Terkini kerajaan Hamas di Palestin mengharamkan perempuan menghisap shisha di negara tersebut. Pengharaman shisha oleh Palestin ini merupakan negara kedua mengharamkannya selepas Arab Saudi. Tetapi di Arab Saudi mengharamkannya kepada lelaki dan perempuan.
Gaya hidup remaja masakini, tak kira lelaki perempuan menghisap shisha di restoran supaya nampak lebih cool.
Hukum menghisap sisha ni sama macam rokok juga -makruh. Kesan menghisap shisha ni pun macam rokok juga meletakkan asap ke dalam paru-paru, takkan nak menyegarkan pula.
Susah nak komen, tapi memang nampak tak manis perempuan menghisap shisha di khalayak ramai, lebih kurang menghisap rokok jugalah – nampak memang tak manis kalau perempuan menghisap rokok.Err kalau lelaki nampak manis ek?
Kebanyakan remaja perempuan kita yang merasa shisha ni biasanya hanya sekadar suka-suka, hisap rokok pun tak.
Dengarnya ada pelbagai perasa. Aku pun tak pernah cuba try test dan tak pernah pun teringin nak bertukar-tukar perasa mulut orang lain.
xSAM Chat
Thursday, July 22, 2010
Haram hisap shisha
Posted by MeLPenang at 9:05:00 AM 0 comments
Labels: Dunia
Penampilan Sulung Megan Fox Selepas Berkahwin
Media melaporkan bintang drama Glee, Jane Lynch mengacarakan majlis tersebut yang bertujuan meraikan golongan selebriti dan golongan muda yang memberikan sumbangan kepada perubahan sosial.
Megan Fox memberikan kejutan apabila menaiki pentas untuk menyampaikan salah satu anugerah dan dilihat memakai kedua-dua cincin pertunangan dan perkahwinannya.
Read More......
Posted by MeLPenang at 9:00:00 AM 0 comments
Labels: Hiburan
Mel Gibson Terpaksa Jual Rumah
Media melaporkan, hartanah mewah yang terletak di Lavender Hill Farm, di Malibu, California itu mempunyai enam bilik tidur, enam bilik air, kebun, gelanggang tenis dan kolam renang.
Sumber lain menyatakan, harga pasaran rumah itu diletakkan pada jumlah $9.7 juta pounds.
Pada minggu lalu, Gibson dilaporkan telah menjual hartanahnya yang terletak di Connecticut, yang berada dalam pasaran selama tiga tahun sebelum berjaya dijual.
Sementara itu, Grigorieva mendakwa pelakon itu telah menyerangnya dan anak perempuan mereka, Lucia dalam keadaan marah.
Insiden itu dirakamkan dalam pita rakaman.
Read More......
Posted by MeLPenang at 8:59:00 AM 0 comments
Labels: Hiburan
Lindsay Lohan Ke Penjara Akhirnya
Hukuman penjara selama 90 hari itu dijatuhkan oleh Hakim Hakim Marsha Revel selepas penyanyi itu didapati bersalah melanggar parol ekoran kesalahan memandu dalam keadaan mabuk.
Tanpa mengambil masa yang panjang, Revel menjatuhkan hukuman itu selepas disabit kesalahan kerana gagal menghadiri tujuh kelas pemulihan sepanjang tempoh 90 hari itu.
Jurucakap Jabatan Syerif Negeri Los Angeles, Steve Whitmore dalam kenyataannya dipetik sebagai berkata, Lohan memberikan kerjasama yang sangat baik ketika hukuman yang menempatkannya di penjara Lynwood dijatuhkan sekitar pukul 10 pagi waktu tempatan, Selasa.
Ketika pelakon Freaky Friday itu dibawa keluar dari perkarangan mahkamah di Beverly Hills itu, helikopter pelbagai stesen TV dilihat mengekori bagi merakamkan kereta polis yang membawa aktres itu ke kawasan pusat pemulihan di Lynwood yang terletak di bahagian selatan pedalaman Los Angeles.
Sekumpulan media dan peminat penyanyi itu turut hadir memenuhi bilik mahkamah ketika hukuman dibacakan. Lohan ditemani oleh peguamnya, Shawn Chapman Holley dan bukannya peguambela Robert Shapiro seperti yang dijangka.
Bapa Lohan yang turut berada di mahkamah sempat berteriak, "Kami sayangkan awak, Lindsay!" sejurus hukuman dibacakan kepada penyanyi itu. Seorang peminat juga kelihatan menyarung baju yang terpampang gambar penyanyi itu dengan perkataan "Linnocent", manakala segelintir peminat lain melontarkan konfetti emas pada sepanjang laluan di dalam bilik mahkamah sebagai tanda sokongan kepada Lohan.
Jika sebelum ini Lohan kelihatan menangis ketika hadir di mahkamah, bintang berusia 24 tahun itu bagaimanapun cukup tenang dan pasrah ketika hukuman itu dibacakan pada Selasa lalu.
Sementara itu, pihak berkuasa juga berkata, tempoh tahanan Lohan sebenarnya mungkin dikurangkan kepada satu perempat daripada tempoh yang ditetapkan ekoran kesesakan di dalam penjara di California, selain mempertimbangkan kesalahan kecil yang dilakukannya.
Lohan bakal ditempatkan di Pusat Tahanan Tempatan Century, Lynwood, Los Angeles.
Read More......
Posted by MeLPenang at 8:58:00 AM 0 comments
Labels: Hiburan
Mizz Nina Jelaskan Lagu Berbaur Seksual
MUNGKIN bagi segelintir pihak, mesej tersirat yang berbaur seksual, alkohol, dadah mahupun keganasan dalam sesebuah lagu bukanlah satu isu besar.
Terutamanya di kalangan pendengar remaja dan muda, apa yang lebih penting adalah melodi lagu itu sedap didengar dan menarik perhatian.
Jika lagu itu memang memikat, kita tidak peduli akan cerita yang terkandung dalam lagu itu sekalipun liriknya mengandungi mesej yang negatif.
Unsur yang sama juga dikesan pada lagu terbaru penyanyi Mizz Nina iaitu What You Waiting For. Lagu berbahasa Inggeris yang dipetik daripada album solo pertamanya itu mengandungi mesej tersirat yang agak 'nakal' dan kurang sesuai dengan budaya masyarakat kita.
Mendengarkan melodi lagu itu yang rancak dan penuh bertenaga, pasti ramai yang menganggap ia tidak lebih daripada sebuah lagu yang menghiburkan dan tidak membawa apa-apa kesan negatif.
Ditanya mengenai perkara itu, wanita yang mesra disapa Nina ini tidak menyangkal bahawa bait-bait lirik lagu itu mungkin agak kontroversi dan 'nakal'.
Sebagai penyanyi yang sedar akan tanggungjawab sosialnya, dia sama sekali tidak melihat perkara itu sebagai satu isu. Sekalipun ia mungkin berbentuk provokasi Nina sama sekali tidak berniat atau sengaja untuk mendorong peminat untuk mengikuti apa yang disampaikan dalam lagu itu.
"Lagu itu dihasilkan untuk hiburan semata-mata. Ia hanyalah sebuah lagu tentang kemeriahan hidup dan pesta muda-mudi yang penuh warna-warni dan kegembiraan.
"Memang saya akui liriknya agak 'nakal' tapi ia hanya cerita dalam lagu itu. Bukannya saya ingin mendorong masyarakat untuk melakukan seperti mana dalam lagu itu. Ia hanyalah sebuah lagu dan tidak lebih daripada itu," katanya.
Mengulas tentang mesej tersirat dalam lagu itu yang seolah ingin memprovokasi khalayak menerusi lirik yang berbaur elemen seksual, Nina berkata, perkara itu terpulang kepada penterjemahan dan penerimaan masing-masing.
"Mungkin ada yang menganggap saya sengaja ingin memprovokasi khalayak dengan lirik lagu yang begitu tapi bagi saya ia hanyalah sebuah lagu.
"Saya tidak fikir orang ramai akan terpengaruh atau menganggap saya menggalakkan atau mengagungkan gaya hidup masyarakat Barat pula.
"Saya harap masyarakat dapat menerima lagu itu dan muzik saya seadanya. Nikmatilah ia sebagai bentuk hiburan dan tanpa prejudis," jelasnya lagi.
Read More......
Posted by MeLPenang at 8:56:00 AM 0 comments
Labels: Hiburan
Suaram: Hak asasi semakin buruk di bawah Najib
Penyelaras dan pemantau kumpulan itu, John Liu juga mendakwa salah guna kuasa oleh pegawai agensi penguatkuasaan juga semakin menjadi-jadi.
