xSAM Chat
Monday, March 29, 2010
Percubaan halalkan judi di Malaysia
"There are proposals, but we will see first," Prime Minister Najib Razak was quoted as saying by the New Straits Times.The newspaper said sports betting may legalised in time for the World Cup which is played from June 11 to July 11.It said the Berjaya Group, a major Malaysian conglomerate with holdings ranging from lottery to casino operations, was seeking approval from the government to operate sports betting activities in the country.
Illegal betting on football is rife in Malaysia and the World Cup is expected to see a surge with millions of dollars changing hands.The Berjaya Group made a similar proposal a few years ago, but then prime minister Abdullah Ahmad Badawi shot down the request. Gambling is forbidden in Islam and Malaysia has a large Muslim population.
A senior Malaysian sports official, on condition of anonymity, told AFP that the government could channel the revenue generated from legalising betting to promote sports.The official, however, cautioned that it would not eradicate match-fixing.
"The fight against match-fixing is never ending. By legalising betting, it will not totally eradicate match-fixing. What we need to do is to remain vigilant," he said.
Corruption has long blighted football in Asia, particularly in Malaysia, Vietnam and China.Asian Football Confederation chief Mohamed bin Hammam has previously described match-fixing as a "cancer" that is destroying the game in Asia.
Read More......
Posted by MeLPenang at 9:54:00 AM 0 comments
Labels: Tempatan
Amber Chia Berkahwin Secara Rahsia
The Daily Chilli yang mengetahui berita itu daripada kenalan rapatnya bahawa gadis terkenal berusia 28 tahun itu melafazkan "saya rela" kepada kawan lama yang juga teman lelakinya.
Benar, jejaka bertuah itu bukanlah ahli perniagaan yang digembar-gemburkan mendampingi Amber. Ataupun pemilik bank bergelar Tan Sri yang dikhabarkan sebelum ini.
"Amber percaya kepada cinta sejati.
"Dia tidak percaya wang ringgit dapat membeli perasaan cintanya. Lelaki ini, seorang ahli perniagaan biasa sangat baik dan sangat menyintai Amber.
"Mereka telah saling mengenali untuk suatu tempoh masa yang lama. Dia sangat pemalu."
"Ia adalah perkahwinan di tepi pantai yang sangat romantik," kata sumber tersebut yang enggan dikenali.
Antara rakan selebriti paling dipercayai Amber yang diterbangkan ke Bali untuk menyaksikan perkahwinan persendirian termasuk personaliti televisyen, Daphne Iking; pemain violin, Dennis Lau dan guru pentas peragaan, Benjamin Toong.
Upacara Timur bertemu Barat itu disaksikan ahli keluarga terdekat kedua-dua pihak. Mereka diterbangkan ke pulau penuh mistik itu dengan semua perbelanjaan ditanggung pasangan berkenaan.
Difahamkan rakan Amber yang juga pereka fesyen terkemuka, Alvin Taya dan Keith Kee telah mereka bentuk gaun perkahwinannya yang berwarna putih serta merah jambu.
Ketika dihubungi menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), Amber yang akan pulang ke Malaysia sebelum berlepas ke luar negara untuk berbulan madu di satu lokasi yang dirahsiakan hanya berkata: "Minta maaf sayang... Jangan bimbang... kita akan berbual apabila saya balik daripada berbulan madu."
Pasukan pegawai seranta Amber dari Orchan Consulting Asia yang enggan memberikan komen, dijangka mengeluarkan kenyataan media tidak lama lagi.
Sementara itu, StarMetro cuba mendapatkan komen Amber ketika pelancaran Bread Basket di The Sphere di Bangsar South petang ini tetapi tidak berjaya kerana dia dikawal ketat oleh pengawal peribadi.
Read More......
Posted by MeLPenang at 9:43:00 AM 0 comments
Labels: Hiburan
Sandra Bullock Hamil?
Seperti yang dipetik dari hipandpop.com, memberitahu bahawa Bullock mengandung dan mengharapkan kehadiran bayi tersebut sebelum kecurangan suaminya diketahui umum.
Selama pernikahannya, Bullock dan Jesse tidak memiliki anak. Pasangan ini telah membesarkan anak perempuan Jesse dari pernikahan sebelumnya.
