xSAM Chat


ShoutMix chat widget

Tuesday, October 26, 2010

Rahsia P.Ramlee Buka Kedai Mahjung

KUALA LUMPUR: Pengarah tersohor, Datin Paduka Shuhaimi Baba bakal membuka rahsia mengenai seniman agung Allahyarham Tan Sri P.Ramlee menerusi dokumentari khas berjudul P.Ramlee.

Dokumentari itu akan disiarkan menerusi saluran History (Saluran Astro 555), pada 30 Oktober ini, pukul 9 malam.

Menurut Shuhaimi, P.Ramlee terpaksa melalui perjalanan yang agak sukar termasuklah membuka sebuah kedai mahjung bagi membiayai kos filemnya kerana tidak mendapat bantuan kewangan daripada pihak bank.

"Ini adalah cerita benar, beliau terpaksa membuka kedai mahjung untuk cari duit buat filem. Bukan tujuan kami menceritakan perkara buruk, tetapi kami menyingkap dan beri teladan daripada perjalanan hidup anak seni ini.

"Kita menyanjung dan mengagumi P.Ramlee selepas ketiadaannya, tetapi kita tidak tahu bagaimana perjalanan hidup dan susah payah yang dilalui selama ini," katanya ketika ditemui pada pelancaran dokumentari P.Ramlee baru-baru ini.

Menurutnya, dilema yang dihadapi P.Ramlee dalam memperjuangkan industri perfileman tempatan menjadi rujukan kepada pengarah-pengarah hari ini.

http://www.p-ramlee.com/p-ramlee/images2/ramlee2.jpg
“P.Ramlee telah mendahului zamannya. Sebagai pengarah, saya sendiri melalui apa yang P.Ramlee telah lalui pada eranya. Apa yang saya lihat masalah dan delima yang dihadapi membuka mata banyak pihak.

“Dalam dokumentari ini, kami tidak dibenarkan membuat lakonan semula. Jadi semua penggambaran atau lakonan merupakan video asli. Ia bukan sesuatu yang mudah kerana terdapat video yang terpaksa dicuci terlebih dahulu disebabkan terlalu lama disimpan,” ujarnya.

Dokumentari 90 minit yang diterbitkan oleh Pesona Pictures itu dihasilkan dengan kerjasama antara AETN All Asia Networks yang mengendalikan saluran HISTORY di Malaysia dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

Dalam pada itu, pelakon veteran, Datuk Aziz Satar mengakui berasa sedih dan sebak setiap kali menonton filem-filem lakonan dan arahan rakan seperjuangannya bintang legenda itu.

Kata Aziz, dia terkenang pahit maung dan kekecewaan yang dilalui oleh seniman agung itu ketika di penghujung hayatnya.

"Setiap kali saya melihat gelagatnya di televisyen, air mata pasti mengalir. Secara tidak langsung ia mengingatkan saya kenangan bersama-sama dengannya.

"Ramai yang ketawa, gembira melihat cerita komedinya tapi mereka tidak tahu bagaimana perjalanan hidupnya untuk memperjuangkan industri ini," ujarnya

Tambah Aziz, beberapa hari sebelum meninggal dunia, P.Ramlee meluahkan perasaan kecewa bukan sahaja kerana sudah tidak dihargai malah dia sedih apabila tidak diberi peluang untuk berkarya.

"Dua, tiga hari sebelum meninggal dia mengajak saya ke Ipoh menaiki kereta api. Sepanjang perjalanan dia meluahkan perasaan sedih dan kecewa apabila tidak dihargai lagi.

"Dia juga mengadu bahawa masyarakat dan orang dalam industri sudah tidak mahu membantunya. Dia tersepit apabila tidak mempunyai modal untuk menerbitkan filemnya," kata Aziz.

Dalam pada itu, beliau menganggap P.Ramlee seorang yang jujur dalam berkarya. Malah memberi peluang kepada semua pelakon-pelakonnya untuk memberi idea sendiri.

"Dia tidak pernah menolak idea kami. Dia mengaku bahawa dia bukan seorang pelawak, dan minta idea saya dan Sudin (S.Shamsuddin) untuk menjadikan cerita tersebut lebih kelakar," ujarnya yang sedang menyiapkan sebuah buku biografi Tan Sri P.Ramlee Legenda.

Dalam pada itu, Seniwati Mariani Ismail yang mengaku pernah menjalinkan hubungan cinta dengan adik iparnya itu menyifatkan P.Ramlee seorang yang romantik.

