xSAM Chat
Wednesday, September 8, 2010
Kakitangan Kerajaan Selangor dapat RM1,000
8 Sept - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan memberi bantuan khas Aidilfitri kepada kakitangan anak syarikat milik kerajaan negeri termasuk semua anak syarikat di bawah tadbir urus Menteri Besar Diperbadankan (MBI).
Beliau berharap bantuan ini dapat meringankan beban kakitangan jentera kerajaan negeri, selain sebagai menghargai usaha membantu menyebar agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) sejak 2 tahun lepas.
Khalid menyampaikan berita gembira untuk segenap kakitangan MBI ketika menghadiri majlis berbuka puasa bersama media di Kelab Shah Alam.
Majlis yang dihadiri kira-kira 200 pengamal media termasuk media arus perdana, bertujuan menghargai jasa dan peranan mereka.
"Kita sudah cadangkan kepada semua anak syarikat dalam MBI untuk memberikan wang Hari Raya sekurang-kurangnya sebanyak RM500 setiap warga kerja dan untuk syarikat MBI kita telah bersetuju untuk memberikan wang, bukan bonus tapi wang hari raya sejumlah RM1,000 satu warga kerja" kata Khalid.
Sebelum ini, Abdul Khalid mengumumkan semua kakitangan kerajaan negeri bakal menerima bantuan khas hari raya RM500 sebelum 1 Syawal sebagai persediaan untuk menyambut Aidilfitri bulan ini.
Sekalipun berdepan pelbagai sekatan peruntukan, bantuan RM500 ini setara dengan jumlah yang diberi kerajaan Persekutuan kepada kakitangan kerajaan.
Kerajaan negeri mahu kerjasama dan mempertingkat hubungan baik dengan pengamal media supaya rakyat mendapat maklumat perkembangan semasa pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor, khususnya pembaharuan di negeri ini.- TVS
Read More......
Posted by MeLPenang at 9:08:00 AM 0 comments
Labels: Tempatan
Tuesday, September 7, 2010
UCAPAN SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI DAN, MAAF ZAHIR BATIN
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Sempena hari dan bulan yang mulia ini, saya mewakili Facebook Page xSAM Memories, Blog xSAM Memories & Yahoo xSAM Group ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir & Batin kepada semua xSAM - Bekas Pelajar Sekolah Abdullah Munshi.
Kepada semua rakan-rakan yang pulang berhari raya atau bercuti di kampung, berhati-hatilah ketika memandu dan semoga selamat sampai ke destinasi masing-masing. Pandulah dengan cermat, biar lambat asalkan selamat.
Sebelum pulang berhari raya, pastikan anda telah mengambil langkah-langkah keselamatan supaya dapat mengelak daripada berlakunya perkara yang tidak diingini. Rumah hendaklah dikunci dengan baik supaya tidak senang dicerobohi. Pasang lampu di halaman supaya tidak gelap. Beritahulah jiran-jiran yang ada supaya mereka dapat menolong menjaga keselamatan rumah semasa ketiadaan anda. Simpanlah barang-barang berharga di tempat yang selamat.
Semoga cuti yang panjang ini dapat digunakan dengan sebaiknya oleh semua rakan-rakan untuk saling menziarahi dan mengeratkan hubungan silaturrahim dengan sanak saudara, sahabat handai dan keluarga tersayang.
Salam Hormat dan Salam Aidilfitri.
Read More......
Posted by MeLPenang at 11:35:00 AM 0 comments
Labels: Pesanan
Wednesday, September 1, 2010
Pemimpin berdakwah
ROME - Dalam lawatannya ke Itali, pemimpin Libya Moammar Gadhafi telah menimbulkan kemarahan parti pembangkang apabila mengatakan Islam harus menjadi agama rasmi di Eropah dan ini akan berlaku apabila Turki dipilih menyertai anggota Kesatuan Eropah (EU). Ghadafi menegaskan demikian dalam satu majlis syarahan kepada sekumpulan 500 belia wanita.
Lawatan pemimpin Libya Moammar Gadhafi ke Rome telah mencetus kontroversi selepas beliau mengatakan bahawa Eropah harus memeluk Islam dan proses ini akan bermula apabila Turki diterima menjadi anggota EU,” lapor akhbar Hürriyet.
Gadhafi, yang mengunjungi Itali sebagai meraikan ulangtahun kedua perjanjian persahabatan antara negaranya dengan negara bekas penjajah itu, dilaporkan membuat ucapan tersebut dalam satu siri syarahan yang dihadiri oleh 500 orang belia wanita.
“Islam hendaklah menjadi agama yang dianuti di Eropah,” kata seorang peserta dalam akbar Itali merujuk kepada ucapan Gadhafi.
Parti Demokrasi dan Parti Nilai Itali mengkritik Perdana Menteri Silvio Berlusconi kerana menerima kunjungan Gadhafi, yang mereka sifatkan sebagai satu usaha berbaik-baik bagi meraih dana dari negara tersebut. Satu lagi rakan pakatan parti itu, Liga Utara pula berkata Ghadafi telah berjaya menjadikan Itali sebagai sarkas media.