Hingga kini, sejak berita kecurangan suaminya tersebar, Bullock memilih 'bersembunyi'. Dia juga membatalkan jadual untuk muncul di khalayak, dan baru-baru ini Bullock membatalkan jadual untuk hadir di majlis The Nickelodeon Kid's Choice Awards.
Empat wanita yang mengaku pernah bersama Jesse. Setelah penari bogel bertato, Michelle McGee, satu persatu wanita muncul menaku terlibat dalam kecurangan Jesse James. Mereka yakni Melissa Smith, Brigitte Daguerre dan seorang lagi yang belum membuka identitinya, hanya mewakilkan peguamnya, Gloria Allred.
Bullock kini hanya muncul bersama teman-teman rapatnya bagi mendapatkan sokongan.
Read More......
Posted by MeLPenang at 9:40:00 AM 0 comments
Labels: Hiburan
Nia Ramadhani Tidak Guna Khidmat Pereka Fesyen
"Saya sedih kerana akan berpisah dari papa dan mama dan akan mulai hidup sendiri dan punya keluarga sendiri," ungkapnya.
Setelah hidup berumah tangga nanti nampaknya Nia menyatakan hasratnya untuk mengundurkan diri dari dunia lakonan.
"Kerana waktu untuk penggambaran tentu lama. Kalau pun saya suka sama dunia hiburan, bagaimana caranya untuk membahagikan waktu itu," ujar pelakon yang mendapat watak antagonis ini.
Untuk persiapan pernikahannya nanti, Nia mengakui telah mereka sendiri baju yang akan dikenakan nanti.
Mengapa Nia tidak menggunakan khidmat pereka fesyen? jawabnya "It's not a big deal, sebenarnya mungkin kalau orang fikirkan kenapa saya tidak pakai perancang perkahwinan, sedangkan saya rasa saya tahu apa yang baik buat saya. Saya akan keluarkan biayanya cuma buat modalnya saja," jawab Nia sambil tersipu malu.
Tentang khabar pernikahannya yang dikatakan memakan belanja yang besar, Nia menganggap, "Ia mungkin berlebihan kerana dari sisi keluarga Ardie mereka perlu menjemput lebih ramai orang kenamaan," katanya.
Ketika ditanya Ardie, dia juga mengaku terharu dan bersemangat menjelang pernikahannya nanti. "Minta doa untuk kita semua, mudah-mudahan segalanya berjalan lancar. Saya tunggu kedatangan teman-teman," ujar Ardie bahagia.
Read More......
Posted by MeLPenang at 9:39:00 AM 0 comments
Labels: Hiburan
'Buah Dada' Lelaki Terbesar
Guo Feng, 53, berusaha mencari kaedah penyelesaian untuk masalah buah dadanya itu kerana mengganggu kerja hariannya.
Ratusan manusia sering berkumpul di ladangnya hanya untuk melihat keadaan fizikal dirinya dan ketawa — ini memaksanya sering memakai sehelai kot tebal sepanjang masa, walaupun ketika musim panas.
Mr Feng berkata: "Kira-kira 10 tahun lepas dada saya mula membesar tetapi saya tidak terlalu memikirkannya kerana berat badan saya ketika itu meningkat dan anggota badan yang lain turut menjadi gemuk.
"Tetapi beberapa tahun kebelakangan pembesaran dada saya semakin menjadi-jadi dan mula pergi dari satu hospital ke hospital yang lain untuk mendapatkan rawatan, tetapi tiada siapa yang dapat membantu.
"Saya telah menghabiskan semua wang saya untuk menjalani pelbagai rawatan namun ia masih tidak menunjukkan pengurangan — malah dada saya bertambah besar berbanding sebelumnya.
"Kadang-kadang saya terfikir para doktor itu tidak mahu menolong saya kerana saya dijadikan bahan ujikaji perubatan untuk mereka."
Dr Zhang Lilan dari Jinan Chest Hospital, Beijing berkata dia tidak pernah melihat sesuatu seperti ini sejak berkhidmat selama 30 tahun sebagai doktor pakar.
Katanya: "Lelaki adalah dalam keadaan seperti lelaki kecuali di bahagian dadanya.
