi weighs 810 kg and has 60 bhp/90 Nm from its 989cc triple. The Alto’s K10B engine is paired to either a 5-speed manual or a 4-speed automatic gearbox. The latter features a gated shifter, just like in big brother Swift.



I remember seeing the Alto in concept form (it was called A-Star) at the Delhi Motor Show, and it looked nothing like this finished product. While the basic shape is there, crisp and bold styling gave way to a cute and cuddly image that should go well with the ladies, who we presume will also dig the Fortune Rose Pearl Metallic colour shown here. Five other hues are available.

The Alto’s 3,500 mm length is 75 mm shorter than the Viva, while its 2,360 mm wheelbase is 30 mm shorter than the Perodua. The locally made car also has a 60 mm taller roof. All these are obvious when you see the Alto in the metal – its shape is more rakish and “sportier” (0.30 drag coefficient) than the box-like Viva. The Suzuki is also significantly wider. Under the skin, the Alto sits on MacPherson struts up front and a 3-link rigid axle at the back. The front ventilated discs brakes work with rear drums. It rides on 155/65 R14 Goodyear GT3 tyres.



The super basic RM44,888 (OTR without insurance) GA manual variant has a folding rear bench, dual airbags and a pollen filter, but misses out on the automatic GLX model’s fog lamps, coloured wing mirror caps, tachometer, front power windows, 50:50 split folding rear seats and ABS/EBD. The GLX costs RM49,888. There’s also a RM54,888 GXS spec that adds window tint, leather seats, door visors and a bodykit.

Rear windows are self winding and wing mirrors manual in all variants. The Alto has only 2 sets of seatbelts at the back, making it a four-seater officially, but there are two ISOFIX child seat anchorages. Live images from the launch after the jump.

Read More......

Ramadan Datang Lagi.........

Read More......

Sunday, August 8, 2010

Amy Winehouse Puas Hati Hasil Pembedahan Payudara


PENYANYI Amy Winehouse memang tidak pernah berhenti dari dilaporkan dengan berita-berita sensasi.

Terbaru, dia dikatakan melakukan aksi yang dianggap sangat menjijikkan iaitu mempamerkan bahagian dada kepada rakan-rakannya.

Dia yang baru sahaja melakukan pembedahan ke atas payudara untuk kelihatan lebih berisi dan seksi. Selain itu juga, dia yang berpuas hati dengan hasil pembedahan tersebut, menunjukkan kesan-kesan pembedahan kepada rakan-rakan terdekatnya.

Perkara itu dilakukan ketika dia menghadiri acara di sebuah kelab malam di London pada Rabu lalu.

Ketika itu juga, Amy yang hadir ditemani kekasihnya, Reg Traviss telah menggunakan pakaian berwarna hitam dengan memperlihatkan belahan dada.

Dia kelihatan sangat yakin dengan penampilan barunya itu. Bagaimanapun, ramai daripada rakan-rakannya menganggap perkara itu bukan sesuatu yang boleh dibanggakan, malah sangat menjijikkan.

Amy yang sememangnya dikenali sebagai artis bermasalah ini baru saja heboh tentang pertengkaran antara dia dan penyanyi, Mischa Barton. Kedua-duanya dikatakan bertengkar di sebuah kelab malam ketika sedang mabuk.

Read More......

Enrique Iglesias Bogel Main Ski Kerana Janji

GARA-GARA berjanji akan bermain ski air dalam keadaan bogel jika Sepanyol memenangi Piala Dunia 2010, penyanyi Enrique Iglesias terpaksa menunaikan janji tersebut.

Penyanyi berdarah Latin itu dikhabarkan memenuhi janjinya dengan bermain ski di sepanjang pantai Miami tanpa berpakaian.

Seperti dipetik dari Showbizspy, penyanyi itu melakukan aksi bogelnya pada Julai lalu tanpa pengetahuan media dan peminatnya. Ini kerana menurut sumber tersebut, Enrique pernah mendapat ancaman dari pihak berkuasa Miami jika dia benar-benar beraksi bogel.

Bagaimanapun, pihak pengurusan Enrique tidak mahu mengulas lanjut perkara itu dengan alasan tidak menguruskan hal peribadi artis tersebut. Tetapi mereka juga tidak menafikan bahawa penyanyi Latin itu bercuti di Miami pada Julai lalu.

Read More......

Peminat Peterpan Berhujan Kunjungi Ariel


PULUHAN peminat vokalis Peterpan, Ariel sanggup berhujan dihadapan Ibu Pejabat Polis Jakarta bagi melawat artis kesayangan mereka itu.

Dengan memakai baju berwarna putih, mereka juga membentangkan sepanduk 'Bebaskan Ariel' sambil menjerit jerit nama Ariel.

