xSAM Chat


ShoutMix chat widget

Friday, January 29, 2010

Kutipan Avatar kalahkan Titanic, AS$1.843 bilion (RM6.266 bilion) terlaris sepanjang masa





"I'M king of the world," kata pengarah James Cameron selepas memenangi anugerah Filem Terbaik pada majlis Anugerah Academy pada tahun 1998 untuk filem Titanic. Karya itu bukan sahaja memenangi 11 anugerah Academy tetapi juga memegang rekod sebagai filem terlaris sepanjang masa dengan kutipan AS$1.843 bilion (RM6.266 bilion).

Selepas 12 tahun menakluki dunia, pencapaian Titanic dilihat mustahil untuk diatasi. Namun, itu semua sebelum kemunculan filem arahan terbaru James, Avatar (2009).

Walaupun pada mulanya, Avatar yang memecah rekod filem termahal dunia dengan kos pembikinan AS$237 juta (RM814 juta) dikritik tidak akan menerima sambutan, James membuktikan bahawa dia masih merupakan Raja dalam dunia perfileman.

Setiap hari, pencinta dan pengkritik filem di seluruh dunia teruja menanti jumlah kutipan Avatar kerana masing-masing mahu menjadi orang pertama untuk mengetahui bila filem itu akan merampas tempat Titanic.

Namun, pengarahnya sendiri tidak begitu mempedulikan kutipan box-office.
Sementelah, jika Avatar mengatasi Titanic sekalipun, kedua-dua filem itu merupakan hasil kerja tangan James. "Tidak seperti pembikin filem yang lain, saya tidak akan menunggu di samping telefon berjam-jam untuk menantikan kutipan di pawagam.

"Saya cuma menanti panggilan pada hari Isnin untuk mengetahui jumlah yang diperolehi pada hujung minggu. Saya hanya mahu berada di kedudukan pertama," ujar James.


BUKAN pertama dan terakhir. Dua projek sekuel Avatar dikatakan bakal dilaksanakan.


Sah, terlaris di dunia
Bukan semua pengarah mampu mengeluarkan kenyataan sebegitu kerana berapa ramai pengarah yang pernah menghasilkan produksi filem yang mencatat kutipan mencecah AS$1bilion (RM3.4 bilion)?

Dalam senarai yang turut dibarisi filem The Lord of the Rings: The Return of the King (2003), Pirates of the Caribbean: Dead Man's Chest (2006) dan The Dark Knight (2008) itu, James berjaya menguasai dua kedudukan tertinggi.

Malah, hanya pada hari ke-19 tayangan di pawagam seluruh dunia, Avatar sudah berjaya mencecah kutipan AS$1 bilion (RM3.4 bilion).

Maka, dengan jumlah itu, hasil kerja pengarah berusia 55 tahun itu mencipta rekod filem terpantas untuk mencapai angka tersebut.

Ditayangkan pertama kali di London pada 10 Disember dan di seluruh dunia antara tarikh 16 hingga 18 Disember, Avatar pada Isnin lalu secara rasmi telah menumpaskan pesaing hebatnya, Titanic untuk menjadi filem terlaris sepanjang zaman dengan kutipan AS$1.858 bilion (RM6.317 bilion) - jumlah setakat 27 Januari.

Pada 6 Januari lalu, Avatar telah mengambil tempat The Lord of the Rings: The Return of the King yang berada di kedudukan kedua sejak tahun 2003 dengan mencatatkan kutipan AS$1.133 bilion (RM3.852 bilion). Berada di kedudukan pertama pawagam untuk enam minggu berturut-turut, Avatar ditayangkan di 14,604 pawagam di seluruh dunia.

Walaupun kutipannya menurun sebanyak 1.8 peratus pada minggu kedua di Amerika Syarikat (AS) dengan jumlah AS$75.6 juta (RM257 juta), ia berjaya memecah rekod filem The Dark Knight yang mencatat kutipan tertinggi minggu kedua sepanjang masa.

Penurunan juga berlaku pada minggu ketiga sebanyak 9.4 peratus kepada AS$68.5 juta (RM233 juta) untuk pasaran AS. Namun, ia sudah cukup baik untuk mengalahkan filem Spider-Man yang memegang takhta itu sejak tahun 2002 untuk kutipan tertinggi pada minggu ketiga tayangan.

JAMES diapit dua pelakon utama Titanic, Kate Winslet (kiri) dan Leonardo DiCaprio.