"Dia seorang petani dan amat tidak selesa ketika melakukan banyak pekerjaan.
"Kami meragui samada dia ada termakan sebarang racun atau bahan-bahan tercemar tetapi tidak menemui apa-apa selepas menguji darahnya. Bahan genetiknya juga normal. Ia bukan sejenis barah.
"Kelihatan seperti ia hanyalah lemak. Kami mengesyorkan ia adalah kes terbesar bagai dada seorang lelaki."
Mr Feng yang sedih dengan keadaannya berkata dia akan memotong buah dadanya sendiri jika tiada siapa yang boleh membantunya.
Bagaimanapun doktor-doktor menyatakan mereka tidak akan membuat sebarang tindakan sehingga mereka dapat memastikan masalah sebenar.
Posted by MeLPenang at 9:27:00 AM 0 comments
Labels: Dunia
Kes Malek Hussein: Keputusan mahkamah retrogresif, tidak adil
"Malek bukan sahaja dinafikan RM2.5 juta tetapi diarah oleh mahkamah untuk membayar RM50,000 pula sebagai kos," kata penyelaras SUARAM, E Nalini dalam satu kenyataan semalam.
Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan itu mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi berikutan dari rayuan kerajaan Malaysia dan memutuskan penahanan Abdul Malek adalah sah di sisi undang-undang.
Mahkamah juga menafikan beliau di dera ketika dalam tahanan.
Beliau berkata, "penghakiman itu bersifat retrogresif dan secara terang-terang bercanggah dengan prinsip hak asasi manusia yang asas dan universal.
Menurut beliau, SUARAM yang berkempen supaya ISA dihapuskan sejak 1989, melihat keputusan mahkamah ini sebagai satu hari yang gelap untuk hak asasi manusia di negara ini.
"Keputusan mahkamah ini dilihat sebagai memihak kepada mereka yang melanggar hak asasi manusia dan menafikan keadilan kepada mangsa-mangsa mereka," ujar beliau.
Malek ditahan pada malam 25 September 1998 selepas berceramah dalam satu perhimpunan pada sebelah petang itu di Masjid Negara.
Beliau mendakwa polis menderanya dengan teruk, secara fizikal dan mental.Ketika perbicaraan yang lalu, Malek memberitahu mahkamah beliau ditampar oleh responden, Borhan Daud ketika ditahan. Kemudian beliau ditelanjangi dan ditutup mata semasa tempoh soal siasat.
Beliau didera secara fizikal sebanyak 60 kali, dipukul dan kepalanya dipukul dengan kuat sehingga beliau membuang air besar. Beliau dipaksa minum sejenis air, dipercayai air kencing. Mereka yang menderanya juga mengancam untuk menyuntik beliau dengan virus HIV/AIDS.
Malek memfailkan saman pada Mac 1999, menamakan pegawai cawangan khas, Borhan Daud; Abdul Rahim Noor, ketua polis negara pada ketika itu dan kerajaan sebagai responden.
Pada 18 Oktober 2007, hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada ketika itu, Mohd Hishamudin Mohd Yunus, dalam satu keputusan yang bersejarah memutuskan penahanan Malek dalam demonstrasi reformasi pada 1998 dibuat dengan niat jahat di bawah Artikel 5, Perlembagaan Persekutuan. Beliau dihadiahkan RM2.5 juta sebagai bayaran ganti rugi. -fmt
Read More......
Posted by MeLPenang at 9:23:00 AM 0 comments
Labels: Tempatan
As Syahid Sheikh Ahmad Yasin:Jasadmu Hancur tetapi Perjuanganmu Tetap Utuh!
Nama sebenar beliau adalah Ahmad Ismail Yasin. Lahir pada tahun 1938 di Desa Al-Jaurah, utara Ghazzah. Beliau yang sangat meminati olahraga, telah mendapat kecelakaan yang menyebabkan ia diserang kelumpuhan total. Namun, itu tidak menjadi penghalang kepadanya untuk bergerak sebagai aktivis perjuangan Islam dan jihad menghadapi penjajah Yahudi.