“Salah guna itu bukan sahaja oleh polis tetapi juga agensi lain seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah malaysia (SPRM) dan terbaru oleh Tentera Udara Diraja Malaysia,” katanya dalam taklimat kepada 30 diplomat, ahli persatuan sivil dan wartawan pada pelancaran laporan itu.
Lapa
Turut membimbangkan adalah jumlah orang ramai yang ditembak mati oleh polis. Pada 2007 terdapat 13 kematian dan jumlah itu bertambah menjadi 82 pada 2008 dan terus meningkat kepada 88 pada tahun lalu.
“Tida
Liu juga mendakwa kes tidak bertolak ansur dengan orang ramai yang tidak berpuas hati dengan dasar atau keputusan kerajaan semakin menjadi-jadi. Ramai orang awam ditangkap apabila mengambil bahagian dalam perhimpunan yang diadakan secara aman.
“Hampir 1,000 orang ditangkap oleh polis kerana terlibat dengan pelbagai protes yang diadakan secara aman, termasuk upacara memegang lilin, memakai pakaian hitam dan juga mengambil bahagian dengan bermogok lapar,” katanya.
Ke
Tahanan tanpa perbicaraan masih menjadi satu isu, kata Liu.
“Pada akhir tahun lalu, sembilan tahanan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) masih dikurung tanpa dibawa ke mahkamah , manakala 1,000 lagi orang masih ditahan di bawah Ordinan Darurat dan juga Akta Dadah Bahaya.”
Read More......
Posted by MeLPenang at 8:47:00 AM 0 comments
Labels: Tempatan
10 Strategi Syaitan Membuka Aurat Wanita
Strategi Pertama – Menghilangkan hijab(penutup)
Perubahan zaman dan budaya manusia menyebabkan pakaian lebih berfesyen dan semakin banyak baju yang merendahkan aurat. Pada tahap ini syaitan berbisik kepada wanita dengan berkata bahawa pakaian hanyalah sekadar hiasan dan tiada berpengaruh dengan agama. Justeru itu, tidak mengapa sekiranya memakai pakaian yang membuka aurat. Namun, teknik ini tidak semestinya berkesan terutama kepada wanita yang berpendirian dan percaya bahwa memakai pakaian syar’i ialah satu ibadah dan bukan sekadar berfesyen. Jika hasutan ini gagal, syaitan akan beralih kepada strategi yang lebih licik seperti di bawah.
Strategi Kedua – Membuka bahagian tangan
Aurat wanita meliputi seluruhnya kecuali muka dan tapak tangan. Seharusnya menjadi kebiasaan tapak tangan tidak ditutup. Jadi, syaitan mengambil kesempatan ini untuk menghasut wanita dengan berkata {tak mengapa jika memakai baju lengan pendek….kamu masih pakai tudung..}. Di pasaran pula banyak pakaian berlengan pendek terutamanya fesyen baru. Wanita yang terpedaya pun memakai baju lengan pendek dan ternyata ia kelihatan biasa pada pandangannya maupun pandangan seorang lelaki, lalu syaitan berbisik lagi {tidak mengapa kan..?}
Strategi Ketiga – Membuka leher dan dada
Setelah menjadi kebiasaan merendahkan sebagian lengan, datang lagi syaitan dan berbisik {tak mengapa kan membuka lengan…sekarang ada fesyen baru yang merendahkan bagian dada..baju ini terbuka sedikit saja agar kamu tidak terasa panas…orang pasti berkata biasa saja…} Wanita itupun memakailah baju tersebut, daripada merendahkan sedikit, sehingga yang nampak lagi bahagian dadanya.
Strategi Keempat – Berpakaian tetapi bertelanjang
Tidak cukup dengan itu, syaitan membawa lagi idea baru. Kali ini syaitan berbisik {baju kamu itu dah biasa …dah ramai orang yg pakai…sekarang ini ada fesyen baru lagi…baju ini tipis dan ketat saja..boleh kamu tunjukkan bentuk badan kamu yang cantik itu..tidak apa-apa, sebab potongan baju ini masih panjang…} Maka wanita ini pun memakai baju berfesyen sebegitu sehingga menjadi kebiasaan malah baju yang dipakai semakin ketat dan jarang. Jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi sebagai kasiyat ‘ariyat (berpakaian tetapi telanjang)
Strategi Kelima – Membuka sedikit
Setelah memakai pakaian ketat dan jarang, datang lagi syaitan dan berbisik {susah la kalau kamu pakaian ketat semacam ini…bergerak pun terasa terbatasi…apa kamu cuba kain yang telah dibelah sampai ke lutut…nanti lebih senang kamu untuk duduk..tidak mengapa kamu rendahkan sedikit saja yang penting kamu selesa…} Maka dipakailah pakaian wanita yang terbelah. Ternyata ia memberi keluasan dan memudahkan dlm bergerak
Strategi Keenam – Membuka telapak kaki dan tumit
Syaitan berbisik lagi {sudah tak sesuai lagi kamu berpakaian ini…kain ini masih bagus walaupun dibelah hingga lutut…kamu potong aja lagi hingga diatas tumit…kamu pendekan kain ini sehingga atas tumit akan memudahkan km berjalan..} Wanita terus mengikuti godaan syaitan ini dan memakai kain singkat serta ditambah pula dengan kasut tumit tinggi.
Strategi Ketujuh – Membuka separuh betis
Sekarang, wanita ini sudah biasa memakai kain singkat dan ternyata masih kelihatan biasa pada pandangan orang. Syaitan berbisik lagi {fesyen kamu ni masih biasa saja…orang macam tak kisahkan…apa kata kamu cuba fesyen lain yang lebih menonjol..di pasaran banyak kain skirt..tak perlu beli yang sangat pendek …yang separuh betis saja..} Sekarang ni syaitan sudah menjadi seperti penasihat peribadinya. Maka dituruti hasutan tersebut. Pada tahap ini tudung sudah tidak dipakai.
Strategi Kelapan – Membuka seluruh betis
Wanita ada terfikir { Betulkah tindakan aku ni? Apakah tidak berselisih dengan wanita zaman nabi dulu ? } Syaitan pula menggunakan muslihat dengan mengaitkan zaman dahulu dengan sekarang. Syaitan berkata {AH!! tidak…sekarang zaman dah berubah..dulu lelaki tak suka kalau perempuan menampakkan auratnya, tetapi lelaki sekarang banyak yang suka… yang seksi-seksi terutama, mesti tidak terlalu seksi tp terbuka sedikit…di pasaran banyak pakaian zaman sekarang yang menampakkan seluruh betis….kalau kamu tidak ikut kamu akan ketinggalan zaman..} Maka pakailah wanita tersebut pakaian yang menampakkan seluruh betis.
Strategi Kesembilan – Serba mini
Setelah pakaian menampakkan seluruh betis menjadi kebiasaan, datang lagi syaitan menghasut {pakaian kamu perlu ada variasi. Jangan pakai yang seperti itu saja..kamu perlu pakai skirt mini…kamu akan nampak lebih seksi dan menawan..} Maka pakailah wanita ini skirt mini malahan bukan skirt saja yang mini, bajunya, skirtnya, semuanya dah menjadi kecil dan seksi. Bajunya juga sudah bervariasi seperti berlengan pendek, merendahkan sebagian dada dan sebagian pehanya. Ada yang dikhaskan untuk berpesta, bersosial, pakaian kerja, pakaian rasmi, pakaian malam dan sebagainya.
Strategi Kesepuluh – Hampir semua terbuka
Muncul pula keinginan untuk mandi di kolam renang terbuka dan pantai. Syaitan berbisik {pakailah kamu bikini..semua di sana pakai baju itu…kamu tak perlu malu ..} Wanita ini pun tanpa segan lagi memakai bikini yang hanya menutup sebagian dada dan pahanya. Dia pun bersuka ria terutama apabila semua lelaki memandangnya. Pada tahap ini auratnya sudah tidak diendahkan lagi.
Posted by MeLPenang at 8:36:00 AM 0 comments
Labels: Pesanan
Aksi Cium Krisdayanti & Raul Dirakam
Ciuman mesra KD dengan Raul berlaku ketika mereka menghadiri sidang media di Radio Dalam, Jakarta Selatan, Rabu. Pada ketika itu Raul sedikitt emosi ketika memperkatakan mengenai dirinya di sebuah tabloid hiburan.
Portal Inilah.Com melaporkan, ketika melihat aksi Raul yang sedikit emosi itu, KD dengan manjanya cuba mencubit pipi lelaki itu sambil memberi ciuman ke bibirnya.
Wartawan dan jurugambar yang hadir pada majlis tersebut menjadi terkejut lalu meminta kedua-dua pasangan tersebut mengulangi aksi berkenaan.
Bagaimanapun tanpa perasaan malu, KD terus menarik wajah Raul untuk menciumnya semula.
