xSAM Chat
Thursday, February 25, 2010
Movie: The Cove
In a sleepy lagoon off the coast of Japan lies a shocking secret that a few desperate men will stop at nothing to keep hidden from the world. In Taiji, Japan, former dolphin trainer Ric O'Barry has come to set things right after a long search for redemption. In the 1960s, it was O'Barry who captured and trained the 5 dolphins who played the title character in the international television sensation "Flipper." One fateful day, a heartbroken Barry came to realize that these deeply sensitive, highly intelligent and self-aware creatures must never be subjected to human captivity again. This mission has brought him to Taiji, a town that appears to be devoted to the wonders and mysteries of the sleek, playful dolphins and whales that swim off their coast. But in a remote, glistening cove, surrounded by barbed wire and "Keep Out" signs, lies a dark reality. It is here, under cover of night, that the fishermen of Taiji, driven by a multi-billion dollar dolphin entertainment industry and an underhanded market for mercury-tainted dolphin meat, engage in an unseen hunt. The nature of what they do is so chilling and the consequences are so dangerous to human health that they will go to great lengths to halt anyone from seeing it.
Watch Movie Read More......
Posted by MeLPenang at 9:12:00 AM 0 comments
Labels: Movies
Menyanyi Bukan Lagi Karier Saya - Zainal Abidin
Selepas lebih 20 tahun berada dalam bidang seni suara, Zainal mengakui bidang nyanyian bukan lagi kerjayanya.
"Menyanyi bukan lagi kerjaya saya sekarang. Sekiranya saya menyanyi untuk majlis tertentu, ia bukan untuk saya, tapi untuk menolong orang yang memerlukannya.
"Pernah saya terfikir untuk berhenti terus daripada bidang ini tapi memikirkan bakat yang dikurniakan tuhan membuatkan saya memilih dengan terus menyanyi hanya sebagai menjalankan tanggungjawab sosial terutamanya untuk majlis amal.
"Dengan bakat dan kepercayaan orang kepada saya, saya jadikan bidang nyanyian itu sebagai landasan untuk menolong orang yang kurang upaya.
"Saya banyak buat kerja amal dengan menyanyi dan mengikuti kerja-kerja kebajikan lain, katanya selepas sidang media Konsert "Kau Di Hatiku" di Corporate Lounge, Hotel Berjaya Times Square.
Keikhlasannya untuk tampil membantu orang kurang upaya (OKU) membuatkan penyanyi yang berusia 51 ini insaf mengingati dirinya yang membesar daripada keluarga yang susah.
"Saya mula buat kerja amal ini sejak dahulu lagi, tapi mula aktif pada tahun 2000.
"Saya terdorong menolong orang kurang upaya kerana mengingatkan saya dulu pun, orang susah.
"Dulu, ramai orang tolong saya, kini tiba masanya saya menolong orang lain pula. Saya bukannya kaya sangat, tapi saya menolong apa yang termampu," katanya yang kini aktif menolong Persatuan Orang Buta Bagi Malaysia (MAB).
Selain itu, anak kelahiran Johor ini turut memberitahu, dia lebih senang bergerak sendiri untuk menolong golongan OKU sebagai tanggungjawabnya terhadap golongan itu.
"Saya tidak bergerak di bawah mana-mana persatuan. Saya hanya membuat secara persendirian sahaja," kata penyanyi yang popular dengan lagu "Puteri".
Read More......
Posted by MeLPenang at 8:54:00 AM 0 comments
Labels: Hiburan
Anang Dedah 'Pasangan' Barunya
Kedua-duanya dipersatukan dalam lagu baru Anang yang bertajuk Jangan Memilih Aku. Kenapa Anang memilih Syahrini? Anang mengakui terpikat dengan karakter suara Syahrini.
Proses pertemuan Anang dan Syahrini bermula ketika mereka sama-sama terlibat dalam sebuah majlis di Semarang dan sejak itu, Anang mengakui kehebatan suara penyanyi lagu Bohong itu.