“Gadhafi hanya sekadar menceritakan tentang budaya negaranya,” kata Berlusconi.
Liga Utara juga membuat keyataan tentang kaitan Turki dalam ucapan tersebut.
“Apa yang diperkatakan oleh pemimpin Libya itu tentang Turki adalah satu fakta. Turki merupakan ancaman dalam EU,” kata kenyataan itu. “Itulah sebabnya kami tidak menyokong penyertaan Turki dalam EU sehingga ke hari ini.”
Kira-kira 200 orang wanita berhimpun di pusat budaya Libya di Rom Isnin lalu untuk menghadiri syarahan kedua. Salah seorang peserta berkata bahawa Ghadafi ada menyebut tentang “wanita lebih dihormati di Libya berbanding di Barat” dan menawarkan bantuan mencari suami-suami Libya. “Islam adalah agama terakhir dan jika kita perlukan satu kepercayaan maka ianya mestilah dari (Nabi) Mohammed,” katanya, menurut peserta tersebut.
Syarahan tersebut adalah “satu pencerobohan baru keatas kehomatan wanita Itali yang memalukan,” kata penggubal undang-undang parti pembangkang dan bekas Menteri Kesihatan, Rosy Bindi.
Ucapan Gadhafi juga telah menyebabkan ketidakselesaan di kalangan rakan pakatan Berlusconi.
“Perkataan Gadhafi itu menunjukkan projek Islamisasi yang merbahaya di Eropah,” kata Mario Borghezio, seorang ahli Parlimen Eropah mewakili Liga Utara.
Gadhafi, yang memegang tampuk pemerintahan selepas kerajaan monarki digulingkan 41 tahun yang lalu, tiba di Itali Ahad lalu bagi memperingati hari ulangtahun kedua perjanjian persahabatan yang ditandatangani bersama dengan Berlusconi yang menetapkan had antara kedua negara selepas era-koloni yang memeritkan.
Berlusconi dan Gadhafi bertemu secara bersendirian selama 30 minit Isnin lalu, di mana dalam seisi tersebut, Ghadafi mengesahkan polisi Libya untuk membuka pelaburan kepada Itali, kata seorang pegawai staf Berlusconi.
Posted by MeLPenang at 1:30:00 PM 0 comments
Labels: Dunia
Kisah 100 unta upah bunuh Rasulullah dan Anak2 Pemuda yg berani syahid!!!
Sudah pasti ketika itu mereka diselubungi perasaan takut, bimbang dan cemas.
Ini kerana kafir Quraisy benar-benar melancarkan gerakan mencari mereka berdua untuk dibawa pulang sama ada dalam keadaan hidup mahupun mati.
Dahulu komplot untuk membunuh baginda di rumahnya di lakukan oleh 11 pemuda yang terpilih.
Tetapi kali ini tawaran dibuka kepada sesiapa sahaja untuk memburu dan membawa pulang Nabi Muhammad.
Tawarannya cukup lumayan sehingga menyebabkan seluruh pemuda Quraisy keluar dan masing-masing berpecah menuju ke seluruh pelosok dan ceruk kawasan untuk mencari dan menangkap baginda.
Tawaran 100 ekor unta itu menyebabkan ramai para pemuda yang gagah perkasa sama ada berjalan kaki, menunggang kuda mahupun unta keluar untuk mencari dan memburu baginda.
Mereka sanggup memanjat dan mendaki bukit-bukit, menuruni lembah-lembah yang tandus dan kering malah sehingga melepasi sempadan daerah dan wilayah semata-mata keghairahan untuk merebut tawaran yang cukup lumayan itu.
Ketika itulah sebagaimana yang diceritakan oleh isteri baginda, Saidatina Siti Aishah sama ada kedudukan baginda selamat atau tidak, semuanya diberitahu melalui laporan harian yang dibuat oleh seorang anak Abu Bakar, iaitu Abdullah.
"Abdullah adalah seorang anak muda yang mahir dan tangkas. Setiap malam ketika malam semakin larut, suasana senyap sepi apabila semua mula dibuai mimpi, anak muda itu akan keluar secara senyap dari Kota Mekah dan segera menuju ke Gua Tsur.
"Di gua itu, Abdullah akan terus melaporkan apa yang beliau intip dan dengar terutamanya dari mulut pemimpin Quraisy mengenai sebarang rancangan mereka sejak bapanya dan Rasulullah berjaya melarikan diri.
"Kemudian pada waktu sahur, Abdullah akan segera meninggalkan gua tersebut dan pulang ke Kota Mekah.
"Beliau kemudiannya berpura-pura seperti baru bangun tidur, seolah-olah setiap malam anak muda ini tidak ke mana-mana.
"Abdullah kemudiannya akan mula menjalankan kerja-kerja pengintipan di sana sini untuk dilaporkan kepada Rasulullah dan Abu Bakar pada malam hari," kata Aishah.