Peminat-peminat penyanyi bernama Nazriel Irham itu mengakui melakukan aksi tersebut tanpa desakan daripada mana-mana pihak.

"Kami melakukan ini semua tanpa dibayar atau disuruh oleh siapapun, kami adalah sahabat Ariel," ujar salah seorang daripada mereka seperti dipetik DetikHot.com.

Jelasnya lagi, ada ratusan Sahabat Peterpan iaitu panggilan kepada peminat-peminat Peterpan yang ingin mengunjungi Ariel. Namun kebanyakan mereka tidak dapat hadir kerana cuaca yang tidak mengizinkan.

"Kita sangat rindu dengan Ariel," tambahnya.

Semenjak kes video lucah yang melibatkan Ariel, Luna Maya dan Cut Tari tersebar, peminat-peminat Peterpan masih setia dan sering memberikan sokongan moral kepada Ariel.

Mereka juga membuat beberapa perhimpunan dan gerakan 'Free Ariel' di Twitter dan lain laman-laman sosial di internet.

Read More......

Anne Tinggalkan Hot FM Ikut Suami Ke Doha


PENYAMPAI Hot FM, Anne atau nama sebenarnya Putri Andreanna Syigim Mohd Razalli terpaksa meninggalkan stesen radio Hot FM kerana mengikut suaminya, Nik Mahathir Zainuddin yang bekerja di Doha.

Kerjaya Anne sebagai penyampai Hot FM akan berakhir pada 20 Ogos ini sebelum berangkat ke Doha pada 25 Ogos. Mereka akan menetap selama lima tahun di sana.

Pemergian Anne yang berpenampilan baru dengan memakai tudung litup sejak 12 Julai lalu bakal membuatkan ramai rakan penyampai dan pendengar merinduinya.

Saat terakhir kemunculan Anne di Hot FM Mini Jam di Ipoh, Perak pada 31 Julai lalu juga membuahkan perasaan pilu di kalangan rakan-rakan penyampai dan Anne sendiri yang menitiskan air matanya tanda pemergiannya meninggalkan Hot FM.

Menceritakan tentang penampilan terbarunya itu, dia pada awalnya memasang niat untuk bertudung dari awal tahun ini, tetapi belum cukup bersedia ketika itu.

"Selepas saya dan suami pulang dari berbulan madu, terus saya nekad untuk bertudung. Masa mula-mula saya pakai ke pejabat, ramai yang terkejut," ujarnya.

Sesuai dengan penampilan barunya itu, Anne merancang untuk membuat perniagaan pakaian muslimah seperti jubah dan tudung secara dalam talian tidak lama lagi.

Read More......

Kepala dua

Kalau Allah kata jadi, maka jadilah. Berikut adalah antara gambar kembar siam yang dari segi sains adalah kesilapan genetik ataupun bayi kembar yang gagal terpisah secara sempurna. Namun begitu hakikat yang tidak boleh dinafikan ianya adalah kekuasaan Allah yang menjadikan setiap sesuatu yang berlaku ada hikmahnya yang hanya Dia yang Maha Mengetahui. Sekurang-kurangnya menerbitkan perasaan bersyukur kerana anda lahir sempurna.


1. Ikan kepala dua
kembar siam @ isuhangat
Ikan aneh ini ditangkap di wilayah oilsands alberta di Danau Athabasca dengan berat 2,5 kilogram. Ikan ini memiliki memiliki dua mulut.

2. Kucing kepala dua
kembar siam @ isuhangat
Anak kucing berkepala dua ini lahirkan di klinik veterinar Swan di Perth, Australia , ketika ibunya dibawa masuk setelah mengalami komplikasi selama proses kelahiran. Kucing peliharaan George Huber dan Louisa Burgess ini lebih kecil dari saudaranya tidak dilahirkan dengan cacat.

3. Kura-kura berkepala dua
kembar siam @ isuhangat
Kura-kura berkepala dua ini ditemui di Florida iaitu di kedai haiwan peliharaan Sean Casey, Kensington. Casey, pemilik kedai tersebut memperoleh kura-kura berkepala dua tersebut dari seorang laki-laki di Florida yang menyelamatkan telur setelah kura-kura betina dewasa dilanggar oleh sebuah kereta. Casey lah yang merawat kura-kura tersebut di rumah, dan kemudian membawanya ke kedainya.

Sayangnya haiwan peliharaan yang popular itu akhirnya dicuri dari kedai haiwan peliharaannya.

