xSAM Chat


ShoutMix chat widget

Wednesday, May 5, 2010

Saya Bakar Hitler

Vladimir Gumenyuk

Bekas seorang pegawai KGB semalam mendakwa bahawa dia bertanggungjawab membakar tulang-tulang Adolf Hitler.

Bagaimanapun Vladimir Gumenyuk, 73 tahun daripada Rusia enggan untuk menyatakan di mana tempatnya abu pemimpin nazi itu ditaburkan.

Hitler..Digali & Dibakar

Dia bimbang ia mungkin menyebabkan tempat itu menjadi tempat suci bagi neo-Nazi.

Ejen risikan ini mendakwa dirinya salah seorang yang masih hidup daripada tiga orang yang dihantar pada 1970 untuk mengorek tulang-tulang Hitler, perempuan simpanannya Eva Braun, Joseph Goebbels dan keluarganya.
"Kami diarah untuk membakar jenazah Hitler dan semua pengiringnya, kemudian abunya ditiup angin."

Mereka menggali berdekatan Magdeburg, kawasan bekas Jerman Utara, mereka membakar tulang-tulang dan membawa abu ke atas satu cenuram yang mempunya sebatang anak sungai - di mana mereka menabur abu mayat.

Ia adalah satu lokasi yang ditetapkan oleh pihak berkuasa Moscow. Gumenyuk, yang berkata pasukan itu menyamar sebagai nelayan berkata: "Tidak ada sesiapa di situ - 20 saat diperlukan untuk kerja itu dilakukan. Ia adalah perjalan terakhir Fuhrer."

Dia juga berkata sudah banyak menolak ganjaran wang yang ditawarkankepadanya jika dia mendedahkan tempat sebenar dia 'menghapuskan' Hitler.

Gumenyuk memberitahu sebuah akhbar Rusia: "Masih terlalu ramai neo-Nazi. Mereka akan menjadikan tempat itu tempat suci. Malah mereka akan membina sebuah tugu di situ."

Read More......

Mati Kerana Belut Dalam Dubur

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhgQJ9gmd9IZN8t43WxLW3kOh_VB2v84b03qIxtNvoOvHfk50EKcmYWxNZmh4KzFiah2LwrCt48G5_WGKHJASGliMYAsOQMc62ovaOwFrs3aI6XvGX5TMe5Eiiepf-hKm_6TxPa5RP-mlQ/s1600/1.jpg
Belut yang ditemui dalam tubuh lelaki malang ini.

Doktor-doktor di Sichuan, China, terkejut kerana mendapati seekor makhluk laut berada di dalam dubur mayat seorang lelaki berumur 59 tahun, ia telah dilaporkan.

Ikan belut paya berukuran 50cm panjang dikatakan telah diselitkan ke dalam dubur lelaki ini, selepas dia tidak sedarkan diri kerana mabuk. Pada awalnya kawan-kawannya sekadar bermain satu usikan kepadanya.

Bagaimanapun hasil pemeriksaan mendapati belut ini telah memakan usus-ususnya.

Read More......

Nyaris Dibaham Buaya

http://www.ntnews.com.au/images/uploadedfiles/editorial/pictures/2010/04/30/CROCATMAND_TOP_IMAGE_650PX_K4943283_139508.JPG

Seorang Chef dari Northern Territory, Kyle MacLennan hampir menjadi santapan tengahari seekor buaya semasa berenang di Mandorah baru-baru ini.

Tiada siapa menyedari betapa hampirnya ia ketika itu. MacLennan, 26, sedang berenang daripada pantai ke sebuah bot di sebuah marina kecil di Mandorah, apabila ibunya - Lui MacLennan - mengambil gambar anak lelakinya itu.

Dia tidak melihat gambar-gambarnya itu sehinggala dia kembali ke Sydney beberapa hari kemudian.

"Tiada siapa yang perasan ia (buaya) di situ," kata MacLennan.

"Saya di Mandorah bersama ibu dan rakannya.

"Saya benar-benar tidak menyedarinya sehinggalah saya melihat gambar ini."

"Saya berharap sangat ia sekadar usikan oleh ibu saya," katanya. "Tetapi dia berkata tidak".

"Ia nampak betul pada saya. Tetapi ia tidak begitu besar."

MacLennan berkata mereka melawat Mandorah, mengambil gambar-gambar rumah api untuk kawan ibunya yang sangat suka menulis pharophile - dan ada menulis sebuah buku mengenai topik itu.