"Lantunan suaranya bagus, saya memang terpikat dengan suaranya," ujar Anang.
Entah sampai bila kerjasama antara Anang dan Syahrini akan terjalin, kedua-duanya juga tidak mampu untuk memastikannya. Apa yang jelas duda beranak dua itu sudah selesa dengan Syahrini.
Ketika ditanya tentang sejauh mana hubungan tersebut, Anang mengakui masih lagi awal untuk membincangkan soal itu.
"Semua orang mencari pasangan yang setia," jelas Anang.
Posted by MeLPenang at 8:50:00 AM 0 comments
Labels: Hiburan
Victoria Angkuh, Biadap dan Menjijikkan: Joan Rivers
"Victoria Beckham memang seorang yang menjijikkan. Kenapa dia tidak mahu pulang ke negaranya? Saya tidak kisah dengan pakaiannya yang cantik itu. Dia seperti mahu menunjuk-nunjuk kepada orang sekelilingnya.
"Dia hanya seorang diva sementara. Kami semua menggunakan khidmat pendandan rambut, juru mekap, pemandu Limo yang sama dan berada di lapangan terbang yang hebat di Los Angeles dan tiada sesiapa pun bercakap perkara baik terhadapnya.
Pelawak wanita yang berumur 76 itu juga turut mengecam tabiat Victoria mengenai perbelanjaannya yang terlalu boros walaupun dalam keadaan ekonomi yang tidak stabil.
"Victoria mempunyai kehidupannya yang tersendiri. Saya bukan seorang yang suka membuat perkara yang luar biasa. Tidak perlu menunjuk-nunjuk jika mempunyai 100 buah beg tangan jenama Hermes yang berharga 6000 pounds (RM31 498).
Setiap orang juga mempunyai masa tertentu yang mengagumkan, tetapi caranya seperti merujuk kepada perbezaan kelas.
Posted by MeLPenang at 8:48:00 AM 0 comments
Labels: Hiburan
Shakira Jumpa Barack Obama Untuk Bincang Kempen Amal
Penyanyi yang popular dengan lagu Hips Don't Lie ini merupakan duta kepada UNICEF yang menjalankan kebajikannya sendiri di The Barefoot Foundation, bagi menolong kanak-kanak miskin dalam bidang pendidikan.
Dia yang ke White House pada hari Isnin lepas adalah untuk berbincang dengan Obama mengenai pelaburan untuk rancangannya itu.
"Ia adalah sesuatu yang istimewa buat saya kerana dapat berjumpa dengan presiden di dalam pejabatnya untuk berkongsi komitmen terhadap pendidikan kanak-kanak. Kami telah mencapai persetujuan untuk merancang strategi untuk membasmikan kemiskinan dan menggalakan keselamatan dan keamanan dunia.
"Kami akan bekerjasama dengan presiden dan kakitangannya bagi melaksanakan wawasannya itu untuk kanak-kanak di Amerika Syarikat, dan seluruh dunia," kata Shakira.
Pada Disember 2009, Shakira turut bercakap perkara yang sama dengan pihak Universiti Oxford.
Posted by MeLPenang at 8:46:00 AM 0 comments
Labels: Hiburan
Nicole Scherzinger Kembali Bersama Lewis Hamilton
Menurut laporan akhbar, terdapat gambar pasangan tersebut yang sedang bercium ketika bersama di tempat membeli-belah The Grove, yang terletak di barat Hollywood.
Mereka dikatakan telah menamatkan hubungan seminggu sebelum gambar itu disebar.
Scherzinger dan Hamilton mula menjalinkan hubungan pada tahun 2008, dan menamatkan hubungan mereka pada Januari lalu kerana ingin menumpukan kepada kerjaya masinng-masing.
Posted by MeLPenang at 8:45:00 AM 0 comments
Labels: Hiburan
Bukti Arkeologi Membuktikan Tamaddun Manusia Disebabkan Oleh Agama
Seorang ahli arkeologi bernama Professor Schmidt sedang menggali satu situs arkeologiu yang berbentuk sebuah “kuil”. Tempat itu adalah di Turki dan dipanggil dengan nama “Göbekli Tepe”.