Sementara itu Inilah.Com turut melaporkan Raul mengaku mahu menikahi KD tetapi perlu menguruskan penceraiannya dengan Silvalay Noor Artalitha.
Raul berkata dia sudah melafazkan talak ke atas isterinya itu secara lisan dan atas alasan itulah dia berani untuk keluar bersama KD.
Mengikut perancangan, Raul mahu mengadakan majlis pernikahan mereka di tanah kelahirannya di Timor Laste dan KD sendiri tidak keberatan untuk tujuan itu.
KD bercerai dengan Anang Hermanstah pada 22 Oktober tahun lalu. Khabarnya Raul Lemos menjadi penyebab penceraian tersebut. Setelah bercerai dengan Anag, KD tidak malu untuk menceritakan kepada pihak media tentang hubungan mereka itu.
Read More......
Posted by MeLPenang at 8:25:00 AM 0 comments
Labels: Hiburan
Wednesday, July 21, 2010
Janji Israel ke atas Palestin
Read More......
Posted by MeLPenang at 12:39:00 AM 0 comments
Labels: Dunia
Video Sultan Kelantan Diserang Oleh Polis/Regim Zionist Malaysia
KUALA LUMPUR: Sebuah video menunjukkan Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra Sultan Yahya Petra diserang hendap dalam sebuah operasi khas oleh polis bertopeng dan bersenjata untuk membuat tangkapan dipercayai UTK.
Klip video pendek, yang telah dirakamkan oleh pengawal peribadi sultan, menunjukkan sultan meninggalkan istana bersama kereta-kereta pengiring menuju ke lapangan terbang di dalam Toyota Alphard.
Sebaik sahaja sultan meninggalkan pagar istana, sebuah kereta polis Proton Perdana berwarna putih, datang di antara kereta sultan dan juga kereta pengawal peribadi.
Ketika memandu di sepanjang jalan itu, rombongan pengiring terhenti apabila sultan telah diserang hendap oleh kereta-kereta dari semua arah sisi jalan (selepas 1.10 minit).
Proton Waja kelabu di sebelah kiri manakala Honda CRV perak di sebelah kanan, yang mana kesemuanya membawa pasukan khas bertopeng bersenjata.
Polis keluar daripada kereta masing-masing, dan menghalakan senapang-senapang mereka ke arah kereta sultan dan pengawal peribadinya.
P/s: Jika seorang Sultan diperlakukan bergitu.....apa tah lagi rakyat biasa!!!!!!!
Posted by MeLPenang at 12:32:00 AM 0 comments
Labels: Tempatan
Monday, July 19, 2010
Doktor ‘curi’ rahim pesakit
GULISTAN: Demi memenuhi tuntutan kerajaan dalam kempen mengurangkan jumlah kelahiran, doktor Uzbekistan melakukan amalan yang melanggar hak pesakit.
Aktivis hak asasi manusia negara itu melaporkan ratusan wanita yang menjalani pembedahan dibuang rahim mereka tanpa pengetahuan atau persetujuan mereka. Seorang mangsa, Saodat Rakhimbayeva, 24, meluahkan rasa kesal dan tidak puas hati selepas mengetahui doktor membuang rahimnya ketika melahirkan anak menerusi pembedahan. “Doktor tidak pernah meminta persetujuan saya sebelum pembedahan. “Saya hanya diberitahu selepas pembedahan selesai dijalankan,” kata wanita itu.
Menurut kumpulan hak asasi, pembuangan rahim itu dilakukan bagi mencegah populasi yang semakin meningkat selain mengehadkan bilangan etnik tertentu. Negara Asia Tengah itu yang mempunyai 27 juta penduduk adalah antara negara yang paling padat di samping kadar kemiskinan yang tinggi.
Beberapa pengkritik berkata, doktor ditekan secara langsung oleh kerajaan untuk bertindak demikian.
“Arahan itu datang daripada pihak atasan,” kata Khaitboy Yakubov, ketua sebuah pertubuhan hak asasi manusia Uzbekistan.
Sebelum, ini, Presiden Islam Karimov melancarkan kempen merancang keluarga dalam usaha mengurangkan kadar kelahiran yang semakin meningkat di negara itu.
Sehubungan itu, Jabatan Kesihatan dilaporkan mengarahkan petugas perubatan memantau pemeriksaan kesihatan ke atas wanita di bawah kategori usia subur. Arahan itu juga menekankan pembedahan membuang rahim secara percuma diberikan kepada wanita yang ingin melakukannya secara sukarela. “Doktor yang bertugas di hospital kerajaan diarah merealisasikan kempen kerajaan itu,” kata Khaitboy. – Agensi
Posted by MeLPenang at 12:20:00 PM 0 comments
Labels: Dunia
Jennifer Lopez Disaman $40 juta
GARA-GARA membatalkan konsertnya di sebuah hotel di Cyprus, penyanyi Jennifer Lopez dituntut membayar ganti rugi mencecah $40 juta.
Jennifer terpaksa membatalkan konsert sempena pembukaan Hotel Cratos Premium di Turki yang akan dilangsungkan pada 24 Julai ini.
"Jika dia tidak muncul untuk konsert di Cyprus, kami akan memilih prosedur lain dengan memohon $40 juta," ujar salah seorang pihak hotel, Boss Murat Bozoglu, menurut AFP, Khamis.
Isteri Mark Anthony itu memilih untuk membatalkan penampilannya di Hotel Cratos Premium setelah mendapat kritikan dari organisasi The Cyprus Action Network of America (CANA). Organisasi tersebut merupakan organisasi yang memperjuangkan hak asasi penduduk Cyprus.
Read More......
Posted by MeLPenang at 9:08:00 AM 0 comments
Labels: Hiburan
Joss Stone Jadi Gadis Bond Menerusi Permainan Video
PENYANYI soul Joss Stone (gambar) akhirnya berpeluang muncul sebagai gadis ejen 007, James Bond menerusi permainan video.
Activision telah merancang permainan James Bond 007: Blood Stone. Menurut Contactmusic, Sabtu, bintang filem The Tudors itu akan muncul dalam video tersebut.
Bintang Bond, Daniel Craig dan Dame Judi Dench juga akan muncul dalam permainan video itu.
Selain itu, Joss akan merakam sebuah lagu runut bunyi bertajuk I'll Take It All yang akan diterbitkan bersama-sama permainan terbaru Bond itu.
Read More......
Posted by MeLPenang at 9:06:00 AM 0 comments
Labels: Hiburan
Kirsten Dunts Bercinta Dengan Dua Lelaki Sekaligus
AKTRES cantik Kirsten Dunts seolah-olah sukar melupakan cinta lamanya. Khabarnya dia sedang bercinta dengan dua lelaki yang merupakan bekas kekasihnya.
Beberapa bulan kebelakangan ini, Kirsten kembali mesra dengan Jake Hoffman, anak aktor Dustin Hoffman yang pernah menjadi kekasih Kirsten pada 1998.
Namun selang sebulan selepas itu, bintang filem Spiderman itu juga dilihat kerap berdua-duaan dengan Jason Boeel, pemuzik band indie.
"Kirsten selalu bertukar kekasih setiap jam. Kirsten tak boleh memutuskan siapa lelaki yang ingin dimilikinya," ujar sumber kepada Showbiz Spy, Sabtu.
Jason merupakan lelaki pintar yang sangat menyukai seni. Dia ingin berkeluarga dengan Kirsten, namun wanita berusia 28 tahun itu menolak untuk berkahwin saat ini.
Sementara Jason merupakan lelaki yang tidak begitu komited. Jason fobia dengan komitmen dan Kirsten selesa dengan hal tersebut.
"Dia tidak pernah mengeluh kerana kedua-duanya sangatlah hot. Kirsten amat menyukai kedua-duanya, jadi sebab itu dia merasa bingung," jelas sumber.
Sahabat-sahabat Kirsten lebih memilih Jake berbanding Jason untuk menjadi pasangan sejati wanita itu kerana lelaki itu lebih fokus pada hidupnya.
Posted by MeLPenang at 9:05:00 AM 0 comments
Labels: Hiburan
Penelope Cruz Didakwa Hamil Anak Luar Nikah
SELEPAS Megan Fox, aktres cantik Penelope Cruz pula digosipkan hamil anak luar nikah.
Penelope yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan secara rahsia dengan aktor Javier Bardem khabarnya sedang hamil.
Penelope telah menjalin asmara dengan Javier selama tiga tahun namun si cantik kelahiran Alcobendas, Madrid, Sepanyol pada 28 April 1974 itu selalu merahsiakan kisah cintanya itu.
Awal Julai ini, kedua-duanya melangsungkan perkahwinan secara sederhana di sebuah rumah teman pasangan itu di kawasan Kepulauan Bahama. Hanya keluarga terdekat kedua-dua belah pihak yang hadir di sana.