Pada minggu keempat, Avatar terus menyinar dengan catatan baru box-office AS. Menjana AS$50.3 juta (RM171 juta), ia telah mengalahkan rekod Titanic yang sebelum ini mengumpul AS$28.7 juta (RM97.5 juta). Maka, melihat kutipan yang diperolehi, tidak hairan jika Avatar menjadi filem pertama yang paling banyak menduduki tangga tertinggi sejak The Sixth Sense (1999).

"Kutipan pembukaan minggu pertama tidak akan menjanjikan kejayaan sesebuah filem. Ia tidak akan memberitahu bagaimana penerimaan orang ramai terhadap filem tersebut. Contohnya seperti filem Titanic.

"Ia hanya menerima AS$28.6 juta (RM97.2 juta) di AS pada Disember 1997. Namun, Titanic berjaya mencatat kutipan sebegitu kerana penonton wanita. Mereka memberi respons kepada cerita cinta beremosi.

"Reaksi kumpulan penonton pertama itu penting kerana mereka akan mempengaruhi kutipan filem itu seterusnya. Bagi saya Avatar merupakan satu eksperimen," kata James.

Format 3D
Eksperimen James barangkali mencatatkan keputusan positif apabila ramai yang menyaksikan produknya itu merupakan mereka penonton kali kedua atau ketiga. Tidak dinafikan kebanyakan keuntungan dijana kerana ramai yang kembali untuk menyaksikan versi 3D filem itu.

Sebanyak 178 pawagam format 3D dibuka di AS dan 58 di negara lain. Menariknya, sebanyak 25 lagi pawagam 3D dibuka di seluruh dunia yang menjadikan 261 pawagam secara keseluruhan. Itu merupakan angka terbesar yang pernah dicapai oleh sesebuah filem. Rekod sebelum itu oleh filem Harry Potter and the Half-Blood Prince dengan 231 pawagam 3D di seluruh dunia.

Pada hari kelima tayangan, Avatar mengutip AS$232 juta (RM788 juta) di seluruh dunia. Ia merupakan angka terbesar bagi sebuah filem yang bukan francais atau sekuel. China juga menjadi lokasi Avatar memecah rekod apabila filem itu mencatat kutipan tertinggi pada tayangan hari dan minggu pertama sepanjang masa.

"Kita sedang menyaksikan catatan sejarah box-office. Semua rekod besar telah diatasi dan banyak lagi rekod baru sedang dicipta. Avatar sedang mendominasi pawagam dan tiada filem yang boleh bersaingan dengannya. Ia dihasilkan untuk memecah semua rekod," kata Penganalisis Box-Office Hollywood.com, Paul Dergarabedian.

Read More......

Pelakon 90-an, Liana Sulaiman Meninggal Dunia



LIANA ketika aktif dalam karier seni sebagai pelakon drama tahun 1990-an.



IPOH - Pelakon drama, Liana Sulaimanmeninggal dunia akibat penyakit batuk kering di rumah keluarganya di Taman Pangkalan Barat Mewah, Pasir Puteh di sini semalam.

Liana, 34, yang juga adik kepada artis yang kini bergelar ahli perniagaan, Zarina Zainuddin meninggal dunia setelah terjatuh di dalam bilik air pada pukul 10 pagi.

Adik Liana, Hisham Lee, 30, berkata, Liana atau nama sebenarnya, Norliana Sulaiman yang menderita penyakit batuk kering setahun lalu pulang ke rumah keluarganya dua minggu lalu untuk mendapatkan rawatan susulan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini.

Read More......

Hujan Sedih, Alyah Terkejut Dikaitkan Dengan ‘Freemason’


EKORAN dikait mengamalkan unsur ‘Freemason’ dan ‘Illuminati’ semasa membuat persembahan di Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-24 baru-baru ini, dua finalis Alyah dan band Hujan memberikan pandangan mereka.

Salah seorang anggota Hujan, Hang Dimas berkata mereka sedih dengan dakwaan itu manakala Alyah akui terkejut.

“Kami sedih apabila perkara itu menjadi isu. Ada ke patut orang fikir macam ni dengan mencari hubungkait dan membuat andaian.

“Konsep hitam dan putih memang idea daripada Hujan. Sebelum membuat persembahan, kami kena present idea kepada team produksi TV3.

“Ia melibatkan bahagian teknikal. Jadi, takkan 14 artis plan untuk perkara ini. Kami juga tidak dieksploitasi oleh pihak produksi,” katanya yang mendapat tahu perkara itu menerusi sebuah blog.