4. Ular kepala dua
kembar siam @ isuhangat
Ular python berkepala dua ditemui oleh kumpulan doktor haiwan di zoo Colombo, Sri Lanka. Kedua kepalanya beroperasi secara independen dan memiliki kemampuan untuk makan. Ular dengan panjang 25 inci ini menggunakan kepalanya untuk mengawal pergerakan, sementara di yang sebelah kiri mengikut sahaja. Pada umumnya, python, hidup dalam ekosistem biasa, dapat mencapai hingga tujuh meter panjang dan dapat menelan binatang yang jauh lebih besar daripada badannya sendiri.

5. Lembu kepala dua
kembar siam @ isuhangat
Lembu berkepala dua ini lahir di Virginia, AS. Memiliki tiga set gigi, dua rahang bawah, dua hidung , tetapi hanya memiliki satu mulut dengan saluran udara yang terpisah, dan memiliki satu rongga mata, dengan dua mata di dalamnya.

Ini disebabkan oleh kelainan genetik, atau kesalahan selama perkembangan embrio.

6. Cicak kepala dua
kembar siam @ isuhangat
Cicak yang mempunyai kepala pada setiap hujungnya ini ditemui di Kedai Antik Huaihua City, Hunan, China pada 3 Jun 2008. Cicak ini memiliki panjang sekitar 10 cm. Cicak tersebut dapat merangkak perlahan-lahan dan dapat bergerak menuju arah yang berlawanan tanpa menoleh kepalanya.

7. Kambing kepala dua
kembar siam @ isuhangat
Kambing berkepala dua ini lahir di Islandia. Pall stefansson, doktor haiwan setempat mengatakan bahawa kambing berkepala dua ini sangat lemah, meskipun ia telah mendengar dari dua kes serupa selama bertahun-tahun. Kambing ini selamat dalam proses kelahirannya itu namun tidak boleh mengangkatkan kepalanya.

8. Buaya kepala dua
kembar siam @ isuhangat
Merupakan bayi buaya kembar siam berkepala dua yang ditemukan pada tahun 2001 oleh staf sebuah peternakan buaya di Thailand.

9. Khinzir kepala dua
kembar siam @ isuhangat
Kelahiran babi berkepala di cina ini dipuji sebagai suatu keajaiban oleh petani disana karena babi secara umum dianggap sebagai simbol kesuburan di cina. Selain itu, binatang aneh ini lahir pada 2007, yang merupakan tahun babi .Lahir dengan berat 1,5 kilogram, dengan 2 mulut dan 4 mata, di desa kecil di timor Guanzhou Fujian, Cina.

10. Serangga kepala dua
kembar siam @ isuhangat
Serangga ini termasuk spesies belalang dan cengkerik. Seranggan ini memiliki dua kepala, dan yang merah mungkin lebih menarik untuk mengalihkan perhatian dari pemangsa. Foto ini diambil di kebun kopi di Amaga, Colombia yang memiliki ketinggian 1,400 m di atas permukaan laut.

11. Gadis kepala dua
Photobucket
Abigail dan Brittany Hensel adalah dua gadis yang berada pada satu tubuh yang sama. Kedua memiliki keperibadian yang berbeza. Namun, pada manusia , kes ini sangat jarang terjadi, karena gadis-gadis ini telah bertahan dan selamat sehingga dewasa. Sementara masing-masing mengendalikan satu setengah tubuh mereka, mereka dapat berjalan dengan mudah. Mereka mempunyai lesen memandu masing-masing.

Read More......

Saudi, RIM capai penyelesaian BlackBerry ‘selamat’


LONDON, 7 Ogos — Arab Saudi dilaporkan telah memutuskan untuk menggugurkan rancangan melarang komponen mesej segera telefon BlackBerry ekoran persetujuan dicapai oleh kerajaan itu dan pengeluarnya Research In Motion hari ini.


Laporan Telegraph menyebut, persetujuan itu melibatkan langkah menempatkan server BlackBerry di Arab Saudi — membolehkan kerajaan memantau mesej para pengguna, sekali gus menghilangkan kebimbangan pihak berkuasa bahawa perkhidmatan itu akan digunakan untuk tujuan-tujuan “jenayah”.

Seorang pegawai kawal sedia Arab Saudi berkata, ujian sedang dijalankan untuk menentukan bagaimana server BlackBerry akan ditempatkan di negara itu.

Bagaimanapun penganalisis melihat keputusan itu akan membawa implikasi besar ke atas beberapa negara lain termasuk India dan Emiriah Arab Bersatu yang turut mempertimbangkan langkah yang sama.

Beberapa negara lain juga mempertimbangkan kemungkinan itu.

Pengawal selia industri telekomunikasi Arab Saudi mengarahkan perkhidmatan BlackBerry digantung mulai semalam kerana pengeluar peranti tersebut gagal memenuhi syarat-syarat yang dikenakan.
Bagaimanapun itu disambung selepas empat jam terganggu sementara perbincangan diadakan membabitkan kedua-dua kerajaan dan syarikat pengeluar BlackBerry.