Bagaimana pula dengan makan minum Rasulullah dan Abu Bakar selama berada dalam gua itu?
Amir bin Fuhayrah, seorang lagi anak muda yang berani yang bertanggungjawab dalam hal itu.
Dia bertindak berani kerana jika tertangkap pastinya umur tidak akan panjang kecuali mati dikerjakan oleh musuh-musuh Rasulullah.
Dia merupakan hamba milik Abu Bakar yang kerjanya setiap hari menggembala kambing. Selepas waktu Isyak, Amir akan menghalau kambing-kambingnya berdekatan dengan kaki Bukit Tsur dan apabila keadaan didapati selamat, Amir akan memerah susu-susu kambing tersebut lalu ditinggalkan kepada Abdullah yang akan datang kemudian untuk dibawa kepada Rasulullah dan Abu Bakar.
Apabila tugasnya sudah selesai, Amir akan membawa pulang kambing-kambing dan begitulah yang beliau lakukan hampir setiap malam untuk memastikan baginda dan tuannya dapat minum susu kambing sebagai penggalas perut.
Segala jejak yang ditingalkan oleh Amir dan kambing-kambing tersebut di sepanjang perjalanan pulang, semua telah dipadam atau dihilangkan oleh Abdullah.
Maka tiada sesiapa dapat mengesyaki tindakan berani kedua-dua anak muda itu kerana masing-masing akan berlagak seperti tiada apa-apa yang berlaku.
Walaupun ada sesetengah riwayat menceritakan bahawa seorang lagi anak perempuan Abu Bakar, iaitu Asma sendiri yang sanggup bersusah payah setiap malam secara curi-curi membawa bekalan makanan untuk bapanya dan Rasulullah.
Asma sememangnya seorang srikandi Islam yang tidak pernah menghitungkan keselamatannya sendiri demi membantu perkembangan Islam.
Read More......
Posted by MeLPenang at 1:09:00 PM 0 comments
Labels: Pesanan
Kisah Penciptaan Nabi Adam AS
Tetapi, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam, kerana bumi bimbang Adam berbuat maksiat kepada Allah.
Lalu Jibrail kembali menemui Tuhan, ia tidak dapat berbuat apa-apa, mendengar sumpah bumi. Kemudian, Allah memerintah malaikat Mikail, jawapan bumi tetap sama dan Allah menitah pula malaikat Israfil, tetapi bumi masih enggan dan masing-masing kembali dengan tangan penuh hampa.
Lalu yang terakhir, Allah menyuruh malaikat Izrail ke bumi. Kata Allah: " Hai Izrail engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah.
Meskipun bumi menyumpah dengan ucapan bagaimanapun jangan engkau undur. Katakan kamu melakukan atas perintah dan atas nama-Ku."
Apabila Izrail ke bumi dan menyampaikan perintah Allah, bumi akhirnya akur tanahnya diambil.
Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah, dia kembali ke hadrat Allah. Lalu Allah berfirman: "Ya Izrail, pertama engkau yang Ku-tugaskan mengambil tanah, dan kelak Ku-tugaskan engkau mencabut roh manusia."
Maka Izrail bimbang dibenci manusia. Lalu Allah berfirman: "Tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu, Aku Yang mengaturnya, dan aku jadikan kematian mereka itu bersebab, terbunuh, terbakar atau sakit."
Tanah bagaimana dijadikan Adam?
1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Mugaddis
2. Tanah Bukit Tursina
3. Tanah Iraq
4. Tanah Aden
5. Tanah Al-Kautsar
6. Tanah tempat bakal berdirinya Baitullah
7. Tanah Paris
8. Tanah Khurasan
9. Tanah (Babylon)
10. Tanah India
11. Tanah syurga
12. Tanah Tha'if
Kata Ibnu Abbas :
1. Kepala Adam dari tanah Baitul Muqadis, kerana di situlah berada otak manusia, dan di situlah tempatnya akal.
2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.
3. Dahinya dari tanah Iraq, kerana di situ tempat sujud kepada Allah.
4. Mukanya dari tanah Aden, kerana di situ tempat berhias dan tempat kecantikan.
5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar, tempat menarik perhatian.
6. Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat manis.
7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah, untuk mencari nafkah dan kerjasama sesama manusia.
8. Tangan kirinya dari tanah Paris, tempat beristinjak.
9. Perutnya dari tanah Babylon. Di situlah tempat seks (berahi) dan tipu daya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.
10. Tulangnya dari tanah Bukit Thursina, alat peneguh tubuh manusia.
11. Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan jalan.
12. Hatinya dari tanah syurga Firdaus, kerana di situlah iman, keyakinan, ilmu dan kemahuan.
13. Lidahnya dari tanah Tha'if, tempat mengucap syahadah, bersyukur dan mendoakan kepada Tuhan.
Bagaimanakah prosesnya :
1. Ketika Allah menjadikan Adam, tanah itu bercampur air tawar, air masin, air hanyir, angin, api. Kemudian Allah resapkan Nur kebenaran dalam diri Adam dengan pelbagai macam "sifat".