"Sebelum dia berkahwin dengan adik saya, Saloma, kami memang pernah menjalinkan hubungan cinta. Tapi disebabkan adik saya juga mencintai P.Ramlee saya ambil keputusan untuk undur diri.

"Biarpun sekejap, saya faham sangat dengan perangai dia yang penyayang dan romantik. Dia tidak suka orang yang dia sayang bekerja kuat dan berasa susah," katanya.

Mariani menganggap dokumentari istimewa ini membuka mata banyak pihak terhadap perjuangan seorang seniman yang kecewa di akhir hidupnya. Secara tidak langsung memberi teladan kepada pengarah dan pelakon-pelakon zaman ini.

Read More......

Amy Search & Ella Minta Maaf, Gagal Nyanyi Lagu P.Ramlee

                        Amy menyampaikan lagu 'Azizah' dan 'Jangan Tinggal Daku' semasa Konsert Penghargaan P.Ramlee di Auditorium DBKL, Ahad.
 
KUALA LUMPUR: Penyanyi rock tersohor, Amy Search meminta maaf kepada penonton ekoran gagal menyanyikan lagu ‘Azizah’ dengan baik semasa rakaman Konsert Penghargaan P.Ramlee di Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di sini, Ahad.

Setelah dua kali terpaksa mengulang semula nyanyian lagu popular Allahyarham Tan Sri P.Ramlee itu, akhirnya Amy bersuara memohon maaf dan mengaku perkara tersebut berlaku disebabkan dia baru membuat latihan pada pagi hari konsert itu.

“Saya minta maaf kepada semua kerana tak dapat menyanyi dengan baik. Semalam saya sibuk dengan konsert di Esplanade, Singapura dan baru membuat latihan pada pagi tadi,” katanya di atas pentas.

Sambil diiringi band orkestra DBKL yang dipimpin oleh pengarah muzik Mirza Abdullah, selain lagu ‘Azizah’, Amy turut menyanyikan lagu ‘Jangan Tinggal Daku’.

Bagaimanapun, sebelum itu, seorang lagi penyanyi rock, Ella turut melakukan kesilapan sehingga terpaksa mengulang nyanyian sebanyak tiga kali ketika menyampaikan lagu ‘Bunga Melur’.

Dia juga memohon maaf atas perkara yang berlaku kerana dia bukan sahaja menyusahkan banyak pihak malah turut menyebabkan waktu rakaman menjadi lebih panjang.

                                        Salih Yaacob dan Nora Danish semasa persembahan lagu 'Madu Tiga'.
 
Berlainan dengan Amy, difahamkan Ella lebih banyak menghadiri latihan yang diaturkan. Mungkin benar seperti katanya, dia gagal melakukan yang terbaik disebabkan baru pertama kali menyanyikan lagu tersebut.
Selain Amy dan Ella, terdapat 17 artis terkenal yang turut mewarnai konsert sempena kempen ‘Di Mana Kan Kucari Ganti? Seniman Agung P.Ramlee’ itu.

Mereka adalah Misha Omar, Meet Uncle Hussain, Hujan, Haziq, Datuk Sharifah Aini, M. Nasir, Ning Baizura, Yuna, Altimet, Aizat, Vince, Jaclyn Victor, Najua Nadia Nasir (cucu P.Ramlee), Salih Yaacob, Rosnah Mat Aris, Nora Danish dan Rozita Che Wan.

Antara lagu-lagu yang turut dipersembahkan termasuklah Getaran Jiwa, Tunggu Sekejap, Malam Bulan Di Pagar Bintang, Jeritan Batinku, Engkau Laksana Bulan, Maafkan Kami, dan Ali Baba.

                                             Antara 19 artis yang terlibat dalam konsert mengenang P.Ramlee.

Selain itu lagu-lagu lain seperti Dengar Ini Cerita, Bila Mama Pakai Celana, Yang Mana Satu, Pabila Larut Malam, Semerah Padi, Tari Tualang Tiga dan Di Mana Kan Kucari Ganti.

Konsert yang dibawakan oleh Astro dan DBKL itu akan disiarkan secara serentak di Astro Ria (saluran 104), HISTORY HD (saluran 575) dan PRAMLEE HD (saluran 188) pada 29 Oktober ini, pukul 9.30 malam.

Bagi yang ketinggalan, boleh menonton lagi ulangan konsert itu pada 30 Oktober ini, pukul 7 malam di HISTORY (saluran 555).

