
Presiden MAA, Datuk Aishah Ahmad berkata, pasaran automotif di negara ini tidak boleh disamakan dengan Thailand yang mengalami kejatuhan ekoran harga petrol yang lebih mahal di negara itu.
Beliau berkata, fokus utama kerajaan adalah untuk memastikan subsidi minyak dapat diagihkan secara lebih adil dan menyeluruh serta menepati golongan sasaran.
"Tidak mungkin harga kereta baru turun sampai 40 peratus jika kerajaan melaksanakan penstrukturan subsidi minyak. Desas-desus mengenainya tidak akan berlaku," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Beliau diminta mengulas rungutan di kalangan pengedar-pengedar kereta baru dan terpakai di negara bahawa harga kereta nasional dan import akan mengalami penurunan sehingga 40 peratus berikutan penstrukturan subsidi petrol yang bakal dilaksanakan.
0 comments:
Post a Comment