Setelah perkahwinan mereka selesai, gosip menyatakan bintang Vicky Cristina Barcelona itu sedang mengandung anak pertama dari Javier tersebar. Penelope didakwa akan melahirkan anak itu pada awal Januari tahun depan.
Namun jurucakap Penelope menafikan dakwaan itu. Menurut EOnline, Khamis, jurucakapnya menegaskan bekas kekasih Tom Cruise itu tidak hamil.
Penelope sedang sibuk menjalani penggambaran filem Pirate of the Caribbean: On Stranger Tides.
"Jika sedang hamil tidak mungkin dia akan berlakon filem seperti itu (Pirate of The Caribbean)," kata salah seorang sumber.
Posted by MeLPenang at 9:03:00 AM 0 comments
Labels: Hiburan
Buaya jadian
Penyelidik ini namanya Dr. Brady Barr. Dia melakukan sesuatu yang “nampak bodoh” dan sangat berbahaya iaitu menyamar sebagai buaya dan berkumpul bersama dengan buaya-buaya di kandang buaya untuk mengkaji buaya dengan lebih efektif.
Doktor ini memakai pakaian buaya yang dibuat dari fiber glass, aluminium.Untuk menghilangkan bau manusianya dia melumur najis kuda di atas pakaian samaran buaya ni.
Dr. Brady Barr juga melakukan teknik penyamaran yang sama ketika mengkaji badak sumbu liar.
Lihatlah bagaimana Mat Salleh bekerja dengan begitu serius untuk kajian dan ilmu. Walaupun nampak gila tapi hasilnya berbaloi demi untuk hasil yang berkualiti. Orang kita pun mampu menjadi saintis dan pengkaji hebat jika mampu berfikir di luar kotak spt diaorang.
Kita juga mestilah keluar dari lingkungan minda dari cerita mitos buaya jadian seperti kononnya kisah Legenda Bujang Senang di Sarawak. Biarkan legenda tinggal legenda…
Malangnya para pengamal media cuba mengembalikan kita kepada kisah-kisah tahyul dan ajaran ilmu hitam seperti cerita Sumpah Orang Minyak, harimau jadian – waris jari hantu dan banyak lagi.
Read More......
Posted by MeLPenang at 8:52:00 AM 0 comments
Labels: Rileks
Melayu tetap berkuasa walaupun tanpa Umno
Oleh itu PAS Selangor pimpinan Datuk Dr Hasan Ali (gambar) berkata, parti itu dan PKR berupaya untuk memastikan kuasa akan kekal di tangan orang Melayu menerusi kedua-dua komponen Pakatan Rakyat itu, yang lebih jujur dan adil.
“Orang Melayu tidak akan hilang kuasa kalau pun Umno sudah tidak lagi memerintah negara ini,” kata Ketua Penerangan PAS Selangor Roslan Shahir dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
Pada muktamad PAS 2008 dan 2009, Hasan yang juga Exco kerajaan negeri dan Pesuruhjaya PAS Selangor dikaitkan dengan idea kerajaan perpaduan dengan Umno.
Mengulas kenyataan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria, Roslan berkata, isu perpaduan Melayu yang kembali dijadikan agenda politik oleh Umno dipandang sudah tidak relevan oleh PAS Selangor.
“PAS Selangor merasakan agenda ini cuba diketengahkan oleh Umno semata-mata untuk memecahbelahkan perpaduan erat dalama Pakatan Rakyat khususnya di negeri Selangor sejak Mac 2008 sehingga ke saat ini, di mana PAS Selangor semakin selesa dan begitu komited dalam memperteguhkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor,” katanya.
Kata Roslan, orang Melayu di Selangor kini semakin terbuka dan dapat menerima kesungguhan dan keikhlasan kepimpinan PAS dalam memimpin mereka.
“Umno di Selangor semakin dipinggirkan dan tidak mustahil dengan kepimpinan cemerlang kerajaan Pakatan Rakyat, Umno Selangor akan ditolak oleh orang-orang Melayu sendiri,” jelas beliau.
Roslan juga berkata, pemimpin-pemimpin PAS pelbagai peringkat termasuklah akar umbi kini sudah bersedia untuk mengambil alih saki baki amanah kepimpinan Melayu yang dipegang oleh Umno di Selangor untuk digantikan dengan kepimpinan Islam yang lebih adil dan meyakinkan masyarakat.
“PAS Selangor memberi jaminan kepada orang Melayu di negeri ini agar jangan bimbang dan khuatir kerana kiranya Umno hilang kuasa, maka kuasa politik itu akan diambil alih oleh PAS dan PKR,” katanya lagi.
Semalam, Harussan mendedahkan bahawa beliau mahu terus menyatupadukan orang Islam dan Melayu di negara ini walaupun terdapat pihak yang tidak menyenangi usaha murni beliau ini.
Namun Harussani berkata, beliau tidak pernah berputus asa demi mengekalkan kebaikan dan perpaduan umat Islam di negara ini, khususnya antara parti Umno dan PAS.
“Masih ada harapan (ke arah perpaduan orang Melayu), jika kita bijak mengutamakan perkara yang lebih penting ke arah mencapai matlamat ini.
“Harapan itu ada kerana kedua-duanya (Umno dan PAS) memang hendak bersatu. Itulah cita-cita saya,” katanya.
Harussani berkata, terdapat pemimpin kedua-dua parti Melayu berkenaan yang datang berjumpa beliau baru-baru ini bagi membincang dan meminta pandangan beliau berhubung cara untuk menyatupadukan kedua-dua parti tersebut.
Bagaimanapun katanya, beliau telah menjelaskan kepada mereka bahawa beliau bukan orang politik dan tidak mempunyai hak untuk menentukan perkara tersebut bagi kedua-dua belah pihak.
Read More......
Posted by MeLPenang at 8:50:00 AM 0 comments
Labels: Politik
Najib Rosmah berbelanja 3.9 billion setahun?
Rakyat disuruh berjimat cermat dalam masa sama dicekik dengan pelbagai cukai. Tetapi pemimpin boros tanpa had. Apabila barang-barang keperluan asas dinaikkan kerajaan mensasarkan penjimatan sebanyak RM750 juta yang diumumkan Pejabat Perdana Menteri adalah teramat sedikit berbanding dengan keborosan dan pembaziran yang berlaku akibat kelalaian Barisan Nasional, Rakyat bawahan khususnya yang berpendapatan rendah dan 75% daripadanya adalah bumiputra termasuklah Umnoputra yang selama ini jatuh bangun menyokon Umno-BN.
Tetapi pemimpin Umno-BN ini bijak menipu rakyat. Ia memeras rakyat tetapi tetap berkehendakkan rakyat terus memujinya. Sebab itulah tajuk berita media: “Subsidi diturunkan..” “Penyelarasan harga barang..” “ Najib berani…” “rasionalisme subsidi..”. Kekadang editor serta wartawan macam ni takde hati perut ke? Tidakkah mereka menyembunyikan maklumat untuk bersekongkol dengan kerajaan bagi memeras rakyat marhaen. Rakyat dan sebangsa mereka sendiri demi kepentingan habuan dan periuk nasi mereka. Sepatutnya mereka jujur dengan data yang sebenar. Siapa yang boros? Siapa yang membazir dan salah urus dana awam termasuk syarikat-syarikat GLC. Mereka sepatutnya mempunyai etika dan amanah untuk melapurkan kemana sebenarnya perjalanan kewangan Negara yang merupakan milik rakyat. Tetapi malang apabila mereka menjadi hamba dan diperkudakan pemimpin.
1. Pembaziran Pilihanraya Kecil
Kenapa mereka tidak lapur pembaziran yang berlaku setiap kali pilihanraya kecil? Dia siapa yang mereka guna? Duit Umno atau duit rakyat? Terakhir pilihanraya Sibu. Hampir 2 billion ditabur demi kepentingan politik sempit Umno-BN. Apa jadi. Pengundi Sibu berkata: “ Terimkasih Najib kerana sudi meluangkan masa dan membahagi angpau!...”
2. Perbelanjaan JPM diketuai Najib
Rakyat dinaikkan harga barang untuk berjimat 750 juta tetapi untuk pemimpin? Dewan Rakyat dimaklumkan bahawa perbelanjaan Jabatan Perdana Menteri telah mencecah RM3.8 bilion pada tahun 2009 dan dijangka mengatasi peruntukan RM3.9 bilion bagi tahun 2010. Ini termasuklah perbelanjaan Sekretariat Mantan Perdana Menteri dan Sekretariat Permata yang dinaungi oleh isteri yang disayangi Perdana Menteri, Rosmah Mansor. RM 3,900 juta bukan sedikit. Kemana duit itu dibelanjakan. Sepatutnya media cari maklumat dan dedahkan untuk pengetahuan rakyat.
