




QUITO - Presiden Ecuador Rafael Corea diselamatkan daripada serangan polis yang mengamuk. Corea dilarikan tentera tempatan dari sebuah hospital tempat dia terperangkap dari amukan polis yang kecewa setelah dia memotong gaji polis Ecuador.
Corea sebelum itu terperangkap di hospital selama lebih dari 12 jam, setelah dirawat akibat tembakan gas pemedih mata yang diarahkan kepadanya ketika ratusan polis yang sedang marah menyerangnya. Demikian dilaporkan Associated Press, Jumaat (1/10/2010).
Operasi menyelamatkan Presiden Ekuador tersebut berlangsung selama 35 minit dan menyebabkan seorang petugas keamanan terluka. Sementara itu, pemerintah menyatakan seorang terkorban dan enam yang lain cedera, saat terjadi pertembungan antara polis dengan penyokong Corea.
Sebaik berjaya menyelamatkan diri, Corea mengucapkan terima kasih kepada penyokongnya yang sanggup menghampirinya di hospital. Menurut Corea penyokongnya merupakan pejuang yang berani mati demi demokrasi.
Sebelum itu, ketika terperangkap di hospital, Corea bersumpah akan keluar sebagai seorang presiden atau dalam keadaan sudah menjadi mayat.
Insiden pemberontakan pihak polis terhadap Presiden Ekuador berusia 47 tahun tersebut meletus setelah diluluskannnya Undang-Undang yang baru. Undang-undang tersebut memungkinkan adanya pemotongan fasiliti terhadap pihak polis.
0 comments:
Post a Comment