Persembahan Hujan menerusi lagu Aku Skandal itu didakwa mempunyai unsur ‘Freemason’ apabila Hujan menggunakan tali pemegang gitar yang mirip kepada The Master Carpet, turut dikenali sebagai Checkered Floor yang digunakan dalam upacara tertentu oleh gerakan Freemason yang bertentangan dengan agama Islam.

Dimas berkata, dia turut terkejut dengan pendedahan dalam blog itu dan menjadi isu besar.

Dia berpendapat, blogger itu boleh menulis dan berkata apa-apa sahaja. Walaupun kesal dituduh mengamalkan unsur ‘Freemason’, Hujan hanya tergelak saat diajukan persoalan itu.

Sementara itu, Alyah yang mempertaruhkan lagu Tak Mungkin Kerana Sayang berkata konsep persembahannya pada malam itu dipengaruhi oleh klip video lagu itu.

“Saya menggunakan konsep ‘muzik elektrik’ dengan mengubah dari klip video kepada persembahan pentas.

“Ikutkan sofa dalam klip video itu berwarna merah dan baju saya berwarna hitam. Tetapi untuk persembahan itu saya ubah kepada sofa putih yang mendapat sponsor.

“Disebabkan saya nak nampak berlainan daripada penari, jadi sebab itu saya memilih baju berwarna merah,” beritahu Alyah ketika dihubungi mStar Online.

Menurut Alyah, dia tidak pernah terfikir tentang ‘Lady In Red’ atau syaitan yang dikaitkan dengan unsur ‘Freemason’.

Dia hanya memilih pakaian berwarna merah rekaan Arma Abdul Rahman itu disebabkan menyukai warna itu.

“Saya pernah dengar yang ‘Lady In Red’ merupakan perantaraan syaitan dan manusia. Tetapi saya memilih pakaian itu tanpa mempunyai maksud terselindung seperti yang orang katakan pakaian itu melambangkan dajal.

“Saya pun baru tahu tentang perkara ini apabila penyanyi Imran Ajmain bertanya kepada saya semasa melakukan promo untuk Konsert Hot FM Big Jam tadi (semalam). Dia hanya menegur saya secara baik,” ujarnya lagi.

Walaupun begitu, Alyah berkata dia tidak akan serik untuk memakai baju berwarna merah lagi untuk melakukan persembahannya.

“Saya memilih pakaian warna merah dengan niat untuk membuat persembahan dan berfesyen. Bukan saya berniat menjadi perantaraan dengan syaitan,” tuturnya.

Tambah Alyah: “Kadangkala perkara ini mempunyai positif dan negatif. Dalam kes ini baru saya tahu yang ia hanya kebetulan dan yang penting saya tak pernah rancang. Sekurang-kurangnya, ia juga telah mengingatkan saya.

“Saya terima perkara ini secara positif dan setinggi mana pun muzik itu, saya perlu berbalik pada asal (agama).

“Saya bimbang juga jika hal ini dibangkitkan dan menimbulkan pergaduhan antara masyarakat Islam.
“Saya berterima kasih kepada pihak yang mendedahkan perkara ini namun diharapkan ia tidak diperbesarkan,” jelas Aliyah.

Dakwaan ini tercetus ekoran pendedahan yang dibuat dalam blog milik seorang pelajar Malaysia yang sedang menuntut di Jordan, Mohammad Sufian Talib, 22, mengenai unsur-unsur negatif yang ditemui sepanjang majlis itu berlangsung pada 10 Januari lalu di Stadium Putra Bukit Jalil.

Blog jejakitinggalanrasul.blogspot.com itu menunjukkan bukti-bukti gambar gerakan Freemason dan Illuminati yang dikatakan banyak mempunyai persamaan dengan set pentas program yang ditonton oleh 4.6 juta penonton itu.

Menurut sebuah akhbar, Freemason dan Illuminati adalah pertubuhan rahsia ke arah pembentukan New World Order dan mereka bergerak untuk mengawal dunia secara keseluruhan.
Antara yang mirip kepada lambang yang terdapat pada logo Freemason adalah set pentas ketika persembahan Datuk Siti Nurhaliza.

Namun begitu, cubaan mendapatkan komen Siti gagal apabila pengurusnya, Rozi Abdul Razak berkata dia dikhabarkan sedang berada di luar negara.

Sufian juga berkata: “Yang kedua, anda juga mungkin dapat lihat apa persamaan penari-penari ini dengan salah satu dari kerabat-kerabat firaun yang dipercayai oleh mereka mempunyai suatu yang berkuasa?