"Beberapa hari kemudian apabila mereka balik ke Sydney barulah mereka melihat foto itu," katanya lagi.

Read More......

Sylvester Stallone Gugur Susulan Filem Rambo 5

                Sylvester Stallone dan isterinya, Jennifer Flavin  menghadiri tayangan perdana filem Iron Man 2 di pawagam El Capitan, Hollywood, Los Angeles pada 26 April 2010. - Foto AF
 
AKTOR Sylvester Stallone menggugurkan rancangannya untuk membuat susulan kelima untuk filem Rambo.
"Saya akan berbuat demikian. Saya pernah beritahu saya tidak akan bercakap tentang filem ini.

Bagaimanapun, saya percaya karakter Rocky Balboa sudah cukup," katanya kepada media.


Aktor berusia 63 tahun itu bagaimanapun merancang untuk menambah sebanyak 12 minit bahagian filem Rambo edisi 2008.

Bahagian filem tersebut dipotong semasa ditayangkan di pawagam.

Read More......

 

Mendiang bintang pop Michael Jackson bukan lelaki homoseksual, kata ayahnya Joe.

Ahli dermatologi Michael, Arnold Klein baru-baru ini mendakwa dia menjalin perhubungan seksual dengan pelantun lagu Thriller itu.

"Michael bukan lelaki homoseksual. Dia (Klein) tidak menghormati Michael... untuk bercakap tentangnya ketika dia tiada lagi adalah sesuatu yang memalukan. Dia ialah seorang doktor dan seharusnya tidak mengingkari janji dengan pesakit," media memetik Joe sebagai berkata.

Read More......

Angelina Jolie Tolak Tinggal Bersama Obama


AKTRES Angelina Jolie melakukan tindakan yang tidak sehaluan dengan rakan-rakannya di Hollywood. Secara terang-terangan, Jolie menolak undangan untuk tinggal bersama Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama.

Hujung minggu lalu, beberapa selebriti ternama menghadiri program anjuran Obama, 2010 White House Correspondents' Association Dinner di Washington DC.

Antaranya adalah Scarlett Johansson, Kim Kardashian, Justin Bieber, Demi Lovato, Jonas Brothers dan lain-lain. Pada mulanya, Jolie diundang datang ke acara tersebut. Namun dia menolaknya.

"Dia memang sedang menjalani penggambaran di Eropah, tapi itu bukan alasan mengapa dia menolak," ujar salah seorang sumber kepada Showbiz Spy semalam.

Pasangan Brad Pitt itu tidak mahu datang kerana dia lebih suka menunjukkan kerja amal.

"Dia lebih suka membantu mereka yang memerlukan, berbanding duduk, minum champagne dan ketawa di rumah mewah itu," tambah sumber itu lagi.

Meskipun begitu, Jolie tidak memandang serong kepada rakan-rakannya yang datang ke majlis tersebut.

"Hanya saja dia memang jenis orang yang berfikir, tindakan lebih penting daripada kata-kata," ujar sumber itu lagi.

Read More......

Britney Pernah Tolak Lagu 'Telephone', 'Umbrella'


PENYANYI Lady Gaga kembali mengegarkan industri muzik menerusi single terbarunya, Telephone. Siapa sangka, rupa-rupanya lagu tersebut pada mulanya dicipta untuk Britney Spears namun wanita itu menolaknya.

Menurut MTV semalam, kini rakaman lagu Telephone versi suara Britney tersebar di YouTube. Namun Britney menafikan nyanyian tersebut adalah suaranya.

Mungkin dia tiada jodoh dengan lagu Telephone. Setelah dinyanyikan oleh Lady, lagu itu semakin meletup dan menguatkan nama Lady Gaga dalam industri hiburan ini.

Jika diikutkan, buka lagu Telephone sahaja yang ditolak Britney. Janda anak dua itu juga menolak lagu Umbrella yang kemudiannya menaikkan nama Rihanna.

Lady menyanyikan lagu Telephone ketika Britney mahu mengeluarkan album terbarunya, Circus pada 2008 lalu. Setelah Britney menolak, Lady mengambil lagu itu untuk album pertamanya, The Fame Monster (2009).

Jika didengarkan, sebenarnya Telephone setanding dengan dua lagu hits Britney iaitu Womanizer dan If U Seek Amy.