Suruhanjaya Komunikasi dan Teknologi Maklumat (CITC) dalam kenyataannya kelmarin berkata, penyediaan perkhidmatan BlackBerry tidak memenuhi kriteria kawal selia dan syarat pelesenan yang ditetapkan oleh suruhanjaya itu.

CITC mengarahkan ketiga-tiga penyedia perkhidmatan di Arab Saudi supaya menggantung perkhidmatan BlackBerry mulai semalam selepas memberi tempoh kepada mereka untuk menggesa Research In Motion supaya 'memenuhi tuntutan pengawal selia'.

CITC berkata, pihaknya telah memberi amaran kepada syarikat-syarikat tersebut lebih setahun yang lalu mengenai keperluan untuk menangani isu yang dibangkitkan.

Negara-negara terbabit bimbang dengan cara pengeluar BlackBerry, Research in Motion mengendalikan pergerakan data pengguna telefon itu.

Kerajaan UAE dan Arab Saudi bersedia mengharamkan fungsi “Messenger”, e-mel dan web atas sebab keselamatan yang berpunca dari kebimbangan ia mungkin digunakan untuk aktiviti haram.

Awal minggu ini Research in Motion menekankan bahawa perkhidmatan BlackBerry Messenger tidak akan menjejaskan keselamatan.

Dalam kenyataannya, Research in Motion mengakui ia membincangkan isu keselamatan dengan kerajaan tertentu, namun syarat perundangan kerajaan serta keperluan keselamatan dan privasi syarikat dan pengguna turut dipatuhi.

BlackBerry mempunyai lebih 700,000 pelanggan di Arab Saudi dan 500,000 di UAE, sebuah negara yang kini menjadi hab perniagaan terutama sekali di Dubai.

Research in Motion cuba menyakinkan pelanggan perniagaan bahawa rahsia syarikat yang dikawal rapi ketika dihantar melalui e-mel atau Messenger tidak berdepan sebarang risiko.

“Keselamatan BlackBerry direka khas untuk membekalkan pelanggan korporat dengan keupayaan menghantar maklumat tanpa wayar selain memberikan keyakinan bahawa tiada sesiapa termasuk Research in Motion sendiri boleh mengakses data mereka,” demikian kata syarikat itu sebelum ini.
Indonesia juga sedang mengkaji soal penggunaan BlackBerry walaupun beberapa pihak menafikannya.

Read More......

Friday, August 6, 2010

Jadi, siapakah Jho Low sebenarnya?

Julai lalu, satu nama misteri "Jho Low" muncul dalam senarai individu yang rapat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang dikompilasi oleh akhbar Straits Times Singapura, dan sekaligus mendorong lebih ramai yang ingin tahu mengenai dirinya.

"Siapakah Jho Low?" ramai yang mungkin tertanya-tanya selepas membaca pengenalan ringkas yang menggambar dirinya sebagai "arkitek utama" Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA), sebuah dana pelaburan bebas negeri tersebut.

Bagaimanapun, setahun kemudiannya, 'Jho Low' menjadi selebriti terkemuka Malaysia ekoran kemunculannya berparti dengan aktres kontroversi Hollywood Paris Hilton, menjadi laporan muka depan akhbar tempatan dan antarabangsa.

Nama sebenarnya ialah Low Taek Jho, atau biasanya dikenali sebagai Jho atau Jho Low. Jejaka berusia 28 tahun ini adalah anak kelahiran Pulau Pinang kepada jutawan Larry Low.

Semakan Malaysiakini menunjukkan Low sudah mendapatkan tempat di kalangan tokoh perniagaan tempat sejak dua tahun lalu, ekoran hubungan rapatnnya dengan pelabur dari Timur Tengah.

Selain TIA, yang kini dikenali dengan nama 1Malaysia Development Bhd (1MDB), beliau memainkan peranan utama dalam UBG Bhd - syarikat milik keluarga Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Faktor 'J Low'

Pengambilalihan UBG Bhd oleh sebuah syarikat Arab Saudi - PetroSaudi International Ltd - tujuh bulan lalu, telah mencetuskan lagi spekulasi mengenai pengaruh luas Low.

PetroSaudi telah membentuk usahasama Mei tahun lalu, dengan 1MDB untuk melabur AS$2.5 bilion dalam sektor tenaga. Ada pihak menanggap, pengambilalihan UBG oleh PetroSaudi ini ada kaitan dengan usaha niaga dengan IMDB.