Keluar masuk penjara sudah menjadi kebiasaan baginya baik penjara regim Sekular Palestin, PLO (Yaser Arafat) – sekarang Fatah atau penjara Israel. Sebahagian besar hidupnya dihabiskan diatas kerusi roda yang ditolak oleh pembantunya. Seksaan di penjara Israel menyebabkan ia bukan hanya terus lumpuh, namun bertambah derita lain seperti pandangan mata kirinya yang kabur dan telinga yang tidak dapat mendengar lagi dengan baik. Ditambah dengan penyakit jantung serta gangguan pencernaan.
Siksaan berterusan membuatkan fizikalnya menjadi semakin lemah. Namun, fizikalnya yang rosak bukan penghalang baginya untuk teguh menasihati, membangkitkan semangat ummah dan para pejuang Palestin sehingga ianya menjadi mimpi ngeri bagi Israel. Setiap patah kata-katanya diterima pakai dan dilaksanakan.
Tahun 1983, beliau dipenjarakan lagi atas dakwaan menubuhkan kumpulan rahsia ‘Tanzhim ‘Askari’ dan memprovokasi massa agar menyahkan Israel dari muka bumi. Mahkamah tentera Zionis menghukumnya dengan penjara selama 13 tahun. Tidak sampai tempoh itu, beliau dibebaskan.
Tahun 1987, Harakatul Muqawwamatul Islamiyyah (Hamas) ditubuhkan sebagai sayap Ikhwan Muslimin Palestin. Sheikh Yasin diangkat menjadi amir pertama. Hamas gerakan jihad dengan meletakkan Islam sebagai dasar perjuangan. Namun, mereka tetap menjaga hubungan dengan gerakan kemerdekaan Palestin yang lain seperti PLO yang agak berhaluan secular. Tanggal 09 Dis 1987, Intifadhah besar-besaran Palestin kali pertama dibangkitkan.
Detik-detik akhirnya tiba jua. Saat selesai menunaikan solat Subuh tanggal 22 Mac 2004, sejurus melangkah untuk keluar dari masjid, 3 peluru berpandu yang ditembak oleh helicopter Apache tepat mengenai kepala dan tubuhnya. Kepalanya hancur dan tangannya putus. Kerusi roda yang dinaikinya hancur musnah. Dagingnya terpaksa dikutip satu persatu dan dimasukkan ke dalam plastic.
Isterinya, Hajjah Ummu Muhammad memberitahu bahawa, hari-hari terakhir suaminya sudah dirasai oleh Sheikh Yasin sendiri. “ saya punya firasat akan segera mendapatkan kesyahidan dan memang itulah yang saya minta. Saya hanya mencari akhirat, bukan dunia” kata Sheikh Yasin pada anak-anaknya.
Pada malam terakhir, beliau beri’tikaf di masjid Majma’ Al-Islamiy dan berniat puasa sunat setelah meminum segelas air putih. Kemudia beliau menunaikan Solat Subuh. Ancaman bahaya dirasai oleh ahli jama’ah masjid dan mereka bertindak mengambil tayar-tayar serta membakarnya agar asap yang naik nanti akan melindungi pergerakan beliau. Namun, Sheikh Yasin melarangnya.
Beliau terus keluar dari pintu masjid dan sejurus itu, peluru menghentam beliau dan para pengawalnya termasuk menantunya, Khamis Musytaha. Mereka semua gugur syahid.
Read More......
Posted by MeLPenang at 9:22:00 AM 0 comments
Labels: Dunia
Budak Lelaki Ada 15 Jari Tangan, 16 Jari Kaki
Seorang budak lelaki berumur 6 tahun berasal daripada timur laut China, bandaraya Ha'erbin mempunyai 15 batang jari dan 16 jari kaki, menurut laporan Shenyang Daily.
Read More......
Posted by MeLPenang at 9:20:00 AM 0 comments
Labels: Dunia
Thursday, March 25, 2010
Amitabh Bachchan Tiada Perancangan Untuk Bersara
LAGENDA Bollywood Amitabh Bachchan mengakui bahawa dia tidak akan bersara daripada dunia lakonan dalam masa terdekat. Pengakuan ini dilakukannya ketika menghadiri Anugerah Film Asia di Hong Kong, baru-baru ini.