Lagu Umbrella membawa nama Rihanna ke kancah muzik. Lagu ciptaan The Dream dan Tricky Stewart itu rupanya bukan sahaja ditolak oleh Britney malah ia turut ditolak oleh Mary J. Blige. Akhirnya Umbrella diterima oleh Rihanna.

Jika Telephone dan Umbrella ditolaknya, pasti Britney pandai melihat lagu Baby One More Time. Lagu itu menjadi lagu hits pertama Britney pada 1999. Sebelum ini lagu Baby One More Time ditulis untuk TLC.

Ketika TLC menolak lagu tersebut, Britney terus mengambilnya.

Read More......

Wanita Miliki Payudara Gergasi


MANIHUARI sebelum payu dara besarnya dibedah.


Seorang ibu anak empat di utara Peru, Julia Manihuari terlantar di katil selama enam bulan disebabkan payu daranya terlalu besar, lapor sebuah akhbar semalam.

Payu dara Manihuari, 29, berterusan membesar pada setiap hari sehingga menyamai saiz perutnya selepas dia melahirkan anak lelaki ketiga, tujuh tahun lalu.

"Payu dara saya menjadi amat besar sehingga saya berasa sakit kerana kulit saya terlalu tegang dan saya turut mengalami sesak nafas," katanya.

Beberapa doktor kemudian memberitahu, Manihuari menghidap penyakit Bilateral Gynecomastia iaitu pembesaran kelenjar susu selepas dia dibawa ke sebuah hospital di negara itu dengan bantuan pembiayaan daripada media tempatan.

Bimbang payu dara wanita itu akan merosakkan paru-parunya, beberapa doktor melakukan pembedahan selama enam jam pada bulan lalu dan membuang lebih 15 kilogram daging pada buah dada Manihuari.

"Sebelum menjalani pembedahan, saya langsung tidak dapat bergerak, keadaan saya amat teruk selepas payu dara saya dapat menyentuh paha saya," katanya.

Read More......

Suami toreh kemaluan isteri

RUMAH di mana seorang suami menoreh kemaluan isterinya dengan sebilah pisau di Taman Bertam Perdana, Pulau Gadong, Melaka semalam.

MELAKA – Bisikan suara jin yang memberitahu konon isterinya berzina dengan orang lain menyebabkan seorang suami menoreh kemaluan wanita malang itu dengan pisau pemotong sayur di rumah mereka di Taman Bertam Perdana, Pulau Gadong di sini kelmarin.

Semasa kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, Hashimah Nong, 40, sedang bersiap-siap untuk memasak di dapur sebelum diserang oleh suaminya yang juga seorang anggota tentera dan berusia dalam lingkungan 40-an.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Mohd. Adnan Abdullah berkata, mangsa tidak menyangka sama sekali suaminya yang tiba-tiba menerpa dari arah belakang itu bertindak menoreh kemaluannya dengan pisau.

“Ekoran kejadian itu, mangsa rebah di lantai dapur dan lelaki berkenaan pula hanya berdiri di tepi mangsa dalam keadaan terpinga-pinga,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Read More......

Tuesday, May 4, 2010

Movie: Iron Man 2 (2010)

http://www.cinetopiatheaters.com/images/hype/ironman2head.jpg

Billionaire Tony Stark must contend with deadly issues involving the government, his own friends, as well as new enemies due to his superhero alter ego Iron Man.

Watch Movie
 

(Cinema Copy)

Read More......

Trick Pencarian Google yang Anda Mungkin Tidak Tahu

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgtQXKXLGnuAPJ-uHJMjAhkd11rPkV08nCpxYyg109T6bm3Va1d1MYj5FFloPtV_94z31m1T4zUXVNyRk-wo2AiLAsX2qCby1BmmnI503aAn-7XCYVdFjWTDz1pnoj31FF4uRdvU6MlWVI/s640/google-chrome-google.com
Trick Pencarian Google yang anda mungkin tidak tahu. Kepada yng dah tahu tu anggap sebagai refresh jer eh..

1.Gunakan google sebagai kalkulator.

Google telah built-in kalkulator, hanya menuoba memasukkan pengiraan seperti 270 * (55 / 5 + 3),
anda akan melihat hasilnya:

270 * ((55 / 5) + 3) = 3 780

ya, komputer anda juga telah dilengkapi kalkulator, tetapi jika anda menghabiskan sebahagian besar hari anda di dalam browser, menaip pengiraan anda ke dalam kotak pencarian browser lebih cepat daripada membuka aplikasi kalkulator anda.


