xSAM Chat


ShoutMix chat widget

Sunday, June 6, 2010

Kehamilan Isteri Satu Keajaiban - Travolta

                                                  Travolta dan isteri Kelly Preston
AKTOR Hollywood, John Travolta menyifatkan kehamilan isterinya satu keajaiban dan bersyukur dengan rahmat Tuhan.

Bintang filem Pulp Fiction itu mempunyai seorang anak perempuan, Ella, 10, hasil perkongsian hidup dengan isteri, Kelly Preston yang juga aktres.

Travolta mendedahkan isterinya hanya hamil selepas beberapa tahun dan berterima kasih dengan pihak yang mendoakan mereka.

Travolta, 56, dan Preston, 47, kehilangan anak lelaki mereka, Jett, 16 pada Januari, 2009.

Anaknya mati selepas serangan penyakit yang tiba-tiba semasa percutian keluarga ke Bahamas.

Read More......

Laksamana Upin & Ipin Popularkan Semula ‘Stereoscopic 3D ’

                                         Penggunaan teknologi stereoscopic 3D dalam filem Laksamana Upin & Ipin

DI Hollywood, teknologi stereoscopic 3D telah lama diaplikasikan. Misalnya menerusi filem popular seperti Avatar dan Shrek Forever After.

Teknologi tersebut bukanlah perkara baru di Hollywood kerana ia telah wujud sejak tahun 1838 hasil ciptaan Sir Charles Wheatstone.

Industri perfileman tempatan tidak pernah mengaplikasikan teknologi yang menonjolkan maklumat teknologi tiga dimensi yang lebih hebat untuk sektor audio visual.

Dengan kepakaran anak muda tempatan, tidak mustahil industri kita boleh bergerak seiring dengan kemajuan industri perfileman Hollywood.

                                                     Pengarah seni Les' Copaque Production, Mohd Faiz Mohd Hanafiah.

Buat julung kalinya, Les’ Copaque Production (LCP) akan menerbitkan filem animasi stereoscopic 3D pertama berjudul Laksamana Upin & Ipin yang ditayangkan pada tahun 2012 nanti.

Sebelum ini, LCP pernah menghasilkan filem pertama animasi 3D berjudul Geng Pengembaraan Bermula dan berjaya mengaut kutipan mencecah RM 6,314,526.

Menurut pengarah seninya, Mohd Faiz Mohd Hanafiah, 25, stereoscopic 3D digunakan bagi menghasilkan ilusi yang timbul di mana ia memberikan satu ilusi jarak antara objek belakang dan depan yang dirakamkan dengan menggunakan dua buah kamera video serentak untuk menyampaikan cerita.

Terdapat pelbagai cara untuk menonton visual stereoscopic 3D iaitu dengan menggunakan shutter glass, complementary color anaglyphs dan polarized glasses.

Teknologi yang paling hebat iaitu tanpa menggunakan cermin mata untuk menonton visual stereoscopic 3D dipanggil auto 3D iaitu ilusi yang dirakam menggunakan lapan buah kamera video.

                         Ketua Animasi, Mohd Nazmi Mohd Yatim melakukan proses animasi 
“Selepas kejayaan filem Avatar yang mengutip AS$1.841 bilion, kami merasakan sudah tiba masanya untuk kita mencontohi kejayaan filem itu kerana pihak pelabur mula membuka mata.

“Bayangkan, filem tersebut telah berjaya mengalahkan jualan tiket filem terlaris Titanic yang mengutip AS$1.242 bilion.

“Ekoran daripada itu, permintaan teknologi ini dalam pasaran juga semakin tinggi,” katanya dalam satu temubual.

Menyentuh tentang kos, Faiz berkata stereoscopic 3D memerlukan penambahan 20 peratus kos berbanding penerbitan filem biasa.

“Untuk menghasilkan filem ini, kita menganggarkan sebanyak RM6 juta yang akan dibelanjakan termasuk teknologi. Bukan sahaja kos yang bertambah, malah proses produksi juga bertambah. Proses mewarna akan bertambah selama enam bulan ibarat kita menghasilkan dua buah filem sekaligus,” ujarnya lagi.

Seramai 70 orang tenaga produksi tempatan yang berusia antara 20 hingga 27 tahun yang akan menghasilkan filem kedua LCP itu di bawah arahan pengarah Muhammad Usamah Zaid Yasin. Mereka akan memulakan projek filem itu pada Ogos ini.