2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman "Jabarut" kemudian diletakkan di dalam "Alam Malakut".
3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan "tubuh Adam" adalah tanah pilihan. Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah, wangi-wangian dari sifat nur sifat Allah, dan dirasmi dengan air hujan "Barul Uluhiyah".
4. Kemudian tubuh itu dibenamkan di dalam air "Kudral-Izzah-Nya" iaitu sifat "Jalan dan Jammal". Lalu diciptakan menjadi tubuh Adam yang sempurna.
5. Demikian pula roh, ketika itu diperintah masuk ke tubuh Adam, ia malas dan enggan, malah berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang terlantar.
Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk, akhirnya ia menyerah kepada Izrail.
Menurut riwayat ketika Adam masih di syurga, sangat baik sekali kulitnya. Tidak seperti warna kulit kita sekarang ini.
Kerana Adam diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya. Sebagai peringatan yang masih tertinggal warnanya hanyalah pada kuku manusia.
Hal ini kita biasa lihat meskipun orang kulitnya hitam, warna kukunya adalah sama, ialah putih kemerah-merahan. Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang.
Tujuh buah liang di kepala dan dua liang di bawah badan letaknya.
Tujuh buah letaknya di kepala: dua liang mata, dua liang telinga, dua liang hidung dan sebuah liang mulut.
Yang dua macam di bawah: sebuah liang kemaluan dan liang dubur.
Dijadikan pula lima pancaindera:
1. Mata alat penglihatan
2. Hidung alat penciuman
3. Telinga alat pendengaran
4. Mulut alat perasa manis, masin dan sebagainya.
5. Anggota tubuh lainnya seperti kulit, telapak tangan, untuk merasa halus, kasar dan sebagainya.
Selepas roh masuk tubuh Adam perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun.
Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail memasukkan roh ke tubuh Adam. Dahulu Izrail ditugaskan mengambil tanah untuk Adam, dan kini mencabut nyawa manusia.
Selepas meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusun urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik ke kiri dan ke kanan.
Dan juga melihat ke bawah di mana bahagian badannya masih adalah tanah keras. Dilihatnya kiri dan kanan malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia.
Ketika itu Adam mendengar malaikat mengucapkan tasbih dengan suara merdu dan mengasyikkan. Ketika roh sampai ke hidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka.
Ketika itulah Allah mengajarnya mengucap Alhamdulillah. Itulah ucapan Adam yang pertama kepada Allah.
Lalu Allah berkata: "Yarkhamukallah" yang ertinya: "semoga engkau diberi rahmat Allah". Oleh kerana itu jika orang bersin menjadi ikutan sunat mengucap "Alhamdulillah" dan orang yang mendengarnya sunat mengucapkan
"Yarkhamukallah".
Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun. Padahal bahagian badannya ke bawah masih menjadi tanah keras.
Di sini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar). Sebagaimana firman Allah yang bermaksud: "Dan adalah manusia itu, suka tergesa-gesa".
Maka, ketika roh itu sampai di perutnya, terjadilah susunan isi perut dengan sempurna. Maka seketika itu terasa lapar.
Kemudian terus roh itu meresap ke seluruh tubuh Adam, tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan tulang, urat-urat, berkulit dengan sempurna, kian lama kian bagus dan halus.
Apabila kejadian Adam sempurna sebagai manusia baru, maka dialah adalah jenis makhluk manusia yang pertama.
Wajahnya cukup cantik, semua malaikat kagum melihat Adam yang menawan. Adam diarak malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni langit pertama hinggalah ketujuh sebelum dibawa ke syurga tempat mula-mula Adam dijadikan.
Read More......
Posted by MeLPenang at 1:04:00 PM 0 comments
Labels: Pesanan
Saman Ekor Dedah Rahsia Suami Curang
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki tertangkap oleh kamera perangkap laju dan mendapat saman ekor semasa keluar bersama kekasihnya.
Isterinya mengetahui suaminya mempunyai kekasih secara tidak sengaja setelah ia dan suaminya ke pusat layanan masyarakat yang diketuai Datuk Michael Chong dan mengadu berkaitan surat saman ekor yang mereka terima.
Pasangan yang sudah bersara dan kini berada di usia 60-an dari Petaling Jaya, Malaysia, mengatakan pihak polis telah melakukan kesalahan.
"Mereka mendakwa tidak pernah ke Karak Highway jadi bagaimana mungkin mereka disaman kerana memandu," kata Chong.
"Si isteri menyatakan mereka hanya singgah sebentar berhampiran kawasan sekitar dan ia selalu bersama suaminya sepanjang waktu," kata Chong.
Mendengar mereka sedang dilema, Chong menyarankan agar mendapatkan foto dari pihak polis yang mengambil gambar dari kamera CCTV namun suami menolak melakukannya.
Namun, si isteri memutuskan untuk membayar RM 10 bagi mendapatkan foto tersebut. Setelah dua minggu pasangan itu kembali untuk mengambil foto tersebut tetapi si suami mengambil foto di dalam sampul surat itu dengan pantas dan menolak membukanya sambil mengatakan akan membukanya di rumah.