2.Gunakan google sebagai pemeriksa ejaan.

Jika anda tidak yakin mengenai ejaan dari suatu kata, cukup masukkan kata ke google, ini adalah cara cepat untuk melihat apakah anda memiliki ejaan yang benar. Jika tidak benar, google akan menyarankan ejaan yang benar, bukan. Selain itu, jika anda ingin mendapatkan definisi dari suatu kata, anda dapat menggunakan “define:” operator untuk kembali definisi dari berbagai kamus, contoh:

define: Parasympathetic

3. Gunakan “site:” untuk membatasi pencarian ke laman tertentu.

Banyak site telah built-in tools pencarian tapi sebagian besar waktu mereka tidak mengembalikan hasil yang anda cari. Jika anda mencari entri Dubai di isuhangat.net, anda boleh mencuba untuk mencari cara ini:

umno site:xsam-group.blogspot.com

4.Memeriksa waktu saat ini negara mana pun di dunia.

Anda untuk memeriksa waktu saat ini negara atau bandar di dunia sehingga Anda tidak perlu menelefon seseorang di tengah malam. Untuk memeriksa waktu, cukup masukkan “waktu” diikuti dengan nama bandar. Sebagai contoh:

time California

5.Cepat tukaran mata wang.

Google juga dapat melakukan jadual penukaran mata wang, misalnya:

150 pounds in dollars
Namun begitu ia hanya memiliki mata wang utama,

6.Gunakan operator OR.

Hal ini dapat berguna jika Anda sedang mencari topik, tapi Anda tidak yakin kata kunci yang akan mengembalikan informasi yang anda mahukan.

7. Mengkhususkan mengecualikan istilah dengan tanda “-”.

Anda dapat memperkecilkan pencarian anda menggunakan operator ini. Misalnya, jika anda mencari maklumat tentang David Beckham tetapi tidak ingin apa-apa tentang Victoria ,anda dapat mencuba:

“david beckham” -victoria

8.Pencarian untuk jenis dokumen spesifik.

Google dapat mencari web untuk jenis file tertentu dengan menggunakan filetype “:” operator. Jika Anda sedang mencari file PowerPoint tentang Make Money Online, misalnya, Anda dapat mencoba:

9.Make money online filetype:PPT

10.Cari di dalam nombor dengan menggunakan “..” .

Jika anda ingin mencari informasi tentang Piala Dunia Sepak Bola peristiwa yang terjadi di tahun 1980-an, Anda boleh menggunakan pencarian ini:

World cup soccer 1980..1990

11. Mengetahui semua laman yang ada dalam satu domain

Jika anda ingin mengetahui semua extension/lama-laman lain yang telah dicipta dalam satu domain, gunakan perkataan ’site’

Contohnya: site:wangcyber.com

Read More......

Senarai Pemenang AIM17


BERIKUT adalah senarai penyanyi, komposer dan penulis lirik yang memenangi Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-17 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam:

Album Terbaik- Adrenalin (Faizal Tahir)

Lagu Terbaik- Dan Sebenarnya (Yuna)

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki)- Hazami (Survivor)

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita)- Dato' Siti Nurhaliza (Ku Percaya Ada Cinta)

Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu- Dato' Siti Nurhaliza & Kris Dayanti (Amarah)

Album Pop Terbaik- Dayang Live (Jenny Chin / Dayang Nurfaizah)

Album Hip Hop Terbaik- K.O. The Mixtape (DJ Fuzz & Malique / DJ Fuzz & Malique)

Album Rock Terbaik- Adrenalin (Audi Mok, Faizal Tahir/ Ahmad Izham Omar / Faizal Tahir)

Album Inggeris Tempatan Terbaik- To Prevent The Earth From Moving With You (Lo / Disagree)

Artis Baru Terbaik- Yuna

Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan Oleh Artis Luar Negara- Aku Wanita Biasa (Krisdayanti)

Anugerah Wirama- Adnan Abu Hassan

Anugerah Kembara- Bunkface

Album India Tempatan Terbaik- Life Is A Mystery (A Thanushia / Shruthi)

Album Cina Tempatan Terbaik- I'm Karen (Fred Chong/Lee Chee Chong/Keiran Kuek / Karen Kong)

Album Nasyid Terbaik- Allahu Rabbi: Frizdan, Amin Inteam, Amin Nordin, Suhaimi, Shamir Supaat, Salleh Brotherz / Inteam