Kata Faiz, mereka terpaksa mengambil masa yang lama untuk menyiapkan filem tersebut kerana proses produksinya juga lama dan mempunyai cabaran yang tersendiri terutama untuk mengaplikasikan stereoscopic 3D.
“Kita perlu meneliti ukuran kedalaman yang terlalu banyak. Jadi, agak sukar untuk melihat jarak antara satu karakter dengan satu karakter yang lain.

“Selain itu, prosesnya tidak sama seperti menghasilkan filem biasa. Semua visual yang dihasilkan perlu sharp dan tidak boleh blur,” beritahunya mengenai filem yang menggunakan perisian Autodesk Maya itu.

Apabila menonton filem Laksamana Upin & Ipin dengan teknologi stereoscopic 3D, Faiz yakin penonton akan menikmati suatu pengalaman baru dan kesan ‘wow’nya.

“Kalau ada yang pernah menonton filem Jurassic Park, kita akan rasakan seperti berada dalam cerita itu.

“Saya pasti stereoscopic 3D akan menjadi trend semasa pada masa akan datang. Malah, pengeluar televisyen LCD juga sudah ramai yang mengeluarkan televisyen menggunakan teknologi itu.

“Teknologi ini mempunyai baik buruknya seperti lebih seronok ditonton untuk genre aksi berbanding drama.

Misalnya, untuk filem Laksamana Upin & Ipin, kita merasakan teknologi ini lebih sesuai bagi menvisualisasikan pengembaraan di laut. Kita nak penonton terhibur dan berpuas hati apabila keluar dari pawagam,” ceritanya.

Read More......

Saturday, June 5, 2010

Sains mengungkap kebenaran Al-Quran

Merujuk kepada matahari dan bulan di dalam Al Qur’an, dinyatakan bahawa masing-masing bergerak dalam orbit atau garis edar tertentu.

“Dan Dialah yang telah menciptakan malam dan siang, matahari dan bulan. Masing-masing dari keduanya itu beredar di dalam garis edarnya.” (Al Qur’an, 21:33)

Sains dan Al-Quran


Disebutkan pula dalam ayat yang lain bahawa matahari tidaklah diam, tetapi bergerak dalam garis edar tertentu:

“Dan matahari berjalan di tempat peredarannya. Demikianlah ketetapan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui.” (Al Qur’an, 36:38)

Islam dan SAins @ isuhangat

Fakta-fakta yang disampaikan dalam Al Qur’an ini telah ditemui melalui kajian astronomis di zaman ini. Menurut perkiraan para ahli astronomi, matahari bergerak dengan kecepatan luar biasa yang mencapai 720 ribu km per jam.

Ini bererti matahari bergerak sejauh kurang lebih 17.280.000 kilometer dalam sehari. Bersama matahari, semua planet dan satelit dalam sistem graviti matahari juga berjalan menempuh jarak ini. Selanjutnya, semua bintang di alam semesta berada dalam suatu gerakan serupa yang tersusun.

Islam dan sains @ isuhangat


Keseluruhan alam semesta yang dipenuhi oleh lintasan dan orbit seperti ini, dinyatakan dalam Al Qur’an sebagai berikut:

“Demi langit yang mempunyai jalan-jalan.” (Al Qur’an, 51:7)

Terdapat sekitar 200 juta galaksi di alam semesta yang masing-masing terdiri dari hampir 200 bintang. Sebahagian besar bintang-bintang ini mempunyai planet, dan sebagian besar planet-planet ini mempunyai bulan. Semua benda langit tersebut bergerak dalam garis peredaran yang diperhitungkan dengan sangat teliti.

Selama jutaan tahun, masing-masing seolah “berenang” sepanjang orbitnya dalam keserasian dan teratur yang sempurna bersama dengan yang lain. Selain itu, sejumlah komet juga bergerak bersama sepanjang orbit yang ditetapkan baginya.

Orbit di alam semesta tidak hanya dimiliki oleh benda-benda angkasa. Galaksi-galaksi pun berjalan pada kecepatan luar biasa dalam suatu garis peredaran yang terhitung dan terencana. Selama pergerakan ini, tak satupun dari benda-benda angkasa ini memotong lintasan yang lain, atau berlanggar dengan lainnya. Bahkan, telah terbukti bahawa sejumlah galaksi berpasangan satu sama lain tanpa satu pun dari bahagian-bahagiannya saling bersentuhan.