“Yang ketiga, Alyah yang merupakan finalis AJL 24 mengenakan gaun merah ala-ala ‘Lady In Red’ yang merupakan simbolik yang digunakan dalam menjayakan organisasi ini serta bagaimana mesej bawah sedar digunakan seperti yang dipertontonkan dalam filem Devil’s Advocate, The Matrix dan dokumentari The Arrivals bahagian 13.

“Anda mungkin tahu mengenai The Master Carpet, turut dikenali sebagai Checkered Floor yang digunakan dalam upacara tertentu oleh gerakan Freemason yang bertentangan dengan agama Islam.”
Sufian yang mewakili kumpulan pengkaji daripada gabungan Jejaki Tinggalan Rasul (JTR), Free Our Mind (FOM) dan Nur Toharah (NT) mengulas persamaan yang ditonjolkan oleh ramai pemain gitar seperti band Hujan dan Bunkface yang menggunakan tali pemegang gitar yang mirip kepada The Master Carpet.

Read More......

Funniest and Wierdest Tattoos

Funniest and Wierdest Tattoos @ STRANGE WORLD

Funniest and Wierdest Tattoos @ STRANGE WORLD

Funniest and Wierdest Tattoos @ STRANGE WORLD

Funniest and Wierdest Tattoos @ STRANGE WORLD

Funniest and Wierdest Tattoos @ STRANGE WORLD

Funniest and Wierdest Tattoos @ STRANGE WORLD

Funniest and Wierdest Tattoos @ STRANGE WORLD

Funniest and Wierdest Tattoos @ STRANGE WORLD


Read More......

Ku Li berkata - Mustapa Mohamed sebagai pengampu manakala Utusan pula akhbar dongeng



KOTA BARU, Jan 28 — Sambil menegaskan kehadirannya pada sesi penerangan malam ini mendapat perkenan Istana Kelantan, Tengku Razaleigh Hamzah (gambar) berkata, negeri itu berhak menerima royalti petroleum lima peratus.

“Saya maklum kepada tuanku perkara ini, tuanku perkenan. Pemangku Raja kata bagus tok li, bagus,” kata beliau pada program penerangan isu tuntutan royalti di sini.

Justeru Pengasas Petronas itu mengesahkan Kelantan berhak menerima bayaran wang royalti sebanyak lima peratus.

Pada masa yang sama Tengku Razaleigh juga berkata beliau tidak mempedulikan apa jua tomahan orang berhubung kehadirannya malam ini.
“Kalau ada orang kata, jawapan saya, peduli apa...,” kata beliau sambil menambah, kehadirannya adalah demi rakyat.

Pada sidang media, Tengku Razaleigh menyifatkan Pengerusi Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed sebagai pengampu manakala Utusan pula akhbar dongeng.

“Jangan sebut nama itu depan saya. Mustapa pengampu Utusan dongeng,” katanya diminta mengulas kenyataan Mustapa bahawa kerajaan pusat hanya akan bayar wang ihsan pada kerajaan negeri.

Ditanya konflik antara wang ihsan dan royalti beliau berkata, “royalti bukan wang ihsan, wang ihsan bukan royalti.”

Bagaimanapun beliau menyerahkan kepada kerajaan negeri untuk menolak atau menerima bayaran royalti atau wang ehsan.

Terdahulu Tengku Razaleigh tiba di Stadium Sultan Mohd IV di sini kira-kira 9.30 malam tadi dengan diarak 50 beca sebagai simbolik 'usaha' kerajaan negeri itu membawa pertikaian bayaran royalti.

Kehadiran beliau untuk memberi penerangan mengenai isu berkenaan diiringi oleh Exco Kerajaan Negeri Datuk Husam Musa.

Difahamkan iringan beca adalah kehendak penarik beca Kelantan sendiri untuk membawa Tengku Razaleigh sebagai tanda sokongan penerangan beliau terhadap tuntutan royalti negeri.

Menjelang program penerangan isu tuntutan royalti malam ini, Stadium Sultan Mohd IV mula dibanjiri orang ramai sejak pukul 6 petang tadi.
Tengku Razaleigh akan berucap memberi penerangan mengenai isu itu.

Pengerusi bersama program Gegar ini, Dr Abdul Halim Yusof menjangkakan tidak kurang 50,000 orang akan mengikuti program tersebut.