"Isterinya memaksa membukanya kerana yakin ada kesilapan dalam foto tersebut namun ketika melihat foto itu ia sangat terkejut kerana melihat ada wanita lain di sisi suaimnya," kata Chong.
"Saya kemudiannya meminta mereka meninggalkan tempat ini," tambah Chong, lagi.
Posted by MeLPenang at 1:02:00 PM 0 comments
Labels: Tempatan
Mahu Tahu Teka-teki Imam Ghazali?
Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau memberikan beberapa pertanyaan yang unik.
Imam Ghazali= Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 = Orang tua
Murid 2 = Guru
Murid 3 = Teman
Murid 4 = Kaum kerabat
Imam Ghazali = Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati (Surah Ali-Imran :185).
Imam Ghazali = Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini?
Murid 1 = Negeri Cina
Murid 2 = Bulan
Murid 3 = Matahari
Murid 4 = Bintang-bintang
Iman Ghazali = Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.
Iman Ghazali = Apa yang paling besar didunia ini?
Murid 1 = Gunung
Murid 2 = Matahari
Murid 3 = Bumi
Imam Ghazali = Semua jawapan itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.
Iman Ghazali = Apa yang paling berat di dunia?
Murid 1 = Baja
Murid 2 = Besi
Murid 3 = Gajah
Imam Ghazali = "Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah"
Imam Ghazali = Apa yang paling ringan di dunia ini?
Murid 1 = Kapas
Murid 2 = Angin
Murid 3 = Debu
Murid 4 = Daun-daun
Imam Ghazali = "Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat"
Imam Ghazali = Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?
Murid- Murid dengan serentak menjawab = Pedang
Imam Ghazali = "tu benar, tapi yang paling tajam sekali di dunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudah menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri"
Posted by MeLPenang at 12:52:00 PM 0 comments
Labels: Pesanan
Wong Fei Hung, Ulama Dan Jaguh dari Guandong
Wong Fei Hung adalah seorang ulama, ahli perubatan, dan ahli beladiri legenda yang namanya ditetapkan sebagai Pahlawan Nasional China oleh pemerintah China. Namun Pemerintah China sering mengaburi jatidiri Wong Fei Hung sebagai seorang muslim demi menjaga supremasi kekuasaan komunis di China.
Wong Fei-Hung dilahirkan pada tahun 1847 di Kwantung (Guandong) dari keluarga muslim yang taat. Nama Fei pada Wong Fei Hung merupakan dialek Canton untuk menyebut nama Arab, Faisal. Sementara Nama Hung juga merupakan dialek Kanton untuk menyebut nama Arab, Hussein. Jadi, bila di-bahasa-arab-kan, namanya ialah Faisal Hussein Wong.
Ayahnya, Wong Kay-Ying adalah seorang Ulama, dan tabib ahli ilmu perubatan tradisional, serta ahli beladiri tradisional Tiongkok (wushu/kungfu). Ayahnya memiliki sebuah klinik perubatan bernama Po Chi Lam di Canton (ibukota Guandong).
Wong Kay-Ying merupakan seorang ulama yang menguasai ilmu wushu tingkat tinggi. Ketinggian ilmu beladiri Wong Kay-Ying membuatnya dikenali sebagai salah seorang dari Sepuluh Harimau Kwantung. Posisi Harimau Kwantung ini kemudiannya diwarisi oleh Wong Fei Hung.
Kombinasi antara pengetahuan ilmu perubatan tradisional dan teknik beladiri serta ditunjangi keluhuran budi pekerti sebagai Muslim membuatkan keluarga Wong sering turun membantu orang-orang lemah dan tertindas pada masa itu. Kerana itulah masyarakat Kwantung sangat menghormati dan mengidolakan Keluarga Wong.
Pesakit klinik keluarga Wong yang meminta bantuan perubatan kebiasaannya datang daripada keluarga miskin yang tidak mampu membayar biaya perubatan. Walaupun begitu, Keluarga Wong tetap membantu setiap pesakit yang datang dengan sungguh-sungguh. Keluarga Wong tidak pernah pilih bulu dalam membantu, tanpa mempedulikan suku, ras, agama, semua dibantunya tanpa balasan.
Secara rahsia, keluarga Wong terlibat aktif dalam gerakan bawah tanah melawan pemerintahan Dinasti Ch’in yang korup dan penindas. Dinasti Ch’in ialah Dinasti yang menumbangan kekuasaan Dinasti Yuan yang memerintah sebelumnya. Dinasti Yuan dikenali sebagai satu-satunya Dinasti Kaisar Cina yang anggota keluarganya banyak yang memeluk agama Islam.
Wong Fei-Hung mula mengasah bakat beladirinya sejak berguru kepada Luk Ah-Choi yang juga pernah menjadi guru ayahnya. Luk Ah-Choi inilah yang kemudian mengajarnya dasar-dasar jurus Hung Gar yang menjadikan Fei Hung berjaya melahirkan jurus "Tendangan Tanpa Bayangan" yang legenda.