Yang memeningkan kepala ahli-ahli arkeologi sedunia dengan penemuan ini adalah ia menghancurkan kesemua teori berkaitan tamaddun.
Teori Barat menyatakan bahawa tamaddun manusia bermula dengan manusia belajar bertani dan kemudiannya berdagang seterusnya membina bandar dan kota dan akhir sekali baru mencipta agama.
Penemuan “Göbekli Tepe” menghancurkan teori ini sama sekali. Malahan, ia menunjukkan bahawa sebelum manusia belajar bertani, mereka terlebih dahulu “mengamalkan agama”. Kuil ini dibina sebelum wujudnya kerajaan atau manusia pertama lagi. Dan kuil ini dibina kira2 11 ribua tahun sebelum wujudnya tamaddun manusia yang pertama dalam sejarah (Tamaddun Sumeria).
Ini menunjukkan sebelum manusia membina tamaddun, mereka terlebih dahulu membina tempat beribadat. Dari tempat ibadat ini, baru mereka belajar bertani, berdagang dan akhirnya membina kota disekeliling tempat ibadah mereka.
Prof Schimdt berkata ada tanda-tanda menunjukkan bahawa manusia pada zaman itu hidup secara nomad tetapi berkumpul di tapak “Göbekli Tepe” untuk beribadah. Setelah lama beribadah, maka mereka mula membina “tempat ibadah” seperti yang dijumpai itu. Maka, tempat ibadah itulah kemudiannya yang telah menyebabkan manusia berhenti hidup secara nomad dan akhirnya membawa kepada kehidupan bertamaddun.
Dengan kata lain, tempat ibadah inilah yang menjana tamaddun manusia, bukan sebaliknya. Ini selari dengan apa yang kita belajar dalam Al Quran dan Hadeeth bahawa Nabi Adam AS setelah dihantar ke Bumi mengembangkan generasi manusia dengan mengajar mereka agama terlebih dahulu, bukan tamaddun.
Nabi Adam yang pernah duduk di Syurga masakan tidak mengetahui ilmu-ilmu berkaitan pembinaan kota dan tamaddun. Namun, yang diajar oleh Nabi Adam kepada generasi manusia selepas beliau adalah agama semata-mata.
Maka, sekarang terbukti agamalah sebabnya manusia menjadi bertamaddun dan bukan sebaliknya.
Penemuan arkeologi “Göbekli Tepe” membuktikan apa yang kita belajar selama ini berkenaan dengan kisah Nabi Adam AS. Read More......
Posted by MeLPenang at 8:32:00 AM 0 comments
Labels: Dunia
Proton Geneva concept
Needless to say, right now the vote count is about 99% in favor of “Yes”. at time of publishing. But it made me wonder – the website is called Proton Concepts, and that’s plural. So there must be more than one concept right?
Autocar once again has the scoop on Proton’s Geneva concept and now we know that there are actually at least two body variants. One is the silver 5-door that we’ve previously seen, and another is this maize-ish yellow 3-door version with SUV styling.
The one with the SUV styling has no B-pillar, has a thicker C-pillar and features some kind of roof mounting device. The alloy wheel design is also different. We also get to see the rear end of the concept cars for the first time. The photos appear to be Italdesign Giugiaro press material but I can’t find it anywhere else on the internet.
According to Autocar, the SUV-styled version has increased ground clearance, and it can accomodate 5 instead of just 4 thanks to the interior space saved by the omission of a B-pillar. The image above refers to Giugiaro demonstrating that the Proton Concept has the interior space of a C/D/SUV segment vehicle, without the larger luggage space of the SUV of course, we are talking about interior space.
Look after the jump for one more photo showing seat hip point.
Read More......