3. Subsidi konglomerat dan subsidi rakyat
Rakyat juga ingin tahu perbandingan subsidi terhadap rakyat dan subsidi terhadap kroni-kroni mereka. Contohnya "Negara memberikan subsidi sebanyak RM20 bilion setahun kepada IPP iaitu Genting Sanyen, Malakof dan YTL Power. Kenapa? Sedangkan sudah ada TNB milik rakyat. Kenapa bersekongkol duit rakyat demi kepentingan IPP. Subsidi 20 billion tetapi mencekik rakyat untuk 750juta. Tidak lain dan tidak bukan dibelakang syarikat tersebut adalah kroni-kroni mereka termasuk anak Dr Mahathir sendiri. Biar rakyat mampus asal kroni dan anak mereka billionair.
Syarikat-syarikat pengeluar tenaga independen (IPP) mendapat keuntungan berlipat kali ganda akibat sistem subsidi bahan api yang tidak masuk akal. Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi mengakui IPP mendapat bekalan gas dengan harga RM6.40 bagi setiap mmBtu (juta unit Termal British) sedangkan harga pasaran RM41 mmBtu. Menterinya Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, Petronas sendiri menjual gas kepada IPP di bawah harga kos pengeluarannya, sebanyak RM15 hingga RM16 mmBtu. Tambahnya, keadaan ini menyebabkan "IPP mampu mengaut keuntungan yang tinggi." "Penjualan gas kepada IPP adalah tidak munasabah sedangkan kos pengeluaran gas ialah RM15 hingga RM16 mmBtu dan harga pasaran pula mencecah RM41 mmBtu.
Gas diberi subsidi tetapi rakyat dinaikkan harga gas. Sedangkan kita menggunakan gas yang disedut diperairan Terengganu, diproses dan dibotolkan di Paka-Kerteh dan dijual dengan harga yang dinaikkan kepada RM1.85 sekilo. Apa ke menatang subsidinya? Mereka dapat gas percuma kurnian Allah dan dicekik rakyat untuk kepentingan kroni mereka. Tahukan saudara YTL di Paka-Kerteh mengaut untung RM1.5 juta sehari, RM40 juta sebulan dan RM500 juta setahun. Apa kepakaran mereka? Hanya sekadar menculik kepakaran dan kemahiran pekerja TNB, jiran sebelah. Tetapi rakyat dicekik dan syarikat kroni yang untung beratus juta diberi subsidi? Apa rasionalnya memberi subsidi gas kepada IPP RM35.7 bilion, manakala sektor penjanaan tenaga pula mendapat manfaat daripada subsidi keseluruhan yang berjumlah RM62.6 bilion berbanding memberi subsidi kepada rakyat?
Itu baru syarikat tenaga. Macamana syarikat-syarikat lain?
Sebab itu kita melihat kekayaan pemimpin Umno luar biasa. Baru sepenggal menjadi wakil rakyat mengalahkan taukey dadah. Itu belum kira yang memerintah dan berkuasa sehingga kepala botak dan beruban. Lihatlah kekayaan Ketua Menteri Sarawak!
Apa yang dapat diperhatikan tentang kenaikan harga barang bertali arus ini sebenarnya usaha yang dilakukan oleh Najib sebagai persiapan mengumpul dana untuk menghadapi pilihanraya. Baru-baru ini disangkakan taukey judi akan melabur besar jika diluluskan lesen judi bola tetapi gagal. Akibatnya sekarang rakyat diperas untuk mencukupkan keperluan kewangan yang lebih besar bagi memastikan Umno-BN terus memerintah.
Hasrat ini perlu dihalang. Jom bersama-sama kita selamatkan Terengganu. Selamatkan Malaysia dari tangan-tangan khianat ini. Semoga dapat dipertingkatkan kefahaman dan capaian maklumat kepada rakyat agar tidak terus dibutakan oleh pemimpin Umno-BN
Posted by MeLPenang at 8:46:00 AM 0 comments
Labels: Tempatan
Dr Asri: Aduhai subsidi dirampas...
Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyatakan kekesalannya terhadap kenaikan harga "5-dalam-1" bagi tujuan penjimatan subsidi sedangkan pada masa yang sama terdapat pelbagai pembaziran.
"Kenangilah orang-orang kampung yang susah, ibu bapa yang terhad pendapatan mereka dan anak-anak miskin yang akan termangsa dari setiap kenaikan harga barang.
"Mereka tiada istana mewah, tiada kereta mewah, tiada hidangan mewah."
Tengah malam kelmarin, kerajaan menaikkan harga petrol, diesel, gula dan Petroleum Gas Cecair (LPG). Langkah tiba-tiba itu ternyata mengundang kemarahan banyak pihak, terutamanya pembangkang.
Menulis dalam blognya semalam, Dr Mohd Asri menempelak "golongan bangsawan dan pembesar yang bersenang-lenang dengan kemewahan yang telah merampas subsidi rakyat".
Sedangkan, menurut artikel berjudul 'Menangisi kenaikan harga barang' itu lagi, orang miskin kini menangis ekoran harga makanan yang semakin tinggi.
Read More......
Posted by MeLPenang at 8:43:00 AM 0 comments
Labels: Tempatan
Sunday, July 18, 2010
SEKS TERLAMPAU SEORANG USTAZ:MEROSAKKAN NAMA TAHFIZ
KUALA LUMPUR: Dia amat dihormati sebagai guru agama, penceramah bebas dan pemilik pusat tahfiz, namun di sebalik semua itu dia menjadi igauan ngeri buat tiga isterinya berikutan kerakusan amalan seksnya yang melampau iaitu melakukannya serentak dengan ketiga-tiga isteri.
Lebih mengaibkan, guru tahfiz berusia lewat 50-an terbabit tergamak mengeluarkan dakyah palsu kononnya amalan itu sunnah nabi dan mendakwa kononnya Rasulullah turut melakukan perkara sama dalam berpoligami.
Perlakuan aib dan menjijikkan guru tahfiz itu didedahkan dua bekas isterinya selepas kedua-duanya sebelum ini minta diceraikan selepas tidak sanggup diperlakukan demikian, selain tidak mahu terus menerus melakukan dosa.
Seorang daripada wanita terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Suzila, 37, berkata amalan luar biasa bekas suaminya itu bukan saja menyebabkan dia sangat malu terhadap diri dan Tuhan, malah kepada pelajar tahfiz kendalian suaminya.
Suzila, seorang ustazah dan bekas isteri kedua lelaki itu berkata, tempoh perkahwinannya tiga tahun episod hitam dalam hidupnya yang dijanji akan diajar pengetahuan agama lebih mendalam oleh bekas suaminya.
“Selepas berkahwin saya dibawa ke Mesir untuk menjaga pusat tahfiz milik suami. Rupa-rupanya di sana dia mempunyai isteri lain. Saya terpaksa melayan kehendak suami dan merelakan diri diperlaku tidak ubah seperti aksi filem lucah.
Tidak tahan menanggung derita mental dan fizikal, saya nekad lari membawa tiga anak dengan bekas suami pertama kembali ke tanah air tahun lalu,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.
Menurutnya, tindakan itu juga diambil selepas beberapa pelajar tahfiz di sana menasihatkannya supaya pulang ke tanah air kerana perbuatan keji itu menjadi buah mulut di kalangan mereka.
Suzila berkata, selepas kembali ke Malaysia, dia dimaklumkan beberapa pusat tahfiz milik bekas suaminya di negara ini ditutup apabila dikesan melakukan penipuan, manakala pusat di Mesir pula beroperasi secara haram kerana tidak berdaftar.
Katanya, satu lagi salah laku bekas suaminya ialah mengarahkan semua isteri barunya selain isteri pertama mengambil suntikan pencegah kehamilan kerana dia tidak mahukan anak.
Bekas isteri ketiga ustaz terlampau yang hanya mahu dikenali sebagai Ariana pula berkata, dia mengahwini bekas suaminya itu dengan niat mendapat bimbingan agama dan menjadikan lima anaknya dengan suami pertama seorang tahfiz.
“Saya tidak mengenalinya, tapi apabila dipinang isteri pertamanya dan dimaklumkan latar belakang suami yang mempunyai ilmu agama tinggi, saya sanggup jadi isteri ketiga demi menjamin masa depan lima anak saya,” katanya.
Ariana berkata, dia sanggup meninggalkan perniagaannya demi mengikut guru tahfiz itu ke utara tanah air dan menjaga pusat tahfiz di sana.
Bagaimanapun, katanya, pada malam pertama perkahwinan dia terkejut apabila isteri pertama berada dalam bilik tidur sebelum mereka bersama-sama melayan suami. Lebih menghairankan dia mendakwa madunya itu turut seronok dan begitu ghairah melakukannya.