Dasar-dasar jurus Hung Gar dilahirkan, dikembangkan dan merupakan handalan dari Hung Hei-Kwun, kakak seperguruan Luk Ah-Choi. Hung Hei-Kwun adalah seorang pendekar Shaolin yang terselamat dari peristiwa pembakaran dan serangan oleh pemerintahan Dinasti Ch’in pada 1734.
Hung Hei-Kwun ini adalah pemimpin pemberontakan bersejarah yang hampir menewaskan dinasti penjajah Ch’in yang datang dari Manchuria (sekarang dikenali sebagai Korea). Jika pemerintah Ch’in tidak meminta bantuan pasukan-pasukan bersenjata bangsa asing (Rusia, Inggeris, Jepun), pemberontakan pimpinan Hung Hei-Kwun itu pasti akan berhasil mengusir pendudukan Dinasti Ch’in.
Setelah berguru kepada Luk Ah-Choi, Wong Fei-Hung berguru pula dengan ayahnya sendiri hingga pada awal usia 20-an tahun, ia telah menjadi ahli perubatan dan beladiri terkemuka. Bahkan ia berhasil mengembangkannya menjadi lebih maju.
Kemampuan beladirinya semakin sukar ditandingi ketika ia berhasil membuat jurus baru yang sangat taktikal namun efisien yang dinamakan jurus "Cakar Harimau" dan jurus "Sembilan Pukulan Khusus".
Selain dengan tangan kosong, Wong Fei-Hung juga mahir menggunakan bermacam-macam senjata. Masyarakat Canton pernah menyaksikan secara langsung dengan mata kepala mereka sendiri bagaimana ia seorang diri dengan hanya memegang tongkat berhasil mengajar lebih dari 30 orang jaguhan pelabuhan berbadan tegap dan kejam di Canton yang ingin memukulnya kerana ia membela rakyat miskin diperas ugut mereka.
Dalam kehidupan berkeluarga, Allah banyak mengujinya dengan pelbagai cubaan. Seorang anaknya terbunuh dalam suatu insiden perkelahian dengan mafia Canton. Wong Fei-Hung tiga kali menikah kerana isteri-isterinya meninggal dalam usia yang singkat.
Setelah isteri ketiganya meninggal dunia, Wong Fei-Hung memutuskan untuk hidup sendirian sehinggalah ia bertemu dengan Mok Gwai Lan, seorang perempuan muda yang kebetulan juga ahli beladiri. Mok Gwai Lan turut mengajar beladiri pada kelas khusus untuk orang perempuan di perguruan suaminya. Mok Gwai Lan ini kemudiannya menjadi pasangan hidupnya hingga akhir hayat.
Pada 1924 Wong Fei-Hung meninggal dunia pada usia 77 tahun. Masyarakat Cina, khususnya di Kwantung dan Canton mengenangnya sebagai pahlawan pembela kaum mustad’afin (tertindas) yang tidak pernah gentar membela kehormatan mereka. Sesiapa dan berapa ramai jumlah orang yang menindas orang miskin, akan dilawannya dengan segenap kekuatan dan keberanian yang dimilikinya.
Wong Fei-Hung meninggal dunia dengan meninggalkan nama yang harum yang membuatnya dikenali sebagai manusia yang hidup mulia, salah satu pilihan hidup yang diberikan Allah kepada seorang muslim selain mati Syahid.
Semoga segala amal ibadahnya diterima di sisi Allah Swt dan semoga segala kebaikannya menjadi teladan bagi kita, generasi muslim yang hidup setelahnya. Amiin.
Posted by MeLPenang at 12:50:00 PM 0 comments
Labels: Dunia
Hari ini dalam sejarah- Surat Abdullah CD & Ghafar Baba
Posted by MeLPenang at 12:40:00 PM 0 comments
Labels: Tempatan
Lubang api raksasa di Usbekistan 'pintu neraka' sudah ada sejak 1975
‘Pintu neraka’ sering digambarkan dengan suasana api menyala yang sangat mengerikan panasnya. Keadaan seperti itulah yang terdapat di sebuah lubang api terbuka di daratan Usbekistan, Asia Tengah, dan lubang api itu pun dipanggil sebagai "pintu neraka".
Lubang api itu berukuran sekitar dua kali keluasan padang bola dengan kedalaman lebih dari 30 meter. Pada mula nya ukurannya tidak sebesar itu sejak pertama kali tahun 1975 "pintu neraka" itu dijumpai manusia.
Pada mula nya ahli geologi menggali dengan jentera berat untuk pelepasan gas alam. Pelik nya, di lokasi itu ditemukan jurang besar di bawah tanah. Jurang besarnya, semua peralatan untuk penggalian itu terperosok ke dalam.
Jurang itu dipenuhi dengan gas bumi yang beracun. Belum ada keterangan rasmi Soviet Union ketika itu, dan ekoran berapa jumlah yang terkorban akibat terkena gas beracun. Namun para ahli geologi segera menghentikan kerja kerja itu dan semua peralatan yang terperosok itu ditinggalkan.