Selain itu, paparan dokumentari tentang P.Ramlee yang diarahkan oleh Shuhaimi Baba (Pesona Pictures), akan ditayangkan pada 31 Oktober, pukul 9 malam di saluran yang sama.
Sementara siaran ulangannya pada 1 November, pukul 10 malam, 6 November, pukul 7 malam dan 15 November, pukul 10 malam.

Read More......

Datuk Bandar di Itali sependapat dengan Tuan Guru Nik Aziz



ROMA, (AFP) - Wanita berpakaian sendat atau tersangat singkat di bandar Castellammare di Stabia di Itali selatan harus didenda oleh polis di bawah peraturan-peraturan baru melarang "pakaian yang menjolok mata" yang diluluskan malam Isnin lalu.

Larangan akan merangkumi skirt terlalu pendek, seluar jeans yang terlalu rendah (menampakan pusat) dan potongan leher baju yang terlalu mendedahkan dada bagi tujuan untuk mencegah perilaku anti-sosial, juru bicara dewan bandar memberitahu AFP.

Datuk Bandar Luigi Bobbio dari parti yang berkuasa, Kebebasan Rakyat Itali mempertahankan undang-undang baru tersebut yang mencetuskan protes kecil oleh kumpulan wanita dari parti pembangkang Parti Demokrat yang mengadakan perhimpunan "Hari Mini-skirt" .

"Mini-skirt tidak termasuk dalam larangan tersebut. Mini-skirt tidak dianggap pakaian lucah kecuali kalau begitu kecil dan itu bukan lagi Mini-skirt kerana menonjolkan pakaian dalam,” kata Bobbio.

Beliau mengatakan bahawa larangan tersebut menjadikan Castellammare "bandar yang beradab."

Peraturan baru ini juga melarang menghujat, berjemur di depan umum dan bermain bola sepak di tempat khalayak ramai - hobi yang sangat popular di bandar ini.
Kerajaan Perdana Menteri Silvio Berlusconi telah memberikan Datuk Bandar Itali kuasa yang lebih besar untuk melaksanakan tindakan bagi meningkatkan ketenteraman awam. [sumber]

Alhusseyn : Apa yang sangat menariknya ialah Datuk Bandar Luigi Bobbio itu bukanlah seorang penganut Islam, tetapi beliau berani mengambil langkah tersebut yang sangat bersesuaian dengan kehendak ajaran Islam dalam berpakaian. Malah beliau mengatakan bahawa larangan tersebut bertujuan untuk mencegah perilaku anti-sosial dan menjadikan Castellammare "bandar yang beradab."

Apa yang beliau katakan diatas itu saling tak tumpah sepertimana yang pernah Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat katakan dahulu bahawa pelbagai gejala sosial yang berlaku ketika ini menyebabkan Kelantan memperkenalkan kod etika berpakaian kepada semua premis perniagaan di bawah seliaan Majlis Perbandaran Kota Baharu (MPKB).

Menurut TGNA jalan paling praktikal bagi membendung gejala seperti rogol adalah dengan melaksanakan undang-undang berpakaian menutup aurat dan sopan.

"Sebab itu kalau semua wanita berpakaian menutup aurat dan penuh sopan ini, masalah sosial itu akan berkurangan, InsyaAllah," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Karnival Bulan Membaca Peringkat Negeri Kelantan 2005 di Kota Bharu dulu…[klik sini]

Setiap kebaikan akan tetap diuji.Kritikan-kritikan berhubung isu tetap berlaku.Bukan semua pihak menyokong perkara baik.Jika semua menyokong sudah tentu umat Islam dah berada dalam sebuah negara Islam sejati.

Read More......

Najib: ETP, Lebih banyak kelab malam, spa akan dibina

Pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Ini akan dilaksanakan dengan penubuhan beberapa kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan “mempakejkan” semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP.

Menurut perancangan ETP yang dikeluarkan semalam, ia adalah sebahagian daripada 12 projek permulaan (EPP) yang bertujuan memperkasakan sektor pelancongan agar ketibaan pelancong dapat dipertingkatkan.

Langkah itu dijangka mendapat bantahan golongan konservatif agama yang sebelum ini telah berulang-kali berdemonstrasi membantah kehadiran penghibur antarabangsa. Sasaran terbaru mereka adalah bintang sensasi Amerika - Adam Lambert yang seorang 'gay'.