Pada saat Al Qur’an diturunkan, manusia tidak memiliki teleskop masa kini ataupun teknologi canggih untuk mengamati ruang angkasa berjarak jutaan kilometer, tidak pula berpengetahuan fizik ataupun astronomi moden.

Oleh itu, saat itu tidaklah mungkin untuk mengatakan secara ilmiah bahwa ruang angkasa “dipenuhi lintasan dan garis edar” sebagaimana dinyatakan dalam ayat tersebut. Akan tetapi, hal ini dinyatakan secara terbuka kepada kita dalam Al Qur’an yang diturunkan pada saat itu: karena Al Qur’an adalah firman Allah.

Read More......

Gambar CCTV rompakan dalam lif

Orang kata untuk mengelakkan samun elakkan bersendirian, tapi dari gambar di bawah 2 orang pun kena juga. So sentiasa berhati-hatilah.

rompak dalam lif @ isuhangat


rompak dalam lif @ isuhangat
rompak dalam lif @ isuhangat
rompak dalam lif @ isuhangat
rompak dalam lif @ isuhangat
rompak dalam lif @ isuhangat
rompak dalam lif @ isuhangat
rompak dalam lif @ isuhangat
rompak dalam lif @ isuhangat
rompak dalam lif @ isuhangat

Read More......

6 hacker paling brutal

1.Jonathan James

isu hangat


 James adalah rakyat Amerika, semasa berumur 16 tahun dia dimasukkan ke penjara karena membocori laman pertahanan Amerika Syarikat dan dia cuma berkata dia melakukan perkara tersebut semata-mata untuk kepuasannya sendiri. NASA menderita akibat kepandaiannya, James mencuri software NASA yang berharga $1.7 juta dollar AS. Sehingga NASA terpaksa untuk mematikan server dan sistemnya. Kerana kelakuannya, dia tidak boleh menyentuh komputer selama 10 tahun.

2.Adrian Lamo


isu hangat

Dia menghack New York Times untuk mendapatkan info peribadi dan beberapa nombor security . Dia akhirnya didenda $65,000 dollar US.

3.Kevin Mitnick

isu hangat


Inilah legenda hidup yang benar-benar mantop dalam dunia hack.

Antara yang dia lakukan:
-Mengkaburi FBI
-Hacking kedalam DEC system (Digital Equipment Corporation)
-Mendapatkan password administrator dalam satu komputer IBM supaya menang perjudian.
-Hacking Motorola, NEC, Nokia, Sun Microsystems dan Fujitsu Siemens systems
Dan masih banyak lagi kelakuan dia yang luar biasa.

Seorang white hat hacker pun yang bernama Tsutomu Shimomura pun dihack komputer sistemnya oleh Kevin, dan terjadilah perang hacker . Dia ditangkap oleh FBI dengan bantuan Tsutomu Shimomura yang mengesan jaringan HP yang dibawa Mitnick saat itu. Tapi sekarang dia sudah insaf dan menjadi seorang penulis buku, konsultan security, dan pemudahcara.

4.Kevin Poulsen

isu hangat


Juga dikenal dengan Dark Dante. Dia menghack database FBI. Selain itu dia juga menghack seluruh talian telefon kerana memang kemahiran dia menghack talian telefon. Saat ini dia jadi senior editor di Wired News, dan berjaya menangkap 744 penawaran sex melalui profiles Myspace.

5.Robert Tappan Moris

Photobucket


Orang yang pertama kali membuat Worm, yang dinamakan Morris Worm melalui internet dan menyebarkan wormnya yang mengakibatkan lebih kurang 6000 komputer jadi down..!!!

Dia akhirnya dipenjarakan rumah selama 3 tahun dan didenda sebesar $10,500 dollar. Sekarang dia bekerja sebagai professor di sebuah MIT Computer Science and Artificial Intelligence Laboratory!!

6. Karl Koch

isu hangat
Dia berasal dari Hannover Jerman yang menamakan komputernya FUCKUP (First Universal Cybernetic-Kinetic Ultra-Micro Programmer). Dia melakukan beberapa kajian dalam menghack pada kurun waktu 1985-1988. Dia juga seorang penagih kokain.