Untuk menghindari gas beracun yang keluar itu tersebar ke merata tempat, para ahli memutuskan untuk membakarnya. Kedudukannya berada di dekat dengan sebuah kota kecil bernama Davaz.
Sejak 1975 lobang raksasa itu menyemburkan api seperti gunung berapi dan masih tetap menyala hingga sekarang walau sudah 35 tahun berlalu. Masyarakat sekitar tak ada yang berani mendekati karena pengaruh suhu panas hingga beberapa ratus meter, sehingga dinamakan "pintu neraka".
Sampai sekarang belum ada penjelasan apakah "pintu Neraka" itu ukurannya melebar atau stabil karena gas yang keluar dari perut bumi itu langsung terbakar. Walau terkena hujan pun, apinya tidak padam.
Lubang api raksasa itu kelihatan dari jauh karena berada daratan kering yang luas. Bila malam, tampak semakin jelas dengan sorotan cahaya kekuningan yang datang dari "pintu neraka" itu.
Mirip dengan Lumpur Lapindo, yang terus mengeluarkan lumpur panas gara-gara pengeboran yang dinilai gagal sehingga menyembur ke permukaan bumi. Hingga kini juga belum ada ahli geologi yang mampu menghentikan semburan lumpur panas lapindo. Yang boleh dilakukan hanya mengawal agar kesan lumpur panas itu tidak terus merebak
Posted by MeLPenang at 12:38:00 PM 0 comments
Labels: Dunia
FESYEN TUDUNG BERSANGGUL
“ akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat).
Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat” - hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.
Rasulullah s.a.w bersabda:
“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang.
Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini” –hadith riwayat Muslim. Hadith no 212.
Posted by MeLPenang at 12:37:00 PM 0 comments
Labels: Pesanan
Sultan S'gor gantung gelaran Dr Ling, OC Phang
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini menggantung gelaran dan penggunaan darjah kebesaran kepada bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik dan bekas pengurus besar Lembaga Pelabuhan Klang, Phang Oi Chooi @ Phang Ai Tu atau juga seringkali dikenali sebagai OC Phang.
Ling dikurniakan keahlian darjah kebesaran Dato' Paduka Mahkota Selangor (DPMS) yang membawa gelaran Datuk pada tahun 1992.
Pada 29 Jun lalu, bekas presiden MCA itu didakwa atas pertuduhan mengikut seksyen 418 dan 417 Kanun Keseksaan di mahkamah sesyen Putrajaya.
Dia pula didakwa atas pertuduhan di bawah seksyen 409 Kanun Keseksaan di mahkamah sesyen Klang.
Dia menghadapi dua lagi tuduhan serupa masing-masing membabitkan RM21,600,000 dan RM134,550,000, yang didakwa dilakukan di tempat yang sama antara 30 Sept 2005 dan 9 Mei 2006 dan antara 1 Jun 2005 dan 13 Jan 2006.
Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Menurut kenyataan itu, penggantungan gelaran dan penggunaan darjah kebesaran kedua-dua mereka itu akan disemak semula jika mahkamah memutuskan mereka tidak bersalah dan dibebaskan daripada pertuduhan.
Read More......
Posted by MeLPenang at 12:35:00 PM 0 comments
Labels: Tempatan
LIM GUAN ENG : Sebelum Internet Lahir Di Malaysia
usinkata;..Ramai yg taw dan ramai juga yg xtaw..laa aku nk bgtaw ..sapa2 nak taw bole baca...xmau taw bole abaikan..huhuhuhu..ini bukan cerita yg mengghairahkan huhuhu..xbest pon..huhuhu
"Saya tidak faham mengapa cucu saya hanya menyatakan sekarang tidak mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim bila dia telah mengakui selama 5 tahun kebelakangan ini sejak 1994 bahawa dia mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim, termasuk membuat keterangan bersumpah di mahkamah di depan tuan hakim."
"Cucu saya,telah membuat satu kenyataan pada 2hb November 1999 menafikan keterangan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 29hb Oktober 1999 bahawa dia mempunyai hubungan sulit dengan bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik pada tahun 1994."
"Saya amat terkejut dengan kenyataan cucu saya ini kerana sepanjang 5 tahun ini, cucu saya telah mengakui mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim semasa cucu saya masih berumur 15 tahun. Cucu saya juga memberitahu ahli keluarga dan saya bahawa Tan Sri Rahim merupakan orang lelaki pertama yang melakukan hubungan sulit dengannya."
"Oleh kerana cucu terlibat dengan Tan Sri Rahim, dia ditahan oleh pihak polis pada akhir bulan Ogos 1994 sehingga saya sebagai nenek yang membesarkannya tidak dapat berjumpa dengannya. Saya hairan mengapa pihak polis dan kerajaan BN boleh membenarkan seorang mangsa rogol ditahan sedangkan mereka yang merogolnya bebas tanpa dipenjarakan. Ini boleh dilihat selepas 14 lelaki, kecuali Tan Sri Rahim, mengakui merogol gadis bawah umur di mahkamah tetapi tidak dipenjarakan sebaliknya dibebaskan. Akibat peristiwa hitam itu, cucu saya telah melahirkan seorang anak perempuan pada 1995."