Satu daripada 12 EPP itu adalah melonggarkan syarat ketat bagi penganjuran konsert dan majlis antarabangsa, yang sekarang ini dikatakan banyak menghindarkan penghibur antarabnagsa ke negara ini.

Mulai suku terakhir 2010, acara antarabangsa yang menampilkan penghibur antarabangsa yang memenuhi tiga kriteria minimum dikecualikan daripada tertakluk kepada syarat-syarat ketat Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal).

Kriteria berkenaan adalah:
  • Penarafan kelas A berasaskan pada kedudukan 100 teratas carta Billboard sejak lima tahun yang lalu;
  • Menarik 2,500 penonton bagi setiap acara; dan
  • Telah membuat pertunjukan di tiga tempat antarabangsa.
Selain mematuhi syarat Puspal, mereka bakal tertakluk kepada “garis panduan yang lebih fleksibel”, pelepasan cukai, perlonggaran daripada imigresen untuk menjadikan Malaysia hub majlis acara antarabangsa.
Untuk meminda garis panduan Puspal, seperti yang dicadangkan, jawatankuasa Puspal akan bekerjasama dengan agensi-agensi lain yang terlibat (majlis tempatan, Jabatan Imigresen, dan Kementerian Kewangan). Kementerian Pelancongan akan memantau dan menjejak proses pelaksanaan.

Jumlah pelaburan yang diperlukan adalah RM467 juta dan akan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan. Kerajaan menjangkakan ia akan memberi pendapatan negara kasar sebanyak RM427 juta dan mewujudkan sebanyak 8,000 peluang pekerjaan

Lebih mengejutkan lagi EPP juga mencadangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020.

Langkah itu akan menyaksikan penubuhan enam kelab malam baru yang mampu menampung kehadiran 900 pengunjung pada hujung minggu menjelang awal 2012. Dua lagi akan beroperasi pada 2013 dan 2014.

"Menjelang 2014, akan terdapat sekurang-kurang 10 kelab malam di zon hiburan. Ini akan menghasilkan impak pendapatan kasar negara RM0.7 bilion dan mewujudknan 5,614 pekerjaan baru menjelang 2020," petik laporan itu.

Bagi mencapai hasrat itu, liberalisasi beberapa peraturan hiburan akan dilaksanakan, termasuk membenarkan pelanjutan had waktu beroperasi bagi pusat hiburan

Kawasan hiburan yang sedia ada dikatakan tidak memadai untuk mencapai pertumbuhan yang diharapkan memandangkan purata kadar penghunian hujung minggu bagi kelab malam di bandar adalah sebanyak 85 hingga 90 peratus.

Menerusi kerjasama dengan Greater KL/KV NKEA, dipersetujui bahawa lokasi berpotensi bagi kawasan hiburan baharu ialah kawasan di sekitar Central Market.
Kawasan ini akan direkabentuk untuk menarik pelancong dengan kemudahan 24 jam, keselamatan awam yang mencukupi, pengangkutan dan infrastruktur, tetapi ia akan kekal terpisah dari kawasan kediaman dan keagamaan.

Read More......

Monday, October 25, 2010

Vatican Tuntut PBB Tamatkan Penjajahan Israel di Palestine

VATICAN - Sekumpulan paderi dari T:imur Tengah yang diundang ke Rome oleh Vatican menuntut Israel menerima usul Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) supaya pendudukan haram rejim itu di atas tanah milik Palestin ditamatkan.

:Paderi itu juga menegaskan Israel tidak boleh menggunakan konsep kitab Injil dengan mendakwa Baitulmaqdis adalah tanah yang dijanjikan Tuhan kepada penganut Yahudi sebagai alasan untuk merampas kota suci itu daripada penduduk Palestin.

"Penggunaan kata-kata Tuhan untuk menghalalkan sesuatu yang tidak adil adalah tidak boleh diterima sama sekali," menurut kumpulan paderi itu.

Menerusi ucapan akhir selepas bermesyuarat selama dua minggu, kumpulan paderi itu turut berharap penyelesaian dua negara antara Israel dan Palestin menjadi kenyataan.

Baitulmaqdis menjadi punca pertelingkahan utama di mana Palestin menuntut kota itu dipulangkan untuk dijadikan sebagai ibu negara Palestin merdeka selepas rejim Zionis menjajah bandar itu dan mengisytiharkannya sebagai ibu negara Israel 'buat selama-lamanya', pada 1967.

Read More......