Posted by MeLPenang at 8:31:00 AM 0 comments
Labels: Automotif
Wednesday, February 24, 2010
Senyuman mayat aktivis HAMAS dibunuh agen Mossad
Yahudi dan agen Yahudi dikenali semenjak lama sebelum Nabi Muhammad SAW sebagai bangsa jahat. Mereka membunuh Nabi dan pengikut Nabi. Nabi Muhammad SAW sendiri pernah hendak diassasinate oleh Yahudi dengan mencampakkan batu besar dari atas rumah tempat Nabi SAW berteduh. Allah mengkhabarkannya kepada Baginda melalui Jibril as. Sheikh Ahmad Yaasin berderai kepalanya akibat peluru berpandu dari Apache.
Posted by MeLPenang at 7:52:00 PM 0 comments
Labels: Dunia
Jambatan P' Pinang sesak akibat gangguan elektrik
Ratusan kenderaan terkandas selama hampir sejam di laluan masuk ke Jambatan Pulau Pinang apabila plaza tol jambatan berkenaan mengalami gangguan bekalan elektrik.
"Sistem tol dan palang tidak dapat berfungsi sementara ketika bekalan elektrik terputus dan ia menyebabkan pengguna dari tanah besar tidak boleh masuk ke pulau," katanya.
Beliau berkata, semua pintu tol tunai kemudiannya beroperasi selepas beberapa minit kemudian tetapi lorong Smart Tag dan Touch and Go masih belum dibuka ekoran gangguan bekalan elektrik itu.
Jurucakap itu berkata, gangguan bekalan elektrik itu juga mengakibatkan kesesakan lalu lintas sepanjang lebih 4km dari Seberang Jaya ke Jambatan Pulau Pinang. Read More......
Posted by MeLPenang at 7:04:00 PM 0 comments
Labels: Tempatan
Lotus Evora Masuki Pasaran Malaysia Bulan Depan
HETHEL (United Kingdom): Lotus Evora, yang dilancarkan bagi pasaran United Kingdom, akan memasuki pasaran Malaysia menjelang akhir bulan depan, kata Pengarah Urusan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Mohamed Tahir.
Beliau berkata Proton sedang menunggu kumpulan baru kereta Lotus Evora sebelum "kami bersedia bagi pelancaran".
Walaupun menurutnya syarikat itu belum memutuskan harga model itu, namun beliau tidak menafikan bahawa Lotus Evora berharga lebih tinggi daripada 50,000 pound di United Kingdom sekarang.
"Ini disebabkan oleh struktur cukai Malaysia yang lebih tinggi daripada di U.K. Kami belum memutuskan harganya, kami masih membuat perkiraan. Kami cuba menjadikannya berdaya saing seperti dalam pasaran U.K.
"Kami masih berbincang dengan kerajaan selain mengkaji struktur harga," katanya pada satu sidang akhbar di ibu pejabat Lotus di sini Selasa.
Sidang akhbar itu diadakan sempena lawatan dua hari oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, ke Lotus mulai Isnin.
Lotus Exora, yang pada mulanya dibangunkan di bawah projek yang diberi nama "Project Eagle", dilancarkan pada British Motor Show pada Julai 2008.
Kereta itu lebih besar daripada model-model Lotus yang lain seperti Elise dan Exige.
Ditanya tentang rakan kongsi strategik yang disebutkan dalam ucapannya pada majlis makan malam, Isnin, Syed Zainal Abidin enggan menjelaskan lebih lanjut dan berkata masanya terlalu awal untuk membuat pengumuman.
"Perbincangan bukan sahaja melibatkan Volkswagen tetapi juga Mitsubishi dan Renault bagi mengkaji kerjasama dalam beberapa bidang, iaitu enjin dan komponen. - BERNAMA Read More......
Posted by MeLPenang at 3:49:00 PM 0 comments
Labels: Automotif
Polanski Terpaksa Siapkan Filem Di Penjara
Polanski, yang kini sedang menjalani tahanan di chalet (house arrest) di Gstaad, Switzerland, buat persiapan untuk menyunting filem itu, jelas bintang filem terkenal Pierce Brosnan and Ewan McGregor said.