“Tengok pada keadaan sekarang saya rasa lebih dari 50,000 akan hadir,” kata beliau ketika ditemui di kawasan stadium kira-kira 6.30 petang tadi.
Difahamkan program akan dimulakan dengan solat maghrib berjemaah, solat hajat dan kuliah royalti.

Kira-kira 7 petang tadi, Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hadir dengan diiringi timbalannya dan exco-exco kerajaan, wakil rakyat serta pegawai kerajaan negeri.

Read More......

Disaat-saat ditelan tanah

Sebagai peringatan kita semua..hidup di dunia hanya sementara, mati itu adalah pasti. Dari alam roh, alam perut ibu, alam dunia,alam kubur dan akhirnya ke alam yang sepatutnya kita sasarkan Alam Akhirat.











Read More......

Wednesday, January 27, 2010

World's Highest "Open Air" Escalator


The Umeda Sky Building is the seventh-tallest building in Osaka City, Japan, and one of the city's most recognizable landmarks. It consists of two 40-story towers that connect at their two uppermost stories, with bridges and an escalator crossing the wide atrium-like space in the center. The escalator ride is an event in itself as it feels like you are floating up into the sky. They lead to the observation area of the twin towers.

Located in the Umeda district of Kita-ku, the building was originally conceived in 1988 as the "City of Air" project, which planned to create four interconnected towers in northern Osaka. Eventually, practical considerations brought the number of towers down to two.

Escalator

Escalator

Escalator

Escalator

Escalator

Escalator

Escalator






Read More......

Wanita bertudung mencuri ketika azan

Wanita bertudung atau tidak, cantik atau tidak cantik manusia biasa jer. Tudung tidak melambangkan wanita itu bersifat mulia. Bertudung adalah wajib kepada wanita Islam bukan melambangkan keperibadian sebenar. Begitu juga dengan lelaki, berketayap dan berstatus haji tidak semuanya baik .

Bukan tak biasa kita dengar orang yang berjawatan dalam agama melakukan penyelewengan. Apa yang penting adalah iman dan tahan dengan godaan syaitan. Kata orang kalau lagi tinggi darjat agama seseorang Muslim itu, syaitan yang menggodanya pun yang berpangkat juga.
 Wanita bertudung pink dalam gambar ini memasuki kedai menjual barang kemas bersama seorang kanak-kanak perempuan.


 

Ketika jurujual sedang leka mencari barang kemas yang dimintanya, dia mencuri sampul surat yang dipercayai berisi wang.


 

Pada waktu dia melakukan perbuatan terkutuk itu, azan sedang dikumandangkan. Untuk melihat rakaman CCTV boleh lihat video di bawah
Nota: Ingatlah! CCTV Allah sentiasa merakam-catatkan setiap perbuatan kita di dunia ini dan takutlah kepada azabNya yang Maha Dahsyat.

Read More......

'Pretty Woman' Ada Efek Mendalam Dalam Hidup Julia Roberts

Julia tidak dapat lupakan kenangan berlakon di dalam filem 'Pretty Woman'
AKTRES terkenal Hollywood actress Julia Roberts mengaku filem romantik komedi, Pretty Woman, yang dilakon pada 1990 mempunyai efek yang begitu mendalam di dalam karier dan hidupnya.
Kata Julia, filem itu berjaya membuat dia menjadi seorang bintang terkenal.

Menurut Julia, filem itu begitu sentimental kerana ia membuat seluruh perspektifnya tentang kehidupan bertukar sekelip mata.

Bagi aktres berusia 42 tahun ini, filem itu mendapat tempat yang paling istimewa di dalam hatinya.

"'Pretty Woman' memberi efek yang berlainan sekali dalam hidup saya. Saya amat sayang filem itu. Tapi jika anda suruh saya pilih filem lakonan mana yang paling saya suka, itu amat sukar.

"Ia seperti menyuruh saya memilih kawan mana yang paling saya suka dan itu amat sukar dilakukan," kata Julia.

Di dalam filem itu, Julia bersama bintang utama Richard Gere telah melonjak kutipan filem itu hingga mencecah lebih USD 460 juta di box office.


Julia mengaku, di usia yang tak lagi muda, menjadi model Lancome bagaikan mimpi menjadi kenyataan
 
BUKAN sahaja jelita dan berbakat sebagai pelakon, aktres terkenal Julia Roberts juga mempunyai daya penarik di dunia fesyen.

Jenama kosmetik terkenal Lancome sudah pun melamar bintang filem 'Eat, Pray, Love' itu sebagai wajah baru kosmetik tersebut.