Wartawan Geleng Kepala Tonton "2 Alam"

PETALING JAYA: Penerbit filem 2 Alam, Datuk Dr. Che Rozmey Che Din yang tidak mahu mengadakan tayangan media filem itu kerana bimbang dikritik tentunya kecewa apabila wakil media berjaya menonton filem tersebut sewaktu tayangan perdana sempena Festival Filem Malaysia ke 23 (FFM23) di e@Curve, Damansara, di sini malam Rabu lalu.

Ramai wartawan yang terkejut menonton filem itu selepas menggambarkan angan-angan Dr. Rozmey sebelum ini yang menjangkakan filem berkenaan akan mendapat kutipan pecah panggung dengan kutipan RM40 juta apabila ia ditayangkan serentak di 83 buah pawagam pada 18 November ini.

Pihak media yang menyaksikan filem itu sekadar ingin tahu kenapa selama ini Dr. Rozmey mengelak untuk mengadakan pro-tonton seperti yang dilakukan kebayakan penerbit filem?

Adakah kerana beliau mempunyai strategi tertentu ataupun benarkan filem berkenaan sebuah karya luar biasa daripada individu yang mendakwa kreatif seperti beliau?

Beberapa wartawan yang ditemui memberi pelbagai reaksi selepas menonton filem berkenaan yang kebanyakannya menggelengkan kepala melihat hasil filem itu.

Ketua Editor portal Murai.Com, Ellyana Ali berkata, filem berkenaan tidak sesuai ditonton oleh golongan remaja kerana menampilkan adegan ranjang yang agak keterlaluan.

Katanya aksi di atas katil dan adegan-adegan rogol yang ditonjolkan hanyalah bertujuan untuk menarik perhatian penonton berbanding maksud asal filem itu untuk memberi nasihat mengenai kesan menukar jantina oleh seorang lelaki.

“Ia sama sekali tidak sesuai ditonton oleh golongan remaja kerana adegan-adegan di atas katil yang keterlaluan,” katanya.

Ellyana turut berkata Dr. Rozmey akan mendapat kutipan RM40 juta sekiranya filem itu ditayangkan di pawagam “fantasinya”.

“Saya rasa jika di campur dari 83 buah pawagam dengan pawagam-pawagam fantasinya, mungkin jumlah itu akan menepati sasaran,” katanya menyindir.

Wartawan hiburan Mingguan Malaysia, Arif Nizam Abdullah pula berpendapat kualiti filem 2 Alam tidak setanding dengan sasaran kutipan yang diuar-uarkan.

Tambahnya, berdasarkan kepada pengamatannya, untuk memperoleh RM400 ribu pun belum tentu berjaya kerana filem itu hanya setaraf sebuah drama.

“Filem ini terlalu kerap mengulang babak yang sama. Selain itu, lakonan watak transeksual yang ingin ditonjolkan tidak nampak realistik. “Apabila melihat hasil filem ini saya rasa ia boleh membuat penonton tertipu dengan sasaran RM40 juta yang diperkatakan oleh beliau,” katanya. Arif Nizam juga menambah, terdapat beberapa babak dalam filem ini tidak sesuai untuk menjadi tontonan umum.

Antaranya ialah adegan panas di atas katil, dalam tab mandi, dalam kereta serta dialog yang berunsur lucah.

Pengarang Hiburan Metro Ahad, Abie Abdullah pula berkata, 2 Alam mempunyai subjek yang baik iaitu tentang keinsafan dan keterlanjuran hidup seorang manusia tetapi persembahan subjek itu dilihat lemah sehingga mengganggu penyampaian sebenar mesej.

Katanya, ada filem lain yang lebih teruk dari 2 Alam tetapi filem ini diperkatakan kerana provokasi yang dilakukan oleh pelbagai pihak.

“Dengan provokasi demi provokasilah membuatkan orang tertanya-tanya tentang filem ini,” katanya.

Sementara itu wartawan hiburan Berita Minggu, Zul Husni Abdul Hamid berkata filem tersebut mempunyai jalan cerita yang menarik tetapi teknik imbas semula (flash back) yang ditampilkan membuatkan 2 Alam sekadar "biasa-biasa" sahaja.

Katanya olahan filem itu menarik tetapi disebabkan terlalu banyak flash back yang ditampilkan, ia telah mengganggu tumpuan penonton.

"Tidak perlu banyak pengulangan terutama pada babak asmara," katanya.

Tambahnya, lakonan para pelakon perlu diperkemaskan kerana tuntutan filem berkenaan adalah kuat.