"Dia berada di penjara berukuran sembilan kaki, menyunting filem sambil diawasi seorang warden. Warden itu pula akan memberikan filem itu kepada peguam sebelum menghantarnya semula ke pengarah," jelas Brosnan seperti yang dilaporkan di Daily Star.
Kata McGregor:"Saya rasa dia tidak ada alternatif. Read More......
Posted by MeLPenang at 7:19:00 AM 0 comments
Labels: Hiburan
Koleksi Lady Gaga Yang Aneh Dan Gila-gila
Selebriti aneh berusia 23 tahun yang dilahirkan dengan nama Stefani Germanotta, dikenali dengan stail anehnya, berura-ura untuk memulakan koleksi pakaiannya yang janggal dan gila-gila.
"Saya tak sabar hendak mulakan koleksi fesyen saya. Saya sukakan rekaan Donatella, seorang ikon fesyen. Bagi saya, fesyen dna muzik selalu seiring," kata Lady Gaga.
Menurut Lady Gaga, kematian tragis pereka fesyen Alexander McQueen yang memberi inspirasi padanya untuk menceburi bidnag ini.
"GaGa seorang workaholic," kata satu sumber.
"Dia senantiasa mencipta rekaan baru. Kematian Alexander benar-benar menghantuinya. Gaga juga sukakan fesyen. Memang sewajarnya, dia jadi pereka fesyen," kata sumber itu lagi.
Posted by MeLPenang at 7:18:00 AM 0 comments
Labels: Hiburan
Craig Kahwin Kekasih Jepun Secara Rahsia
Mitchell, 30, juga memakai cincin kahwin di jarinya.
Jurucakap Craig, bagaimanapun enggan mengeshakan berita ini. Beliau hanya berkata, "ini adalah kisah peribadi."
Kedua-dua cincin kahwin yang tersemat di jari Craig dan Mitchell, dilihat sewaktu pasangan ini menghadiri perjumpaan 'Artists for Peace and Justice' diBrentwood, California.
Mereka juga memakai cincin yang sama ketika datang untuk telethon "Help Haiti".
"Kami syak mereka sudah berkahwin. Craig selalu berkata hanya Mitchell cinta hatinya dan dia tidak mahu perkahwinan yang gah.
"Perkahwinan yang besar-besaran akan menjadi mimpi ngeri untuk Craig. Dia seorang yang suka privasi," kata sumber.
Posted by MeLPenang at 7:17:00 AM 0 comments
Labels: Hiburan
Kalau Malaysia bangga dengan pesawat tanpa enjin, Israel lagi hebat dengan pesawat tanpa juruterbangnya
ANGGOTA tentera Israel melihat dari dekat pesawat Heron TP atau IAl Eitan dalam bahasa Hebrew, yang dipamerkan di Pangkalan Tentera Udara Tel Nof
TEL AVIV 22 Feb. - Tentera udara Israel semalam memperkenalkan sejumlah pesawat tanpa juruterbang terbaru yang mampu berada di udara selama sehari dan boleh terbang sehingga ke Teluk Parsi, sekali gus meletakkan musuhnya Iran dalam jangkauan sasaran.
Pesawat senyap Heron TP itu mempunyai sayap berukuran 26 meter yang menyamai saiz pesawat penumpang Boeing 737 dan merupakan pesawat tanpa juruterbang terbesar dalam angkatan tentera Israel.
Pesawat berkenaan boleh terbang berterusan untuk sekurang-kurangnya selama 20 jam dan tujuan utamanya ialah untuk melakukan kerja pengawasan.
Dalam satu majlis pelancarannya di Pangkalan Tentera Udara Tel Nof dekat sini semalam, pesawat berkenaan kelihatan begitu besar berbanding pesawat pejuang F-15 yang diletak berdekatan.