Bachchan, 67, yang telah memenangi pelbagai anugerah sepanjang bergelar anak seni sekali lagi dianugerahkan pencapaian seumur hidup di pesta filem itu.
"Selagi ada orang yang ingin bekerja dengan saya dan selagi badan saya sihat, selagi itulah saya akan terus bekerja," demikian menurut kenyataannya kepada BBC
Read More......
Posted by MeLPenang at 9:46:00 AM 0 comments
Labels: Hiburan
Lady Gaga Pakai Pakaian Dalam, Kasut Tumit Tinggi Pergi Memancing
TIADA siapa dapat mengalahkan sikap luar biasa Lady Gaga apabila berfesyen. Penyanyi pop itu dikatakan hanya memakai pakaian dalam dan kasut bertumit tinggi semasa pergi memancing di pantai yang terletak di New Zealand.
Penyanyi yang popular dengan lagu Bad Romance itu dikatakan pergi memancing dengan memakai kasut bertumit tinggi dan hanya berpakaian dalam sahaja.
"Dia agak luar biasa kerana memakai pakaian dalam sahaja dengan kasut bertumit tinggi semasa pergi memancing. Gaga dikatakan kelihatan susah untuk berjalan kerana kawasan itu berbatu dan licin," menurut sumber.
Read More......
Posted by MeLPenang at 9:44:00 AM 0 comments
Labels: Hiburan
Lima Sebab AC Mizal Dipecat Dari Muzikal Cuci 2- Hans
BUKAN hanya satu, tetapi ada lima sebab pelakon AC Mizal dipecat dari menyertai pementasan teater Muzikal Cuci 2 pada 27 Julai hingga 9 Ogos ini.
Walaupun AC telah menghantar surat rasmi kepada produksi Cuci 2 untuk menarik diri daripada berlakon dalam teater itu sebelum ini, pihak produksi juga berhak melayangkan surat pemecatannya daripada dia terbabit dengan teater itu.
Penerbitnya, Hans Isaac menjelaskan, jika dipendekkan cerita mengenai sebab pemecatan itu adalah AC telah melanggar kontrak dengan produksi.
“AC telah mengikat kontrak selama tiga tahun dengan Cuci The Musical. Jadi, sebab itu kita telah menghantar surat rasmi yang menunjukkan dia telah dipecat.
“Ikutkan, kita pecat dia bukan disebabkan dia tak mahu lagi berlakon Cuci The Musical 2 sahaja tetapi ada lima sebab.
“Antaranya, kita tidak berpuas hati dengan masalah etikanya seperti 60 peratus tidak hadir ke sesi latihan dan tidak hadir ke sidang media pertama Cuci The Musical dulu,” katanya.
Tambah pelakon teater itu lagi, AC siap boleh berikan alasan yang dia berada di China sewaktu majlis sidang media itu pada tahun lalu. Sedangkan, tarikh itu dipilih untuk mengadakan sidang media kerana semua pelakon sepatutnya menjalani latihan teater.
AC juga tidak sepatutnya membuat kenyataan kepada media tentang cerita dalaman produksi sebaliknya perlu meminta kebenaran daripada produksi.
“Dia tak sepatutnya bercakap apa-apa tentang produksi,” ujarnya lagi menerusi telefon.
Namun begitu, Hans enggan mengulas lanjut ketika disoal sama ada Tall Order Productions Sdn Bhd (TOPSB) akan mengambil tindakan saman terhadap AC.
“Kita belum tahu lagi kerana kita perlu berbincang dengan rakan kongsi lain. Mereka melaburkan berjuta ringgit dan lebih layak bercakap tentang hal seperti ini,” jelasnya.
Ditanya sama ada terdapat punca lain yang menyebabkan perselisihan faham itu timbul, Hans juga enggan memberikan komen.
“Saya hanya boleh katakan yang dia telah melanggar kontrak dengan kita. Walaupun dia membuat banyak kerenah, kita telah menjelaskan semua bayaran kepadanya.
“Untuk tahun 2010 ini, saya mahu menumpukan kepada Cuci The Musical 2 dengan melakukan yang lebih bagus dari tahun lepas,” katanya mengenai teater yang diarahkan oleh pengarah yang sama, Harith Iskander dan Zahim Al-Bakri.