Beberapa wartawan lain yang diminta komen mengenai filem tersebut enggan memberi sebarang ulasan dengan alasan filem berkenaan tidak layak untuk diberi kritikan.

mStar Online pula berpendapat filem ini tidaklah seburuk seperti yang digambarkan tetapi cara penerbitnya melakukan promosi dengan lebih banyak mengkritik pihak-pihak tertentu adalah tidak wajar.

2 Alam turut dilakonkan oleh Aaron Aziz, Sabree Fadzil, Faizal Hussein , Rosnah Johari dan Kuswadinata.

Ia mengisahkan kehidupan seorang lelaki yang menukar jantina serta mempunyai hubungan terlarang.

“Wanita” berkenaan akhirnya membunuh diri menyebabkan mayatnya sukar dikebumikan secara sempurna.

Read More......

Adik ipar Tony Blair peluk Islam.


LONDON: Adik ipar bekas perdana menteri Britain Tony Blair yang juga penyiar dan wartawan Lauren Booth, 43, mengumumkan beliau memeluk Islam enam minggu lalu selepas mendapat hidayah.

Lauren, adik tiri kepada isteri Blair, Cherry, berkata beliau kini memakai hijab ketika keluar rumah, bersolat lima kali sehari dan pergi ke masjid setiap kali mempunyai kesempatan.

“Saya tidak lagi makan daging babi atau minum arak. Saya juga membaca al-Quran setiap hari dan kini sudah sampai ke halaman 60. Sudah 45 hari saya tidak meneguk arak, paling lama dalam tempoh 25 tahun.

“Ajaibnya, sejak memeluk Islam saya langsung tidak teringin menyentuh arak, sedangkan sebelum ini saya akan minum sekurang-kurangnya dua gelas setiap hari,” katanya yang dipetik akhbar Daily Mail.

Lauren berkata beliau memperoleh ‘pengalaman suci’ ketika mengunjungi Masjid Fatimah al-Masumeh, yang menempatkan makam Fatimah al-Masumeh, adik Imam Reza, imam kelapan penganut Syiah daripada keturunan Saidina Ali, di Qom.

“Tiba-tiba saja saya berasa tenang dan gembira. Sejurus tiba di Britain, saya terus mengambil keputusan memeluk Islam,” katanya.

Mengenai kemungkinan untuk memakai burqa atau penutup muka, Lauren tidak menafikan akan berbuat demikian pada masa depan.

“Siapa tahu ke arah mana dan hala tuju mana Islam akan membawa saya seterusnya?” katanya.

Lauren sebelum ini diketahui sebagai seorang yang bersimpati dengan Islam dan menghabiskan banyak masa bertugas di Palestin.

“Saya kagum dengan keteguhan dan keindahan agama ini,” katanya apabila ditanya mengenai Islam. – Agensi

Read More......

Gelaran Datuk A.C Mizal Tidak Ditarik – Emylia Rosnaida

PETALING JAYA: Pelakon Emylia Rosnaida menafikan gelaran Datuk daripada Istana Pahang yang diberikan kepada suaminya, pengacara A.C Mizal ditarik balik sebaliknya memaklumkan darjah itu akan dikurniakan secara rasmi dalam satu istiadat yang akan diadakan pada bulan Disember nanti.

Emylia yang juga pengurus kepada A.C Mizal berkata, pihaknya telah pun menerima surat pengurniaan darjah kebesaran peringkat kedua iaitu Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk pada bulan Ramadan lalu.

“Dakwaan mengatakan darjah berkenaan ditarik balik itu tidak benar kerana pihak kami sudah menerima surat pengurniaan pingat oleh Istana Pahang pada bulan Ramadan lalu. Setahu saya dia (A.C Mizal) akan menerima surat lain dua minggu sebelum istiadat pengurniaan pingat di lakukan pada Disember nanti,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Ahad.

Emylia diminta mengulas desas-desus kononnya darjah kebesaran terhadap A.C Mizal itu ditarik balik selepas nama pelakon tersebut tidak tersenarai dalam majlis pengurniaan pingat sempena ulang tahun keputeraan ke-80 Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah, yang berlangsung di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang, Ahad.

Seramai 1,211 individu menerima darjah kebesaran dan pingat negeri sempena majlis tersebut termasuklah pelakon Datuk Mustafa Maarof yang menerima anugerah Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP), Datin Rosnani Jamil dan pengulas sukan, Hasbullah Awang yang menerima DIMP di mana kedua-dua anugerah itu membawa gelaran Datuk.