The Star dalam laporannya pada 8 April menyebut, kesemua usaha niaga ini melibatkan Low, yang disifatkan sebagai faktor "J Low."

PetroSaudi bagaimanapun kemudiannya menafikan bahawa urusniaga UBG Bhd itu berkait dengan usahasamanya dengan 1MDB.

Read More......

Will Smith Tak Mahu Mulut Anak Macam "Ikan Paus"

.

TOKYO: Bintang filem Hollywood, Will Smith menasihati anak lelakinya Jaden,12, supaya menutup mulut untuk salah satu paparan aksi cium pada skrin layar lebar filem The Karate Kid.

Kata Smith dia tadak mahu wajah anaknya itu kelihatan seperti ikan paus kalau dia membuka mulut untuk aksi berkenaan.

Smith memberi nasihat itu selepas mengingati tip isterinya yang turut memberi pesanan serupa semasa dia membintangi filem “Seven Pound” pada tahun 2008.

“Pada layar lebar, jika anda membuka mulut terlalu luas ia akan kelihatan seperti ikan paus, katanya pada sidang akhbar di sini, Khamis.

Tambahnya, seseorang pelakon itu juga akan kelihatan seperti hendak “makan orang” jika dia berbuat demikian dan bukannya kelihatan seperti hendak mencium mereka.

Terdahulu dia menunjukkan cara bercium yang sempurna dengan isterinya yang turut terlibat berlakon dalam filem yang dibintangi oleh bintang Hong Kong Jackie Chan.

Tindakan itu membuatkan anak Jaden ketawa sambil berkata idea itu amat baik untuk membolehkan ayahnya tidak terus bercakap pada masa akan datang.

The Karate Kid menampilkan Jaden sebagai kanak-kanak lelaki yang dilatih untuk mempelajari seni mempertahankan diri daripada Jackie Chan bagi mengelakkannya daripada menjadi mangsa buli.

Smith berkata, penggambaran filem itu dapat membina pengalaman anaknya dan dia benar-benar berharap Jackie Chan dapat mengajar Jaden aksi tersebut.

“Ia bukan sekadar untuk menghasilkan sebuah filem tetapi macam mana hendak menjadi seorang pelakon. Ia adalah mengenai bagaimana melahirkan seorang budak yang mempunyai rasa hormat yang amat bernilai kepada dunia. Untuk melakukan perkara itu, anda hanya boleh melakukan melalui darah, keringat dan air mata,” katanya

Filem ini mendapat sambutan dengan kutipan AS$55.7 juta sewaktu pembukaannya dia Amerika Syarikat Jun lalu. Ia akan ditayangkan di Jepun pada 14 Ogos ini. - AFP

Read More......

Suami Naik Angin, Arah Cut Tari Duduk Rumah


KES video lucah yang turut melibatkan Cut Tari telah membawa impak besar dalam kehidupan artis tersebut.

Setelah kehilangan beberapa pekerjaannya, dia juga kini tidak dibenarkan oleh suaminya, Yohannes Yusuf Subrata untuk ke luar dari rumah.

"Ketika kes ini terjadi Yusuf telah mengeluarkan larangan tersebut termasuklah tidak menemui rakan-rakan atau bersiar-siar secara bebas di luar.

Peguam mewakili Cut, Hotman memberitahu bahawa Yusuf telah meninggikan suara terhadap Cut Tari dengan kata-kata: "Mulai sekarang kamu jaga anak sahaja di rumah" dengan nada yang tinggi.

Bagaimanapun, larangan itu tidak membuat Yusuf meninggalkan isterinya ketika menghadapi masalah tersebut. Dia juga kelihatan sentiasa berada disamping isterinya dan memberi sokongan padu.

"Yusuf tak pernah bosan menemani isterinya ketika menjalani pemeriksaan berkaitan video lucah tersebut, malah ketika Cut Tari berbincang dengan saya tentang kes ini, Yusuf sentiasa menemaninya.

"Dia memang sangat mencintai isterinya itu," jelas Hotman.

Dalam pada itu, Cut Tari yang sangat tertekan dengan kes ini mengaku takut keluar rumah dan berhadapan dengan masyarakat. Dia juga bimbang tentang pandangan orang terhadap dirinya ketika ini.

Tambah Hotman lagi, Cut Tari kini sedang berusaha menjalani kehidupannya seperti sedia kala biarpun agak sukar.

"Sekarang Cut Tari sudah cuba untuk hidup seperti manusia normal. Seperti juga orang sakit ia akan pasti sembuh," ujarnya.

Read More......

Isu Cerai : Raja Azura Hanya Dapat Khidmat Kaunseling

KUALA LUMPUR: Penyampai radio Sinar FM, Raja Azura, 38, menjelaskan kunjungannya ke Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam Selasa lalu adalah untuk mendapatkan khidmat kaunseling dan bukannya mahu bercerai seperti yang dihebohkan.