Dia berjaya membolosi beberapa sistem ketenteraan AS dan menghack sebuah pusat tenaga nuklear AS pada zaman perang dingin dan hasil hacknya dijual ke KGB (Agen Rahsia Soviet Union). Dia ditemui mati pada tahun 1988, menurut info dia membakar tubuhnya sendiri namun ada yang mengesyaki menjadi mangsa konspirasi.

Read More......

Robot ular tentera Israel

Badan risikan dan pertahanan Israel telaj membangunkan robot ular yang boleh menyusup ke dalam runtuhan, semak2, atau gedung yang dapat mengirim suara dan video gerakan musuh, atau bahkan menaruh bom! robot ular ini dilengkapi lampu LED, “muncung’nya juga boleh bergerak buat menyingkirkan halangan.
Dikendalikan oleh tentara menggunakan laptop boleh menggerakkan robot sama dengan kejadian di depan ular robot tersebut, Badan Pertahanan Israel merancang melengkapi pasukan penyerang mereka dengan alat ini , yang kononnya berguna menolong orang “lebih cepat”.


Menolong orang ke membunuh orang?

Gambar robot ular Israel

robot ular Israel
robot ular Israel
robot ular Israel

Read More......

Gambar lawak


Read More......

Ahli Parlimen Israel kritik serangan

nesset

Persidangan Parlimen Israel kecoh semalam apabila anggota parlimen Israel dari Parti Likud, Merry Regev, mengkritik dan menujukkan kesalannya kepada seorang anggota parlimen lainnya dari Parti Persatuan Demokrasi Hanin El-Zoghby yang menaung dan ikut serta aksi kemanusiaan pembebasan sekatan Gaza

Berlaku pertikaman lidah apabila Merry Regev yang berketurunan Arab mengatakan kepada El-Zoghby

“Anda telah mengkhianati Israel,” kata Regev kepada El-Zoghby.

Namun El-Zoghby tidak menerima kenyataan tersebut. Ia mengecam dan membalas kritikan Regev dengan tak kurang kerasnya.

Suasana menjadi semakin kecoh dan tak terkawal ketika anggota parlimen dari keturunan Arab lainnya, dan anggota parlimen dari Israel yang pro-perdamaian Palestin, ikut serta membela Regev , sementara anggota parlimen dari unsur Israel, utamanya dari sayap konservatif, menyokong El-Zoghby.

Merry Regev akhirnya diarahkan keluar dari Dewan.

Read More......

Hubungan seks sebagai ‘hadiah’ bagi meluluskan tapak kedai

AYER KEROH – Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam menyerahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat kes rasuah seks salah seorang pegawai kanan pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini.

Beliau yang mengaku sudah dimaklumkan perkara itu mengharapkan tidak wujud spekulasi berikutan kes masih dalam siasatan SPRM.

“Jika menuduh tak tahu hujung pangkal. Macam zaman sekarang, orang suka tuduh menuduh, sama ada betul atau tidak, kita tidak tahu.

“Kita tidak mahu spekulasi. Orang tuduh menuduh ini perkara biasa,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Penerangan Pelancong dan Pelancaran Mobile Travel Guide-ITour, di sini, semalam.

Mohd Ali bagaimana pun enggan mengulas samada kes boleh menjejaskan imej Kerajaan Negeri.

Terdahulu, pegawai kanan di sebuah daerah di negeri itu melakukan hubungan seks haram sebagai ‘hadiah’ bagi meluluskan tapak kedai kepada seorang wanita yang juga pengusaha kedai makan.

Akibatnya, mangsa disahkan mengandung selepas dua kali melakukan hubungan intim dengan pegawai terbabit.

Read More......

Fesyen rambut


Read More......

Tuesday, June 1, 2010

12 rakyat Malaysia di Mavi Marmara

Nasib wartawan Awani masih kabur. Difahamkan seorang wartawan dan jurukamera bersama yang lain aktivis kini berada di Haifa setelah kapal LL4Gaza ditunda ke pelabuhan tentera lewat petang kelmarin.

Difahamkan Israel akan menahan semua para aktivis Freedom Flotilla.

Aktivis yang cedera kini dirawat di Haifa, termasuk yang meninggal dunia, ada aktivis yang mati ditembak di kepala. Buat masa ini Israel tidak mahu mengeluarkan apa-apa keterangan berkaitan insiden tersebut.