Ternyata lamaran ini begotu didambakan oleh foto model berusia 42 tahun ini.
Julia mengaku, di usia yang tak lagi muda, menjadi model Lancome bagaikan mimpi menjadi kenyataan.

"Inilah impian setiap wanita. Berumur 42 tahun, memiliki tiga anak dan bekerja. Ia satu penghormatan bila diminta menjadi model," jelas Julia ketika ditemuramah baru-baru ini.

Menjadi model kosmetik ternama juga membuat Julia mengubah gaya hidupnya. Jika dulu, dia ia tak berapa peduli dengan kesihatan kulitnya, namun kini berbeza.

"Sekarang saya harus tampil lebih berseri dan mencuci wajahku setiap saat," kata Julia.

Read More......

Prosiding Tuntutan Bekas Isteri Hattan Ditangguh 15 Mac

Hattan ketika hadir di mahkamah semalam.

PETALING JAYA: Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam menetapkan sebutan semula kes prosiding tuntutan edah dan mutaah bekas isteri penyanyi Hattan atau nama sebenarnya Mohd Shukri Shahabuddin, 46, pada 15 Mac.

Hakim Syarie Ghazali Ahmad membuat keputusan itu selepas mendengar penghujahan peguam kedua-dua pihak plaintif dan defendan.

Beliau menangguhkan prosiding petang semalam bagi mendapatkan pengesahan Jabatan Insolvensi bahawa bekas isteri Hattan iaitu Arianie Mohd. Abdidin, 39, dibenarkan diwakili peguam dalam kes itu.

Menurutnya, ia juga untuk membolehkan kehadiran pegawai jabatan itu memberikan kenyataan berhubung status bankrap Arianie yang juga seorang pramugari termasuk tarikh dia diisytiharkan muflis.

Hattan yang sebelum ini tidak hadir pada prosiding berpenampilan kemas berkot berwarna perang, bersongkok dan bercermin mata gelap diwakili dua peguam iaitu Roshdan Sujak Rafie dan Mohd. Faiz Adnan.

Arianie yang berbaju kurung kuning dan bertudung hitam pula diwakili Peguam Syarie, Harziah Othman.

Sepanjang prosiding, penyanyi berkenaan dilihat kerap memandang ke arah bekas isterinya.
Harziah yang ditemui kemudian berkata, pegawai insolvensi terbabit akan mengesahkan sama ada beliau dibenarkan mewakili anak guamnya atau tidak.

Arianie memfailkan permohonan pengesahan perceraian yang dibuat oleh bekas suaminya itu pada 4 Januari 2005.

"Ini kerana bila dia kena arahan bankrap, dia kena mendapatkan pelepasan. Yang dia dapat pelepasan hanya untuk tujuan bekerja bukan prosiding mahkamah, maknanya dia nak diwakili oleh peguam mesti ada (surat pelepasan)," ujarnya.

Sementara itu, Mohd. Faiz mempersoalkan rasional kes tuntutan tersebut tertangguh sejak sekian lama ekoran urusan dengan Jabatan Insolvensi itu.

"Sepatutnya ia telah berjalan lama. Kenapa anak guam kami (Hattan) disusahkan dengan tarikh yang begitu lama. Ia menjejaskan anak guam kami. Keduanya, kita berharap isu berkaitan insolvensi ini dipermudahkan.

"Kalau sekiranya pegawai Jabatan Insolvensi tak perlu datang, tapi prosiding boleh dijalankan menerusi surat rasmi," jelasnya.

Hattan dan Arianie mendirikan rumah tangga pada 17 Disember 1996.

Hattan melafazkan lafaz cerai talak satu terhadap Arianie di kediaman mereka di No. 29, Tropicana Golf and Country Resort pada 31 Disember 2004.

Pada 4 Januari 2005, Arianie memfailkan permohonan pengesahan perceraian yang dibuat oleh bekas suaminya itu.

Pada 10 Mac 2005, Hattan secara rasmi melafazkan cerai talak satu terhadap isterinya di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya.

Hasil perkongsian hidup selama lapan tahun, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Adam Eiman, 12.

Arianie mendakwa dia tidak pernah menerima edah dan mutaah daripada bekas suaminya sejak mereka bercerai.

Read More......

Keputusan Faraq Perkahwinan Raisuddin Ditangguh 30 Mac


SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi Syariah, hari ini menangguhkan keputusan kes permohonan Suberi Abdullah untuk memfaraqkan perkahwinan anaknya (membubarkan perkahwinan), Siti Fatimah Suberi bersama pelakon dan penyanyi veteran Raisuddin Hamzah di Songkhla, Thailand dua tahun lalu.
Hakim Syarie, Abu Zaky Mohammad menunda kepada tarikh 30 Mac ini bagi membuat keputusan tersebut.