Lagu Rock Terbaik - Komposer / Penulis LirikSituasi (Bunkface) - Sam / Sam

Lagu Pop Terbaik - Komposer / Penulis LirikDan Sebenarnya (Yuna) - Yuna / Yuna

Lagu Hip Hop Terbaik - Komposer / Penulis LirikCerita Kedai Kopi (DJ Fuzz & Malique feat Salam) - Malique, DJ Fuzz & Salam / Malique

Lagu Inggeris Tempatan Terbaik - Komposer / Penulis LirikDeeper Conversation (Yuna) - Yuna / Yuna

Lagu Pop Etnik Terbaik - Komposer / Penulis LirikEnjut (Noraniza Idris) - Cat Farish & Adeeb / Ahmad Fedtri Yahya

Lagu Nasyid Terbaik - Komposer / Penulis LirikDia Muhammad (Inteam) - Frizdan / Frizdan

Lagu Cina Tempatan Terbaik - Komposer / Penulis LirikNa Han (JK Chen Jia Kai) - JK Chen Jia Kai / Percy Phang

Lagu India Tempatan Terbaik - Komposer / Penulis LirikUyartinthidu Thozha (Jey Raggaveindra, Ashokan, Dr Ombala, Sidhartan, Jegathisan) - Jay, Jey Raggaveindra, Dhilip Varman / A. Sivalinggam, T. Poovaneswaran, Jey Raggaveindra

Kulit Album Terbaik - PerekaSarah Joan Mokhtar - To Prevent The Earth From Moving With You (Disagree)

Rakaman Album Terbaik - JururakamGreg Henderson - Into ... Akasha (Akasha)

Video Muzik Terbaik - PengarahNam Il Cho - Oh! Sizuka (Pop Shuvit)

Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu - PengarahJenny Chin - Cinta Ada (Karen Kong, Jaclyn Victor, Dato' Sheila Majid)

Read More......

Demi Moore Ingin Berlakon Dengan Anak Perempuan

 
AKTRES Hollywood, Demi Moore ingin berlakon sekali lagi bersama anak perempuannya Rumer Willis dalam sebuah filem.

"Cuma Rumer berminat mengembangkan kerjaya dalam industri hiburan. Saya berlakon bersamanya ketika dia berumur tujuh tahun.


"Saya juga berpeluang mengarah Rumer dalam satu filem pendek pada musim panas lalu. Ia adalah pengalaman sungguh yang mengagumkan," kata Moore.

Menurut aktres awet muda itu, berlakon memberi peluang kepadanya untuk mendekati anak perempuannya dengan lebih rapat.

Read More......

Sandra Bullock Ingin Jual Rumah Kelamin


SANDRA Bullock ingin menjual rumah kelaminnya dengan harga US$6 juta.




Menurut laporan media, Bullock dan suaminya, Jesse James yang kini tinggal berasingan ingin menjualrumah tersebut yang terletak di Orange County, California.

Bullock enggan tinggal di rumah tersebut selepas berita kecurangan suaminya tersebar di tabloid pada Mac lalu.

Aktres itu dilaporkan berpindah ke rumahnya di Hollywood. Rumah itu dihuni Bullock sebelum berkahwin dengan Jesse.

Read More......

Pamela Anderson Menari Bogel Untuk Kenalan Rapat


AKTRES Pamela Anderson baru-baru ini melakukan tarian bogel dalam satu parti persendirian.

Bagaimanapun, itu hanyalah untuk tatapan kenalan rapatnya.

"Pada akhir majlis, Pam menari dalam keadaan hampir bogel. Dia muncul dalam keadaan bogel. Semua hadirin terkejut tetapi mereka berasa seronok," ujar sumber.

"Pam tiba dengan berpakaian dalam dan kemudiannya menanggalkannya untuk mempamerkan gerak tarinya sambil hadirin menonton dengan penuh kekaguman," tambahnya.

Read More......

Wisma Putra: Kawasan kaya minyak milik Brunei

Brunei mempunyai kedaulatan ke atas dua kawasan yang kaya dengan minyak mengikut peruntukan Konvensyen Undang-undang laut Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNCLOS) 1982 dan kawasan berkenaan akan dibangunkan secara usahasama dengan Malaysia.

Sehubungan itu, menurut kenyataan media Kementerian Luar Negeri, hari ini, 'penyerahan' dua blok kawasan petroleum oleh Malaysia kepada Brunei menerusi “Pertukaran Surat” adalah selaras dengan undang-undang antarabangsa.