Selain itu sumber Awani memaklumkan bahawa 12 rakyat Malaysia yang terlibat di dalam misi LL4Gaza berada di atas kapal tersebut. Berikut adalah nama-nama rakyat Malaysia yang menyertai Misi Talian Hayat Untuk Gaza (LL4G) yang berada di atas kapal penumpang “Mavi Marmara” milik IHH, Turki ketika diserang oleh komando laut Israel di perairan antarabangsa kelmarin.

  1. Tn Hj Noorazman bin Mohd Samsuddin, HALUANPalestin
  2. Dr Mohd Arbai’e bin Syawal, HALUANPalestin
  3. Dr Syed Muhammad Haleem bin Syed Hasan al-Haddad, HALUANPalestin
  4. Ust Al-Hami Husain bin Suhaimi, HALUANPalestin
  5. Mohd Nizam bin Mohd Awang, HALUANPalestin
  6. Ust Hasanuddin bin Mohd Yunus, Aqsa Syarif
  7. Tn Hj Jamuliddin bin Elias, Yayasan Amal
  8. Dr Selamat bin Aliman, Jemaah Islah Malaysia (JIM)
  9. Abdul Halim bin Mohd Redzuan, Muslim Care
  10. Mustafa bin Mansur, MAPIM
  11. Ashwat bin Ismail, Wartawan ASTRO
  12. Shamsul Kamal Latif, Juru kamera ASTRO
Mustafa Mansur yang mewakili MAPIM menaiki kapal Mavi Marmara pada 29hb Mei setelah kapal Challenger II yang dinaiki beliau mengalami kerosakan di tengah perjalanan.

Foto Ashwat bin Ismail ketika membuat lintas langsung 2 hari lalu dari Mavi Marmara. Lagi foto dibawah yang dipetik dari AwaniTV.

Dunia Menjadi Saksi Atas Kekejaman Dan Sikap Keganasan Israel Di Perairan Antarabangsa Laut Mediterranean.

Read More......

Yahudi bukan penyebab kematian peserta LL4G. Habis SIAPA?

Salam Kemanusiaan. Korang tahu sapo yang bunuh 20 orang peserta Konvoi Misi Kemanusiaan LL4G. Bukan Yahudi Laknat bai. Tetapi Hosni Mubarak. Presiden Mesir inilah yang bertanggungjawab atas kematian tersebut. Presiden Hosni Mubarak inilah yang bertanggungjawab menutup sempadan Mesir-Semenanjung Gaza. Misi Bantuan Kemanusiaan Palestin LL4G terwujud kerana penutupan sempadan darat ini. Kalau tidak bantuan kemanusiaan boleh disalurkan melalui jalan darat dan masuk ke sempadan melalui Negara Mesir.

Anak haram ini lah sepatutnya bertanggungjawab atas kematian peserta konvoi LL4G

Jika sempadan darat tidak ditutup
Di tangan Presiden Hosni Mubarak sekarang mengalir darah para syuhada' yang sebahagian besarnya dari Turki (Peserta Konvoi LL4G). Tiada penutupan sempadan darat Mesir-Gaza, sudah pasti 20 nyawa tidak terkorban hari ini. Presiden Mesir, Hosni Mubarak bertanggungjawab atas kematian peserta konvoi selain dari Yahudi Laknat. Presiden Hosni Mubarak sekarang sudah layak menyandang title Hosni Mubarak Laknatullah.

Betulkan tempat demo anda

Jadi kepada sahabat-sahabat, kito dah salah tompek nak berdemo. Sepatutnya kito berdemo di hadapan Kedutaan Mesir. Bukan Kedutaan Amerika Syarikat. Kito berdemo di hadapan Kedutaan Mesir menuntut Presiden Mesir, Hosni Mubarak Laknatullah bertanggungjawab atas kematian 20 nyawa (Peserta Konvoi LL4G) yang terkorban semalam. Jika mahu hantar memo, hantar memo di Kedutaan Mesir. Memo mengutuk Hosni Mubarak Laknatullah, disamping menyuruh anak haram ini bertanggungjawb atas kematian peserta konvoi. Ayuh kito berdemo dihadapan Kedutaan Mesir!



Read More......

Linkwith

Related Posts with Thumbnails