“Saya hairan dan jijik dengan sikap mereka berdua, tapi apabila saya mempersoalkannya, bekas suami memberitahu ‘nabi pun lakukan perkara sama’. Saya mengatakan tidak pernah dengar atau terbaca dalil mengenai perkara itu.
“Namun, bekas suami mengatakan hanya orang terpilih seperti dirinya mendapat dalil itu dan saya jahil sebab itu tidak pernah mengetahui dalil itu. Saya terpaksa merelakan diri diperlakukan seperti itu. Bila menentang, saya dituduh tidak taatkan suami,” katanya.
Selain itu, Ariana mendakwa sepanjang berkahwin lebih setahun, bekas suaminya itu hanya memberi wang nafkah RM200 sebulan menyebabkan dia bersama anak ada kalanya terpaksa menahan lapar.
Berikutan sudah tidak sanggup bersubahat dengan perbuatan suaminya yang dianggap menghina Rasulullah, Ariana menuntut cerai pada bulan lalu.
“Namun, sebelum bercerai saya terpaksa mencari seorang lagi wanita untuk dijadikan isterinya dan kini saya tidak mengetahui berapa ramai isterinya,” katanya.
Read More......
Posted by MeLPenang at 8:36:00 AM 0 comments
Labels: Tempatan
Kemaruk Sotong Bukan Setakat Piala Dunia Tapi Pilihanraya
Posted by MeLPenang at 8:29:00 AM 0 comments
Labels: Dunia
Penemuan Kapal Misteri Di Bekas Ground Zero 9/11
Ada penemuan mengejutkan di lokasi ground zero menara kembar World Trade Center (WTC), New York, yang runtuh dihentam pesawat-bom Al Qaeda.
Penemuan itu bukanlah sisa-sisa jasad korban dahsyat komplot Osama bin Laden, pada 11 September 2001 lalu.
Tetapi ia adalah bangkai kapal yang terkandas kira-kira sekitar tahun 1810. Tujuan utama perahu misteri itu adalah tepian pantai Manhattan.
Bangkai kapal dengan panjang sekitar 10 meter itu ditemui di bawah permukaan tanah sedalam sekitar enam meter. Penemuan ini menggemparkan, kerana ia bagaikan muncul secara tiba-tiba ke atas permukaan tanah.
Di tengah kebisingan deruan jentera yang terus menggali dan merenovasi Ground Zero, para arkeologi ramai berkumpul.
“Penemuan bangkai kapal ini adalah kemuncak daripada penggalian gedung WTC. Ini sangat menakjubkan,” kata Molly McDonald, arkeologi yang berada di lokasi sambil menunjukkan ke arah dua potong kayu kapal.
Bangkai kapal itu terkubur di bawah lumpur yang sedang digali untuk kerja renovasi dan pembaikan kawasan bekas Menara WTC. McDonald dan tiga rekannya berhasil menggalinya, hingga ke bahagian lambung kapal kelihatan jelas.
Bahagian ini terkubur di lokasi di mana akan dibangunkan pusat membeli-belah yang baru. Para peneliti dengan sangat berhati-hati dengan lumpur demi untuk mencari bahagian-bahagian kapal lainnya.
Sejarawan bidang lautan, Norman Brower meyakini, perahu ini pernah berlayar ke Karibia. Kesimpulan itu dinyatakan setelah mereka memeriksa jejak yang tertinggal di kapal itu.
“Bau yang tinggal ini seperti air laut yang surut,” kata McDonald. Walaupun demikian, masih banyak misteri yang harus dipecahkan dari penemuan bersejarah ini. “Kenapa kapal ini dibina? Bagaimana penggunaannya? Dan mengapa kapal ini karam dan tenggelam?”
Peristiwa menggemparkan ini terjadi pada Selasa, 13 Julai lalu. Ketika itu petugas menemuinya secara tidak sengaja ketika sedang melakukan penggalian di hujung selatan Ground Zero. Kini, pasukan konsultan lingkungan sudah dipanggil untuk mendokumentasikan artifak di lokasi yang akan menjadi pusat perdagangan itu.
(Associated Press)
Read More......
Posted by MeLPenang at 8:27:00 AM 0 comments
Labels: Dunia
Tembikai Aneh Dari China
Seorang pemandu bas di China berjaya menemui tembikai aneh ‘kembar siam’ berhampiran rumahnya di Tengah China.
Pemandu itu, Xiong Wei, 25 tahun dari Wuhan telah menanam tembikai selama 5 tahun di halaman rumahnya, namun ini kali pertama beliau menemui tembikai dengan bentuk yang berlainan daripada biasa."Ini adalah yang pertama bagi saya menemui tembikai yang begitu aneh," kata Xiong.
Pakar tembikai mengatakan ia adalah tembikai kembar siam kerana bercantum antara satu sama lain. Sememangnya baik untuk kesihatan.
Read More......
Posted by MeLPenang at 8:18:00 AM 0 comments
Labels: Dunia
Tengku Razaleigh - Najib tak layak pegang jawatan
KUALA LUMPUR, 17 Julai — Masalah pengurusan kewangan membabitkan kerajaan dan beberapa agensi utama sejak kebelakangan ini berpunca daripada kelemahan elemen "check-and-balance" dan perdana menteri tidak wajar turut menyandang portfolio kewangan, kata Tengku Razaleigh Hamzah.
Razaleigh yang juga bekas menteri kewangan berkata, perdana menteri sewajarnya memfokus tanggungjawab sebagai ketua barisan Kabinet, tanpa memegang portfolio lain dalam jemaah menteri demi memastikan keseimbangan fokus.
Beliau khuatir kedudukan semasa di mana perdana menteri turut mengetuai Perbendaharaan, yang diamalkan sejak lebih sedekad lalu, boleh membuka laluan kepada elemen lemahnya elemen sekatan dan imbangan dalam pengurusan dana awam.
Menjawab soalan yang dirujuk kepada kontroversi yang timbul berkaitan dengan Felda baru-baru ini, Razaleigh berkata, ia sepatutnya boleh dielakkan jika agens-agensi kerajaan seperti Felda diletakkan di bawah penyeliaan rapi Kementerian Kewangan.
"Pada masa-masa lalu, Kementerian Kewangan mengamalkan prosedur ketat dalam soal pelaburan. Keputusan pelaburan dilakukan oleh kami (Kementerian Kewangan)... tetapi kini dilakukan oleh agensi masing-masing," katanya.
Amalan seorang perdana menteri turut memegang portfolio menjadi tradisi sejak selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat pada 1998 dan diwujudkan dua kerusi menteri kewangan.
Di bawah pendekatan ini, Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan kini Datuk Seri Najib Razak turut memegang portfolio Kementerian Kewangan.
Jelas Razaleigh, Felda yang sepatutnya berada di bawah penyeliaan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, tetapi diketuai oleh Perdana Menteri.
"Perdana Menteri memutuskan apa yang perlu dilakukan di Felda," kata beliau dalam temu bual dengan The Malaysian Insider.
Kelmarin, Persatuan Anak-anak Felda Kebangsaan (Anak) mahu Parlimen menyiasat penyalahgunaan dana oleh Felda yang dikaitkan dengan kemerosotan rezab tunai lembaga itu.
Pengerusinya Mazlan Aliman berkata, Anak juga akan bertemu dengan Razaleigh supaya mengetuai perkara ini di Parlimen.
"Kita akan menemui Tengku Razaleigh dan memintanya untuk memimpin perkara berkaitan Felda di Parlimen kerana berliau adalah seorang ahli politik veteran dalam Kabinet dan juga terlibat dalam pembangunan Felda," kata Mazlan.
Pada 16 Jun lalu, kerajaan pusat secara terbuka mengakui simpanan tunai Felda telah merosot sehingga RM1.35 bilion tahun lalu berbanding paras RM4.08 bilion dimiliki pada 2004.
Bagaimanapun Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan mendakwa penurunan simpanan tunai bukan kerana salah urus Felda.
Kini, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) akan meneliti pihak pengurusan Sime Darby dan Pos Malaysia Berhad bagi memberi penjelasan berhubung kerugian kedua-dua syarikat itu.
Sime Darby dilaporkan mengalami kerugian lebih RM964 juta akibat daripada lebihan kos dalam projek kendaliannya, dan berikutan itu, Datuk Seri Ahmad Zubir Murshid, yang kontraknya sebagai Ketua Eksekutif Kumpulan sepatutnya berakhir pada 26 Nov ini, telah diminta bercuti.
Pos Malaysia pula dilaporkan mengalami kerugian RM227 juta sejak beberapa tahun lalu.
