Tuesday, January 19, 2010
Juara 'SMS' Terpantas Dunia Adalah...
Sepasang remaja Korea telah dinobat sebagai juara dunia paling pantas dan paling tepat menaip teks SMS.
Ibu jari terpantas, Young-Ho Bae 18 tahun dan Mok-Min Ha 17 tahun memenangi gelaran itu dan memenangi hadiah wang tunai £60,000 (RM326,465) dalam satu pertandingan di di New York pada 14 Januari 2010.
Menaip satu siri-siri perkataan dan ungkapan - dengan ejaan dan tanda baca yang betul, mereka perlu menaip teks tersebut dengan telefon-telefon bimbit yang berbeza - dan mereka berjaya melakukannya dengan kepantasan empat huruf sesaat.
Tetapi ia juga tidak semudah itu, mereka terpaksa melakukannya sambil melalui pelbangai halangan-halangan dan diganggu oleh orang lain.
Bagaimanapun bagi sesiapa yang pernah cuba bercakap dengan remaja yang leka menghantar SMS akan tahu bahawa mengganggu mereka bukanlah semudah yang disangka.

No comments:
Post a Comment