Bercerita tentang pembaharuan lain yang dilakukan oleh Cuci 2, Hans mahukan syarikat korporat dan swasta melihat teater itu sebagai tanggungjawab sosial korporat swasta (CSR).
“Kita mahu syarikat korporat dan swasta memberi sokongan kepada Cuci The Musical 2 dengan membeli tiket untuk anak-anak yatim,” beritahunya yang turut sibuk dengan pra-produksi filem kedua arahannya, Lemak Kampung Baru.
Selain itu, album yang memuatkan 11 buah lagu Cuci The Musical yang dirakamkan semasa pementasan teater itu sebelum ini akan dipasarkan dalam bentuk cakera padat (CD) pada bulan depan dengan harga RM39.
Peminat Muzikal Cuci boleh dapatkan album itu dengan membuat tempahan di Facebook menerusi akaun Cuci The Musical atau layari laman web cucithemusical.com atau di kaunter Box Office, Istana Budaya.
Read More......
Posted by MeLPenang at 9:43:00 AM 0 comments
Labels: Hiburan
Bas Terpantas Di Dunia
London - Pujian pantas diberikan kepada mahasiswa daripada Belanda. Buktinya, bas yang disebut Superbus menjadi bas terpantas di dunia kerana mampu memecut hingga 209 km/jam.
Superbus menggunakan tenaga eletrik yang mampu menampung 23 orang penumpang. Bas yang kerangkanya diperbuat daripada aluminium dan serat karbon ini juga mewah dengan sejumlah fitura di dalam kabin.
Dengan menggunakan tenaga dari baterai lithium-polimer yang dihasilkan dari sepasang motor eletrik, bas ini mampu menghasilkan tenaga maksimum 400 tenaga kuda. Jika dilihat, mobil ini seperti sebuah limousine.
Projek bas ini diketuai oleh Wubbo Ockels, Antonia Terz, dan Joris Melkert dengan kumpulan mahasiswa didikan mereka yang telah menyelesaikan tahap pembinaan pertama. Wubbo Ockels adalah astronaut Belanda yang pertama, Antonia Terzi adalah mantan anggota pasukan Formula One (F1) BMW-Williams untuk urusan mesin, dan Joris Melkert adalah salah satu pemikir dari projek NUNA 3, iaitu mobil bertenaga matahari terpantas di dunia.
Superbas nantinya akan digunakan di Dubai, Uni Emirat Arab (UEA).
Read More......
Posted by MeLPenang at 9:31:00 AM 0 comments
Labels: Automotif
Kalimah Allah Pada Anak Kucing
Menurutnya beliau menyedari salah seekor daripada tiga ekor anak kucing peliharannya mempunyai kalimah tersebut ketika anak kucing tersebut berusia sebulan.
Beliau pernah ditawarkan sebanyak RM1 ribu oleh seorang doktor yang ingin membelinya tetapi beliau menolak.
Read More......
Posted by MeLPenang at 9:30:00 AM 0 comments
Labels: Tempatan
Kerajaan Pulau Pinang Sambut Chong Wei, Nico
PULAU PINANG, 22 Mac -- Pemain Skuash Negara Datuk Nicol Ann David bersalam dengan Tuan Yang Terutama Tun Abdul Rahman Abbas ketika menerima sumbangan pada Majlis Penghargaan kerajaan negeri kepada ratu Squash Dunia itu di sini, hari ini.
Turut sama Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng (tiga, kanan). Nicol menerima sumbangan RM 20 000 daripada kerajaan negeri malam tadi. Terdahulu Lee Chong Wei telah berjaya merebut gelaran johan perseorangan dalam Kejohanan All England edisi ke-100 baru-baru ini manakala Nicol Ann David berjaya meraih kejuaraan di Kejohanan Terbuka CIMB Kuala Lumpur pada sabtu lepas.
Read More......
Posted by MeLPenang at 9:27:00 AM 0 comments
Labels: Tempatan
KERAJAAN BRUNEI TAKUT ALLAH, KERAJAAN MALAYSIA????
Zain menegaskan, andai ia diwujudkan,
penju
"Yang paling kami takuti ialah laknat Allah. Laknatnya bukan pada
mereka yang melakukannya sahaja tapi semua yang berada di negara ini.