“Konsesi minyak blok L dan M Malaysia bertindan dengan blok J dan K Brunei yang diiktiraf menerusi 'Pertukaran Surat' sebagai kawasan maritim Brunei dan negara itu mempunyai hak atas kedaulatannya mengikut UNCLOS.

"Penamatan kontrak perkongsian pengeluaran membabitkan Blok L dan M, yang diberikan oleh Petronas kepada Petronas Carigali Sdn Bhd dan Murphy Oil pada 2003, adalah selaras dengan pewujudan CAA seperti yang ditetapkan dalam Pertukaran Surat," kata kenyataan itu.

Pertukaran Surat antara Malaysia dan Brunei pada Mac tahun lalu itu juga dikatakan telah menyelesaikan isu-isu dua hala tertangguh antara kedua-dua negara melalui penyelesaian secara baik.


Menurut Wisma Putra lagi, ia juga membawa lembaran baru dalam hubungan dua hala antara kedua-dua negara.

“Satu daripada elemen penting dalam perjanjian yang ditandatangani oleh mantan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, pada 16 Mac, 2009, adalah memuktamadkan penyempadanan kawasan maritim antara Malaysia dan Brunei,” katanya.

Selain itu, perjanjian itu berjaya menyelesaikan pewujudan Kawasan Aturan Komersial (CAA) bagi minyak dan gas, memuktamadkan modaliti bagi pembatasan sempadan darat antara Malaysia dan Brunei, dan hak laluan maritim yang tidak boleh dicabuli bagi warganegara dan penduduk Malaysia menyeberangi zon maritim Brunei.

Kontroversi berhubung dua blok minyak itu timbul apabila bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, dalam blognya pada Khamis lalu, mempersoalkan kenapa Blok L dan M tidak lagi menjadi milik Malaysia dan mendakwa keadaan itu menyebabkan Malaysia kerugian kira-kira US$100 bilion (RM320 bilion).

Dr Mahathir mendakwa penggantinya, Abdullah, telah menyerahkan kedua-dua blok itu sebagai pertukaran kepada Limbang.

Menurut kenyataan Wisma Putra, kandungan “Pertukaran Surat” itu mendapat kelulusan Kabinet, dan malah kerajaan negeri Sabah dan Sarawak juga dirundingi dan diberikan taklimat penuh mengenai perkara berkenaan.

“Pertukaran Surat” antara Malaysia dan Brunei itu juga dikatakan telah berjaya menyelesaikan isu-isu dua hala tertangguh antara kedua-dua negara melalui penyelesaian secara baik.

Read More......

Freedom House: Media Malaysia masih 'tak bebas'


Malaysia naik dua tangga untuk berada di kedudukan ke-141 dalam kebebasan akhbar yang dibuat oleh Freedom House di kalangan 196 negara.

Bagaimanapun kedudukan terbaru itu masih menyaksikan negara berada di takuk terbawah di kategori 32 peratus negara yang tidak mempunyai media yang bebas.

Menurut kajian yang berpangkalan di Washington DC itu, Malaysia berkongsi tempat dengan Algeria dan Zambia.

Antara sepuluh negara paling bebas ialah Finland, Iceland, Norway, Sweden, Denmark, Belgium, Luxembourg, Andorra, Switzerland dan Liechtenstein.

Manakala lima negara yang berada di tangga paling bawah ialah Eritrea (pada kedudukan 192), Libya (192), Burma (194), Turkmenistan (194) dan Korea Utara (196).

Di rantau Asia Pasifik, kedudukan Malaysia masih ketinggalan di belakang jiran-jirannya seperti Filipina (kedudukan 97), Indonesia (107), Thailand (124) dan Kemboja (134).

Freedom House meletakkan media di Filipina, Indonesia dan Thailand di bawah kategori “sebahagian bebas”.

Freedom House adalah kumpulan pejuang kebebasan demokrasi antarabangsa dan senarai kedudukan yang dikeluarkannya adalah sempena Hari Kebebasan Media Antarabangsa yang disambut setiap 3 Mei.

Read More......

Kes kapal selam: Peguam Perancis tak takut ugutan


Peguam Perancis, Joseph Breham percaya akan wujudnya "tekanan dan ugutan" sepanjang usahanya menyiasat pembelian dua kapal selam buatan negaranya kepada Malaysia. Namun menurut Breham, beliau tidak gusar kerana tumpuan antarabangsa kepada kes berkenaan semacam memberikan perlindungan untuk beliau.