PAC tidak menolak kemungkinan akan memanggil pengurusan Khazanah Nasional Berhad berdasarkan penglibatannya dengan Pos Malaysia.
Bagaimanapun minggu ini, Najib yang juga Menteri Kewangan mempertahankan Sime Darby dan Pos Malaysia berhadapan dengan masalah kewangan.
Mengulas pendiriannya, Razaleigh berpandangan bahawa perdana menteri tidak seharusnya memegang sebarang jawatan selain sebagai ketua Kabinet.
"... ini bukan amalan yang baik, perlu ada unsur sekatan dan imbangan," kata Razaleigh.
Razaleigh juga berpendapat banyak agensi kerajaan seperti Felda dan syarikat-syarikat lain seperti Sime Darby kini berhadapan dengan krisis kewangan sebab tidak berada di bawah penyeliaan Kementerian Kewangan.
Pengasas Petronas ini berkata, pentadbiran Najib seharusnya mengkaji semula amalan ini bagi membolehkan Kementerian Kewangan mempunyai tanggungjawab penuh ke atas penggunaan dana kerajaan.
"Ketika masa saya (sebagai Menteri Kewangan), saya mengawal (penggunaan) wang, kesemua kontrak.
"Ketika itu, kesemua ketua (jabatan dan agensi awam) memberi saya taklimat apa yang mereka hendak lakukan dengan wang di pelbagai kementerian," kata Razaleigh sambil menambah walaupun ia kelihatan birokrasi tetapi penyeliaan dapat dilakukan dengan baik.
Menurut pemimpin politk veteran ini, ketika era kepimpinan Tun Hussein Onn dan Dr Mahathir, Kementerian Kewangan mempunyai kawalan ke atas perbelanjaan kesemua kementerian.
Jelas beliau, jika sesebuah kementerian hendak melantik kontraktor bagi sesuatu projek, mereka perlu berunding dengan Kementerian Kewangan dan kementerian akan memastikan sistem tender terbuka diamalkan sebelum projek diluluskan.
"Dan, apa sahaja diputuskan oleh Kementerian Kewangan perlu melalui Parlimen... sudah pasti dulu lebih terbuka kerana menteri kena melaporkan kepada Parlimen, kepada Kabinet," katanya lagi.
Bagaimanapun menurut beliau, kini setiap kementerian boleh membelanjakan apa yang mereka mahukan.
"Tiada mekanisme yang betul untuk memastikan sekatan dan imbangan," katanya.
Ahli Parlimen Gua Musang ini ketika beliau menjadi menteri kewangan negara tidak berhadapan dengan masalah hutang.
"Sekurang-kurangnya anda tahu bahawa kita tidak membazirkan wang rakyat," kata beliau lagi.
Posted by MeLPenang at 8:12:00 AM 0 comments
Labels: Politik
Friday, July 16, 2010
Datuk Ditipu Pelacur
Seorang datuk di Jerman diperdayakan oleh seorang pelacur muda warga Thailand yang berjaya memujuknya meminjamkan wang sebanyak 20,000 euro (RM82,000) tetapi kemudian tidak membayar balik pinjaman itu, lapor sebuah akhbar semalam.
Datuk berusia 71 tahun itu yang berasal dari wilayah Rhine-Westphalia Utara, Jerman pada mulanya menjadikan pelacur tersebut yang menggunakan nama samaran Kim sebagai tempat bermanja setelah isterinya yang berusia 65 tahun meninggal dunia.
Kim bekerja di sebuah rumah pelacuran di Jerman dan pernah berbogel di Internet.
Dia yang juga pakar dalam urutan erotik, mengenakan caj 100 euro (RM410) untuk satu sesi bersamanya.
Akibat percaya mereka saling jatuh cinta, datuk berkenaan sanggup memberikan wang yang banyak itu kepada Kim setelah dia kerap melanggan pelacur itu.
“Dia bermalam di kediaman saya, kami merancang masa depan bersama,” katanya.
Namun, pada satu hari, Kim mahukan wang pencen lelaki tersebut dan merayu sambil menangis kerana adik-beradiknya di Thailand memerlukan bantuan kewangan.
Datuk itu memberikan wang simpanannya sebanyak 8,000 euro (RM32,852) dan meminjamkan lagi 12,000 euro (RM49,277) kepada Kim.
“Kim menyatakan akan membayar balik wang itu secara ansuran tetapi dia tidak berbuat demikian,” katanya.
“Selepas mendapat wang itu, dia (Kim) tiba-tiba tidak mahu berjumpa dengan saya lagi.
“Dia (Kim) menandatangani surat pinjaman. Saya akan menyamannya jika perlu,” ujarnya.
Posted by MeLPenang at 12:28:00 PM 0 comments
Labels: Dunia
Rolls Royce Guna Nama "Sultan Melaka" Dirampas
Ketua Polis Daerah Serdang Supt Abd Razak Elias berkata hasil siasatan mendapati kenderaan mewah yang tertulis "DYMM Tuanku Raja Noor Jan Shah" itu disewa daripada sebuah kedai jual kereta terpakai dengan menggunakan nama Sultan Melaka supaya mampu menarik kepercayaan pelabur asing.
"Kami juga menahan tiga lelaki berusia 20 hingga 35 tahun yang mendakwa pemandu dan penganjur majlis itu untuk siasatan lanjut. Setelah diperiksa, seorang daripada mereka positif dadah jenis ketamin," katanya pada sidang media di Serdang.
Abd Razak berkata polis akan mendapatkan keterangan daripada Raja Noor Jan Shah, yang sebelum ini pernah mendakwa dirinya waris Kesultanan Melaka, sama ada beliau mengetahui namanya digunakan oleh syarikat pelaburan berkenaan.
"Kes ini juga akan dirujuk kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk siasatan lanjut dan lelaki yang ditahan itu disiasat mengikut Akta Dadah Berbahaya," katanya.
Majlis kira-kira pukul 1 petang itu disedari sepasukan anggota polis yang melakukan rondaan di sekitar kawasan itu dan mendapati kenderaan mewah yang dipamerkan itu menjadi tumpuan ramai terutama kira-kira 150 pelabur asing dari Hong Kong, China dan Vietnam.
"Setakat ini, polis hanya menahan seorang individu atas kesalahan positif dadah dan dua lagi dibebaskan. Namun siasatan lanjut sedang dilakukan termasuk mendapatkan keterangan daripada wakil syarikat pelaburan berkenaan," katanya.-Bernama Gambar: Metro
Read More......
Posted by MeLPenang at 12:24:00 PM 0 comments
Labels: Tempatan
Harga Minyak Akan Turun
Sekali lagi kita dihadiahkan dengan berita kenaikan harga minyak dan barang runcit. Tetapi kali ini lebih istimewa kerana pakej 5 dalam 1 merupakan hadiah dari Kerajaan 1Malaysia setelah berbulan-bulan menunggu masa dan waktu untuk menaikkan harga.
Ditambah pula dengan pengumuman setelah sessi Dewan Rakyat tamat. Ini menunjukkan Kerajaan kita betul-betul "berjiwa rakyat!"
Adakah masih ada harapan harga minyak akan diturunkan. Ya!
Harga minyak akan diturunkan semula menjelang Pilihanraya Umum ke-13. Harga minyak Malaysia dinaikkan secara mengejut, walhal harga minyak dunia diramalkan menurun lagi. Harga minyak dikatakan menurun sebanyak 6 kali berturut-turut sejak 9 Jun. Oil Prices Headed Lower.
Graf diatas adalah graf kaitan antara Pilihanraya Kongress di Amerika dan harga minyak pada tahun 2006. Menjelang Pilihanraya Kongress pada 7 November 2006, harga minyak diturunkan 60 hari sebelum pilihanraya diadakan. Baca lebih lanjut disini.
Yang menariknya, taktik yang serupa diguna pakai menjelang Pilihanraya Parlimen Permatang Pauh dimana kerajaan pada awalnya berkata harga minyak tidak akan turun sebelum 1 Sept tetapi pada 22 Ogos, harga minyak diturunkan sebanyak 15 sen. Baca lebih lanjut di sini dan sini.
Harga minyak memang akan turun. Persoalannya bila? Bila harga minyak diturunkan, rakyat sekali lagi akan terpedaya dan terpesona serta lunak dengan sikap kerajaan dan sekali lagi akan memangkah UMNO/BN pada Pilihanraya Umum akan datang. Kerajaan dengan bangganya mengaku ekonomi negara sangat kukuh dan meningkat. Jika meningkat mengapa semuanya harus dinaikkan?