"Pelancong yang ingin minum arak boleh minum di negara mereka, malah
mereka boleh mandi arak.
"Hari ini mereka mahu zon arak, lepas ini mungkin zon pelacuran,
kasino. Kami perlu tolak semuanya dan kekalkan kemakmuran," tegasnya. - AP
Read More......
Posted by MeLPenang at 9:14:00 AM 0 comments
Labels: Dunia
1Malaysia adalah 1Israel
Saya menyemak berita-berita mengenai ‘Satu Malaysia’ khasnya dari laman http://www.1malaysia.com/ dari pena Najib sendiri itu.
Nah, saya terkejut bila membuat perbandingan dengan konsep ‘One Israel’ memang terdapat beberapa perkara persamaan begini:
Najib kata, “Dalam Belanjawan 2010, dan sebagai sebahagian daripada usaha kami untuk melaksanakan kaedah rawatan perubatan dan piawai paling tinggi untuk semua rakyat Malaysia, saya telah mengumumkan penubuhan Klinik 1Malaysia yang baru di seluruh negara bernilai RM10 juta.
Klinik-klinik ini diilhamkan dalam semangat "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" untuk memberikan rawatan kesihatan segera kepada semua rakyat Malaysia di kawasan-kawasan perumahan yang memerlukan perkhidmatan mudah” Sejak 28 Disember 2009, dan pembukaan perkhidmatan pertama di Lembah Pantai, 50 Klinik 1Malaysia telah dimulakan di kawasan-kawasan perbandaran yang terpilih.
Setakat ini lebih daripada 100,000 orang telah mengunjungi klinik-klinik ini (mewakili purata 80 hingga 200 pesakit bagi setiap klinik setiap hari), untuk mendapatkan rawatan mudah bagi penyakit-penyakit seperti sakit kepala dan selesema.
( ini semua untuk mengatasi masalah sosio-ekonomi dan diskriminasi social ) dan bandingkan pula apa Barak lakukan,
“for the poor economic conditions and social discrimination they experienced during the early years of the state. Barak has used many election appearances as opportunities to tell stories about elderly women unable to get hospital treatment, and about the effects of unemployment on families, and to promise remedies. His hope is to gain a "hip-pocket vote" from some segments of the Sephardi community, and as part of this process he needs to overcome the stigma against voting Labor to do it.
Kata Najib, “Dalam satu lawatan terbaru ke Sarawak bulan lepas, saya telah berkunjung ke beberapa petempatan dan kampung di negeri itu, termasuk Nanga Tada yang terletak hampir 80 kilometer di luar Sibu, dalam usaha merapatkan jurang pemisah antara bandar dan luar bandar dalam sosioekonomi kita. Sejenak dalam lawatan itu termasuklah pertemuan singkat saya dengan pasangan Iban yang agak sudah lanjut usia, Medan anak Nunying dan isterinya Landun anak Ngumbang, yang tinggal di Rumah Meruan. Apa yang menghubungkan saya dengan pasangan yang berumur ini merupakan peristiwa paling mencemaskan dan berbahaya dalam kerjaya saya sepanjang 14 tahun menjadi Menteri Pertahanan.”
Pada Julai 2000, satu konfrontasi telah berlaku antara kumpulan penyeleweng Islam, Al-Maunah dan angkatan tentera Malaysia di Sauk, Perak. Saat mempertahankan diri, seorang komando daripada pasukan elit terbunuh ketika bertugas. Beliau ialah Askar Mathew anak Medan, anak lelaki kedua-dua pasangan lanjut usia tersebut. Turut terkorban dalan insiden yang sama ialah pegawai penyiasat polis, R. Sagadevan.
Adakah ini hampir persamaan dengan Barak yang membangkit tragedy berdarah untuk menarik sokongan ramai? Di mana mereka menggunakan pelbagai agensi dan pakar-pakar untuk menjayakan konsep itu?
Baca ini:
On top of the One Israel success and the positive polls, Barak seemed particularly pleased with the results of report by Israel’s State Comptroller, an independent auditing and investigation body, into the 1992 Tzeelim II training accident.