"Sebagai contoh, sekiranya berlaku sesuatu kepada saya di Malaysia, ia akan menarik perhatian media antarabangsa, tekanan politik dan sebagainya, ini akan menjadikan lebih produktif.

"Saya bukan penterjemah Mongolia. Sekiranya terdapat masalah, semua media berbahasa Perancis akan memaparkan tajuk seperti 'Peguam Perancis yang menyiasat dakwaan rasuah hilang di Malaysia'. Tiada siapa yang boleh terima perkara ini," kata Breham dalam satu wawancara baru-baru ini.

Breham dan dua lagi rakannya yang mewakili Suara Rakyat Malaysia (Suaram) - sebuah NGO hak asasi manusia - memfailkan aduan di sebuah mahkamah di Paris berhubung pembelian dua kapal selam Scorpene daripada firma pertahanan Perancis DCN.

Walaupun tujuan siasatan itu untuk mengenal-pasti sama ada berlaku perkara yang disangsikan berhubung penjualan kapal selam itu, namun ia juga secara tidak langsung merancakkkan kembali perbincangan terhadap pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Berikut adalah sedutan wawancara Malaysiakini dengan Joseph Breham:

Sila jelaskan kepada kami mengenai latar belakang anda dan bagaimana anda boleh terlibat dengan kegiatan hak asasi?

Joseph Breham:
Saya peguam dari Perancis yang mempunyai kepakaran dalam undang-undang jenayah antarabangsa dan hak asasi manusia. Saya juga merupakan pensyarah universiti dalam bidang undang-undang jenayah antarabangsa di Toulouse.

Saya mengajar tiga minggu setahun. Saya juga pakar dalam bidang kegiatan keganasan dan mengendalikan banyak kes yang berkaitan dengannya. Hakikatnya saya berkerja dengan kerajaan dalam bidang pencegahan penganas, melatih hakim dan pendakwa tentang terorisme termasuk menghormati hak asasi. Begitulah bagaimana saya boleh terlibat dengan kerja hak asasi manusia.

Saya amat tertarik dengan hak asasi manusia sejak saya dilahirkan pada 1978, dan sejak itu saya berusaha untuk memahaminya. Sebagai contoh (selepas) kejatuhan Tembuk Berlin, dunia menjadi semakin bercelaru dan timbul perkara baru yang tidak keruan, yang mana (ia adalah) keganasan dan keuntungan globalisasi.

Pekembangan baru ini menyebabkan banyak syarikat multi-nasional tidak menghormati apa sahaja bentuk peraturan. Mereka mempunyai kuasa bagi memaksa kerajaan mengikut telunjuk mereka. Mereka menjadi lebih korup dan kerajaan tidak boleh memaksa mereka (mematuhi) segala kewajipan. Itulah yang menyebabkan saya menceburi dalam kerja-kerja hak asasi.

Jelaskan kepada kami, pengalaman anda dalam mengedalikan kes berkaitan korupsi.

Joseph Breham: Kebanyakkan kes yang saya kendalikan lebih tertumpu kepada negara di benua Afrika. Setiap kes hak asasi yang berkait dengan syarikat multi-nasional juga dikaitkan dengan rasuah. Kami, di Sherpa (organisasi yang diwakilinya) pada mulanya tidak mengendalikan kes rasuah.

Tetapi sekiranya kami mahu lebih efisyen, kami perlu mendepani isu ini. 'Sherpa' bermaksud 'menolong rakyat di Selatan untuk menuntut keadilan'.

Saya mula bekerja di Sherpa pada 2006 dan baru-baru ini saya dilantik ahli lembaga pengarah. Ia ditubuhkan oleh William Bourdon, mantan setiausaha agung Pertubuhan Antarabangsa Hak Asasi Manusia (Fidh) pada 2001. Sejak Fidh tidak menyaman syarikat, lalu kami menubuhkan Sherpa.

Read More......

SELAGI MEREKA BERKUASA BANYAK LAGI BAKAL TERGADAI DAN TERLEPAS

http://www.wanderplanet.com/travel/as/brunei/images/bx-map280x302.gifSelepas satu-satu maruah, kedaulatan dan hak milik negara tergadai dan terlepas sepanjang Umno-BN diberi kuasa mentadbir negara.