"Oleh kerana tidak dapat menjumpai cucu saya, saya telah meminta bantuan daripada Ahli Parlimen Lim Guan Eng semasa ditangkap.
Kawasan Kota Melaka YB Lim Guan Eng yang berjaya memaksa pihak polis membenarkan saya melawat cucu saya. Saya amat kesal dan sedih bahawa YB Lim dalam usaha membantu mendapat keadilan untuk cucu saya telahpun dipenjarakan di Penjara Kajang pada 25hb Ogos 1998 dan kehilangan statusnya sebagai Ahli Parlimen."
"Dalam kes mahkamah Lim Guan Eng yang mulai pada 20hb Jun 1995, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Mok Siew Hoong menyatakan bahawa cucu saya telah mengakui mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim. Pada 27hb Februari 1997, cucu saya pula memberikan keterangan sebagai seorang saksi kepada hakim Mahkamah Tinggi dalam kes YB Lim Guan Eng bahawa Tan Sri Rahim mempunyai hubungan sulit dengannya."
"Selepas itu cucu saya, semasa berjumpa dengan saya, masih mengakui bahawa Tan Sri Rahim ada hubungan sulit dengannya. Malah, cucu saya telah membuat satu ucapan di depan kami di Hotel Federal, Kuala Lumpur pada 27hb Januari 1999 menyokong YB Lim Guan Eng yang dipenjarakan seperti berikut:-"
"Saya merasa sungguh kesal atas apa yang telah berlaku di masa lampau, dan merasa sungguh sedih sekali kerana YB Lim Guan Eng kini telah dipenjarakan. Apa yang beliau cuba lakukan hanyalah untuk membantu saya. Tetapi beliau sendiri pula menjadi mangsa. Semua ini sungguh tidak adil. Saya berdoa semoga keadilan akan dikembalikan kepada YB. Malam ini, saya telah membawa dua surat rayuan, satu kepada Yang Di Pertuan Agong dan satu lagi kepada Yang Di Pertua Negeri Melaka, meminta supaya YB Lim Guan Eng diampunkan dan dibebaskan segera supaya meneruskan tanggungjawab sebagai seorang Ahli Parlimen sejati Malaysia. Saya meminta supaya YB Lim Kit Siang selaku Ketua Pembangkang Parlimen boleh membantu sampaikan surat-surat rayuan saya ini kepada kedua-dua pihak itu."
"Saya tidak faham mengapa cucu saya hanya menyatakan sekarang tidak mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim bila dia telah mengakui selama 5 tahun kebelakangan ini sejak 1994 bahawa dia mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim, termasuk membuat keterangan bersumpah di mahkamah di depan tuan hakim."
"Saya berasa hampa, malu dan marah atas kejadian rogol yang menimpa cucu saya. Tetapi saya berasa lebih hampa, malu dan marah bila cucu saya boleh membelakangkan kebenaran dan keadilan dengan melupai jasa baik YB Lim sehingga bersedia bohong dengan menafikan dia mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim. Nyata sekali, ini adalah satu lagi konspirasi kerajaan BN menutup kebenaran demi kepentingan politik."
"Saya masih mengingati cucu saya begitu tersiksa semasa ditahan di Pusat Pemulihan Rembau sehingga cuba melarikan diri banyak kali. Dia memberikan keterangan di mahkamah bahawa dia berjaya melarikan diri daripada tahanan sekali sebelum ditangkap balik. Jelas, kasih sayang keluarga kami kepadanya tidak dibalas."
"Apa yang dilakukan oleh cucu saya adalah tidak adil kepada YB Lim Guan Eng yang telah kehilangan begitu banyak, termasuk dipenjarakan kerana cuba mempertahankan hak cucu saya ini. Saya tidak boleh lupa betapa susah anak-anak dan isterinya yang sering menangis merindui bapa mereka semasa dipenjara. Oleh itu, saya ingin meminta maaf kepada YB Lim atas apa yang cucu saya telah lakukan."
"Saya juga berhasrat memberikan jaminan kepada YB Lim bahawa keluarga kami sentiasa mengenang pengorbanan beliau dan mengingati kesediaan beliau menanggung segala penderitaan dan kerugian kewangan demi membantu sebuah keluarga Melayu miskin yang dianiayai oleh kezaliman kerajaan BN. Kami tidak akan lupai YB Lim adalah satu-satunya orang yang bersedia menegakkan keadilan untuk kami bila tidak ada seorang pun yang berani tolong sama kami."
"Semoga Allah S.A.W. boleh memaafkan cucu saya."
Pendek binti Ahmad
Sabri bin Mohamad Yasin
Posted by MeLPenang at 12:30:00 PM 0 comments
Labels: Tempatan