Memang kerajaan tidak ada wang. Sebab itulah, judi mahu dihalakan, saman ekor, kenaikan harga runcit secara tiba-tiba. Semua ini untuk mengumpul dana bagi menghadapi Pilihanraya akan datang. Bukan mudah untuk merampas 5 buah negeri Pakatan Rakyat. Belanja mesti besar! Kita disuruh berjimat, tetapi kerajaan membelanjakan wang rakyat sewenang-wenangnya. Adakah kali ini kita akan tertipu lagi?
Read More......
Posted by MeLPenang at 12:18:00 PM 0 comments
Labels: Tempatan
Harga Teh Tarik Hanya Naik 1.25 Sen?
KUALA LUMPUR: Harga bagi teh tarik - minuman paling popular di Malaysia, sepatutnya hanya naik 1.25 sen segelas berikutan pengurangan subsidi harga gula sebanyak 25 sen.
Harga baru teh tarik itu mengambil kira kesan pengurangan subsidi minyak dan pelarasan harga semasa iaitu RM1.0155.
"Ini adalah anggaran sahaja - perubahan harga mungkin berbeza berdasarkan faktor lain," kata kenyataan mengenai rasionalisasi subsidi Jabatan Perdana Menteri.
Kenyataan itu berkata kesan pengurangan subsidi terhadap teh tarik ialah RM0.0030, manakala untuk barangan lain ia lebih rendah, seperti RM0.0024 untuk sekeping roti canai, RM0.0060 untuk beras, RM0.0630 untuk daging dan RM0.0105 untuk mi goreng.
Kerajaan hari Khamis mengumumkan subsidi untuk petrol, diesel, petroleum gas cecair (LPG) dan gula akan dikurangkan sebagai langkah pertama program rasionalisasi subsidi secara berperingkat berkuatkuasa esok.
Subsidi untuk petrol RON 95 dan diesel akan dikurangkan sebanyak lima sen seliter dan LPG dikurangkan sebanyak 10 sen sekilogram. Ini bermakna harga bagi petrol RON 95 ialah RM1.85 seliter manakala LPG akan dijual pada harga RM1.85 sekilogram.
Untuk gula, pelarasan harga ialah sebanyak 25 sen sekilogram.
Kenyataan itu turut memberi perbandingan harga minyak di rantau ini yang menunjukkan harga petrol di Malaysia adalah paling murah, iaitu RM1.85 untuk RON95 berbanding Thailand (RM4.12), Indonesia (RM2.48) dan Filipina (RM6.60).
Harga baru gula di Malaysia iaitu RM1.90 juga adalah jauh lebih murah dari Thailand RM2.60, Indonesia (RM3.68) dan Filipina (RM3.46).
Harga gula yang murah di Malaysia itu telah menyumbang kepada peningkatan masalah penyeludupan. Pihak berkuasa merampas lebih 200 metrik tan gula dalam 109 tangkapan berhubung kes penyeludupan pada 2009, dan pada 2008, dianggarkan RM628 juta minyak diesel subsidi untuk nelayan, dinikmati rakyat asing. - BERNAMA
Posted by MeLPenang at 8:02:00 AM 0 comments
Labels: Tempatan
5-dalam-1: Harga petrol, diesel, gula dan gas naik
Harga petrol, diesel, gula dan Petroleum Gas Cecair (LPG) naik berkuatkuasa mulai tengah malam ini.
Petrol RON 95 dan diesel naik 5 sen. RON97 tidak lagi diberikan subsidi. Ia tertakluk kepada apungan secara terkawal, dengan harga ditentukan oleh mekanisme harga automatik, berikutan penyelarasan harga subsidi yang diumumkan kerajaan hari ini.
Tidak jelas berapa kenaikan harga RON 97. Tetapi difahamkan harganya naik 5 sen dan akan diselaraskan seterusnya kemudian.
Manakala harga gula pula naik 25 sen kepada RM1.90, dengan gas LPG naik sebanyak 10 sen sekilogram
Kenaikan harga barangan berkenaan diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu pengumuman malam ini.
Menurut perdana menteri, penyelarasan semula harga barangan tersebut akan membolehkan kerajaan mengurangkan perbelanjaannya melebihi RM750 juta untuk tahun ini.
Ia merupakan langkah pertama program rasionalisasi subsidi secara berperingkat-peringkat mulai esok.
Bagaimanapun, tambanya, kerajaan masih membelanjakan kira-kira RM7.82 bilion untuk subsidi bahan api dan gula pada 2010.
Harga bahan api dan gula di Malaysia, tegas Najib, masih antara yang terendah di rantau ini.
Berikut adalah harga baru:
* Petrol RON 95 - RM1.85 seliter.
* Diesel - RM1.75 seliter.
* Gula - RM1.70 sekilogram
* Gas LPG - RM1.85 sekilogram
Berikut adalah harga baru gas:
* Tong 14KG - dari RM24.50 kepada RM25.90 (naik RM1.40)
* Tong 12KG - dari RM21.00 kepada RM22.20 (naik RM1.20)
* Tong 10KG - dari RM17.50 kepada RM18.50 (naik RM1.00)
Sementara itu, Berita Harian online memetik Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai berkata, kerajaan perlu mengurangkan subsidi bagi menjimatkn perbelanjaan kerajaan dan mengurangkan defisit fiskal supaya pasaran dunia dan dalaman lebih yakin dengan kekuatan ekonomi negara.
Najib berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno bahagian Kuala Kedah di Alor Star, petang ini.
Beliau yang juga menteri kewangan berkata, penjimatan perbelanjaan itu juga akan digunakan untuk pembangunan negara yang akhirnya memberi faedah kepada rakyat.
Beliau turut memberi jaminan pengurangan subsidi akan dibuat secara minimum supaya tidak membebankan rakyat.
Pada 27 Mei lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala dilaporkan berkata, Malaysia akan muflis pada 2019 jika kerajaan tidak memotong subsidi dan bergantung kepada pinjaman.
Katanya, hutang Malaysia akan meningkat kepada 100 peratus daripada GDP pada 2019 d- daripada 54 peratus sekarang jika subsidi tidak dipotong.
Posted by MeLPenang at 7:55:00 AM 0 comments
Labels: Tempatan
Kg Binjai: ADUN UMNO menipu!!!!!!
Penduduk Kg Binjai di Bayan Lepas mengecam ADUN BN, Muhammad Farid Saad (BN) yang mendakwa bahawa mereka telah diusir dari rumah masing-masing tanpa notis sepatutnya.
Farid - yang juga setiausaha kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Mohd Nor Yaacob - dilaporkan oleh akhbar harian berbahasa Malaysia pada 5 Julai lalu, sebagai berkata, penduduk diberi notis secara tiba-tiba supaya mengosongkan rumah mereka.
Dia juga dilaporkan berkata bahawa pengusiran secara mendadak itu telah memaksa tujuh keluarga dari kampung tersebut menumpang di dewan orang ramai Permatang Damar Laut.
Dakwaan tersebut dinafikan oleh wakil jawatankuasa bertindak Kg Binjai, Mohd Faizal Ab Rahman. Menurutnya, beliau baru saja menyedari mengenai projek pembangunan tersebut, ekoran notis yang dipasang oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang baru-baru ini.
"Wakil Pulau Betong memfitnah kerajaan negeri dan cuba menciptakan rasa takut di hati penduduk kampung," katanya dalam satu kenyataan media.
"Kenyataannya (Farid) itu tidak bertanggungjawab dan secara tidak langsung akan mencetuskan sentimen perkauman di kalangan penduduk terhadap kerajaan negeri," tambahnya.
Mohd Faizal berkata beliau yakin kerajaan negeri sekarang akan menyelesaikan masalah antara penduduk dengan pemaju berkenaan.
"Kami tidak menentang pembangunan dan kami yakin bahawa penyelesaian yang baik akan dapat dicapai antara kedua belah pihak. Dan untuk maklumat anda., YB (Farid), kami masih di sini," katanya.
"Jangan lupa bahawa sebahagian daripada kami pernah diusir dari Kg Batu pada 2006, dan YB yang mewakili kami di Bayan Lepas (Lim Chien Aun dari Gerakan) adalah juga bekas exco negeri yang bertanggung jawab atas perumahan," tambahnya.
Sementara itu, ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang Iszuree Ibrahim mengecam Farid kerana cuba memprovokasi penduduk dengan mengatakan bahawa kerajaan negeri bertindak kejam terhadap 46 keluarga yang tinggal di kawasan seluas 2.5 hektar itu..
Iszuree, ahli majlis lantikan PAS berkata, kenyataan Farid dalam akhbar harian berbahasa Melayu itu, mengandungi pembohongan untuk merendah-rendahkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat, yang kini diterajui oleh DAP.
Posted by MeLPenang at 7:52:00 AM 0 comments
Labels: Tempatan
Jalanraya di Malaysia macam-macam ada
Read More......
Posted by MeLPenang at 7:38:00 AM 0 comments
Labels: Rileks