Belum hilang kejutan kerjasama yang dilakukan oleh kerajaan 1Malaysia dengan APCO Worldwide syarikat milik yahudi membabitkan wang rakyat sebanyak RM 77 juta sekali lagi kita digemparkan dengan kehilangan dua telaga minyak yang dianggarkan mempunyai simpanan minyak bernilai ratusan bilion ringgit di perairan tuntutan bersama Malaysia-Brunei.

Berapa banyak lagi maruah,wilayah, kedaulatan dan tanah milik negara ini bakal terjual dan tergadai? Tidak cukupkah dengan beribu ekar tanah negara ini yang kini menjadi milik rakyat Singapura? Begitu juga dengan penubuhan Wilayah Pembangunan Iskandar atas nama pembangunan negara yang menyebabkan maruah dan kedaulatan negara ini kini dalam bahaya.

Apakah kita juga sudah lupa bagaimana pulau Batu Putih yang cukup strategik dan bernilai telah hilang dalam peta negara? Semua ini gara-gara kecerdikan dan kepandaian pemimpin Umno-BN yang mendabik dada pandai memerintah dan membangunkan negara.

Kalau soal maruah kita tidak perlu berselindung lagi. Kadar jenayah rasuah negara ini antara yang tertinggi di rantau Asia. Isu liwat meliwat yang dikaitkan ke atas Dato Seri Anwar Ibrahim. Bertambah memalukan dengan isu-isu yang menjadi buah mulut dan diperkatakan serta ditertawakan oleh masyarakat dunia.Antaranya lagi, isu pembelian kapal selam yang tidak boleh menyelam dan kini menyelam semula, kehilangan enjin jet pesawat pejuang, pembunuhan Altantuya, pusat transit dadah dan terbaru kematian menyayat hati adik Aminurashid ditembak polis.

Pada zaman siapa semua ini berlaku? Sudah pasti ia berlaku sepanjang Umno-BN memerintah negara. Selagi Umno-BN dibiarkan terus berkuasa kita atau generasi akan datang dapat menyaksikan lebih banyak isu berkaitan maruah dan kedaulatan akan terlucut dari genggaman negara ini. Sekiranya kita ingin melihat generasi akan datang terpaksa merempat dan mengemis di negara sendiri maka undilah Umno- BN lagi dulu kini dan selamanya menjadi juara menipu rakyat.

SEDARLAH WAHAI RAKYAT MALAYSIA............

JANGAN DIPERBODOHKAN LAGI.................

GUNAKANLAH AKAL YANG RESIONAL.............

Read More......

Polis menahan Pemuda Biadap!!!!



Polis menahan seorang lelaki yang disyaki terlibat menyiarkan komen berbaur ugutan bunuh terhadap Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam laman web sosial, Facebook.Ketua Polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi ACP Zulkarnain Abdul Rahman berkata lelaki yang berumur dalam lingkungan 20an itu diberkas sepasukan polis di Butterworth, Pulau Pinang, semalam.

"Sepasukan polis menahan suspek itu di satu kawasan di Butterworth kira-kira pukul 9 malam berhubung kes penyiaran ugutan bunuh terhadap Nik Aziz," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata bagaimanapun siasatan lanjut akan dilakukan bagi mengetahui sama ada suspek adalah pemilik sebenar laman sosial itu dan juga individu yang bertanggungjawab menyiarkan ugutan bunuh terbabit.

Sabtu lepas Dewan Pemuda PAS membuat laporan polis berhubung kenyataan ugutan bunuh yang dipaparkan dalam sebuah laman web sosial milik seorang lelaki terhadap Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS itu.

Laporan polis itu dibuat oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan At-Tantawi di Balai Polis Chow Kit selepas membaca mengenai ugutan bunuh itu di laman Facebook.

Dalam laman webnya lelaki itu dikatakan sanggup dihukum gantung jika dapat membunuh ‘Nik Aziz’.




Zulkarnain berkata bagaimanapun polis belum dapat mengenal pasti sama ada suspek adalah pemilik sebenar laman itu dan individu yang bertanggungjawab menyiarkan ugutan bunuh berkenaan.

"Kami sedang mendapatkan tempoh reman terhadap suspek bagi menjalankan siasatan lanjut sebelum dia dibawa ke sini (IPD Dang Wangi) untuk disoal-siasat," katanya.

Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.
- Bernama

Read More......

Linkwith

Related Posts with Thumbnails