Kata Emylia isu penarikan itu timbul mungkin kerana nama suaminya tidak disiarkan di akhbar-akhbar tempatan Ahad, tetapi dakwaan tersebut sebenarnya tidak benar.

Emylia menjawab desas-desus itu bagi pihak A.C Mizal yang sedang bermain tenis ketika dihubungi

Read More......

Thursday, October 21, 2010

Piranha Gergasi Ditangkap

BENTUK ikan piranha gergasi.


Seorang pemancing, Jeremy Wade berumur 52 tahun menangkap seekor ikan mirip piranha sepanjang 1.52 meter dan berat 45.39 kilogram di Sungai Congo, Afrika, lapor sebuah akhbar semalam.
Ikan itu mempunyai 32 batang gigi yang saiznya sama dengan ikan jerung putih. Ia ditangkap dengan joran 90.7 kilogram dan menggunakan umpan seekor ikan air tawar, baru-baru ini.

Ikan itu merupakan spesies ikan harimau Afrika yang terkenal kerana menyerang manusia dan buaya.
Pemancing itu yang merupakan hos program River Monsters di stesen televisyen ITV berkata, dia mengambil masa lapan hari sebelum berjaya menangkap ikan itu.
"Ia merupakan seekor ikan yang amat berbahaya untuk dikendalikan. Jika anda tidak berhati-hati, ikan itu dengan mudah akan memutuskan jari anda," katanya.

Read More......

Solat berjemaah semasa konsert rock

Photobucket


Terkesima kejap aku melihat gambar ni, penonton dan kumpulan heavy Metal berhenti solat berjemaah setelah masuk waktu Isyak semasa konsert. Peh, konsert Ramli Sarip dan kumpulan nasyid pun tak buat begini.

Kejadian ini berlaku di Indonesia semasa konsert/gig dari tiga kumpulan heavy metal yang bergabung. Ini bermakna dalam konsert tersebut, penonton yang hadir mesti menutup aurat, tak boleh pakai seluar jeans koyak lutut dan londeh. Mungkin juga tiada percampuran bebas lelaki dan wanita dalam konsert tersebut.

Ini baru dikatakan ‘Rock-rock juga, solat jangan dilupa’. Orang kita kalau tengok konsert,tengok bola ramai yang tinggal sembahyang maghrib kerana nak mengejarkan tempat duduk yang cantek.
Ini kumpulan heavy metal yang menjayakan konsert tersebut, nampak ganaskan?

heavy metal rock
heavy metal rockheavy metal rock

Read More......

Kapal super mewah pemimpin Islam di Dubai

Abu Dhabi


Kapal super mewah yang berharga 485 juta US ini adalah kepunyaan Syeikh Khalifah bin Zayed al-Nahyyan, Presiden UAE di Dubai. Kapal ini mempunyai 12 bilik tidur super mewah, beberapa jacuzzi, 3 kolam renang, sebuah helipad untuk Helikopter, bot penyelamat untuk 12 orang dan sebuah pawagam.

Ketika ramai umat Islam yang menderita susah nak makan, di sebaliknya pemerintah yang kaya terus menunjukkan kekayaannya.

Namun begitu teringat kata seorang jutawan Malaysia “aku perlu menjadi jutawan kerana untuk membantu ekonomi orang lain”.

Abu Dhabi
Abu Dhabi
Abu Dhabi
Abu Dhabi
Abu Dhabi
Abu Dhabi
Abu Dhabi
Abu Dhabi
Abu Dhabi
Abu Dhabi
Abu Dhabi
Photobucket
Photobucket
:

Read More......

Adik perempuan google

google vs china

Goojje.com adalah search engine buatan China yang akan menjadi saingan Google.com di China. Yang menariknya goojje.com mempunyai logo yang mirip dan hampir sama dengan Google.com. Dengan adanya goojje semakin bertambah kuatlah reputasi China sebagai ‘jaguh’ membuat barang tiruan. Goojje.com lahir pada 14 Januari 2010.

Suku kata ‘jje’ dalam Goojje berbunyi dalam bahasa China untuk kakak perempuan. Sedang ‘gle’ dalam Google sendiri berbunyi dalam bahasa China untuk abang. Laman goojje.cn ini dicreate oleh mahasiswi di Guangdong.