Raja Azura atau nama sebenarnya Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin berkata, spekulasi mengatakan dia memfailkan penceraian untuk berpisah dengan suaminya Adzmin Tan Sri Osman, 37, adalah berita yang tidak benar sama sekali.

“Saya mengaku pergi ke Mahkamah Syariah tetapi hanya untuk mendapatkan khidmat kaunseling mengenai rumah tangga kami,” katanya kepada pemberita di sini, Jumaat, bagi menjelaskan spekulasi kononnya dia memfailkan penceraian Selasa lalu.

Kata Raja Azura, selepas sembilan tahun mendirikan rumah tangga, dia tidak menafikan ada sedikit salah faham yang berlaku tetapi perkara itu merupakan lumrah kepada sesiapa sahaja yang bergelar suami isteri.

Tambahnya, jalan terbaik untuk menangani masalah rumah tangga adalah dengan menemui mereka yang arif dalam bidang agama bagi mendapatkan nasihat.

“Selepas sesi kaunseling kali pertama itu, kami akan mendapatkan nasihat untuk kali keduanya. Selepas itu kita tengoklah hasil yang akan diperoleh berdasarkan kaunseling tersebut,” katanya yang menjelaskan khidmat kaunseling itu diadakan secara tertutup.

Tambah Raja Azura lagi, sejak beberapa hari lalu dia tidak memberi sebarang ulasan bukan untuk melarikan diri sebaliknya mahu berbincang apakah jawapan terbaik untuk diberikan kepada pihak media supaya kenyataannya nanti tidak melukakan hati mana-mana pihak.

Bagaimanapun katanya, buat masa ini dia masih tinggal sebumbung dengan suaminya dan mereka menjalankan peranan sebagai suami isteri seperti biasa.

"Sebelum saya adakan sidang media ini pun suami baru sahaja hubungi saya. Dia kata "good luck". Semalam pun (Khamis) saya memasak untuknya macam biasa," katanya.

Pengacara itu berkahwin dengan Adzmin iaitu anak bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Osman Arof pada bulan Mac 2001.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Megat Muhammad Raziq, 8, Megat Luqman Hakim, 7 dan Puteri Mkia Maizurah, 4

Read More......

Tumor lenyap melalui Al-Quran

http://www.hemmy.net/images/bizarre/faceeatingtumor01.jpg

Keluaran lalu kita telah membentangkan secara sederhana cara mengubati sendiri penyakit kanser payu dara dan penyakit seumpamanya dgn mengamalkan surah-surah tertentu di dalam al-Quran.

Kali ini,penulis bentangkan pula ayat2 Allah di dlm al-Quran yg sesuai dijadikan amalan khas utk melenyapkan penyakit ketumbuhan 25 tahun pengalaman pemulis di dalam bidang ini.

Ibarat kata pujangga,’tak ada pancung sekali putus’.Maksudnya ayat2 Allah bukan setakat yg telah kita bentangkan di bulan2 lalu utk kita amalkan bagi mengubati penyakit, akan tetapi masih banyak lagi Allah yg dpt kita manfaatkan utk dijadikan pelenyap sgl penyakit.

Menurut al-quran dan hadis Nabi SAW panyakit kanser,tumor atau ketumbuhan -namanya saja berbeza,pd hakikatnya sama saja iaitu suatu penyakit berbahaya.Tumor atau ketumbuhan adalah gumpalan sel abnormal atau berpenyakit yg tumbuh dan membengkak di dalam bdn manusia.

Peraturan mengamalkannya utk mengubati penyakit pun hampir sama dgn yg telah kita bentangkan pd bulan2 yg lalu,cuma ayat Allah yg digunakan saja berlainan krn setiap ayat al-Quran tidak sama fadilatnya.

Di bawah ini adalah ayat Allah utk digunakan.Firman Allah SWT bermaksud
:”Dan kalau ada mana2 kitab bacaan yg dengannya gunung-ganang (benjolan kanser atau tumor)menjadi lenyap,atau dengannya bumi menjadi pecah-belah (hancur),atau dengannya org mati dpt berkata2,(maka al-Quranlah dia).Bahkan segala2 itu adalah atas perintah Allah.Maka tidakkah org2 yg beriman mengetahui bahawa kalau Allah menghendaki,tentulah Ia memberi petunjuk kpd umat manusia seluruhnya.”

“Dan org2 yg kafir itu (diumpamakan penyakit2 kanser itu)sentiasa ditimpa bala bencana ke atas diri atau harta-benda mereka,kalau tidak pun,bala bencana turun menimpa tempat2 yg berhampiran dgn tempat tinggal mereka,sehinggalah dtg janji Allah,sesungguhnya Allah tidak mungkir janji.” (Surah ar-Ra’ad,ayat 31).

“Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) dari hal gunung-ganang (diumpamakan benjolan kanser),maka jawablah,”Tuhanku akan menghancurkannya dgn sehancur-hancurnya.”(Surah Thaha,ayat 105).

“Kalau sekiranya Kami turunkan al-Quran ini ke atas sebuah gunung (seumpama benjolan kanser),nescaya engkau akan lihat gunung itu hancur luluh kerana takut kpd Allah.(Ingatlah!) misal perbandingan ini kami kemukakan kpd umat manusia spy mereka berfikir.”

“Dialah Allah,,yg tidak ada Tuhan melainkan Dia,yg mengetahui perkara yg ghaib dan yg nyata,Dialah yg amat pemurah lagi amat mengasihani.Dialah Allah,yg tidak ada Tuhan melainkan Dia,Yang Menguasai (sekalian alam),Yang Maha Suci (dari kelemahan),Yang Maha Selamat Sejahtera (dari sekalian kekurangan),Yang Melimpahkan Keamanan,Yang Maha Pengawal serta Pengawas,Yang Maha Kuasa,Yang Maha Kuat,Yang melengkapi segala kebesaran-Nya,maha Suci Allah dari segala yg mereka sekutukan.

“Dialah Allah,yg menciptakan sekalian makhluk, Yang mewujudkan (dari tidak ada kepada ada),yg membentuk rupa (makhluk menurut yg dikehendaki-Nya).Bagi-Nya nama yg baik-baik (mulia).Bertasbih kepadaNya segala yg ada di langit dan di bumi.Dan Dialah yg tidak ada tolok bandingannya,lagi amat bijaksana.”(
Surah al-Hasyir,ayat 21-24).

Dengan keterangan ayat2 Allah di atas itu dapatlah kita faham dan yakin bahawa tidak ada suatu penyakit pun yg dpt melawan firman Allah sekiranya benar2 kita letakkan pd tempatnya dan kita amalkan menurut aturannya.’Laa tukhliful mi’ad’,yakni Allah sekali-kali tidak menyalahi janji-Nya.

Cara Mengamalkan ayat Allah untuk mengubati penyaki kanser,ketumbuhan atau tumor

Langkah pertama:
Setiap selepas solat fardu lima waktu,ataupun selepas solat tahajud tgh malam,hendaklah membaca tawasul kpd Nabi SAW,para sahabatnya,tabiit tabiin,sekalian guru dan sekalian muslimin dan muslimat yg hidup dan yg telah mati dgn membaca surah al-Fatihah (sekali).Surah al-Ikhlas (3 kali).

Selepas membaca tawasul itu,maka ulangi kembali baca Surah al-Fatihah (sekali),Surah al-Falaq (sekali).Surah an-Nas (sekali),ayat Kursyi(sekali)dan terus membaca ayat2 Allah yg tersebut sehingga tujuh kali atau sebaik-baiknya 21 kali.Dan setiap kali baca,maka hendaklah hembuskan pada kedua-dua telapak tangan lalu kedua2 telapak tangan itu disapukan atau diusapkan pd penyakit.Dan ulangi membaca ayat2 yg telah diertikan dia atas itu hingga tujuh kali atau sebaik-baiknya 21 kali.

Sekiranya penyakit tersebut sudah tertanam di dalam tubuh badan spt kanser atau ketumbuhan dn lainnya,maka setelah membaca tawasul itu,tarik nafas perlahan2 seakan2 kita memasukkan amalan ayat2 Allah yg kita baca itu dgn niat spy Allah lenyapkan penyakit yg diderita itu menjadi peluh,hanyut menerusi saluran najis dan kencing.

Langkah Kedua

Sebelum kita menunaikan solat fardu lima waktu,maka sediakan terlebih dahulu segelas air suam di sisi sejadah,setelah selesai solat bacakan kpd air itu ayat2 Allah di atas dan tetap mengguna pakai aturan-aturannya spt yg disebutkan.

Maka hendaklah dibaisakan mengamalkan amalan di atas itu setiap selepas solat fardu lima waktu utk mengubati atau mencegah penyakit yg kita takuti bahayanya.

Dalam ajaran Islam,kita tidak cukup hanya percaya begitu sahaja kpd Allah dan Rukun Iman yg enam perkara,akan tetapi hendaklah kita cari dan kita gali al-Quran dan hadis utk kita praktikkan dlm segala kehidupan hingga terbit keyakinan kita yg tidak ragu2 tentang kekuasaan Allah mewujud dan mentiadakan sesuatu di alam ini,terutamanya dlm melenyapkan penyakit.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi penulis menerusi talian 019-2531793

(Dr majalah MILLENIA Muslim,April 2010,m/s 70).