Pada 21 Disember lalu, pasangan itu telah diperintah oleh Mahkamah supaya tinggal berasingan sehingga pernikahan mereka disah dan didaftarkan.

Permohonan pengesahan pernikahan yang dibuat Raisuddin dan Siti Fatimah di Mahkamah Tinggi akan mula dibicarakan pada 10 Februari depan.

Sementara itu di luar mahkamah, Suberi yang berang dengan tindakan jurugambar merakam gambarnya telah bertindak ganas dengan menumbuk salah seorang jurugambar dan membaling kerusi ke arah media yang sedang mengejarnya.

Peguam Syarie, Roshdan Sujak Rafie memberitahu anak guamnya mungkin tertekan dengan kehadiran media.

"Dia tidak biasa dengan media, mungkin dia tertekan apabila berhadapan dengan publisiti. Saya dah minta dia supaya mengawal emosi apabila berhadapan dengan media," katanya.

Sementara itu, Siti Fatimah dan Raisuddin yang diwakili peguam syarie, Norazmi Mohd Arif enggan memberikan sebarang komen ketika diminta mengulas perkara itu.

Malah, mereka juga dilihat langsung tidak bertegur sapa dengan bapanya, Suberi, sepanjang berada di mahkamah.

Pernikahan Raisuddin dan Siti Fatimah di Songkhla, Thailand pada 2 Januari 2007 menimbulkan kontroversi apabila bapa Siti Fatimah memfailkan permohonan untuk memfaraqkan di Mahkamah Tinggi Syariah dekat sini.

Suberi membuat permohonan itu dengan alasan Siti Fatimah bermastautin di Selangor dan dia sebagai wali mujbir (orang yang paling bertanggungjawab terhadap anaknya) langsung tidak dimaklumkan tentang perkahwinan itu.

Sehubungan itu, Raisuddin dan isteri keduanya itu memfailkan permohonan untuk mengesahkan pernikahan mereka di mahkamah sama.

Pada 4 September lalu, isteri pertama Raisuddin, Noor A'ini Mohamad, 52, menyatakan persetujuan terhadap perkahwinan poligami suaminya yang juga bapa kepada penyanyi popular, Siti Sarah dengan isteri kedua, Siti Fatimah pada prosiding sebutan kes pengesahan dan pendaftaran poligami di Mahkamah Tinggi Syariah di sini.

Read More......

Isteri lawat Woods di klinik seks


HATTIESBURG - Elin Nordegren dilaporkan melawat suaminya iaitu bintang golf No. 1 dunia Tiger Woods di sebuah klinik pemulihan ketagihan seks di sini, lapor beberapa buah akhbar semalam.

Beberapa laporan menyebut bahawa Elin, 29, melawat Woods, 34 yang menjalani rawatan ketagihan seks di klini, Gentle Path di negeri Mississippi, Amerika Syarikat (AS) pada minggu lalu.

Wanita itu kembali ke kediaman mereka di Orlando, Florida lewat Ahad lepas dengan menaiki sebuah jet peribadi selepas beberapa hari bersama suaminya.

Dia dilaporkan turut mempunyai peranan bagi rawatan pemulihan suaminya.

"Kedua-duanya mahu menyelamatkan perkahwinan mereka. Elin meluangkan masa selama lima hari untuk bersama suaminya dan sebuah agensi keselamatan diupah untuk mengelak dia diganggu oleh pemberita," kata satu sumber.

"Saudara kembar Elin dan seorang pengasuh menjaga dua anak mereka sepanjang ketiadaan isterinya," tambah sumber berkenaan.

Jika laporan itu benar, ia memberi tamparan hebat kepada perempuan simpanan nombor satu Woods iaitu Rachel Uchitel yang sebelum ini mengimpikan kehidupan bersama bintang sukan itu.

Pada tahun lalu, akhbar-akhbar di AS dan Barat membongkar skandal seks Woods yang dilabel sebagai ahli sukan terkaya di dunia.

Setakat ini sebanyak 19 perempuan simpanan telah didedahkan oleh media Barat. - Agensi

Read More......