Barak was accused by some of the families of the 5 soldiers killed at Tzeelim of having fled the scene in his helicopter without seeing to wounded soldiers or taking one severely wound man, who later died, with him, and in newspapers reports of possibly having orchestrated an army cover-up of the circumstances behind the incident.
When the report was released on March 15, Barak told the media "The blood libel to which I fell victim for several years, as a man and as chief of staff, comes to an end today." The report exonerates him of both charges: it found that he did not leave until after all the wounded had been evacuated, and that there had been no cover-up.
Najib juga cuba menggunakan pihak agama dan cuba memancing PAS di saat bahtera mereka hampir karam. Mari kita baca tindakan Barak bagi mengatasi kelemahan partinya bagi menghadapi pilihanraya berikutnya.
Levy is of Moroccan origin, and himself the product of one of the poorer Sephardi neighbourhoods. He was originally a protege of Likud Prime Minister Menachem Begin, but after Begin’s departure from the political scene, came into conflict with his successors, Shamir and Netanyahu, over social welfare for his constituents and his own ambitions within the Likud party.
This eventually led to the formation of his Gesher party, first as a faction within the Likud and later as an independent party. Conflicts over Netanyahu’s failure to implement promised social spending led Levy to leave the governing coalition last year. Barak has been reaching out to Sephardi voters since his selection as Labor leader, for instance, by offering a public apology for Labor’s past policies, and clearly hopes that the addition of Levy and Gesher can win him some votes in the Sephardi sector.
One Israel faces significant competition for Sephardi votes from the Centre Party leader Yitzhak Mordechai, a Kurdish Sephardi, and the religious Shas party, which is able to garner almost all the religious Sephardi vote. Meimad, it is also hoped, can attract some religious voters to Labor. Religious voters, who are about 20% of the Israeli population, are even less likely to vote for Labor than Sephardi voters. In many religious neighbourhoods in 1996, votes were 98% for Netanyahu, and only 2% for Labor leader Peres.
For its future political survival Labor must increase its vote among religious and Sephardi Israelis because demographics are against the Labor party. Political analysts say that changes in Israeli population demographics have made the right-left divide in the Israel population approximately 55%-45% since the late 1970s. And since this period, the Likud has come out ahead in most of the elections.
Furthermore, the faster population growth in the religious and Sephardi communities, as well as the influx of immigrants from the Soviet Union, is making matters worse for Labor as time passes. Unless Labor can re-position itself to capture larger segments of these three communities, it may gradually drift into perpetual opposition and political irrelevance.
Saya kira beberapa pekara di atas memang ada persamaan, sudah terang lagi bersuluh. Dengan konsep ‘One Israel’ itu Barak dengan Parti Buruhnya berjaya dalam pilihanraya berikutnya menentang Netanyahu.
“In the run-up to the election, surveys predicted the party would win 33 seats. However, although One Israel did emerge as the largest faction in the Knesset, its 26 seats was the lowest ever by a winning party (Labor's 34 in the 1996 elections whilst running alone had been the previous low). Of the 26 seats, Labor took 22, Gesher 3 and Meimad one”.
Sila baca lebih lanjut di http://en.wikipedia.org/wiki/One_Israel dan http://www.aijac.org.au/review/1999/244/oneisrael.html pihak Pakatan perlu menyimpan maklumat ini segera kerana hantu-hantu BN pasti membuat sesuatu untuk mengelakkan orang ramai akses laman-laman ini. Saya tgk carian melalui Google sukar selepas Anwar menyarankan orang ramai mendapatkan maklumat tentang One Israel.
Posted by MeLPenang at 9:07:00 AM 0 comments
Labels: Tempatan
Tuesday, March 23, 2010
Dubai nak bina ‘berhala’ tertinggi di dunia
Terkejut mengenai proposal syarikat Visondivision dari Barat mengenai pembinaan tugu raksasa di Dubai. Patung raksasa yang digelar Storyteller ni dicadangakn di buat di taman Zaabel Park sebuah taman di tengah-tengah Dubai.
Patung ni dibuat untuk berfungsi sebagai pencerita cerita-cerita zaman silam seperti hikayat 1001 malam kepada kanak-kanak dan orang dewasa yang melepak di sana.
Posted by MeLPenang at 7:44:00 AM 0 comments
Labels: Dunia