Heron TP yang kelihatan mirip Heron iaitu pesawat tanpa juruterbang sebelum ini juga milik Israel tetapi yang mampu terbang lebih tinggi mencapai ketinggian 12,000 meter dan boleh berada lebih lama di udara.
''Dengan pelancaran Heron TP ini, kita merealisasikan mimpi tentera udara,'' kata Brigedier Jeneral Amikan Norkin selaku Komander pangkalan tentera tersebut.
Tentera Israel enggan mendedahkan jumlah pesawat tersebut atau sama ada ia dibina untuk digunakan terhadap Iran tetapi menekankan ia boleh diubah suai untuk pelbagai tujuan.
Para pegawai tentera Israel juga menyatakan, Heron TP boleh menjadi alat yang amat berguna ke atas Iran.
Ia boleh digunakan untuk pengawasan, merosakkan sistem komunikasi musuh, menghubungkan pusat kawalan darat dan membantu pesawat udara lain.
Israel menganggap Iran sebagai ancaman disebabkan program nuklear negara tersebut, di samping pemilikan peluru berpandu jarak jauh dan kenyataan para pemimpin Iran untuk menghapuskan Israel.
Rejim Yahudi itu telah menyatakan kemungkinan menyerang Iran jika tekanan antarabangsa tidak dapat menghentikan program nuklear negara tersebut.
Israel dan Amerika Syarikat yakin Iran sedang cuba membina senjata nukleur, walaupun negara tersebut telah berulang kali menyatakan bahawa program nukleurnya adalah untuk tujuan keamanan.
Dalam beberapa konflik sebelum ini, pesawat tanpa juruterbang didapati kurang berkesan apabila pihak lawan mempunyai senjata anti-pesawat yang lebih canggih.
Sebagai contoh, dalam perang di Serbia pada 1999, angkatan tentera negara itu dengan cepat menembak jatuh 42 pesawat seumpamanya yang menurunkan secara drastik keberkesanan kempen pengeboman Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO). Read More......
Posted by MeLPenang at 7:15:00 AM 0 comments
Labels: Dunia
Ada berani.......
Alah bisa tegal biasa, beginilah gambaran pekerja-pekerja kontrak binaan di Indonesia. Di Malaysia pun pekerja Indonesia yang menguasai pekerja mahir dalam bidang binaan bangunan ni. Kalau diaorang balik, siapa di antara kita yang berani menggantikan tugas ini?
Dahlah tak glamer,panas malah bahaya dan gayat pulak tu. So semua kita adalah saling memerlukan dan saling lengkap melengkapi. Jangan lah memandang hina seseorang manusia itu bersandarkan kepada kerja mereka. Di Jepun tukang sapu sampah pun dihormati oleh CEO syarikat kerana mereka sedar jika takde cleaner ni, dunia akan dipenuhi dengan sampah.
Begitu juga dengan kerja-kerja di tempat tinggi ni? Ada bran??? Bersyukurlah dengan kerja anda sekarang.
Posted by MeLPenang at 6:45:00 AM 0 comments
Labels: Rileks
Tuesday, February 23, 2010
Controversial Manohara caught kissing a guy
But according to Detikhot.com, Manohara's personal manager Glenn has denied the rumour.
Glenn claims that his famous client is just being friendly and affectionate.
"Manohara is like that, especially to guys that she's close to," he was quoted as saying by Detikhot.com
What's more, the top Indonesian actress/model regards the man in question, known only as Amil, as her brother.
"They are very close," added Glenn. "She treats him like her little brother." Read More......
Posted by MeLPenang at 10:41:00 PM 0 comments
Labels: Hiburan
May be you are The King of the World...
Posted by MeLPenang at 10:30:00 PM 0 comments
Di sebalik topeng
Otai-otai rock kapak kata Bandi Amuk tu sebenarnya Nasha dari kumpulan D’Febian dulu. Terkenal di zaman rock kapak dengan lagu rock jiwangnya tu “Untukmu Sayang”
Posted by MeLPenang at 6:07:00 PM 0 comments
Labels: Rileks