Dua pegawai istana dakwa kenyataan tidak fitnah

http://t0.gstatic.com/images?q=tbn:xQEg73fQyrhZhM:http://www.detik.com/images/content/2009/04/20/10/manodalam.jpg


KUALA LUMPUR 26 Jan. - Dua pegawai istana Kelantan yang disaman oleh Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra mendakwa kenyataan akhbar yang dikeluarkan mereka berhubung masalah perkahwinan beliau dengan Manohara Odelia Pinot, tidak memfitnah Tengku Temenggong Kelantan itu.

Kedua-dua mereka yang dinamakan sebagai defendan dalam saman itu turut mendakwa Tengku Muhammad Fakhry selaku plaintif telah gagal memenuhi keperluan mandatori bagi memulakan tuntutan saman fitnah tersebut.

Pegawai Tadbir (Pentadbiran) Pejabat Sultan Kelantan, Nik Mahmud Nik Jaafar dan Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad menyatakan demikian dalam afidavit sokongan terhadap permohonan mereka untuk membatalkan saman plaintif.

Permohonan tersebut difailkan melalui Penasihat Undang-Undang Negeri Kelantan di Mahkamah Tinggi di sini pada 18 November tahun lalu.

Permohonan defendan tersebut dijadualkan didengar oleh Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Datin Zabariah Mohd. Yusof pada 25 Mac ini.

Tarikh tersebut ditetapkan oleh Timbalan Pendaftar, Nazri Ismail ketika pengurusan kes berkenaan di hadapannya hari ini.

Dalam permohonan mereka, pihak defendan juga memohon supaya pernyataan tuntutan bertarikh 10 Ogos tahun lalu dibatalkan kerana ia tidak munasabah, mengaibkan, remeh, menyusahkan dan penyalahgunaan proses mahkamah.

Kedua-duanya mendakwa mereka tidak pernah mengadakan sidang akhbar dengan dihadiri wakil media cetak dan elektronik untuk mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung plaintif.

Dakwa defendan lagi, mereka tidak pernah melafazkan sebarang perkataan palsu atau berniat jahat yang bersifat umpatan atau memfitnah plaintif yang telah diterbitkan semula dalam media elektronik.

Defendan disaman oleh plaintif ekoran satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh mereka pada 15 Jun tahun lalu berhubung kemelut perkahwinan Tengku Muhammad Fakhry dengan Manohara yang juga seorang model dari Indonesia.

Plaintif mendakwa kenyataan yang ditandatangani oleh Abdul Halim itu menyatakan, Sultan Kelantan dan istana tidak seharusnya diheret ke dalam krisis perkahwinan yang membabitkan pasangan terbabit.

Defendan dalam pernyataan pembelaan bertarikh 11 September lalu mendakwa, kenyataan akhbar berhubung pertelingkahan antara Tengku Temenggong Kelantan dan isterinya yang dikeluarkan itu adalah suatu 'keistimewaan yang melayakkan'.

Mereka juga mendakwa sekadar bertindak mengikut tanggungjawab masing-masing dalam hal ehwal istana atas arahan Pemangku Raja Kelantan.

Read More......

Tuesday, January 26, 2010

Umat Islam dari seluruh dunia

Islam adalah agama yang mempunyai pengganut terbesar di dunia, walau pun pelnagai propaganda dibuat oleh orang-orang Barat dan Yahudi. Bayangkan kalau umat Islam semua bersatu tentulah Islam akan menguasai bidang ekonomi,pendidikan, ilmu dan sebagainya. Inilhh yang ditakuti oleh orang Yahudi.

Isu hangat pembinaan tembok besi oleh kerajaan Mesir di sempadan Gaza menunjukkan betapa teruknya perpecahan di kalangan umat Islam kerana tunduk dengan desakan Amerika.
Hanya ada satu cara sahaja iaitu jika orang Islam mengamalkan suruhanNya dan meninggalkan apa yang dilarang.

Canadian Muslims
Muslims from various part of the world
British Muslims
Muslims from various part of the world
Muslims from various part of the world
Muslims from various part of the world
Russian Muslims
Muslims from various part of the world
Spanish Muslims
Muslims from various part of the world
Italian Muslims
Muslims from various part of the world
Muslims from various part of the world
Chinese Muslims
Muslims from various part of the world
SriLankan Muslims Pray for Tsunami Victims
Muslims from various part of the world
Austrian Muslims
Muslims from various part of the world
Australian Muslims
Muslims from various part of the world
South Korean Muslims
Muslims from various part of the world
Pakistan Muslims
Muslims from various part of the world
Indian Muslims
Muslims from various part of the world
Indonesian Muslims

Read More......

Linkwith

Related Posts with Thumbnails