Read More......

Sultan Brunei jual Ferrari

ferrari f50 sultan brunei

Sultan Brunei Hassanal Bolkiah ingin menjual kereta Ferrari F50 miliknya seperti di pameran Jameslist. Jameslist adalah penjual kereta-kereta mewah yang beribu pejabat di Sweden tetapi harganya tidak dipamerkan.

Tidak tahu kenapa Sultan Brunei hendak menjualnya tapi kalau korang berminat nak membelinya, cepat-cepatlah sambar kerana hanya ada 2 buah kereta Ferrari F50 yang menggunakan steering kanan di dunia termasuk milik Sultan Brunei ini yang dibuilt in di kilang Ferrari. Sesuai dengan jalan di Malaysia, tak payah nak tukar-tukar lagi.

ferrari sultan brunei

Read More......

Cendekiawan Islam yang ditakuti Amerika

PhotobucketGambar di atas ialah salah seorang cendekiawan paling ditakuti AS, ada di Pakistan. AS dan negara barat menyebut ancaman yang disebabkan oleh Dr Abdul Qadeer (AQ) Khan ini, setara dengan Adolf Hitler atau Joseph Stalin, kerana kemampuannya di bidang nuklear.


Intelligent Barat pernah memandang rendah kemampuan Abdul Qadeer Khan. Tapi setelah tiga puluh tahun membangun Pakistan hingga memiliki kemampuan nuklear, barat dan AS menjadi khuatir.

Khan kemudian disebut sebagai broker teknologi yang boleh membahayakan dunia. Cendekiawan Islam ini dikatakan telah menjual rahsia teknologi nuklear ke Iran, Korea Utara, Libya dan kemungkinan ke negara lain. Tekanan diplomatik akhirnya memaksa presiden Pakistan Pervez Musharraf menjadikan Khan tahanan rumah.

Buku “The Nuclear Jihadist” menuliskan perjalanan Khan secara detail. Suami isteri Frantz dan Collins yang menulis laporan itu menghabiskan empat tahun perjalanan ke seluruh dunia, telah mewancara pejabat Intelligent dan bekas rakandan bekas teman sekolej Khan.

Semasa perang berdarah 1947, Khan muda meninggalkan keluarganya di Bhopal India ke negara muslim Pakistan. Kekerasan yang dilihatnya selama di perjalanan dan penderitaan yang dialami, menimbulkan kemarahan besarnya kepada India.

Setelah menuntut di Jerman dan menikahi wanita Belanda, Khan mendapat kerja di perusahaan Belanda yang berhubungan dengan pengayaan uranium. Sebuah proses untuk menghasilkan tenaga nuklear, yang dengan mudah juga dapat diubah menjadi senjata nuklear.


PhotobucketFrantz and Collins menggambarkan pasukan Pakistan yang gagal merdeka dari India pada 1965 membuat kebencian Khan makin memuncak. Khan bertekad mengubah politik Pakistan seperti ditulis dalam biografinya iaitu ingin membuat Pakistan sangat kuat dan tidak akan mengalami trauma dikuasai India.

Sekembalinya Khan dari Belanda ke Pakistan bertanding dengan pengembangan nuklear India. Semasa India memiliki kemampuan nuklear pada 1974, tidak ada alasan untuk melarang Pakistan memiliki kemampuan serupa, bom harus dengan bom.

Tapi semasa Khan tiba di Pakistan, masa depan nuklear negara itu sedang terancam. Kanada telah menghentikan spare part untuk reaktor nuklear di Karachi dan Prancis mendapat tekanan international supaya Pakistan tidak membangunkan teknologi nuklear.

Dia kemudian berjaya membuat bom nuklear pada akhir 1980 di luar perkiraan orang barat. Para pakar menggambarkan Pakistan pada masa itu untuk membuat jarum jahit atau basikal berkualiti sahaja dianggap tidak mampu, apalagi membuat teknologi tinggi untuk pengayaan uranium.



Jihadist menyebut Khan membangun jaringan pasar gelap untuk menjual teknologi rahsia nuklear Pakistan ke negara semacam Iran, Libya, Korea utara juga negara yang tidak diketahui. Jihadist juga menyebut pakar nuklear Pakistan ini bertemu dengan Osama bin Laden untuk membuat bom.

Sekian Penjelasan mengenai pakar nuklear Pakistan “Dr Abdul Qadeer (AQ) Khan” suntingan daribuku “The Nuclear Jihadist”.

Read More......

Linkwith

Related Posts with Thumbnails