Perselisihan negara China dan Google bermula pada Januari lalu setelah Google.com mengancam menghenti google.cn di China iaitu berkaitan sekatan atau penapisan ketat kerajaan China dan serangan cyber yang dialaminya di negara tersebut Januari lalu. Google pula mendakwa sekumpulan hacker yang direstui kerajaan China telah menggodam data website google di China.

Selain google, laman video terkenal youtube juga ditiru. Sama seperti laman aslinya yang sudah dihalang China, Youtubecn.com juga menyediakan berbagai macam video bagi para pengaksesnya. YouTube yang asli dihalang di China selepas pelbagai video rusuhan Tibet muncul di sana.

google vs china

Read More......

Gadis dirompak dan diraba dalam kereta


KUALA LUMPUR: Seorang gadis bukan saja dirompak dan diculik dua lelaki, malah seorang daripadanya sengaja meninggalkan beberapa kesan gigitan cinta di lehernya sebagai tanda kenangan sebelum dia dibebaskan.

Penjenayah berusia lewat 20-an meraba dan menggomol tubuh mangsa dalam kereta selepas mengugut menggunakan pisau Rambo.

Sumber polis berkata, dalam kejadian jam 11 malam kelmarin, mangsa yang bekerja sebagai eksekutif dikatakan baru habis bertugas dan berjalan ke keretanya yang diletakkan di belakang Hospital Sentosa, Jalan Chemor.

“Mangsa berasal dari Gombak terkejut apabila kereta Proton Wira Aeroback kelabu berhenti berhampirannya.

“Pada masa sama, dua lelaki tempatan keluar dari kereta dengan seorang daripadanya mengacukan pisau Rambo ke arah mangsa yang tergamam ketakutan,” katanya.

Menurutnya, suspek mengugut mangsa supaya masuk ke dalam kereta mereka sebelum meninggalkan lokasi kejadian.

“Ketika berada dalam kereta, seorang suspek yang duduk bersama mangsa di tempat duduk belakang merampas wang yang dianggarkan RM300 selain telefon bimbit.

“Mungkin tidak berpuas hati dengan jumlah rompakan diperoleh, selain mendapati mangsa mempunyai fizikal menarik, suspek cuba menjadikan mangsa sasaran pemuas nafsunya,” katanya.

Menurutnya, suspek yang mula ghairah terhadap mangsa bertindak meraba seluruh tubuh mangsa walaupun mangsa berulang kali cuba menghalang.

“Pada masa sama, suspek mengugut mangsa supaya akur dan merelakan dirinya dicabul selepas diugut akan ditetak sekiranya melawan.

“Difahamkan mangsa yang ketakutan terpaksa membiarkan suspek mencium dan menggigit lehernya berulang kali, tanpa mampu berbuat apa-apa,” katanya.

Menurutnya, tidak cukup dengan itu, suspek mengeluarkan arahan dan memaksa mangsa melakukan seks oral, namun permintaan itu tidak dilayan mangsa yang berkeras mempertahankan dirinya daripada dicabul.

“Selepas beberapa jam dilarikan ke kawasan Chow Kit, di sini, kedua-dua suspek membawa mangsa semula ke kawasan dia diculik berhampiran Jalan Chemor sebelum dibebaskan.

“Mangsa mengalami trauma akibat diculik, dirompak dan dicabul segera pergi ke balai polis berhampiran membuat laporan berhubung kejadian terbabit,” katanya.

Susulan laporan diterima itu, polis menjalankan siasatan terhadap kes berkenaan mengikut Seksyen 354 dan Seksyen 397 Kanun Keseksaan atas jenayah cabul dan samun.

Read More......

Wajib Tengok! Islamic Fashion Show 2010 - Monte Carlo






Read More......

Manila: Kehidupan di kawasan perkuburan

Orang kita kalau lalu depan kubur jer ada yang trauma. Jangankan lalu kalau baca tajuk entri ni pun mungkin ada yang seram. Sedangkan kita semua akan ke sana juga satu hari nanti.
Berlainan di Filipina, oleh kerana desakan hidup sebuah perkampungan setinggan didirikan di kawasan perkuburan.Tidur, makan , belajar, bermain malah berkaraoke di atas kubur. Mentang-mentang orang yang kat bawah tu dah tak boleh nak komplen, siap berkaraoke lagi tu.

filipina fdi malaysia

filipina fdi malaysia
filipina fdi malaysia
filipina fdi malaysia
filipina fdi malaysia
filipina fdi malaysia
filipina fdi malaysia
filipina fdi malaysia
filipina fdi malaysia

Read More......

Linkwith

Related Posts with Thumbnails